Pages

Isnin, 6 Jun 2011

asam pedas ayam bujang

jangan gelak dengan nama resepi tu eh
saje je nak letak perkataan bujang kat belakang tu
yelah, rasa macam tak adil je
ada makanan tu namanya roti kahwin
bakso pengantin baru lah
sambal telur pengantin lah
yang bujang-bujang pun nak juga nama... hehehe

dah lama saya tak buat asam pedas ayam ni
kali terakhir buat masa saya duduk kat kota damansara dulu
phewwww... lama tu
last duduk sana mac 2009
menu ni memang antara fav saya
tapi dah lama tak buat
sebabnya tak tahu kenapa tak buat..hahah, boleh gitu?

bahan-bahan
  • ayam
  • cili kering blend
  • air asam jawa secukupnya
  • *bawang merah
  • *bawang putih
  • *halia (blend yang bertanda *)
  •  kunyit hidup ditumbuk halus
  • garam
  • belacan
  • daun kesum
  • serbuk lada hitam
  • daun limau purut
  • tomato belah 4
  • asam jawa untuk ayam 
  • minyak untuk menumis

cara-cara
  1. potong ayam kecil-kecil dan cuci bersih 
  2. kemudian gaulkan ayam dengan asam jawa dan kunyit yang ditumbuk, ketepikan
  3. panaskan minyak, kemudian goreng belacan sampai naik bau
  4. kemudian masukkan bahan-bahan yang di blend sampai naik bau
  5. masuk kan cili kering blend, tumis sampai pecah minyak
  6. kemudian masukkan ayam, daun kesum, daun limau purut, serbuk lada hitam dan gaul sebati, biarkan sampai air ayam hampir kering
  7. kemudian barulah masukkan air asam jawa, tomato dan masak hingga mendidih
  8. masukkan garam secukupnya kemudian boleh lah tutup api
  9. makan bersama nasi panas, telur masin, ulam timun batang...phewww terangkat dengan peluh meleleh-leleh.. hehehe
note: tak letak sukatan sebab saya pun main letak agak-agak ikut kecukupan bahan..maklumlah orang bujang.. ^_^


Tiada ulasan: