Pages

Memaparkan catatan dengan label Chicken. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chicken. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mac 2024

Milk Booster

3.3.24

Milk Booster

Susu badan adalah rezeki. Bukan semua orang senang-senang nak produce susu badan. Jadi, jangan lah kecam ibu-ibu yang bagi anak dia minum formula milk. 

Ada sesetengah ibu, walau tak dibantu milk booster tetapi diberi rezeki susu badan yang banyak.

Bagi pengalaman Kak Kay, kedua-dua anak diberi kadar susu mengikut keperluan masing-masing. 

Milk produce sedikit terganggu sewaktu bulan puasa. Jadi Kak Kay amalkan puasa selang seli. Nanti boleh ganti dan bayar fidyah. Apa-apa Kak Kay dahulukan keperluan anak. Allah dah beri jalan dan kemudahan. Kenapa nak buat susah?

Antara milk booster yang paling Kak Kay suka adalah minuman kurma merah 

(👉https://shope.ee/maFA0KX8). Sangat sedap.



Resepi sup milk booster:

Ayam bahagian bertulang (sebab nak essence ayam)
Lobak putih
Lobak merah
Bawang putih
Sawi
Daun sup
Daun bawang

Renih ayam bersama bawang putih api perlahan
Apabila dah mendidih boleh masukkan lobak putih dan merah
Tutup api
Masukkan sawi
Daun sup

Side note: Sup milk booster ni sesuai untuk anak yang ada jaundice. 

#celotehkakkay 
#kakkayjadiCL
#resepilaukpantang 
#menuberpantang

Rabu, 15 Ogos 2012

Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw

[lihatlah kegebuan kepak ayam itewwwww]

semalam walaupun ala-ala terkejut sebab tetamu tak diundang datang melawat
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto


ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil

ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis

1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)


mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy


coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati

kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)

Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung

note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.



lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi Nasi Carrot Mudah

petang semalam sembang dengan member dalam skype
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#

lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..




nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan

butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.

panaskan butter, tumis  (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan

ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak

bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti

1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam

panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap


acar timun / jelatah

*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih

potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)


semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)

miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)

Sabtu, 7 Julai 2012

ayam masak sos plum

lama tak buat entry resepi
aku ada beli beberapa ketul ayam
rasanya dah seminggu ayam tu bertapa dalam peti ais
tiap kali balik kerja aku bukak peti ais
pandang ayam yang beku kejung macam batu
pastu aku tutup peti
amik biskut
buat oligo koko
om nom nom nom
tu je dinner aku
tak pun aku makan yogurt
tak pun aku makan anggur - sentiasa ada dalam peti ais, beli sebab kat mydin murah, seedles dan manis pulak tu
mesti ada orang syak aku diet
tak lah
aku malas masak!
tu je alasan - makcik-makcik yang ada anak teruna kalau tahu, soheh tak berminat ambil aku buat menantu. jangan begitu makcik, saya rajin masak kalau ada orang tolong makan sama, tapi sorang-sorang ni.. berat jiwa sikit nak pegang sudip pisau kuali nih..
hahaha .. dan-dan promote diri ^__^

dihari minggu yang heaven ni aku teringin nak makan nasi
lama dah tak makan nasi masakan sendiri
asyik beli tapau je untuk lunch kat office tu
alang-alang hari tu masa shoping makanan miho dengan pasir tempat beliau beristinjak ;p
aku ada sambar sebotol sos plum cap life - main ambil je, tak tahu pun nak masak apa dengan sos tu
maka hari ni setelah aku berhempas pulas berfikir nak masak lauk apa (fikir dari pagi, tapi masak pukul 6) akhirnya aku decide nak masak ayam masak sos plum

google resepi dapatlah resepi - semuanya pakai resepi dari sumber yang sama iaitu blog Sky Blue's Kitchen
resepi asal guna nenas, ada orang lain olah resepi guna mangga muda / mangga masak, ada yang guna kentang, basic yang lain semua sama
aku pulak oter lagi resepi ni letak anggur dan cili kering
hasil dia yummmmehhhhhh
sebab buah anggur tu rasa macam makan acar buah - kalau kenduri kawin ada serve acar ni.. konfem aku ambil.. sedap!

