Ini satu lagi resepi sihat lagi mengenyangkan yang saya nak kongsi
mak dan ayah pun suka
ada karbohidrat, protein, vitamin - complete meal orang kata
bahan-bahan
roti arab
daging cincang cap ramli - nak pakai cap lain pun boleh, nak guna daging burger pun boleh
bawang besar dicincang
cherry tomato di belah 4 - tomato biasa pun boleh, tapi potong dadu
sayur kobis potong halus
carrot di parut halus
* boleh tambah/tukar sayur-sayur lain juga
sos cili
sos cheese - saya beli yang serbuk yang orang guna untuk makan dengan cheesy wedges tu, tak ada tak apa
serbuk lada hitam - saya blend lada hitam biasa then bubuh dalam botol. senang bila nak guna.
garam dan bahan perasa secukupnya
olive oil untuk menumis
cara-cara
masukkan minyak zaitun, tak perlu panaskan terus masukkan bawang besar yang dicincang - kalau guna minyak zaitun memang tak perlu dipanaskan, boleh google kenapa :)
tumis sampai naik bau, masukkan cherry tomato dan daging cincang
taburkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
masak sehingga air daging kering. dah boleh tutup api.
roti arab di kerat 2, belah bahagian tengah sebab nanti senang nak sumbat inti. buat macam poket.
goreng tanpa minyak dalam kuali.
isikan inti daging, bubuh sayur-sayur
bubuh sos kegemaran
dah siap dan boleh dimakan. 2 biji roti arab boleh dimakan untuk 4 orang. 1/2 tu dah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah dan insyaAllah :)
Selamat mencuba.
Pages
Memaparkan catatan dengan label Diet Menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Menu. Papar semua catatan
Jumaat, 19 Julai 2013
Selasa, 4 Oktober 2011
Pineapple and Celery Juice
[nampak macam air tebu]
3 potong nenas
3 batang celery, daun tak perlu ambil
masukkan dalam juice maker
juice dicampurkan dengan sedikit madu, tak nak campur pun tak apa
sedia untuk diminum
khasiat buah nanas/nenas
- mengandungi bromelain - enzim penghadaman yang kuat yang boleh memusnahkan bakteria dan parasit yang tak elok untuk badan.
- membantu protein dihadam, dan boleh menghalangpembentukan darah beku.
- bromelain adalah anti-radang semula jadi mengurangkan pembengkakan dan keradangan di dalam badan. Bermanfaat untuk pesakit arthritis, menggalakkan penyembuhan selepas kecederaan.
- Satu sumber terbaik antioksidan semula jadi vitamin C, membantu menyembuh selsema, dan bromelain mengurangkan mukus, membantu menyembuhkan batuk dan jangkitan tekak.
- baik untuk tulang kerana nenas adalah sumber mangan yang baik iaitu mineral yang diperlukan untuk tulang yang sihat.
- Jus nanas mentah adalah penawar untuk rasa loya, dan mungkin berguna semasa mengandung (i wonder sket yang ni, orang selalu cakap makan nanas tu boleh gugurkan kandungan ???????).
- Makan nanas adalah ubat untuk sembelit!!!!
khasiat celery
- kaya dengan natrium dan kalium
- jus daripada celery boleh dijadikan minuman elektrolit (contoh minuman elektrolit:100+) sesuai untuk rehydrate badan selepas kerja keras (ex: bersenam)
- Menenangkan dan melepaskan tekanan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah, sesuai untuk pesakit darah tinggi
- Mengandungi sebatian coumarin yang dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-kanser, dan boleh membantu mengurangkan migrain.
