Pages
Khamis, 11 April 2024
Perang melawan jiwa sendiri
Sabtu, 11 Mac 2023
How to complete the Quran during Ramadan
Since Ramadan is approaching it is extremely important for us to understand that Quran holds alot of importance specially in Ramadan. The sahabas used to finish the Quran in Ramadan for so many times! Prophet ﷺ used to study the Qur'an with Jibrael (als) every night in Ramadan
The Quran has 600 pages approximately. If you divide it on 30 days, that's 20 pages a day. That may be difficult to do right? But, if you divide it in on the 5 daily prayers a day. It gets easier.
If you read 4 pages after every salah in Ramadan, then you've completed the Quran.
Other ways you can divide reading the pages during Ramadan due to school, work or anything else is...
• Read 4 pages after every obligatory prayer
• Read 2 pages before each obligatory prayer, and 2 pages after
• Read 5 pages in the morning, noon, afternoon, and night
• Read 10 pages in the morning, and 10 in the evening
And the rewards of reading only a letter from the Qur'an are immense! So, focus on Qur'an this Ramadan. Read it with beautiful voice, read it slowly, and ponder upon its meanings as well.
Khamis, 25 Julai 2013
Daging Masak Kicap
of course lah, sebab masa saya duduk rumah bujang dulu, selalu je saya google resepi-resepi yang kedengaran mudah tapi untuk orang-orang yang tak pandai masak macam saya ni tetap rasa macam susah. heheh
daging masak kicap ni favourite adik bongsu saya, dia yang request berhari-hari dah. tapi saya ignore je sampai lah dia start merajuk. alahai adik bongsu, merajuk dia sebab nak daging kicap. saya bukan saja nak ignore, sebab saya ni tak suka campur-campur lauk darat dan laut. kalau boleh saya nak elak untuk campur. sebab saya dengar ceramah ustaz kat surau, Nabi SAW tidak mencampurkan/memakan secara serentak makanan laut dan darat, contohnya daging lembu (haiwan darat) dan ikan (haiwan laut). untuk penjelasan lanjut boleh lah tanya ustaz ustazah dikawasan anda. jangan lah tanya ustaz google je ye. hehehe
jadi, kalau hari tu saya masak seafood (ikan, udang, kerang, ketam) saya tak akan masak lauk ayam atau daging. macam tu lah lebih kurang. selagi boleh elak, saya akan elak. kadang-kadang termasak juga. sebab bukan masak untuk satu mulut je ni. ^_^
bahan-bahan dia tak sukar mana pun. senang je, nak buat pun senang
bahan-bahan
daging lembu dipotong nipis
kicap secukupnya
serai
cili padi dipotong
bawang besar dipotong
serbuk kunyit
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
cara-cara
gaulkan daging dengan serbuk kunyit,garam, dan serbuk perasa
masukkan kedalam kuali yang telah diletak sedikit minyak, tutup kuali. tungguh sehingga air daging kering dan agak-agak daging dah empuk.
kemudian masukkan bawang besar, cili, dan serai. kacau rata. biarkan hingga bawang layu. masukkan kicap secukupnya. kacau rata dah boleh tutup api.
