Pages

Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw

[lihatlah kegebuan kepak ayam itewwwww]

semalam walaupun ala-ala terkejut sebab tetamu tak diundang datang melawat
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto


ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil

ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis

1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)


mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy


coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati

kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)

Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung

note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.



lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll

Isnin, 13 Ogos 2012

Pavlova lova lova

weekend baru-baru ni otak aku agak keserabutan
banyak gangguan mental lately
bila aku stress
aku suka makan dessert
maka aku buat pavlova
lagipun housemate aku beria-ria suruh aku buat banyak kali dah
since belum puasa lagi..
maka terjadilah pavlova lova lova .. hehehe

pavlova ni banyak kali dah aku buat
tapi kali ni baru terasa nak snap gambar
baru terasa nak letak resepi dalam blog
sebab kali ni baru aku rasa rajin nak snap gambar
yang dulu-dulu tu tak sempat snap dah ngap makan
lepas makan semulut dua..baru cakap..alaaa, lupa ambil gambar.. hehehe

pertama kali aku tengok pavlova is dari blog kak LG nun di OZ
senior aku kat matrix kulim nih... super duper senior dah.. hehehe
resepi pun aku ambil dari blog dia
tapi aku combine dengan resepi dari blog pokcik mat gebu



bahan-bahan base
3 biji putih telur - pastikan putih telur aje, tak ada benda-benda lain, or else meringue tak akan menjadi
1/2 cawan gula kastor
2 sudu tepung jagung
2 sudu cuka makan yang warna putih macam air tu
1 sudu teh esen vanilla

bahan-bahan whip cream
1 kotak kecil - anggaran 250ml-300ml whip cream yang khas untuk topping, jangan tersilap ambil or else dia tak akan mengembang macam krim, tetap jadi cair :)
gula kastor 1/4 cawan
* pastikan whip cream duduk dalam peti ais paling kurang 24 jam :)

buah-buahan masam seperti strawbery, adik beradik berry, anggur, kiwi dan lain-lain

cara-cara buat base
1.bersihkan mixbowl dari sebarang bendasing seperti air / minyak, make sure betul-betul kering
2.pukul telur putih  dengan gula sehingga kembang, ada orang cakap sampai bertanduk.. stail aku, terbalikkan mangkuk, kalau tak tumpah tu dah siap lah tu :p
3. masukkan tepung jagung, cuka, dan esen vanilla. kaup balik dengan spatula je.
4. ambil baking paper, alas atas dulang pembakar.. lletakkan meringue tadi atas baking paper, rata kan
pastikan kat tepi-tepi tu ada tebing sebab nanti nak letak whip cream.
5. cara bakar ada dua cara:
a.bakar pada suhu 140-150 darjah selama 50 minit, 
b.atau panaskan oven pada suhu 150 darjah, bila nak masukkan pavlova turunkan suhu ke 120 darjah, bakar selama 1jam 20 minit
6. apabila dah masak, sejukkan dalam oven. jangan bawa keluar terus.. bagi dia duduk diam-diam dalam oven

cara-cara topping
pukul whip cream dan gula hingga kembang
ratakan atas base
aturkan buah-buahan

dah boleh ngap :)


Selasa, 7 Ogos 2012

antara moment indah aku bersama mak

lokasi: surau al falah depan rumah
waktu: tengah tunggu waktu subuh masuk
tarikh: 6-ogos-2012 / 17 ramadhan 1433

saya: mok, hari ni bday kak. (sambil tersengih)
mok: ye ke? (terus menadah tangan berdoa utk saya)
saya: amin kan doa mak Y____Y

hadiah bithday yg tak terbanding selepas kurniaan Ilahi untuk terus hidup dimuka bumiNya. Syukur Ya Allah :)


antara doa mak, supaya aku mendapat jodoh yang soleh, yang boleh bimbing aku ke syurga Allah :)
InsyaAllah mak.