- a natural diuretik, which can help flush out the toxin from your body (melawaskan kencing)
Isnin, 3 Oktober 2011
Broccoli dengan Sos Keju
nama orang putih dia broccoli with cheese sauce
bahan-bahan:
1 ketul broccoli (tak tahu nak panggil apa, ketul, kuntum..apa-apa je)
bahan-bahan:
1 ketul broccoli (tak tahu nak panggil apa, ketul, kuntum..apa-apa je)
saya guna macam dalam gambar kat atas ni, kat pasaraya biasanya dia jual saiz macam ni
potong broccoli kecik-kecik macam gambar kat bawah
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
1 cawan susu (saya substitute ke 4 sudu susu tepung+1 cawan air )
1/4 sudu garam
1/8 serbuk lada putih
cheese 2 keping
cara memasak:
rebus air hingga mendidih
masukkan broccoli
rebus dalam 2-5 minit sampai dia jadi tender-crisp, bila kunyah tu dia lembut tapi rangup
angkat dan tos, cepat-cepat siram dengan air sejuk untuk hentikan proses memasak
siram sampai wap berkurangan
letak dalam pinggan atau mangkuk hidangan
sauce preparation:
cairkan butter
masukkan tepung
masukkan susu, garam, dan serbuk lada putih
kacau hingga nampak merenih/berbuih dan sedikit likat
masukkan cheese
kacau hingga sebati
tutup api dan tuangkan ke atas broccoli tadi
sedia untuk dimakan..
broccoli ni sangat berkhasiat, saya share kat sini ye..
You’ll find it difficult to locate another single food source with as much naturally occurring health-promoting properties as broccoli. A single cup of steamed broccoli provides more than 200 percent of the RDA for vitamin C (again, more than oranges), nearly as much of vitamin K, and about half of the daily allowance for vitamin A, along with plentiful folate, fiber, sulfur, iron, B vitamins, and a whole host of other important nutrients. Calorie for calorie, broccoli contains about twice the amount of protein as steak — and a lot more protective phytonutrients (A substance found in certain plants which is believed to be beneficial to human health and help prevent various diseases).
Broccoli’s phytochemicals fight cancer by neutralizing carcinogens and accelerating their elimination from the body, in addition to inhibiting tumors caused by chemical carcinogens. Studies show evidence that these substances help prevent lung and esophageal cancers and may play a role in lowering the risk of other cancers, including gastrointestinal cancer.Phytonutrients called indoles found in broccoli help protect against prostate, gastric, skin, breast, and cervical cancers. Extensive studies have linked broccoli to a 20 percent reduction in heart disease risk. In Chinese medicine, broccoli is used to treat eye inflammation.
If you can eat a little broccoli every day, your body will thank you for it. If you can’t swing it, aim for eating it as regularly as possible. Like many other vegetables, broccoli provides fantastic nutrition both in its raw form and when it’s properly cooked. Cooking reduces some of broccoli’s anticancer components, but lightly steaming it will preserve most of the nutrients. Broccoli is available fresh year-round in most areas, but if you can’t find it where you live, frozen broccoli is a good substitute.
source: Power-food
lepas ni tiap kali nak shopping barang dapur, jangan lupa masukkan broccoli dalam list ye ^_^
Rabu, 18 Mei 2011
Menu untuk yang berdiet: Ayam bakar berpoligami masam manis pedas
wahhh... nama menu tak leh blah
mesti tak ada siapa nak try sebab ada perkataan poligami kat situ
tapi mungkin kaum adam berminat nak cuba kot
nak tahu kenapa saya bubuh nama dia sikit punya kontroversi?
sila lihat dia punya resepi, pasti dapat jawapan
tapi kalau yang jenis bijak-bijak tu, awal-awal mesti dah tau kenapa kan?
lagi satu hal nya, kenapa layak jadi menu untuk yang berdiet?
sebab saya guna spice dan asam-asam, dan ianya dibakar
jadi sesuailah masuk kategori menu untuk yang berdiet bukan?
jom tengok resepi, serious ni resepi ikut suka nak bubuh apa saja yang ada sambil berperang dengan gumiho yang dah gian memanjat sana sini (menyesal ajar dia memanjat (-'_'-))
bahan-bahan:
rasa ayam bakar berpoligami masam manis pedas ni memang sedap, tak berniat nak masuk bakul pun. tapi memang sedap sebab rasa dia yang macam-macam tu. ada masam, manis, pedas..masin-masin tu tak sure ada ke tidak. tapi berpoluh-poluh juga lah ketiak saya disaat berpiknik ditepi tasik tuh, pedas!! lagi pun waktu lunch ko. bukan dinner atau breakfast.. gara-gara nak bagi inche tunang makan punya pasal. ◠‿◠ hikhik..paksa rela dia datang, bila cakap ayam bakar terus sepantas kilat dia datang...heh, lebih sayang ayam bakar berbanding saya, nak merajuk lah 5 jam.