boleh dihidangkan dengan nasi panas, bubur nasi, nasi impit
tips: guna kuali non stick untuk minimalkan penggunaan minyak dan supaya daging tak melekat dan berkerak :)
Rabu, 24 Julai 2013
Mi Rebus Terengganu
tapi saya rasa mungkin mi rebus pantai timur kot... entah lah, tak tahu pula mana origin resepi mi rebus ni. saya hanya jumpa mi rebus ni kat terengganu dan sekitar bandar kuantan, pahang je. kat kelantan saya tak tahu, sebab kalau ke sana tak ada lah pulak saya nak cari mi rebus. saya cakap mi rebus pantai timur sebab mi rebus negeri lain yang pernah saya makan, kuah dia pekat sangat. ada kata letak isi ubi keledek yang di blend halus, ada juga cakap letak biskut marie yang dikisar halus. tak tahu lah mana yang betul. tapi quite sedap juga mi rebus yang saya makan di negeri lain tu. antara yang saya suka mi abu (mi rebus, tauke dia nama abu ^_^) mi abu ni famous kat nun di utara semenanjung , alor star. kalau ke alor star saya memang mencari mi abu ni. sedap dia memang tuhan je tahu. kuah yang pekat likat tu memang best lah. nak buat sendiri tak tahu resepi pulak, lagi satu risau kalau buat jadi tak sedap dan dapat komen tak mengancam dari family, agak terguris hati disitu.. sensitif sikit dibulan puasa ni. haha
lagi satu mi rebus 'tuu dia paktam'. sedap juga untuk tekak saya. nama kedai tu memang tulis 'tuu dia paktam'. menurut kata kawan saya, pak tam ni asalnya meniaga pakai gerai pacak tepi jalan je. sekarang dah ada kedai besar siap dengan dewan seminar. bagus kan? dimana ada usaha, disitu ada jalan dan rezeki yang Allah bagi. sebab tu lah walaupun saya dah menganggur hampir 8 bulan, saya masih tetap percaya rezeki hanya Allah yang bagi. bukan kabel, bukan kawan-kawan, bukan juga pakcik makcik yang boleh bagi surat sokongan untuk mintak kerja. walaupun tak kerja, saya berusaha meniaga dalam talian (online bisnes). alhamdulillah masuk lah juga rezeki tu, cukup lah untuk membayar hutang-hutang belajar diuniversiti dulu. saya mohon kalian yang membaca ni, tolong doakan ye, agar saya dapat pekerjaan yang baik dan halal tak lama lagi. InsyaAllah moga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ni ada lah nanti mana-mana syarikat yang akan panggil saya untuk bekerja. setelah musibah demi musibah datang menimpa. saya percaya, selepas hujan panas, akan ada pelangi yang indah. InsyaAllah. :)
bahan-bahan
1 paket mi kuning di cuci bersih
sayur-sayuran seperti sawi, carrot, tomato, kobis - boleh tambah / tukar sayur lain juga tapi saya tak pernah skip sawi, carrot, dan tomato.
ayam dipotong kecil-kecil
fish cake / fish ball - optional
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
air secukupnya untuk kuah
cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam
masukkan ayam
kacau hingga ayam kelihatan separuh masak
masukkan air
apabila dah mendidih masukkan garam dan bahan perasa, kicap serta sos, kacau rata
masukkan mi serentak dengan sayur. kacau seketika dan tutup api.
siap untuk dihidangkan
tips#1: kalau tiada tomato, masukkan sedikit asam jawa untuk bagi sedikit hint masam-masam
tips#2: sedap dimakan dengan cili potong dan perahan limau nipis
- Selamat Mencuba ^_^
Isnin, 22 Julai 2013
Puding Laici Dangdut
bukanlah sebelum ni tak rapat, sebelum ni pun rapat. tapi sejak sambung pelajaran dari umur 18tahun, memang saya jarang dah ada kat rumah. dah la saya ni jenis suka berjalan. asal cuti je panjang je langkah pergi berjalan-jalan kenal negeri orang. sekarang ni bila dah menganggur, sampai ke bercucuk tanam pun saya buat. orang kampung pun fikir semacam je. tapi saya buat tak tahu je. yang penting tiap kali saya masak untuk breakfast , lunch, dinner.. mak ayah suka. banyak dah menu-menu baru saya perkenalkan pada mak ayah. seronok betul tengok mereka makan. tapi ada juga lah yang mereka tak suka. contohnya spaghetti, makaroni bakar, aglio olio.. memang mereka tak kan menambah. makan sekadar untuk kenyangkan perut. sedih juga. sebab tu favorite saya. heheh
ok lah, berbalik pada puding laici dangdut ni, tidak lah saya tahu kenapa nama dia macam tu. masa makan tak ada lah pulak saya nak berdangdut bagai. hahaha tapi rasa dia memang nyaman sangat. lebih-lebih lagi diwaktu puasa di musim panas. rujukan resepi ni banyak, antaranya kak ita dan pokcik mat. lain-lain source tu rata-ratanya dari sumber yang sama juga iaitu auty hanieliza.
resepi ni saya ubah sikit sebab ikut kesesuaian jenis agar-agar yang saya guna iaitu agar-agar tali. kalau dulu memang fail lah nak guna agar-agar tali ni. keras lah, terlembik lah. sekarang alhamdulillah dah pandai dah.. yeay tepuk tangan :)
bahan-bahan
1 paket agar-agar tali (15g)
2 plastik air - sukat air pakai plastik pembungkus agar-agar tali. / kalau tak nak sukat pakai plastik ni boleh sukat pakai tin susu cair iaitu anggaran 4tin air.