Isnin, 30 Julai 2012

Puding Roti Buah Prune dan Nasi Goreng Tuna

dulu pernah ada entry puding roti ni
tapi versi masak pakai microwave
kali ni aku masak pakai oven pulak

ada roti cap masimo tak terusik atas rak pinggan
aku yang beli
pastu tak makan

daripada duk membazir berkulat
baik aku buat puding roti
sebab aku suka sangat makan puding roti ni
samada makan dengan sos kastard
atau makan dengan ais krim vanilla... memang syok la
tapi awas, puding roti sangat high calorie.. hehehe


puding roti

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius

*250ml susu cair
*1 biji telur
*1 sudu butter dicairkan
*esen vanila 1 sudu teh
*1/8 cawan gula - aku kurangkan gula sebab sos dh manis, prune pun manis
pukul hingga sebati bahan (*), pukul pakai garfu je

carikkan / gunting roti kecil-kecil, ikut banyak mana korang suka. aku buat cukup-cukup dengan adunan bahan (*). sebab resepi asal pakai 4 keping roti je.

buah prune kering digunting/hiris halus, nak guna buah kering lain pun boleh

gaulkan roti bersama separuh buah prune, dan bahan (*) hingga rata
kemudian taburkan lebihan buah prune di atas sebatian tadi

bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit atau hingga nampak keperangan

dah siap

sos kastard
bahan untuk sos kastard
3 sudu besar susu pekat manis
500ml air
2 1/2 sudu besar tepung kastard

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. masak hingga nak pekat, tak ada la pekat sangat. kalau terlampau pekat dia jadi koleh kastard pulak
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p
4. makan masa sejuk-sejuk peti ais bes! ;)




nasi goreng tuna

*5 tangkai cili kering
*bawang putih
*bawang besar
tumbuk bahan (*)

1 tin ikan tuna cap ayam, aku guna Tuna Chunks in Olive Oil light
3 ekor sotong dipotong bulat-bulat
nasi putih secukup rasa
garam secukup rasa
carrot dipotong halus
sedikit kobis dipotong halus

tumis bahan tumbuk hingga naik bau wangi
masukkan tuna & sotong, kacau rata hingga sotong masak
masukkan garam, kacau rata
masukkan nasi dan sayur
boleh letak kicap kalau tak nak nasi tu nampak pucat
kacau rata
dah siap!

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi Nasi Carrot Mudah

petang semalam sembang dengan member dalam skype
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#

lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..




nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan

butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.

panaskan butter, tumis  (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan

ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak

bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti

1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam

panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap


acar timun / jelatah

*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih

potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)


semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)

miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)

Khamis, 19 Julai 2012

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Romadhon Yang Mulia Lagi Barokah, marilah kita penuhinya dengan amalan dan ibadat yang lebih berlipat ganda. insyaAllah.. moga kita semua sempat merasa sinar mulia Romadhon kali ini.. aminnn ^_^

memandangkan aku dah hantar tesis yang spesis hardcover seperti gambar kat bawah






maka dengan ini aku dengan hati girang mo pulang ke kampung halaman untuk membuat persiapan

andai ada tutur kata dalam entry-entry aku yang lepas bisa mengguris hati engkorang, mahapkan saya ye. seikhlas hati saya mohon maaf.. pada kawan-kawan, selamat berpuasa. jangan pose yang yuk eh ^__^

Isnin, 29 Ogos 2011

Diari Ramadhan Nisa

dulu tiap kali ramadhan mesti tengok diari ramadhan rafiq
tahun ni tak sure ada sambungan/ulangan lagi ke tidak
meh saya nak tulis diari ramadhan versi nisa pulak
tak ada la diari sangat pun
just senarai makanan yang saya makan sepanjang puasa kali ni

1 Ramadhan:
sahur - oat + soy milk + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + moi sup (RM 4) + kuih peneram (RM 1) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: cocktail pudding dah prepare sehari sebelum puasa. stock untuk seminggu. ^_^

2 Ramadhan:
sahur - oat + milo + susu + biskut oat + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + laksa (RM 3) + karipap kentang (RM 0.40) + pau goreng (RM 0.50) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: laksa sedap!

