Pages

Memaparkan catatan dengan label Recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recipe. Papar semua catatan

Isnin, 21 Ogos 2023

Resipi Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi

Menu Ringkas Tapi Sedap! 🐟

✨Bahan-Bahan:
- 1 tin sardin saiz besar (beli sardin di sini)
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- 1 batang serai
- 1 helai daun kunyit




- 250 ml santan
- 3 biji ubi kentang
- 2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 keping asam gelugur
- 300 ml air
- garam secukup rasa
- air secukupnya
- minyak masak secukupnya

✨Cara Penyediaan:
1) Kisar bawang merah, bawang putiih, serai dan kunyit hidup. Ketepikan.

2) Panaskan periuk, masuk sediikit minyak dan tumis bahan-bahan yang tellah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.

3) Masuk kentang. Dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin denngan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, matikan api dan angkat.

4) Ikan sardin boleh digoreng terlebih dahulu untuk mengelakkan ia hancur.

5) Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.

p/s: Boleh tambah menu telur dadar sekali tau! Memang sedap makan dengan nasi.

Kredit: Maznah Hassan

Khamis, 20 Julai 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli

Sabtu, 27 Mei 2023

Cara buat cili jeruk



Orang lama bila buat jeruk cili kampung utk dijadikan sambal lada@air lada.
Yg penting guna air kelapa muda,
Ada cara lain lagi yg best utk bangkitkan aura bau cili jeruk?
Sedap dimakan dgn mee sup,nasi berlauk🤩

Cara buat.
.1 kilo cili kampung(buang klu ada cili2 rosak,cuci bersih x payah buang tangkal dan sejat bagi kering).
.Dah kering masukkan cili dlm balang berpenutup,masukkan air kelapa paras cili.
.Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jgn dibuka2 penutup balang tu selama jeruk)
.Saya simpan diluar saja utk cili lembut dan mudah proses nk tumbuk.
.Simpan peti blh jgk tp lambatla cili lembut.
.Bila dh seminggu,buangkan air kelapa&jgn bilas.
.Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh&sedikit keladak.Jgn risau ok je tu.
.Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yg sgt membuka selera.. Aumm
.Boleh tumbuk@bland kasar ditambah dgn garam,gula&cuka(apple@nipah)secukup rasa.
.Dah settle bolehlah masuk dlm balang lain&simpan dlm peti sejuk.

Kredit : Aisyah Abdullahadi
#facebook

Khamis, 25 Julai 2013

Daging Masak Kicap

Amboi, daging masak kicap pun nak share ke?
of course lah, sebab masa saya duduk rumah bujang dulu, selalu je saya google resepi-resepi yang kedengaran mudah tapi untuk orang-orang yang tak pandai masak macam saya ni tetap rasa macam susah. heheh

daging masak kicap ni favourite adik bongsu saya, dia yang request berhari-hari dah. tapi saya ignore je sampai lah dia start merajuk. alahai adik bongsu, merajuk dia sebab nak daging kicap. saya bukan saja nak ignore, sebab saya ni tak suka campur-campur lauk darat dan laut. kalau boleh saya nak elak untuk campur. sebab saya dengar ceramah ustaz kat surau, Nabi SAW tidak mencampurkan/memakan secara serentak makanan laut dan darat, contohnya daging lembu (haiwan darat) dan ikan (haiwan laut). untuk penjelasan lanjut boleh lah tanya ustaz ustazah dikawasan anda. jangan lah tanya ustaz google je ye. hehehe

jadi, kalau hari tu saya masak seafood (ikan, udang, kerang, ketam) saya tak akan masak lauk ayam atau daging. macam tu lah lebih kurang. selagi boleh elak, saya akan elak. kadang-kadang termasak juga. sebab bukan masak untuk satu mulut je ni. ^_^



bahan-bahan dia tak sukar mana pun. senang je, nak buat pun senang

bahan-bahan

daging lembu dipotong nipis
kicap secukupnya
serai
cili padi dipotong
bawang besar dipotong
serbuk kunyit
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara-cara
gaulkan daging dengan serbuk kunyit,garam, dan serbuk perasa
masukkan kedalam kuali yang telah diletak sedikit minyak, tutup kuali. tungguh sehingga air daging kering dan agak-agak daging dah empuk.
kemudian masukkan bawang besar, cili, dan serai. kacau rata. biarkan hingga bawang layu. masukkan kicap secukupnya. kacau rata dah boleh tutup api.

boleh dihidangkan dengan nasi panas, bubur nasi, nasi impit


tips: guna kuali non stick untuk minimalkan penggunaan minyak dan supaya daging tak melekat dan berkerak :)

Rabu, 24 Julai 2013

Mi Rebus Terengganu

Macam sure je cakap mi rebus terengganu
tapi saya rasa mungkin mi rebus pantai timur kot... entah lah, tak tahu pula mana origin resepi mi rebus ni. saya hanya jumpa mi rebus ni kat terengganu dan sekitar bandar kuantan, pahang je. kat kelantan saya tak tahu, sebab kalau ke sana tak ada lah pulak saya nak cari mi rebus. saya cakap mi rebus pantai timur sebab mi rebus negeri lain yang pernah saya makan, kuah dia pekat sangat. ada kata letak isi ubi keledek yang di blend halus, ada juga cakap letak biskut marie yang dikisar halus. tak tahu lah mana yang betul. tapi quite sedap juga mi rebus yang saya makan di negeri lain tu. antara yang saya suka mi abu (mi rebus, tauke dia nama abu ^_^) mi abu ni famous kat nun di utara semenanjung , alor star. kalau ke alor star saya memang mencari mi abu ni. sedap dia memang tuhan je tahu. kuah yang pekat likat tu memang best lah. nak buat sendiri tak tahu resepi pulak, lagi satu risau kalau buat jadi tak sedap dan dapat komen tak mengancam dari family, agak terguris hati disitu.. sensitif sikit dibulan puasa ni. haha