9 sudu besar gula - saya buat manis sebab mak saya suka manis. kalau tawar dia tak lalu nak telan. T_T
1 tin susu cair
1 tin laici
cara-cara masak puding
masak agar-agar dengan air hingga mendidih
blend kasar 3/4 tin isi laici bersama airnya dengan 3/4 tin susu cair.
apabila agar-agar sudah mendidih masukkan gula, kacau hingga gula melarut
kecilkan api dan masukkan bahan yang diblend tadi. kacau rata dan tutup api.
susun aturkan lebihan laici tadi dalam acuan
tuangkan larutan agar-agar kedalam acuan
sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti ais - kalau bubuh panas-panas nanti rosak peti ais. ;)
cara-cara masak kuah puding
masak 1/4 lebihan susu cair tadi dengan 3/4 tin air - sukat pakai tin yang sama
masak dalam periuk yang guna untuk masak agar-agar tadi, sebab bagi saya lebihan agar-agar yang masih melekat pada periuk tadi akan membantu untuk memekatkan kuah. masukkan 1sudu gula. masak hingga merenih. sejukkan sebelum masukkan kedalam peti ais.
cara menghidang
bubuh puding dalam bekas, tuang kuah dia. dah boleh ngap.
selamat mencuba. :)
tips: kalau guna buah laici fresh lagi sedap, sebab rasa masam manis tu lagi mengancam :)
Khamis, 18 Julai 2013
Roti Jala Sambal Sardin
sebab in future senang saya nak buat reference
mana-mana yang saya letak dalam blog ni insyaAllah yang saya dah try dan menjadi dan sedap dan dimakan sampai bertambah-tambah oleh mak dan ayah. sebab mak ayah saya jenis tak makan benda-benda pelik, bagi mereka.. berbuka dengan nasi putih dan lauk pauk biasa sudah memadai. tetapi since saya dah ada kat rumah ni.. ofcourse la saya nak masak ikut tekak saya juga kan, sambil-sambil tu memperkenalkan makanan-makanan lain yang jarang mak ayah saya makan.
untuk resepi roti jala ni, memang mudah je nak buat. sambil-sambil masak kari ayam / sambal sardin atau buat benda-benda lain pun. sebab memang simple sangat.
mak saya tak pernah buat roti jala, kalau makan pun sebab ada jiran bagi atau makan di jamuan-jamuan kat surau. disebabkan saya ni spesis suka cuba resepi baru, jadi tak salah pun memecah tradisi mak ayah saya dengan berbuka dengan roti jala. ayah duk ulang-ulang tanya. nasi tak ada ke? saya diam je. sebab bagi orang-orang veteran ni. hanya nasi yang mengenyangkan. saya nak provekan pada mak ayah, makan selain nasi di waktu berbuka pun boleh kenyang. InsyaAllah :)
bahan-bahan
resepi sambal sardin pekat dan sedap
1 tin sardin mackerel (saya suka mackerel sebab isi lebih pejal dan sedap)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
1 sudu lada kering yang telah diblend
air asam jawa
1 ulas bawang merah - dimayang / potong nipis
2 biji cili padi - potong nipis
minyak untuk menumis
garam dan bahan perasa
cara-cara
kisar bahan (*)
tumis bahan kisar dan lada kering hingga garing
kemudian masukkan air asam jawa
biar sampai kering sikit, sebab nak makesure bahan kisar betul-betul masak, kalau tidak waktu makan nanti akan terasa lagi bawang tu mentah.
masukkan sos sardin (asingkan ikan dan sos)
bila dah merenih masukkan bawang dan cili potong
masukkan garam dan serbuk perasa kalau suka
bila bawang dan cili potong dah layu baru lah masukkan isi ikan sardin. kacau rata dah siap.
selamat mencuba :)
Rabu, 15 Ogos 2012
Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto
ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil
ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis
1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)
mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy
coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati
kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)
Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini
Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung
note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa
cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.
lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll
Isnin, 13 Ogos 2012
Pavlova lova lova
banyak gangguan mental lately
bila aku stress
aku suka makan dessert
maka aku buat pavlova
lagipun housemate aku beria-ria suruh aku buat banyak kali dah
since belum puasa lagi..