3 Ramadhan:
sahur - oat + soy milk + 3 ulas kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar -  3 ulas kurma safiya + roti john say-full (RM3.50) + karipap kentang (RM 0.80) + cocktail pudding + air masak 1 liter
komen: roti john tak sedap!

4 Ramadhan:
sahur - oat + milo + susu + 3 ulas kurma ajwa + lebihan roti john (separuh) + lebihan karipap (separuh) + air masak 1 liter
iftar - 3 ulas kurma safiya + ayam bakar (RM 2.50) + char kuay teow (RM 3.50) + karipap daging (RM 0.80) + air masak 1 liter
komen: hari ni beli kat bazar usj 1. semuanya tak sedap. kecuali kurma dan air masak T___T

5 Ramadhan:
sahur bullet train - susu + cereal + milo + oat , semua tak habis sebab waktu sahur dah habis. lewat jaga
iftar - air tembikai laici (RM2.50) + air kelapa laut (x 2) + air teh bunga (RM 2.50) + murtabak daging(RM 3 x 2) + lamb kabsah (RM 15.00 x 2) + chicken kabsah (RM 10.00 x 2) + half chicken hanith (RM 12.00)
komen: beli kat restaurant saba cyberjaya, bazar precint 3 putrajaya. semuanya sedap...banyak sebab adik , adik ipar dan sepupu adik ipar datang berbuka kat rumah

6 Ramadhan / 6 Ogos:
6 Ramadhan lain macam sikit, kena nyanyi lagu happy birthday... heheheh
sahur - kurma ajwa 3 biji + lamb kabsah lebihan berbuka + air masak 1 liter
iftar - nasi kerabu (RM2.50) + murtabak (RM3.50) + air cendol (RM2.00) + kuih [koleh kacang, bronok sagu , tepung kapur (RM1.80)] + pau goreng [RM0.50] +  kurma ajwa 3 biji + air masak 1 liter
komen: beli kat bazar puchong perdana, semua sedap kecuali nasi kerabu..totally failed!!


7 Ramadhan:
sahur - kurma ajwa 3 ulas + kuih muih [koleh kacang, bronok sagu , tepung kapur] + pau goreng + air 1 liter
iftar - nasi putih + chicken hanith lebihan iftar 5 ramadhan + tomyam sayur (1st time masak ramadhan 1432) + air cendol lebihan iftar 6 ramadhan + air masak 1 liter


8 Ramadhan:
sahur - nasi putih + tomyam sayur + chicken hanith + kurma ajwa 3 ulas + air masak 1 liter
iftar - laksa penang (RM 3.00) + cendawan goreng (RM3.00) + air cendol lebihan iftar 6 ramadhan + air masak 1 liter
komen: beli kat bazar puchong prima, semua sedap!

9 Ramadhan:
sahur - TAK SAHUR!!!! - mula-mula dah terjaga pukul 3.30 am, awalnyeee... bila terjaga lagi dah 6.30 am T___T
iftar - nasi putih + tomyam sayur from iftar 7 ramadhan (masak banyakkkk ^_^) + kurma ajwa 3 ulas + puding koktel (ni pun buat banyakkkk) + air 1 liter

10 Ramadhan:
sahur - cereal + susu + kurma ajwa + air masak 1 liter
iftar - spaghetti bolognese (2nd time masak di bulan puasa)+ kek lapis cheese cadburry + kurma ajwa 3 ulas + air masak 1 liter

11 Ramadhan:
sahur - TAK SAHUR AGAIN T________T, sedar-sedar dah 5.52, tepat-tepat masuk waktu subuh.
iftar - KFC dinner plate (seketul je makan, balance simpan peti ais ^__^), kurma 1 ulas (ajwa sudah mo habis T__T), air 1 liter, puding koktel sedap nyam..nyam..nyam
komen: order kfc snack plate tapi dapat dinner plate, bayar harga snack plate... rezeki ramadhan orang kate.. rare!!!

