Pages

Khamis, 9 Jun 2011

anak dara mengintai teruna

tajuk kemain lagi eh
kucing saya si gumiho dah makin besar
dah anak dara sunti orang kata
kalau umur-umur manusia
umur dia dah macam budak 11-12 tahun
tapi belum menunjukkan tanda-tanda nak mengawan  (◕‿-)
cuma dia kerap mengintai kat tingkap sekarang ni
kadang-kadang lama jugak dia bertenggek kat tepi tingkap
tapi ada juga time dia dengar burung hinggap dan berkicau
pantas je nak mengejar walaupun burung tu kat luar tingkap!
dasar kucing! heh ◠‿◠ 

tengoklah, ralit je dia tengok kat luar.
kita snap gambar pun dia tak sedar dah

nak tahu dia pijak atas apa untuk mengendap kat tingkap ni?

nahh.. dah nampak bukan?
si spongebob!
cantekk je dia pijak tang mata

spongebob: miho, sakit lah mata saya
miho: ala, sekejap je lagi. pakwe hensem lalu ni..♥‿♥

Puding Roti Microwave

serious sedap
paling sedap sos kartard tu
sumber resepi saya ambil dari sini
tapi saya dah ubah suai ikut kesediaan bahan-bahan


bahan-bahan puding
A: 
250ml susu ~ saya guna susu anlene yang dibancuh dengan 250ml air suam
4 keping roti ~ saya guna roti wholemeal

B: 
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter 
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar tepung jagung 
1 sudu teh serbuk kayu manis ~ resepi asal tak letak

C: 
2 sudu besar kismis / kurma ~ saya campur both, boleh juga guna buah campuran

bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair 
2 1/2 sudu besar tepung kastard 
2 sudu besar gula 

cara-cara 
1. carik-carikkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 
2. kacau sebati roti bersama bahan B
3. masukkan kismis/kurma dan tuangkan kedalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter
4. bakar pada suhu moderate-high 60% selama 8 minit atau hingga masak

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. double boiled hingga sos kelihatan pekat dan likat
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p

note: sedap juga kalau makan dengan ice-cream

Rabu, 8 Jun 2011

nuffnang analytic

Ada negara unknown?? 

keyword lain memang best, tapi ada jugak yang search gambar kartun perempuan sakit hati? anda sakit hati kah? maaf, anda tersalah landing.. kat sini tempat perempuan baik hati jek.. hahaha, boleh gitu?

bila saya mengidam saya upload gambar #1 ~ durian pancake

inilah yang dikatakan wordless wednesday untuk saya! ohhhsemmmm!!

Isnin, 6 Jun 2011

asam pedas ayam bujang

jangan gelak dengan nama resepi tu eh
saje je nak letak perkataan bujang kat belakang tu
yelah, rasa macam tak adil je
ada makanan tu namanya roti kahwin
bakso pengantin baru lah
sambal telur pengantin lah
yang bujang-bujang pun nak juga nama... hehehe

dah lama saya tak buat asam pedas ayam ni
kali terakhir buat masa saya duduk kat kota damansara dulu
phewwww... lama tu
last duduk sana mac 2009
menu ni memang antara fav saya
tapi dah lama tak buat
sebabnya tak tahu kenapa tak buat..hahah, boleh gitu?

bahan-bahan
  • ayam
  • cili kering blend
  • air asam jawa secukupnya
  • *bawang merah
  • *bawang putih
  • *halia (blend yang bertanda *)
  •  kunyit hidup ditumbuk halus
  • garam
  • belacan
  • daun kesum
  • serbuk lada hitam
  • daun limau purut
  • tomato belah 4
  • asam jawa untuk ayam 
  • minyak untuk menumis

cara-cara
  1. potong ayam kecil-kecil dan cuci bersih 
  2. kemudian gaulkan ayam dengan asam jawa dan kunyit yang ditumbuk, ketepikan
  3. panaskan minyak, kemudian goreng belacan sampai naik bau
  4. kemudian masukkan bahan-bahan yang di blend sampai naik bau
  5. masuk kan cili kering blend, tumis sampai pecah minyak
  6. kemudian masukkan ayam, daun kesum, daun limau purut, serbuk lada hitam dan gaul sebati, biarkan sampai air ayam hampir kering
  7. kemudian barulah masukkan air asam jawa, tomato dan masak hingga mendidih
  8. masukkan garam secukupnya kemudian boleh lah tutup api
  9. makan bersama nasi panas, telur masin, ulam timun batang...phewww terangkat dengan peluh meleleh-leleh.. hehehe
note: tak letak sukatan sebab saya pun main letak agak-agak ikut kecukupan bahan..maklumlah orang bujang.. ^_^