maka terjadilah pavlova lova lova .. hehehe
pavlova ni banyak kali dah aku buat
tapi kali ni baru terasa nak snap gambar
baru terasa nak letak resepi dalam blog
sebab kali ni baru aku rasa rajin nak snap gambar
yang dulu-dulu tu tak sempat snap dah ngap makan
lepas makan semulut dua..baru cakap..alaaa, lupa ambil gambar.. hehehe
pertama kali aku tengok pavlova is dari blog kak LG nun di OZ
senior aku kat matrix kulim nih... super duper senior dah.. hehehe
resepi pun aku ambil dari blog dia
tapi aku combine dengan resepi dari blog pokcik mat gebu
bahan-bahan base
3 biji putih telur - pastikan putih telur aje, tak ada benda-benda lain, or else meringue tak akan menjadi
1/2 cawan gula kastor
2 sudu tepung jagung
2 sudu cuka makan yang warna putih macam air tu
1 sudu teh esen vanilla
bahan-bahan whip cream
1 kotak kecil - anggaran 250ml-300ml whip cream yang khas untuk topping, jangan tersilap ambil or else dia tak akan mengembang macam krim, tetap jadi cair :)
gula kastor 1/4 cawan
* pastikan whip cream duduk dalam peti ais paling kurang 24 jam :)
buah-buahan masam seperti strawbery, adik beradik berry, anggur, kiwi dan lain-lain
cara-cara buat base
1.bersihkan mixbowl dari sebarang bendasing seperti air / minyak, make sure betul-betul kering
2.pukul telur putih dengan gula sehingga kembang, ada orang cakap sampai bertanduk.. stail aku, terbalikkan mangkuk, kalau tak tumpah tu dah siap lah tu :p
3. masukkan tepung jagung, cuka, dan esen vanilla. kaup balik dengan spatula je.
4. ambil baking paper, alas atas dulang pembakar.. lletakkan meringue tadi atas baking paper, rata kan
pastikan kat tepi-tepi tu ada tebing sebab nanti nak letak whip cream.
5. cara bakar ada dua cara:
a.bakar pada suhu 140-150 darjah selama 50 minit,
b.atau panaskan oven pada suhu 150 darjah, bila nak masukkan pavlova turunkan suhu ke 120 darjah, bakar selama 1jam 20 minit6. apabila dah masak, sejukkan dalam oven. jangan bawa keluar terus.. bagi dia duduk diam-diam dalam oven
cara-cara topping
pukul whip cream dan gula hingga kembang
ratakan atas base
aturkan buah-buahan
dah boleh ngap :)
Selasa, 7 Ogos 2012
antara moment indah aku bersama mak
waktu: tengah tunggu waktu subuh masuk
tarikh: 6-ogos-2012 / 17 ramadhan 1433
saya: mok, hari ni bday kak. (sambil tersengih)
mok: ye ke? (terus menadah tangan berdoa utk saya)
saya: amin kan doa mak Y____Y
hadiah bithday yg tak terbanding selepas kurniaan Ilahi untuk terus hidup dimuka bumiNya. Syukur Ya Allah :)
antara doa mak, supaya aku mendapat jodoh yang soleh, yang boleh bimbing aku ke syurga Allah :)
InsyaAllah mak.
Isnin, 30 Julai 2012
Puding Roti Buah Prune dan Nasi Goreng Tuna
tapi versi masak pakai microwave
kali ni aku masak pakai oven pulak
ada roti cap masimo tak terusik atas rak pinggan
aku yang beli
pastu tak makan
daripada duk membazir berkulat
baik aku buat puding roti
sebab aku suka sangat makan puding roti ni
samada makan dengan sos kastard
atau makan dengan ais krim vanilla... memang syok la
tapi awas, puding roti sangat high calorie.. hehehe
puding roti
panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
*250ml susu cair
*1 biji telur
*1 sudu butter dicairkan
*esen vanila 1 sudu teh
*1/8 cawan gula - aku kurangkan gula sebab sos dh manis, prune pun manis
pukul hingga sebati bahan (*), pukul pakai garfu je
carikkan / gunting roti kecil-kecil, ikut banyak mana korang suka. aku buat cukup-cukup dengan adunan bahan (*). sebab resepi asal pakai 4 keping roti je.