12 Ramadhan:
sahur -  spaghetti bolognese from juadah iftar 10 ramadhan, air 1 liter, makan sambil mata tertutup, miho pun sibuk nak sahur jugak
iftar:
komen: sahur kat puchong, buka puasa kat ceneh kemaman terengganungggggggg... happpppyyyyyy oyeahhh (gedix kuasa 16)



Rabu, 10 Ogos 2011

Wordless Wednesday #2: Meja IFTAR

kagum tak tengok gambar ni?
meja penuh dengan makanan
gambar ramadhan tahun 1430 / 2009
Iftar kat hotel singgahsana
sponsored by office laaa
kiranya staff treat la...
makan memang best
lebih-lebih kambing cincang dia...
kalau ada yang terliur tengok gambar ni
hamba mintak maaf la.. 
jangan marah yeee...

Khamis, 23 September 2010

Puding Koktel Berkuah

Note: ada pembetulan resepi, thanks cik nadh kerana menegur. katanya kuah ni cair ek, saya pun heran apesal saya punya pekat. rupa-rupanya tertinggal 1 bahan. nanti nadh try lagi untuk open house nanti yek


walaupun sekadar puasa ganti, menu berbuka tak nak kalah macam dalam bulan puasa. petang semalam time tengah duk kalut-kalut debug error system kat office tu, tiba-tiba teringat nak makan puding koktel berkuah. terasa-rasa kat tekak. apa lagi, google resepi lah, before ni pernah lah buat. tapi tak pernah dapat yang resepinya sedap seperti yang saya makan kat rumah kakak saya waktu kenduri kahwin anak buah saya dulu. dalam banyak-banyak resepi yang saya cari tadi, ada lah jumpa 1 resepi yang super mudah (i loiiiiiiikeeeee....) memang nak menyediakan pun mudah, bahan-bahan pun mudah nak cari.


so kali ni saya nak share resepi lah, tapi maaf lah. saya dah lupa mana source asal resepi tu. sebab saya search resepi tu kat office & lupa nak salin url page tu. just salin resepi aja. nak cepat. nanti kantoi dengan supervisor, dia suruh buat kerja i pergi salin-salin resepi pula. tehehehehe ◠‿◠


bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk(8grm)
1 tin susu cair
550ml air
3 sudu tepung kastard dilarut dengan 50 ml air
5 sudu besar gula


kuah
*1 tin susu cair
*2 tin air
*1 sudu susu pekat manis
*5 sudu gula
3 sudu tepung kastard dilarut dengan sedikit air
1 tin buah-buahan koktel jenama halal pilihan anda


cara-cara
1. masak agar-agar dengan mencampurkan serbuk agar-agar dengan gula terlebih dahulu. kemudian masukkan air dan susu. kacau sebati, kemudian barulah masak hingga kelihatan pekat. kemudian masukkan larutan tepung kastard
2. setelah agar-agar masak, masukkan dalam bekas dan bekukan.
3. kemudian masak kuah
4. campurkan semua bahan yang bertanda bintang (*) dan masak hingga mendidih
5. kemudian masukkan larutan tepung kastard dan masak hingga kuah kelihatan pekat
6. tutup api dan masukkan buah-buahan koktel beserta airnya. kacau sebati biarkan sejuk sementara menunggu agar-agar keras
7. apa bila agar-agar dah keras. potong kecil-kecil dan letak dalam bekas. kemudian tuangkan kuah ke atasnya. siap-sedia untuk dimakan. sangat sedap jika dimakan sejuk.

saya guna serbuk agar-agar yang ni, senang didapati di kedai-kedai dan pasaraya berdekatan


cun tak puding koktel berkuah saya? rasa dia pun cun tau. tapi siapa-siapa yang batuk tu anda akan batuk dengan dasyat selepas makan, sebab puding ni manis dan sejuk (saya tak boleh makan benda manis & sejuk kalau sedang batuk; batuk sampai perut pun kejang kau (_))