mesti tak ada siapa nak try sebab ada perkataan poligami kat situ
tapi mungkin kaum adam berminat nak cuba kot
nak tahu kenapa saya bubuh nama dia sikit punya kontroversi?
sila lihat dia punya resepi, pasti dapat jawapan
tapi kalau yang jenis bijak-bijak tu, awal-awal mesti dah tau kenapa kan?
lagi satu hal nya, kenapa layak jadi menu untuk yang berdiet?
sebab saya guna spice dan asam-asam, dan ianya dibakar
jadi sesuailah masuk kategori menu untuk yang berdiet bukan?
jom tengok resepi, serious ni resepi ikut suka nak bubuh apa saja yang ada sambil berperang dengan gumiho yang dah gian memanjat sana sini (menyesal ajar dia memanjat (-'_'-))
bahan-bahan:
- ayam sekilo bukan seekor ye, diulang sekilo
- 2 sudu cili kering blend (saya blend siap-siap, buh dalam balang simpan dalam peti es)
- 3 ulas bawang putih cincang lumat, ada lesung lagi bagus. tumbuk je bagi lumat
- 2 ulas bawang merah dimayang halus
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh sebuk jintan putih
- 1 sudu teh sebuk ketumbar
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu jus lemon ~ saya tak perah dari buah lemon, saya guna yang dalam botol punya. kat bawah show gambar
- 1 sudu asam jawa diramas dengan air yang sedikit sebab nak yang pekat. kalau cair nanti ayam bakar jadi ayam berkuah pula
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap ~ saya guna kicap lemak manis cap jalen (my fav)
- 2 sudu madu ~ now musti dah faham kenapa berpoligami bukan? sebab dia bermadu (◕‿-)
- garam secukup rasa
- sedikit butter utk gris loyang pembakar ~ calit sikit-sikit je sebab ayam dah ada lemak.
- ½ biji limau nipis
cara-cara:
- campur semua bahan dari nombor 1-14, gaul bagi rata dan sebati
- perap 30 minit, nak bagi terasa betul-betul sampai kedalam tulang ayam tiru macam saya ~ perap 1 malam!
- panaskan microwave 1 minit~ saya tak ada oven, siapa-siapa nak bakar dengan oven mesti bijak mensetting sendiri suhu oven anda. maaf ya puan-puan dan tuan-tuan
- gris loyang dengan butter, sikit je tau. kalau banyak-banyak nanti terus tak layak jadi menu diet!
- perah limau nipis ke atas ayam yang dah ready dalam loyang pembakar
- masuk dalam microwave, pilih setting untuk bakar ayam
- kemudian bakar sampai masak ye
sila abaikan roti canai hangit gara-gara leka cuci pinggan (ni hidangan versi dinner malam ni)
amacam? nampak sedap tak? dont judge by it rupa ok. rasa dulu baru taw...
lemon juice dalam botol yang saya beli kat giant, harga rm5++
rasa ayam bakar berpoligami masam manis pedas ni memang sedap, tak berniat nak masuk bakul pun. tapi memang sedap sebab rasa dia yang macam-macam tu. ada masam, manis, pedas..masin-masin tu tak sure ada ke tidak. tapi berpoluh-poluh juga lah ketiak saya disaat berpiknik ditepi tasik tuh, pedas!! lagi pun waktu lunch ko. bukan dinner atau breakfast.. gara-gara nak bagi inche tunang makan punya pasal. ◠‿◠ hikhik..paksa rela dia datang, bila cakap ayam bakar terus sepantas kilat dia datang...heh, lebih sayang ayam bakar berbanding saya, nak merajuk lah 5 jam.
boleh makan dengan nasi, roti bakar, roti canai, capati, spageti, ratah begitu sahaja pun sedap. kalau nak tiru macam saya, saya makan dengan nasi serai. lawan dengan kuah dalca... fuhhhh, menambah-nambah inche tunang makan. ngahahaha. kami berpiknik ditepi tasik sebelah masjid terapung kat puchong.. port baekkk punya....!
p/s: miho pun terloncat-loncat riang dapat makan ayam bakar+nasi serai+kuah dalca, biasanya makan biskut warna-warni dia tu aje. hope perut dia ok.
Langgan:
Catatan (Atom)