buah prune kering digunting/hiris halus, nak guna buah kering lain pun boleh
gaulkan roti bersama separuh buah prune, dan bahan (*) hingga rata
kemudian taburkan lebihan buah prune di atas sebatian tadi
bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit atau hingga nampak keperangan
dah siap
sos kastard
bahan untuk sos kastard
3 sudu besar susu pekat manis
500ml air
2 1/2 sudu besar tepung kastard
sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. masak hingga nak pekat, tak ada la pekat sangat. kalau terlampau pekat dia jadi koleh kastard pulak
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p
4. makan masa sejuk-sejuk peti ais bes! ;)
nasi goreng tuna
*5 tangkai cili kering
*bawang putih
*bawang besar
tumbuk bahan (*)
1 tin ikan tuna cap ayam, aku guna Tuna Chunks in Olive Oil light
3 ekor sotong dipotong bulat-bulat
nasi putih secukup rasa
garam secukup rasa
carrot dipotong halus
sedikit kobis dipotong halus
tumis bahan tumbuk hingga naik bau wangi
masukkan tuna & sotong, kacau rata hingga sotong masak
masukkan garam, kacau rata
masukkan nasi dan sayur
boleh letak kicap kalau tak nak nasi tu nampak pucat
kacau rata
dah siap!
Khamis, 26 Julai 2012
Resepi Nasi Carrot Mudah
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#
lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..
nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan
butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.
panaskan butter, tumis (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan
ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak
bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti
1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam
panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap
acar timun / jelatah
*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih
potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)
semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)
miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)
Khamis, 19 Julai 2012
Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Romadhon Yang Mulia Lagi Barokah, marilah kita penuhinya dengan amalan dan ibadat yang lebih berlipat ganda. insyaAllah.. moga kita semua sempat merasa sinar mulia Romadhon kali ini.. aminnn ^_^
maka dengan ini aku dengan hati girang mo pulang ke kampung halaman untuk membuat persiapan
andai ada tutur kata dalam entry-entry aku yang lepas bisa mengguris hati engkorang, mahapkan saya ye. seikhlas hati saya mohon maaf.. pada kawan-kawan, selamat berpuasa. jangan pose yang yuk eh ^__^
Isnin, 29 Ogos 2011
Diari Ramadhan Nisa
tahun ni tak sure ada sambungan/ulangan lagi ke tidak
meh saya nak tulis diari ramadhan versi nisa pulak
tak ada la diari sangat pun
just senarai makanan yang saya makan sepanjang puasa kali ni
1 Ramadhan:
sahur - oat + soy milk + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + moi sup (RM 4) + kuih peneram (RM 1) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: cocktail pudding dah prepare sehari sebelum puasa. stock untuk seminggu. ^_^
2 Ramadhan:
sahur - oat + milo + susu + biskut oat + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + laksa (RM 3) + karipap kentang (RM 0.40) + pau goreng (RM 0.50) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: laksa sedap!
3 Ramadhan:
sahur - oat + soy milk + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + roti john say-full (RM3.50) + karipap kentang (RM 0.80) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: roti john tak sedap!
4 Ramadhan:
sahur - oat + milo + susu + 3 ulas kurma ajwa + lebihan roti john (separuh) + lebihan karipap (separuh) + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + ayam bakar (RM 2.50) + char kuay teow (RM 3.50) + karipap daging (RM 0.80) + air masak 1 liter
komen: hari ni beli kat bazar usj 1. semuanya tak sedap. kecuali kurma dan air masak T___T
5 Ramadhan:
sahur bullet train - susu + cereal + milo + oat , semua tak habis sebab waktu sahur dah habis. lewat jaga
iftar - air tembikai laici (RM2.50) + air kelapa laut (x 2) + air teh bunga (RM 2.50) + murtabak daging(RM 3 x 2) + lamb kabsah (RM 15.00 x 2) + chicken kabsah (RM 10.00 x 2) + half chicken hanith (RM 12.00)
komen: beli kat restaurant saba cyberjaya, bazar precint 3 putrajaya. semuanya sedap...banyak sebab adik , adik ipar dan sepupu adik ipar datang berbuka kat rumah
6 Ramadhan / 6 Ogos:
6 Ramadhan lain macam sikit, kena nyanyi lagu happy birthday... heheheh
sahur - kurma ajwa 3 biji + lamb kabsah lebihan berbuka + air masak 1 liter
iftar - nasi kerabu (RM2.50) + murtabak (RM3.50) + air cendol (RM2.00) + kuih [koleh kacang, bronok sagu , tepung kapur (RM1.80)] + pau goreng [RM0.50] + kurma ajwa 3 biji + air masak 1 liter
komen: beli kat bazar puchong perdana, semua sedap kecuali nasi kerabu..totally failed!!