Sabtu, 28 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #9 - Cek Mek Molek Laksa Utara

hari ni ikut planning nye nak pergi beli kerepek kat tempat murah. konon-konon pukul 8.30 lah. tiba-tiba dah tunda ke pukul 12. sebab dah tak jadi pergi awal pagi, saya bantai tidur lah. bosan tak tahu nak buat apa. nak sambung baca novel, belum sampai mood lagi. sebab minggu lepas dah habis 3 novel saya khatam. gara-gara tak mahu tidur selepas sahur. if tidur alamat pening-pening lah kepala kat office. tapi ada juga hari tu saya tidur, kesian housemate kena kejutkan saya. hihi, memang stock orang main mercum kebum-kebum tak dengar punyelah. hehehe

dari khamis lagi dah plan nak makan apa sepanjang cuti 3 hari. untuk hari ni plan dengan housemate nak masak laksa. resepi mama dia.  tapi sayangnya saya tak dapat join masak. sibuk membeli kerepek. dah lepas asar baru balik rumah. punyalah penat memborong kerepek. banyak juga beli, rambang mata dah. semua kerepek nampak sedap. tapi sayang sangat, kerepek pisang dah habis. itu tokey kedai cakap, pisang nangka susah nak dapat tahun ni. agaknya tahun ni orang asyik tanam pisang abu atau pisang tanduk kot.. hihih

dalam duk penat beli kerepek, sebelum sampai rumah sempat lagi singgah giant beli ubi keledek. sebab dah janji dengan housemate nak buat cek mek molek. dia nak belajar sebab boyfriend dia suka makan. orang sayang boyfriend kan.. (◕‿-) tapi korang jangan kagum lah, cek mek molek saya bewarna purple you. hehe, malas dah membebel jom tengok gambar. cekidaud...


yang ni belum goreng, cantik kan warna dia.. hihi ◠‿◠


yang ni tunggu masa nak ngap aje... ◠‿◠




Jumaat, 27 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #8 - Mi Kari & Konnyaku Jelly Laici

tiap kali bulan puasa, family saya mesti akan buat mi kari. favorite ayah. suka sangat dia kalau ada mi kari. kuah mi kari untuk ayah mesti rasa manis-manis sket. jadi mak terpaksa buat 2 jenis kuah, sebab adik bawah saya tak makan benda yang manis-manis. saya dengan yang bongsu, semua pun kami telan janji sodap. ehehehe

disebabkan hidup merantau, nak tunggu balik kampung kut tak tahan kempunan. jadi saya buat lah sendiri. sedap tak sedap belakang kira. saya cari resepi kat internet, jumpa satu resepi tu. tengok testimonial semua cakap sedap. dalam resepi tu ada letak ikan sardin. teringat pula housemate tak makan sardin, so saya tak letak lah ikan sardin dalam kuah tu. (baik kan saya? walaupun dalam hati meronta-ronta nak letak sardin ◠‿◠). apa-apa hal pun jom tengok gambar.

curry mee

untuk pencuci mulut pula, saya nak habiskan stock serbuk jelly konnyaku. maka terhasillah konnyaku jelly lychee. sedap dimakan sejuk-sejuk. (◕‿-)


cantik tak? saya guna acuan coklat


saya kasi zoom sikit, amacam? 




Rabu, 25 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #7 - Paprik dan Puding Roti

hari ni stress dengan kerja sampai tahap picit kepala. dah 2 hari migrain datang.. tapi stay cool. malas nak layan dengan migrain yang datang bertandang jarang-jarang. stay focus on my task, because the due is on 30th August right before merdeka holiday.. i'll must do my best to finish it with flying of colour.insyaAllah.. give me the strength Ya Rabb. my brain really need rest, it's unstopable banging and hanging here and there. i dont want to take the medicine. my best remedy is sleep and rest at home. i'm too bored to take the medicine though.. (-'_'-)


for today's iftar menu, my housemate wanna eat paprik ayam. then i ask her to masak sendiri (i'm not being such a meany housemate, just to make she learn how to cook well ◕‿◕). she said ok. lagi pun saya teringin nak makan puding roti dan sup cendawan. so, fair and square lah kan. saya masak puding roti dan sup cendawan, dia masak paprik. hehehe (◕‿-)


