Pages

Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Jumaat, 8 September 2023

3 perkataan yang tidak boleh di sebut dalam penerbangan



Ini adaah 3 perkataan terlarang, diharamkan sama sekali untuk disebut dalam sesebuah penerbangan.

Anda boleh dihalau / dikeluarkan dari penerbangan itu jika menyebut perkataan ini walau hanya sekadar bergurau.




1. Bom
Saya ada bom, saya bawa bom, dalam beg saya ada bom. 

2. Pisau/parang
Saya ada pisau, saya bawa pisau, saya bawa parang, dalam bag saya ada parang.

3. Rampas kapal terbang / hijack
Saya nak hijack kapal terbang ni sebab lambat sangat beri kacang.

Big NO walau hanya bergurau. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Rabu, 6 September 2023

Cara kongsi lokasi terkini (live location) melalui aplikasi whatsapl

Tahun lepas kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang. 

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan sebelum itu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.



Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. 

Kes kehilangan individu melibatkan kemlangan seumpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.


2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3. 




3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.


4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.



5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.



6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi. 




Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Credit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jumaat, 2 Jun 2023

Sumber elektrik boleh dijual?

Kita di Malaysia ni sebenarnya cukup bertuah. Ada banyak sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Sehingga ada plan nak jual lebihan elektrik ke negara orang lain.

Tapi tahukah anda, ada sebuah negara yg lansung tiada sumber elektrik & bergantung 100% kpd kapal utk elektrik?


Ya. Negara tersebut ialah Guinea-Bissau.  Negara ini merupakan salah satu dari 10 negara termiskin di dunia. 

Seluruh sumber elektrik di negara ini dijana 100% oleh kapal ini, yang telah berlabuh di pelabuhan mereka semenjak tahun 2019.


Betul. Kapal ini milik syarikat dari Turki.

Digelar sebagai KARPOWERSHIP. Sebuah projek "Floating Power Plant" yg diwujudkan untuk membantu negara-negara yang mempunya masalah seperti Guine-Bissau ini. 

Boleh menjana kuasa dari 30 MW sehingga ke 470 MW.


Karpowership ini beroperasi menggunakan minyak diesel. Untuk Guine-Bissau, diesel yang digunakan diimport dari negara jiran, Senegal.

Kehadiran kapal ini adalah sementara, sementara menunggu projek Hidro-Elektrik (fully funded by World Bank) di Gambia siap.
Selain Guine-Bissau, menurut website Karpowership, mereka juga beroperasi di Indonesia. 

Di mana ianya menjana 30% sumber elektrik Sulawesi Utara, 55% Timur Nusa Tenggara, 80% di Ambon dan 10% di Medan. 

Source: https://karpowership.com/en/project-indonesia-asia

Sumber: Twitter Khairul Aqmal @/KhairulAqmal







Selasa, 30 Mei 2023

Looming Effect

Kapal ni bukan terapung tapi satu fenomena yang dikenali sebagai Looming Effect, benda ni terjadi sebab pembiasan cahaya yang melalui beberapa lapisan ketumpatan udara dikawasan laut tu. Jadi kita nampak kapal tu seolah-olah terapung.





#facebook
#loomingeffect