7 Ramadhan:
sahur - kurma ajwa 3 ulas + kuih muih [koleh kacang, bronok sagu , tepung kapur] + pau goreng + air 1 liter
iftar - nasi putih + chicken hanith lebihan iftar 5 ramadhan + tomyam sayur (1st time masak ramadhan 1432) + air cendol lebihan iftar 6 ramadhan + air masak 1 liter
8 Ramadhan:
sahur - nasi putih + tomyam sayur + chicken hanith + kurma ajwa 3 ulas + air masak 1 liter
iftar - laksa penang (RM 3.00) + cendawan goreng (RM3.00) + air cendol lebihan iftar 6 ramadhan + air masak 1 liter
komen: beli kat bazar puchong prima, semua sedap!
9 Ramadhan:
sahur - TAK SAHUR!!!! - mula-mula dah terjaga pukul 3.30 am, awalnyeee... bila terjaga lagi dah 6.30 am T___T
iftar - nasi putih + tomyam sayur from iftar 7 ramadhan (masak banyakkkk ^_^) + kurma ajwa 3 ulas + puding koktel (ni pun buat banyakkkk) + air 1 liter
10 Ramadhan:
sahur - cereal + susu + kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - spaghetti bolognese (2nd time masak di bulan puasa)+ kek lapis cheese cadburry + kurma ajwa 3 ulas + air masak 1 liter
11 Ramadhan:
sahur - TAK SAHUR AGAIN T________T, sedar-sedar dah 5.52, tepat-tepat masuk waktu subuh.
iftar - KFC dinner plate (seketul je makan, balance simpan peti ais ^__^), kurma 1 ulas (ajwa sudah mo habis T__T), air 1 liter, puding koktel sedap nyam..nyam..nyam
komen: order kfc snack plate tapi dapat dinner plate, bayar harga snack plate... rezeki ramadhan orang kate.. rare!!!
12 Ramadhan:
sahur - spaghetti bolognese from juadah iftar 10 ramadhan, air 1 liter, makan sambil mata tertutup, miho pun sibuk nak sahur jugak
iftar:
komen: sahur kat puchong, buka puasa kat ceneh kemaman terengganungggggggg... happpppyyyyyy oyeahhh (gedix kuasa 16)
Sabtu, 20 Ogos 2011
Homemade Cendol Pulut
mak mestila memenuhi hajat anak perempuan dia yang merantau jauh ni
jauh lah sangat... 3 jam perjalanan dengan kancil je pun... hahah
hari tu mak ajar cara-cara buat cendol
before ni kalau mak ajar saya tak adalah nak ambil tahu sangat pun...
sekadar...ohhh...ahhhh...hmmmm camtu je
kali ni belajar betul-betul dah
kan dah nak kawen...teheheheh
Jumaat, 19 Ogos 2011
Puding Caramel Jagung
[tak reti potong lawa-lawa]
Resepi ambil dari myresepi, tapi dah lupa siapa yang post
sebab salin laju-laju kat office
bahan-bahan
10 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 tin krim jagung
*5-7 sudu besar gula
- cairkan gula didalam loyang sehingga nampak keemasan / coklat / perang kemudian ketepikan
- campurkan semua bahan-bahan lain kacau sebati dengan 1 arah putaran, jangan kacau sehingga telur kembang
- masukkan adunan kedalam loyang yang berisi gula caramel tadi
- kukus 15-20 minit, jangan terlalu lama supaya puding tak keras
Rabu, 10 Ogos 2011
Wordless Wednesday #2: Meja IFTAR
Jumaat, 17 September 2010
salam syawal
salam syawal dari saya, pohon kemaafan andai ada tulisan saya yang telah mencuit hati kamu semua. blog dah bersawang, sekarang dah nak kena kemas-kemas lah sikit. kot-kot ada orang nak datang bertandang. bukan kena kemas rumah untuk openhouse je, eheheh.