kitorang memasak sampai dah azan pun belum habis, maklum lah. sampai kat rumah pun dah hampir pukul 7 (╥_╥). siap je masak, kami mandi and solat maghrib dulu lah. berbuka dengan kurma sebiji sahaja. lebih suka buat macam ni, sebab if berbuka dengan makanan berat terus, nanti nak solat pun jadi malas dah. hehehe malas membebel panjang, jom tengok juadah kami hari ni. untuk puding roti tu resepinya saya ambil dari page kak hanilieza dengan sedikit modification mengikut selera saya.. hehehe


saya makan paprik ayam+sayur yang banyak ni dengan roti 


puding roti bakar bersos custard, rasa dia nyam..nyam..nyam.. ◠‿◠

hemm, esok nak makan apa pulak ye? esok last day kerja untuk minggu ni. maklum lah jumaat tu cuti nuzul quran. tapi tak semua negeri cuti on this day kan? jangan jealous for those yang tak dapat cuti.. hehehe



Isnin, 23 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #6 - Teppanyaki


ni iftar pertama kat luar. biasanya masak kat rumah aje. kawan dari jauh datang, iaitu kak dhila. setelah berbincang panjang nak makan kat mana, ada lah beberapa yang di shortlisted kan. akhirnya teppanyaki menjadi pilihan. siap check halal ke tidak. heheheh

tak nak bercerita panjang, mari kita tengok apa yang kami bertiga dah makan sewaktu iftar tadi...
the menu


chawa mushi


gyoza




teppanyaki sayur (betul ke??)


sukiyaki



beef teppanyaki


salmon teppanyaki


paul the teppanyaki, oppsss... cuttlefish teppanyaki laaa ◠‿◠


us (◕‿-)



Ahad, 22 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #5 - Nasi Goreng Kampung

nasi goreng kampung, siap ada salad dan telur masin serta ikan masin (◕‿-)

untuk iftar hari ni saya teringin nak makan nasi goreng kampung. tapi tak nak lah yang tapau dari kedai. then google lah cari resepi nak buat nasi goreng kampung. jumpa kat myresepi. bahan-bahan dia pun mudah dan senang. dah nama nasi goreng kampung kan, mesti lah mudah nak sediakan. walaupun berbuka seorang je hari ni, menu tak nak kalah. ehehehe.. housemate saya keluar berbuka dengan teman lelaki dia. agak-agak ada yang tanya tak? saya tak keluar berbuka dengan teman lelaki ke? ehehehe, meh saya jawab. dah semalam. tapi tak ada gambar nak share, maklum lah teruja dah nak berbuka dengan yayang. kamera pun boleh lupa nak bawa. handphone pun tak canggih. tak ada kamera..huhe
pisang bakar coklat berkeju (terlampau manis walaupun tak letak gula, memang bergelas-gelas air masak saya minum lepas tu)


berbalik pada menu iftar saya tadi, selain nasi goreng kampung. saya ada buat desert menggunakan pisang (pisang again??) pisang yang beli hari tu tak habis lagi, maklumlah bulan puasa. perut ni cepat penuh. tak mampu nak habiskan pisang sesikat dalam masa yang singkat. saya buat pisang bakar coklat berkeju. jumpa resepi di sini . selain menu pisang, saya ada buat anggur coklat. ala, yang macam strawberry coklat tu. tapi saya guna buah anggur. kebetulan hari ni saya ada siapkan tempahan coklat. ada lebihan coklat tu saya celup lah anggur. tak susah pun. ◠‿◠
anggur dan  badam bersalut coklat

