Pages

Memaparkan catatan dengan label Makanan Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Terengganu. Papar semua catatan

Khamis, 20 Julai 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli

Khamis, 29 Jun 2023

Kuih Telur Kubis

Kuih  ni hampir ditelan zaman. namanya Kuih Telur Kobis Terengganu@ kuih telo kobeh. kuih tradisi orang Terengganu yang susah nok cari doh lening. tempat asalnya Pulau Redang...abam kalau makan hok ni panas2...abih sutir nyandor ahh😄😄




Resipi Kuih Telur Kobis

Bahan A (Kulit kuih)
1. Tepung gandum 500g
2. Marjerin 2 sb
3. Telur 2 biji
4. Garam Gula secukup rasa
5. Perasa
6. Air secukupnya


Cara buat Doh
1. Masukkan tepung, marjerin,garam dan gula..telur...perasa dalam satu bekas..gaulkan bagi sebati..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh..
3. Tepung  tidak terlalu keras n tidak lembik (uli smpai dok  melekat kat jari kita)
4. Biarkan doh 1 ke 2 jam....
5. Jadikan tepung bulat2 mcm nak buat roti canai...sapukan marjerin dan biarkan dalam bekas selama 3 jam...klau biar satu malam lagi ok...doh tu buat beza saiz sikitlah pasal kita nak buat lapisan.

Bahan B ( inti Ikan )
1. Ikan selayang 5 ekor ( dibersihkan dan direbus..ambil isinya)
2. Santan 1 kotak kecil
3. bawang merah  4 biji
4. bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam gula secukup rasa


Cara buat sambal ikan
Ikan direbus dan diasingkan isi.Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang dan halia yg dihiris nipis. Masukkan dalam kuali dan kacau sehingga sambal kering atau lembap sikit klau suka.
Siap utk sambal

Bahan C (Sayur)
1. Kobis 1/2 biji
2. bawang holland 1 biji (optional)
3. Cili padi merah dan hijau 10 biji ( nak pedas letak lebih)
* semua bahan C dimayang dan hiris nipis


Bahan D ( telur)
1. Telur 4 biji ( pukul telur dan letak garam skit)

Cara membuatnya:
Proses pertama...ambil doh...canai jadi nipis...letak inti ikan..sayur..cili..telur..
kemudian lipat ...goreng..bila agak kekuningan..kluarkan..
kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan  nipis...ambil doh yg digoreng tadi...ulang proses yg pertama tadi..goreng kali kedua dan untuk kali ketiga ulang proses yg sama...jadi telur kobis kita jadi 3 lapis.. siap...makan panas-panas...memang sedap.


Jumaat, 26 Mei 2023

Sata Ikan


Sata@ Satar  Ikan Tganu...memang dok payah diperkenalkan lagi...semua org doh tahu. Isi ikan dicampur dgn kelapa dan beberapa bahan lain dan dibungkus dgn daun pisang...apabila dibakar menghasilkan aroma yg sungguh wangi dan harum...

Resipi Sata@ Satar  Ikan
1. Ikan Selayang  2kg ( buang kulit dan tulang ikan tu...ambil isi shj)
2. Bwg merah 7 biji
3. Bwg putih 4 ulas
4. Halia 2 inci
5. Kunyit 1 inci
6. Serai 4 btg (ambil hok lembut je)
7. Cili api 5 biji
8. Serbuk lada putih 1 sk(tak letak tak apa)
9. Daun kesum 1 genggam dan daun kunyit 1 helai
10. Telur 2 biji
11. Kelapa muda 3 cwn (parut yg putih je)
12. Cili boh 1sb
13. Garam gula secukup rasa
14. Perasa
Cara membuatnya;
Saya campurkan semua bahan dlm satu bekas..masuk gula garam perasa..gaul rata...lpas tu saya kisar kering guna Food Processor..(klau perlu letak air sikit je)...kisar halus semua bahan tu..kluarkan letak dlm satu bekas...
Ambil daun pisang..bersihkan...layurkan atas api..tujuannya supaya daun tu lembut dan tidak pecah.. buat bentuk kon atau segitiga( daun pisang tu buat 2 lapis)...masukkan isi ikan..dan cucuk dgn besi bbq...apabila siap bolehlah dibakar..saya guna dapur arang...nak aroma lebih wangi( klau ada sabut kelapa lg best)...bakar atas api yg kecil...kena selalu dibalik- balikkan agar tidak hangus..Selamat Mencuba..

Kredit: Muliadi Ramli
Facebook Masakan Terengganu