Pages

Memaparkan catatan dengan label Copy Dari Belog Orang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Copy Dari Belog Orang. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2013

Pasca PRU 13

copy paste untuk rujukan sendiri. ada sedikit perubahan, edit sana sini sikit. copy sana sini sikit. maka jadi lah entry ni.




1)Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12 ;
Penang - Pakatan 30, BN 10 ;
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah:

i- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
ii- Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
iii- Datuk Seri Chor Chee Heung  (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
iv- Tan Sri Benard Giluk Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

7) Timbalan menteri yang kalah ialah:

i-Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
ii-Datuk Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
iii-Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

8) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

[Graf perbandingan keputusan PRU 11,12,13]

9) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.



13) Secara keseluruhan 5.5 juta rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan 5.2 juta rakyat Malaysia memilih BN.



p/s: There's none so blind as those who will not see - Englishman proverb.

Selasa, 24 Mei 2011

lirik lagu yang tak masuk akal

tadi saya merayau-rayau dari 1 blog ke 1 blog
maklumlah,
sejak dah jadi halim munah ni
hah? apa halim munah?
halim munah tu macam ni
hantar resignation letter
notice 1 bulan
selama 1 bulan tu datang office tanpa buat apa-apa
tiada siapa yang hiraukan
semua kerja-kerja onhand diserah pada orang lain
boleh anggap makan gaji buta tak?
tak kan? dah mereka tak nak kasi task kat saya
bila tanya, ohh.. you study je apa-apa yang patut
jadi, hari-hari pun saya menjelajah blog umpama menjelajah duniah (kalau benar memang syok!)


ok, kembali pada tajuk asal
tadi saya terjelajah kat blog cursingmalay
dia post entry pasal weirdo lyrics...yang totally not make sense
jom kita tengok apa yang weirdo tuh..cekidaud


1. Aerosmith : I Don't Want to Miss Thing


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping



jarang sungguh nak jumpa orang tidur senyum ni
tidur muka berkerut-kerut
tak pun dengan air liur basi meleleh-leleh...
one of my friend, tidur dengan mata terbuka..scary!


2. Lifehouse : You and Me


Everything she does is beautiful
Everything she does is right



nobody's perfect! LOL
cinta buta hati pun mati
kentut pun wangi ye? heh!


3. Lionel Richie : Hello


I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

Sometimes I feel my heart will overflow

Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you



lelaki ni cakap awek tu selalu lalu lalang depan pintu dia...rajin dia usha pintu
pastu dia rasa jantung dia duk overflow..sakitnya pendam rasa (ceh, macam berpengalaman pula)
pastu nak suruh awek tu bagitau camne nak ngorat dia...kiranya bagi hints lah..(usaha lah woi! nak awek kena macho ok!)
dah lah blur blur...tiba-tiba cakap i love u...heh??


4. Eric Clapton : Wonderful Tonight


It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."



kalau situasi benar camni lah:
suami isteri nak kua tengok wayang
si suami dah siap dah, biasa lah lelaki. sarung je..tetap nampak smart..hahah
si isteri masih terkial-kial nak pilih baju apa (im not like this, sarung je mana yang available.janji tutup aurat & tak nampak weird)
lepas tu si isteri nak mekap-mekap, sikat rambut blonde... kalau yang bertudung tu nak lilit-lilit (trend shawl)
si suami dah duk ulang tengok jam
lepas tu isteri tanya
abang, sayang nampak cantik tak?
suami dengan pantas jawab.. lawa dah jom!!!!!


5. N'Sync - Drive Myself Crazy


Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark

I lay awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby



(ok, yg ni copy bulat circle dari cursingmalay)
Jika ada lelaki yang menyanyikan kepada anda lagu ini,lari jauh2 dari dia.
Dia tak tau mana akal dia,dia tak tau mana hati dia sebab selalu menangis dalam gelap dan bila dia terbaring keseorangan....dia jadi gila...sebab terlalu meminati anda.Jika inginkan kekasih yang tak siuman,silakan.