korang jangan terkejut ye, sebab saya ada buat roti jala juga..(amboi,banyak nye makan). bukan apa, saya buat roti jala ni jumaat lepas, ada lebihan batter dia. hari ni tinggal menjala aja. tak susah. baki kari hari jumaat hari tu pun masih ada lagi. dapat lah dalam 3 keping roti jala.hehehe sebagai tambahan pelengkap nasi goreng kampung tadi, saya buat sup ayam dengan kangkung goreng belacan. saya ni kalau makan apa-apa pun mesti nak kena ada sayur. kalau tak ada sayur rasa macam tak kenyang aja makan. kalau tak ada sayur, saya cuba adakan buah-buahan. kira nak bagi complete 1 piramid makanan lah kot... hehe
roti jala dan kari ayam
nasi goreng kampung, sup ayam, kangkung goreng belacan


untuk minuman pula cadangnya nak minum kickapoo.tapi on the way nak balik rumah tadi ada nampak gerai jual air kelapa. apa lagi, minum air kelapa lah saya. sedap minum di saat cuaca panas terik ni. 
ni semua untuk saya seorang, memang nafsu lion betul lah...huhe (◕‿◕)

tapikan, sebaik sahaja azan berkumandang. saya makan sebiji tamar dan seteguk air kelapa. perut dah terasa macam kenyang. memang saya jenis cepat kenyang kalau buka puasa. tak makan nasi pun boleh, tapi nafsu makan di siang hari tu mengalahkan kemampuan kapasiti perut sendiri. huhe.. selepas minum air kelapa seteguk, saya cuba makan anggur coklat sebiji dan sesuap pisang bakar coklat berkeju. memang full dah. mata duk jeling roti jala dan nasi goreng. mampukah nak telan lagi ni... saya pergi solat maghrib dahulu sebab saya risau. kalau saya lantak semua hidangan tu, harus maghrib nanti terbabas. sebab saya sat lagi mesti saya dah umpama ular sawa kekenyangan.. hehehehe ◠‿◠ selamat bertarawih ye. jom ke masjid terapung puchong (pandai-pandai je bagi nama kat masjid *∩_∩*




Jumaat, 20 Ogos 2010

Puding Pisang Microwave

2 hari lepas saya ada beli pisang untuk buat lempeng pisang, jadi ada lah lebihan pisang. risau jadi lebu dan membazir, saya duk fikir nak buat ape dengan pisang ni. nak buat puding raja, risau housemate tak makan. sebab guna susu. housemate tak minum susu. jadi saya tanyalah prof google guna keyword resepi pisang. ada lah beberapa yang listed dalam serp (search engine result page) tu. dalam banyak-banyak tu saya terjumpa resepi mudah dan cepat di blog resepi. kamu dah sedia maklumkan, saya ni wanita bekerjaya.. semua masakan mestilah cepat dan pantas tetapi sedap...hehehe. seperti biasa saya akan sesuka hati akan modified sedikit resepi yang saya ambil tu, if you all nak original recipe boleh klik pada hyperlink kat atas.

puding pisang versi saya, gelap sikit sebab guna brown sugar kot



sedap juga kalau makan dengan sos coklat atau ice-cream


bahan-bahan:
100g butter
3 biji pisang masak dilenyek
50g brown sugar
100g tepung gandum
1 sk serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sb susu

cara-cara:
letak butter dalam loyang then cairkan dalam microwave
tambah semua bahan ke dalam butter yang telah cair dan gaul sebati
letak hirisan pisang dan masak selama 8 minit atau sehingga masak

note: saya terlupa nak letak telur dan susu, dah siap masak baru teringat. maklumlah nak kejar waktu berbuka. walaupun 2 bahan tu saya terlupa letak, rasanya tetap sedap. housemate cakap rasa seperti lepat.. hehehe



Khamis, 19 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #4 - Nasi Lemak Ayam Goreng Lemon

bulan puasa ni terlebih rajin blog-hopping. tiba-tiba terlompat kat blog siapa entah saya dah lupa. tengok gambar nasi lemak. leleh terus. jangan terkejut kalau saya cakap preparation nasi lemak saya ambil masa 2 hari. day 1, saya prepare sambal dulu. lagipun housemate ada sebut-sebut nak sambal untuk makan dengan mi siput. jadi saya buat lah lebih-lebih untuk portion nasi lemak juga. before ni, sebelum bulan ramadhan pun memang dah selalu buat stock sambal, sebab senang. bila nak makan tinggal cedok dan reheat aje. maklum lah, wanita bekerjaya macam saya ni mana sempat nak masak (macam lah orang lain tak kerja...hehehe ◠‿◠). 