hoi mana resepinya...bercerita cerekarama pulak dah..
jangan marah noh... aku memang suka bercerita baru lah share resepi
insyaAllah bulan romadhon nanti boleh try buat lauk sahur
sebab penyediaan dia pantas, mudah dan lazat

nampak memang macam buruk rupa, tapi sila rasa dahulu ye baru komen, hehe

bahan-bahan:
A
ayam potong kecil - kalau part peha tu potong dua, saiz ala-ala macam tu lah
tepung beras - resepi asal pakai tepung jagung
serbuk lada hitam - ada yang guna sos lada hitam, bergantung pada cita rasa

B
*3 ulas bawang putih
*5 biji lada kering digunting dan dibuang biji
*1 inci halia
1 biji bawang besar - dimayang / potong bulat
tumbuk yang bertanda *

C
6 sudu besar sos plum - aku tak sukat pun, main tuang ikut sedap rasa
2 sudu sos tomato - aku bubuh sos tomato kfc 2 peket
1 sudu sos cili - aku bubuh sos cili McD 1 peket
1 sudu sos tiram, jangan lebih-lebih nanti masin
air untuk kuah
garam secukup rasa

D
buah anggur


cara-cara
1. ayam yang dah cuci bersih masuk dalam 1 bekas
2. tepung beras dalam 2 sudu tabur atas ayam
3. masukkan serbuk lada hitam sebanyak mana yang anda suka
4. gaul sebati bahan A, kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan / ayam masak
5. ambil sedikit minyak goreng ayam untuk tumis bahan B
6. tumis bahan B hingga naik bau wangi
7. masukkan air - kalau nak kuah cair banyakkan air, kalau nak kuah pekat bubuh sedikit je
8. masukkan bahan C, garam secukup rasa, kacau rata hingga mendidih atau kuah jadi pekat
9. masukkan ayam dan buah anggur
10. kacau rata dan siap boleh di makan

note: rasa dia macam kuah sweet sour, jadi boleh guna resepi ni untuk masak ikan sweet sour. orang yang tak suka manis akan cakap lauk ni tak sedap. sebab dah rasa dia SWEET sour..

Selasa, 20 Mac 2012

Ayam tandoori bakar dan goreng

bahan kisar 1:
  • 1 biji bawang besar + 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 2 biji limau nipis – ambil jus
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 2 sk serbuk cili
  • 150g natural yogurt
  • 1/2 sk pewarna merah
  • sedikit gula
  • 3 sudu cili kering yang dah kisar / cili boh
  • 11/2 sk biji sawi
bahan kisar 2:
  • 1 sk halba - sangrai
  • 3 sk biji ketumbar - sangrai
  • 11/2 sk jintan putih - sangrai
  • 1 1/2 sk jintan manis - sangrai
bahan lain untuk goreng
  • 5 sb tepung goreng ayam
  • 2 sb tepung beras pulut
note: sumber resepi dari sini, mana2 yang kena potong tu aku tak letak

versi goreng:
  •     Gaul semua bahan kisar 1, 2 dan bahan lain untuk goreng dan perap selama1 jam.
  •     Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
  •     Toskan minyak dan siap untuk dihidang.

versi bakar:
  • bakar di dalam oven dengan suhu 200C selama 30 minit, setiap 15 minit balikkan ayam

yang versi goreng lagi sedap!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Oven Baked Chicken

potluck 2 minggu lepas
selain moist carrot cake
saya ada buat ayam bakar jugak
bakar dalam oven sahaja
bahan-bahan dia pun senang
campak-campak
gaul-gaul sebati
then masuk oven
bakar sampai air nampak kering
atau kalau nak ayam tu moist.. bakar jangan sampai terlalu kering
resepi sila cekidaud di sini



gambar masa baru letak dalam oven je ada
gambar yang dah masak tak ada
sudah di ngap baru ingat nak ambil gambar...


