Pages

Memaparkan catatan dengan label Diet Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Tips. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mac 2024

Milk Booster

3.3.24

Milk Booster

Susu badan adalah rezeki. Bukan semua orang senang-senang nak produce susu badan. Jadi, jangan lah kecam ibu-ibu yang bagi anak dia minum formula milk. 

Ada sesetengah ibu, walau tak dibantu milk booster tetapi diberi rezeki susu badan yang banyak.

Bagi pengalaman Kak Kay, kedua-dua anak diberi kadar susu mengikut keperluan masing-masing. 

Milk produce sedikit terganggu sewaktu bulan puasa. Jadi Kak Kay amalkan puasa selang seli. Nanti boleh ganti dan bayar fidyah. Apa-apa Kak Kay dahulukan keperluan anak. Allah dah beri jalan dan kemudahan. Kenapa nak buat susah?

Antara milk booster yang paling Kak Kay suka adalah minuman kurma merah 

(👉https://shope.ee/maFA0KX8). Sangat sedap.



Resepi sup milk booster:

Ayam bahagian bertulang (sebab nak essence ayam)
Lobak putih
Lobak merah
Bawang putih
Sawi
Daun sup
Daun bawang

Renih ayam bersama bawang putih api perlahan
Apabila dah mendidih boleh masukkan lobak putih dan merah
Tutup api
Masukkan sawi
Daun sup

Side note: Sup milk booster ni sesuai untuk anak yang ada jaundice. 

#celotehkakkay 
#kakkayjadiCL
#resepilaukpantang 
#menuberpantang

Selasa, 21 Disember 2010

petua menurunkan berat badan dengan kos yang murah #2

ok, hari ni saya nak share petua lain pulak which is antioxidant diet. hoh? macam mana antioxidant diet ni?

ok, mari kita cerita pasal apa itu oksidan dan antioksidan

pernah tengok buah epal tak? ofcourse lah pernah kan. kali ni nak ajak buat experimen sket? ehehe, macam chegu sains pulak
sumber gambar: internet

experimen #1
cuba kamu belah epal tu, then tinggal dalam 5 minit. kemudian apa terjadi?
haaaa, pandai pun dia bertukar jadi kecoklatan kan? haa, itu tandanya epal tersebut telah mengalami proses pengoksidaan atau teroksida. mari kita buat experiemen lagi

 
sumber gambar: internet

experimen #2
cuba kamu belah epal kemudian kamu perah lemon ke permukaan epal yang terbelah tu. selepas 5 minit epal masih lagi cantik dan tak teroksida / mengalami proses pengoksidaan.

hah, apa kah semua ni? apa kaitan dengan diet antioxidant yang digembar-gemburkan tu?? harus lah ada kaitan.kronologi dia macam ni:

  • lemon will act sebagai antioxidant which is prevent the damage on an apple. apple tu tak tukar jadi coklat. 
  • merujuk experimen#1, process ni similar to our body which is oksigen akan merosakkan sel dalam tubuh. jika dibiarkan akan menjadi mutasi dan menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser. jadi pengambilan antioksida dalam diet akan bertindak seperti experimen#2 untuk prevent kerosakan pada sel badan

setiap sel dalam tubuh kita memerlukan oksigen. tetapi oksigen juga boleh memberi kerosakan pada tubuh melalui proses pengoksidaan. jadi, bagaimana nak mengelak proses ni terjadi?

haruslah memulakan diet antioksida. ∩_∩

sumber gambar: internet

setiap pagi minum air lemon suam bercampur madu (1/2 lemon + 1 gelas air suam + 1 sudu madu) => selain mempunyai sumber antioksida (lemon) yang bagus, minuman ni juga membantu memecahkan lemak degil dan keluar melalui sistem pembuangan. 
sumber gambar: internet

makan buah-buahan yang mengandungi bahan antioksida semula jadi. buah yang bewarna merah mengandungi antioksida tertinggi. instead of dinner nasi atau makanan berkarbohidrat, apa kata tukar dengan memakan buah-buahan berantioksida. bagus kan? shoot 2 birds with one bullet. selamat mencuba. 

Ahad, 19 Disember 2010

petua menurunkan berat badan dengan kos yang murah #1



haaaa, ramai nak kurus kan? ohhh saya pun.. untuk kesihatan diri dan tulang belakang yang ku sayangi... tapi kalau nak kurus atau berdiet ni harus lah cara yang sihat. bukan dengan cara yang memberi efek tak bagus pada badan kelak. kalau kurus tapi pelbagai penyakit pula yang datang tak ada guna kan?

petua saya mudah je:

1. makan jangan melebihi had, kurang kan pengambilan karbohidrat lebihkan protein dan sayuran. protein bagus untuk membina sel manakala sayur bagus untuk sesiapa yang mengalami constipation 
2. jangan biar perut lapar! ini penting, once u lapar, nanti u crave nak makan macam-macam lak. tak ke haru, kalau kat ofis tu sediakan biskut oat. nanti bila lapar 2-3 jam before lunch hour tu ada lah juga biskut berkhasiat untuk kasi hilang lapar
3. malam-malam jangan lah ambil nasi. kalau nak makan nasi juga make sure u makan before 7pm. if lapar, cukup sekadar ambil buah atau minum susu. no karbohidrat after 8pm ok!
4. haruslah rajin exercise! kalau tahan makan je tak jadi, kamu haru exercise supaya kalori dan lemak berlebihan terbakar. 30minit setiap sesi 3 kali seminggu. kalau malas nak keluar jogging, kamu download je video bersenam kat youtube. ikut dorang buat. ala, apa nak malu. buat dalam bilik sorang-sorang. siapa nak nampak kan?
5. yang ni penting gak. make sure sehari kamu minum air sebanyak 8 gelas /  3 liter sehari... apabila badan kamu kekontangan, lemak sukar nak dibaurkan.. sebab tu jadi gumuks.. lagi satu, 2 hour before tidur jangan minum air dah. sebab nya, nanti akan jadi water retention. kenapa? if minum air sebelum tidur, nanti waktu tidur air tu tak tahu nak pergi mana. jadi dia bertakung dalam sel badan. sebab tu ada istilah gemuk air.. hehhe... sebab kalau minum siang-siang, air tu nanti akan keluar sebagai peluh/ air kencing.
6. ini lagi 1 tips, lepas makan jangan lah minum air yang berais. kalau boleh, minum teh o panas tanpa gula diperah limau sedikit atau cukup memadai dengan air suam. kenapa? tadi kamu dah makan nasi lauk kari ayam. agak-agak berapa banyak lemak dah masuk dalam badan? air panas atau suam ni akan membantu lemak-lemak tu flush out ke sistem pembuangan kamu dengan mudah. insyaAllah lemak-lemak dari kari ayam tadi tak sempat nak diserap badan.

note: saya dah cuba cara diet macam ni, 5 kg turun dalam masa 2 bulan. FYI, kamu boleh menurunkan berat secara sihat paling tinggi sebanyak 0.5kg-1kg per week. tidak lebih dari itu. lagi satu, berat akan mudah turun jika kamu jenis berat air, suka sangat minum air before tidur... hehehe selamat berdiet yang sihat.

p/s: next petua, saya akan kongsikan petua diet yang lain. tungguuuuu...