sambal kan senang nak mismatch dengan apa-apa lauk. udang, sotong, ayam.. tinggal campur je. untuk nasi lemak ni pun, saya prepare sambal sotong. disebabkan dan ada ready-made sambal, saya balik rumah tinggal nak potong sotong tu then campur je dalam sambal. cepat kan? untuk nasi pula, sekejap aja nak masak. sebab pakai rice cooker. untuk ayam goreng lemon pula, saya ambil baki gravy yang saya buat untuk masak nasi tomato(klik untuk dapatkan recipe gravy) last week. memang pantas dan cepat...hehehe ◕‿-

nasi lemak saya hidangkan dengan ayam goreng lemon, salad, telur puyuh, sambal sotong

sini saya nak share recipe nasi lemak beserta petua sekali. saya belajar dengan mak angkat saya (dia ada buka cafe di uitm puncak alam).





preparation untuk 2 orang makan (berbuka dan sahur)

2 cawan beras
2 1/2 santan (dari kelapa parut)
    ✿ jika kamu guna santan kotak maybe boleh guna sukatan ni ( 1/2 cawan santan dan 2 cawan air)
1 ulas bawang putih, bawang merah dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 sk halba
1 sk garam
1 sb minyak masak
daun pandan

cara-cara:
ini petua 
beras dicuci dan direndam 5 minit
santan pula direnih seketika dalam periuk

apabila santan dah nampak nak mendidih, masukkan semua bahan dan letak dalam rice cooker. boleh teruskan kerja-kerja kamu yang lain. kerana petua yang saya beri tu untuk mengelakkan nasi kamu melekat-lekat pada periuk. 



Rabu, 18 Ogos 2010

Oreo-Lemony Cheese Cake

Ramadhan #5 lepas, saya ada buat oreo cheesecake atas cabaran dari kawan-kawan kerana nak tengok kehandalan saya memasak. ehehehe.. tapi sebenarnya memang teringin nak buat pun. sebab suka makan. beli kat secret recipe makan tak puas. lebih baik sendiri buat kan? ada lah beberapa kawan kat facebook mintak resepi. jadi kat sini saya nak share lah. resepi ni seperti biasa saya ubah suai dari resepi orang lain (Puan Azwa ^_^).
Ramuan dan cara-cara nak buat seperti dibawah. ni penting, anda mesti memiliki sebuah peti ais untuk melaksanakan resepi ni.=) 






Bahan-bahan A
250 gm biskut oreo krim dia asingkan, jangan buang
• 125 gm buttercup 

Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)

Bahan-bahan C
• 250 gm krim keju (saya pakai philadelphia cream cheese)
130 gm gula kastor (campuran gula pasir dan brown sugar) 
• 1 sudu besar jus lemon
kulit lemon diparut atau cincang halus (dapat dalam 1 sudu besar ok dah)
• krim dari biskut oreo yang diasingkan
Bahan-bahan D
• 15 gm gelatin halal (saya guna brand nona)
• 100ml air
• >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min

Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm.pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
• Cairkan buttercup dalam kuali atau periuk, masukkan biskut kacau rata kemudian masukkan dalam loyang kek. ratakan dengan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
• Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
• Pukul bahan C hingga sebati dan nampak kembang.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
• Kemudian tuangkan bahan ini kedalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
• Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.
• Tuangkan separuh adunan tadi ke atas lapisan biskut then taburkan sedikit serpihan biskut oreo. kemudian tuang baki adunan. hiaslah sesuka hati, nak ltk biskut oreo ke cerry ke. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam.


Selamat mencuba ^^


P/S: tulisan bewarna adalah hasil ubah suai saya dari resepi asal.