last update belog ni last 4 september which is 25 ramadhan, sekarang dah 8 syawal baru ada kelapangan nak update. maklum lah, sebelum raya terlalu sibuk nak update. balik kampung, harus tak update langsung. sebab kat kampung memang tak ada internet connection. kalau boleh pun setakat dial up.
pulang dari kampung, saya pulak demam. nak teruskan MC rasa serba salah pula, sebab project dah hampir due. actually delay dah pun.. ehehehehe maknanya hari ni baru saya dapat update. sebenarnya banyak cerita nak beritahu, tapi kepala masih agak tingtong hasil demam yang tak berapa nak kebah. tapi dek kerana risau ada yang rindu nak baca coretan saya, saya gagah diri juga mengupdate belog (perasan-nya kau ◠‿◠). ok lah, sampai di sini sahaja. nanti saya update lagi. nak pergi kerja dah.. karang lewat pula saya sampai ke office. salam lebaran dari saya. pergi open house makan berpada-pada. karang tak pasal-pasal membesar bagai johan..daaa
Sabtu, 28 Ogos 2010
Juadah Ramadhan 1431H #9 - Cek Mek Molek Laksa Utara
dari khamis lagi dah plan nak makan apa sepanjang cuti 3 hari. untuk hari ni plan dengan housemate nak masak laksa. resepi mama dia. tapi sayangnya saya tak dapat join masak. sibuk membeli kerepek. dah lepas asar baru balik rumah. punyalah penat memborong kerepek. banyak juga beli, rambang mata dah. semua kerepek nampak sedap. tapi sayang sangat, kerepek pisang dah habis. itu tokey kedai cakap, pisang nangka susah nak dapat tahun ni. agaknya tahun ni orang asyik tanam pisang abu atau pisang tanduk kot.. hihih
dalam duk penat beli kerepek, sebelum sampai rumah sempat lagi singgah giant beli ubi keledek. sebab dah janji dengan housemate nak buat cek mek molek. dia nak belajar sebab boyfriend dia suka makan. orang sayang boyfriend kan.. (◕‿-) tapi korang jangan kagum lah, cek mek molek saya bewarna purple you. hehe, malas dah membebel jom tengok gambar. cekidaud...
Jumaat, 27 Ogos 2010
Juadah Ramadhan 1431H #8 - Mi Kari & Konnyaku Jelly Laici
disebabkan hidup merantau, nak tunggu balik kampung kut tak tahan kempunan. jadi saya buat lah sendiri. sedap tak sedap belakang kira. saya cari resepi kat internet, jumpa satu resepi tu. tengok testimonial semua cakap sedap. dalam resepi tu ada letak ikan sardin. teringat pula housemate tak makan sardin, so saya tak letak lah ikan sardin dalam kuah tu. (baik kan saya? walaupun dalam hati meronta-ronta nak letak sardin ◠‿◠). apa-apa hal pun jom tengok gambar.
untuk pencuci mulut pula, saya nak habiskan stock serbuk jelly konnyaku. maka terhasillah konnyaku jelly lychee. sedap dimakan sejuk-sejuk. (◕‿-)
Rabu, 25 Ogos 2010
Juadah Ramadhan 1431H #7 - Paprik dan Puding Roti
for today's iftar menu, my housemate wanna eat paprik ayam. then i ask her to masak sendiri (i'm not being such a meany housemate, just to make she learn how to cook well ◕‿◕). she said ok. lagi pun saya teringin nak makan puding roti dan sup cendawan. so, fair and square lah kan. saya masak puding roti dan sup cendawan, dia masak paprik. hehehe (◕‿-)
kitorang memasak sampai dah azan pun belum habis, maklum lah. sampai kat rumah pun dah hampir pukul 7 (╥_╥). siap je masak, kami mandi and solat maghrib dulu lah. berbuka dengan kurma sebiji sahaja. lebih suka buat macam ni, sebab if berbuka dengan makanan berat terus, nanti nak solat pun jadi malas dah. hehehe malas membebel panjang, jom tengok juadah kami hari ni. untuk puding roti tu resepinya saya ambil dari page kak hanilieza dengan sedikit modification mengikut selera saya.. hehehe