Rabu, 18 Mei 2011

Menu untuk yang berdiet: Ayam bakar berpoligami masam manis pedas

wahhh... nama menu tak leh blah
mesti tak ada siapa nak try sebab ada perkataan poligami kat situ
tapi mungkin kaum adam berminat nak cuba kot
nak tahu kenapa saya bubuh nama dia sikit punya kontroversi?
sila lihat dia punya resepi, pasti dapat jawapan
tapi kalau yang jenis bijak-bijak tu, awal-awal mesti dah tau kenapa kan?


lagi satu hal nya, kenapa layak jadi menu untuk yang berdiet? 
sebab saya guna spice dan asam-asam, dan ianya dibakar
jadi sesuailah masuk kategori menu untuk yang berdiet bukan?


jom tengok resepi, serious ni resepi ikut suka nak bubuh apa saja yang ada sambil berperang dengan gumiho yang dah gian memanjat sana sini (menyesal ajar dia memanjat (-'_'-))


bahan-bahan:
  1. ayam sekilo bukan seekor ye, diulang sekilo
  2. 2 sudu cili kering blend (saya blend siap-siap, buh dalam balang simpan dalam peti es)
  3. 3 ulas bawang putih cincang lumat, ada lesung lagi bagus. tumbuk je bagi lumat
  4. 2 ulas bawang merah dimayang halus
  5. 1 sudu teh serbuk jintan manis
  6. 1 sudu teh sebuk jintan putih
  7. 1 sudu teh sebuk ketumbar
  8. 1 sudu serbuk kunyit
  9. 1 sudu jus lemon ~ saya tak perah dari buah lemon, saya guna yang dalam botol punya. kat bawah show gambar
  10. 1 sudu asam jawa diramas dengan air yang sedikit sebab nak yang pekat. kalau cair nanti ayam bakar jadi ayam berkuah pula
  11. 2 sudu sos tiram
  12. 2 sudu kicap ~ saya guna kicap lemak manis cap jalen (my fav)
  13. 2 sudu madu ~ now musti dah faham kenapa berpoligami bukan? sebab dia bermadu (◕‿-)
  14. garam secukup rasa
  15. sedikit butter utk gris loyang pembakar ~ calit sikit-sikit je sebab ayam dah ada lemak.
  16. ½ biji limau nipis
cara-cara:
  1. campur semua bahan dari nombor 1-14, gaul bagi rata dan sebati
  2. perap 30 minit, nak bagi terasa betul-betul sampai kedalam tulang ayam tiru macam saya ~ perap 1 malam!
  3. panaskan microwave 1 minit~ saya tak ada oven, siapa-siapa nak bakar dengan oven mesti bijak mensetting sendiri suhu oven anda. maaf ya puan-puan dan tuan-tuan
  4. gris loyang dengan butter, sikit je tau. kalau banyak-banyak nanti terus tak layak jadi menu diet!
  5. perah limau nipis ke atas ayam yang dah ready dalam loyang pembakar
  6. masuk dalam microwave, pilih setting untuk bakar ayam
  7. kemudian bakar sampai masak ye

sila abaikan roti canai hangit gara-gara leka cuci pinggan (ni hidangan versi dinner malam ni)

amacam? nampak sedap tak? dont judge by it rupa ok. rasa dulu baru taw...

lemon juice dalam botol yang saya beli kat giant, harga rm5++




rasa ayam bakar berpoligami masam manis pedas ni memang sedap, tak berniat nak masuk bakul pun. tapi memang sedap sebab rasa dia yang macam-macam tu. ada masam, manis, pedas..masin-masin tu tak sure ada ke tidak. tapi berpoluh-poluh juga lah ketiak saya disaat berpiknik ditepi tasik tuh, pedas!! lagi pun waktu lunch ko. bukan dinner atau breakfast.. gara-gara nak bagi inche tunang makan punya pasal. ◠‿◠ hikhik..paksa rela dia datang, bila cakap ayam bakar terus sepantas kilat dia datang...heh, lebih sayang ayam bakar berbanding saya, nak merajuk lah 5 jam. 

boleh makan dengan nasi, roti bakar, roti canai, capati, spageti, ratah begitu sahaja pun sedap. kalau nak tiru macam saya, saya makan dengan nasi serai. lawan dengan kuah dalca... fuhhhh, menambah-nambah inche tunang makan. ngahahaha. kami berpiknik ditepi tasik sebelah masjid terapung kat puchong.. port baekkk punya....!

p/s: miho pun terloncat-loncat riang dapat makan ayam bakar+nasi serai+kuah dalca, biasanya makan biskut warna-warni dia tu aje. hope perut dia ok.