Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 21 Ogos 2023

Resipi Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi

Menu Ringkas Tapi Sedap! 🐟

✨Bahan-Bahan:
- 1 tin sardin saiz besar (beli sardin di sini)
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- 1 batang serai
- 1 helai daun kunyit




- 250 ml santan
- 3 biji ubi kentang
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 keping asam gelugur
- 300 ml air
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- minyak masak secukupnya

✨Cara Penyediaan:
1) Kisar bawang merah, bawang putiih, serai dan kunyit hidup. Ketepikan.

2) Panaskan periuk, masuk sediikit minyak dan tumis bahan-bahan yang tellah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.

3) Masuk kentang. Dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin denngan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, matikan api dan angkat.

4) Ikan sardin boleh digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan ia hancur.

5) Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.

p/s: Boleh tambah menu telur dadar sekali tau! Memang sedap makan dengan nasi.

Kredit: Maznah Hassan

Khamis, 20 Julai 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli

Khamis, 29 Jun 2023

Kuih Telur Kubis

Kuih  ni hampir ditelan zaman. namanya Kuih Telur Kobis Terengganu@ kuih telo kobeh. kuih tradisi orang Terengganu yang susah nok cari doh lening. tempat asalnya Pulau Redang...abam kalau makan hok ni panas2...abih sutir nyandor ahh😄😄




Resipi Kuih Telur Kobis

Bahan A (Kulit kuih)
1. Tepung gandum 500g
2. Marjerin 2 sb
3. Telur 2 biji
4. Garam Gula secukup rasa
5. Perasa
6. Air secukupnya


Cara buat Doh
1. Masukkan tepung, marjerin,garam dan gula..telur...perasa dalam satu bekas..gaulkan bagi sebati..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh..
3. Tepung  tidak terlalu keras n tidak lembik (uli smpai dok  melekat kat jari kita)
4. Biarkan doh 1 ke 2 jam....
5. Jadikan tepung bulat2 mcm nak buat roti canai...sapukan marjerin dan biarkan dalam bekas selama 3 jam...klau biar satu malam lagi ok...doh tu buat beza saiz sikitlah pasal kita nak buat lapisan.

Bahan B ( inti Ikan )
1. Ikan selayang 5 ekor ( dibersihkan dan direbus..ambil isinya)
2. Santan 1 kotak kecil
3. bawang merah  4 biji
4. bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam gula secukup rasa


Cara buat sambal ikan
Ikan direbus dan diasingkan isi.Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang dan halia yg dihiris nipis. Masukkan dalam kuali dan kacau sehingga sambal kering atau lembap sikit klau suka.
Siap utk sambal

Bahan C (Sayur)
1. Kobis 1/2 biji
2. bawang holland 1 biji (optional)
3. Cili padi merah dan hijau 10 biji ( nak pedas letak lebih)
* semua bahan C dimayang dan hiris nipis


Bahan D ( telur)
1. Telur 4 biji ( pukul telur dan letak garam skit)

Cara membuatnya:
Proses pertama...ambil doh...canai jadi nipis...letak inti ikan..sayur..cili..telur..
kemudian lipat ...goreng..bila agak kekuningan..kluarkan..
kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan  nipis...ambil doh yg digoreng tadi...ulang proses yg pertama tadi..goreng kali kedua dan untuk kali ketiga ulang proses yg sama...jadi telur kobis kita jadi 3 lapis.. siap...makan panas-panas...memang sedap.


Rabu, 24 Julai 2013

Mi Rebus Terengganu

Macam sure je cakap mi rebus terengganu
tapi saya rasa mungkin mi rebus pantai timur kot... entah lah, tak tahu pula mana origin resepi mi rebus ni. saya hanya jumpa mi rebus ni kat terengganu dan sekitar bandar kuantan, pahang je. kat kelantan saya tak tahu, sebab kalau ke sana tak ada lah pulak saya nak cari mi rebus. saya cakap mi rebus pantai timur sebab mi rebus negeri lain yang pernah saya makan, kuah dia pekat sangat. ada kata letak isi ubi keledek yang di blend halus, ada juga cakap letak biskut marie yang dikisar halus. tak tahu lah mana yang betul. tapi quite sedap juga mi rebus yang saya makan di negeri lain tu. antara yang saya suka mi abu (mi rebus, tauke dia nama abu ^_^) mi abu ni famous kat nun di utara semenanjung , alor star. kalau ke alor star saya memang mencari mi abu ni. sedap dia memang tuhan je tahu. kuah yang pekat likat tu memang best lah. nak buat sendiri tak tahu resepi pulak, lagi satu risau kalau buat jadi tak sedap dan dapat komen tak mengancam dari family, agak terguris hati disitu.. sensitif sikit dibulan puasa ni. haha

lagi satu mi rebus 'tuu dia paktam'. sedap juga untuk tekak saya. nama kedai tu memang tulis 'tuu dia paktam'. menurut kata kawan saya, pak tam ni asalnya meniaga pakai gerai pacak tepi jalan je. sekarang dah ada kedai besar siap dengan dewan seminar. bagus kan? dimana ada usaha, disitu ada jalan dan rezeki yang Allah bagi. sebab tu lah walaupun saya dah menganggur hampir 8 bulan, saya masih tetap percaya rezeki hanya Allah yang bagi. bukan kabel, bukan kawan-kawan, bukan juga pakcik makcik yang boleh bagi surat sokongan untuk mintak kerja. walaupun tak kerja, saya berusaha meniaga dalam talian (online bisnes). alhamdulillah masuk lah juga rezeki tu, cukup lah untuk membayar hutang-hutang belajar diuniversiti dulu. saya mohon kalian yang membaca ni, tolong doakan ye, agar saya dapat pekerjaan yang baik dan halal tak lama lagi. InsyaAllah moga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ni ada lah nanti mana-mana syarikat yang akan panggil saya untuk bekerja. setelah musibah demi musibah datang menimpa. saya percaya, selepas hujan panas, akan ada pelangi yang indah. InsyaAllah. :)

ok, berbalik pada resepi mi rebus terengganu ni. sebenarnya senang sangat nak buat ni. kalau balik kerja, sampai rumah dalam pukul 6.15pm pun masih sempat nak buat mi rebus ni. bahan-bahan dia sangat simple. nak buat pun senang. jom cek resepi dia: 



Bolehlah tolong subscribe youtube saya ye (update one15.4.24)

bahan-bahan
1 paket mi kuning di cuci bersih
sayur-sayuran seperti sawi, carrot, tomato, kobis - boleh tambah / tukar sayur lain juga tapi saya tak pernah skip sawi, carrot, dan tomato.
ayam dipotong kecil-kecil
fish cake / fish ball - optional
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
air secukupnya untuk kuah

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam
masukkan ayam
kacau hingga ayam kelihatan separuh masak
masukkan air
apabila dah mendidih masukkan garam dan bahan perasa, kicap serta sos, kacau rata
masukkan mi serentak dengan sayur. kacau seketika dan tutup api.

siap untuk dihidangkan

tips#1: kalau tiada tomato, masukkan sedikit asam jawa untuk bagi sedikit hint masam-masam
tips#2: sedap dimakan dengan cili potong dan perahan limau nipis


- Selamat Mencuba ^_^