lagi satu mi rebus 'tuu dia paktam'. sedap juga untuk tekak saya. nama kedai tu memang tulis 'tuu dia paktam'. menurut kata kawan saya, pak tam ni asalnya meniaga pakai gerai pacak tepi jalan je. sekarang dah ada kedai besar siap dengan dewan seminar. bagus kan? dimana ada usaha, disitu ada jalan dan rezeki yang Allah bagi. sebab tu lah walaupun saya dah menganggur hampir 8 bulan, saya masih tetap percaya rezeki hanya Allah yang bagi. bukan kabel, bukan kawan-kawan, bukan juga pakcik makcik yang boleh bagi surat sokongan untuk mintak kerja. walaupun tak kerja, saya berusaha meniaga dalam talian (online bisnes). alhamdulillah masuk lah juga rezeki tu, cukup lah untuk membayar hutang-hutang belajar diuniversiti dulu. saya mohon kalian yang membaca ni, tolong doakan ye, agar saya dapat pekerjaan yang baik dan halal tak lama lagi. InsyaAllah moga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ni ada lah nanti mana-mana syarikat yang akan panggil saya untuk bekerja. setelah musibah demi musibah datang menimpa. saya percaya, selepas hujan panas, akan ada pelangi yang indah. InsyaAllah. :)

ok, berbalik pada resepi mi rebus terengganu ni. sebenarnya senang sangat nak buat ni. kalau balik kerja, sampai rumah dalam pukul 6.15pm pun masih sempat nak buat mi rebus ni. bahan-bahan dia sangat simple. nak buat pun senang. jom cek resepi dia: 



Bolehlah tolong subscribe youtube saya ye (update one15.4.24)

bahan-bahan
1 paket mi kuning di cuci bersih
sayur-sayuran seperti sawi, carrot, tomato, kobis - boleh tambah / tukar sayur lain juga tapi saya tak pernah skip sawi, carrot, dan tomato.
ayam dipotong kecil-kecil
fish cake / fish ball - optional
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
air secukupnya untuk kuah

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam
masukkan ayam
kacau hingga ayam kelihatan separuh masak
masukkan air
apabila dah mendidih masukkan garam dan bahan perasa, kicap serta sos, kacau rata
masukkan mi serentak dengan sayur. kacau seketika dan tutup api.

siap untuk dihidangkan

tips#1: kalau tiada tomato, masukkan sedikit asam jawa untuk bagi sedikit hint masam-masam
tips#2: sedap dimakan dengan cili potong dan perahan limau nipis


- Selamat Mencuba ^_^

Isnin, 22 Julai 2013

Puding Laici Dangdut

1st time try puding ni masa bulan syaaban lepas. masa tu duk prektis-prektis puasa dengan mak. mak saya ni suka desert berbentuk agar-agar atau jelly. favourite dia agar-agar sirap pandan. dulu saya tak pandai la nak buat agar-agar sirap pandan tu. memang tak jadi lah punya. tapi sejak duk kampung ni, banyak benda juga la saya belajar dalam bab masak memasak ni. ada la juga beberapa tips yang mak saya ajar. untung juga tak kerja ni kan. boleh eratkan silaturahim dengan mak.

bukanlah sebelum ni tak rapat, sebelum ni pun rapat. tapi sejak sambung pelajaran dari umur 18tahun, memang saya jarang dah ada kat rumah. dah la saya ni jenis suka berjalan. asal cuti je panjang je langkah pergi berjalan-jalan kenal negeri orang. sekarang ni bila dah menganggur, sampai ke bercucuk tanam pun saya buat. orang kampung pun fikir semacam je. tapi saya buat tak tahu je. yang penting tiap kali saya masak untuk breakfast , lunch, dinner.. mak ayah suka. banyak dah menu-menu baru saya perkenalkan pada mak ayah. seronok betul tengok mereka makan. tapi ada juga lah yang mereka tak suka. contohnya spaghetti, makaroni bakar, aglio olio.. memang mereka tak kan menambah. makan sekadar untuk kenyangkan perut. sedih juga. sebab tu favorite saya. heheh

ok lah, berbalik pada puding laici dangdut ni, tidak lah saya tahu kenapa nama dia macam tu. masa makan tak ada lah pulak saya nak berdangdut bagai. hahaha tapi rasa dia memang nyaman sangat. lebih-lebih lagi diwaktu puasa di musim panas. rujukan resepi ni banyak, antaranya kak ita dan pokcik mat. lain-lain source tu rata-ratanya dari sumber yang sama juga iaitu auty hanieliza.


resepi ni saya ubah sikit sebab ikut kesesuaian jenis agar-agar yang saya guna iaitu agar-agar tali. kalau dulu memang fail lah nak guna agar-agar tali ni. keras lah, terlembik lah. sekarang alhamdulillah dah pandai dah.. yeay tepuk tangan :)







bahan-bahan
1 paket agar-agar tali (15g)
2 plastik air - sukat air pakai plastik pembungkus agar-agar tali. / kalau tak nak sukat pakai plastik ni boleh sukat pakai tin susu cair iaitu anggaran 4tin air.
9 sudu besar gula - saya buat manis sebab mak saya suka manis. kalau tawar dia tak lalu nak telan. T_T
1 tin susu cair
1 tin laici

cara-cara masak puding
masak agar-agar dengan air hingga mendidih
blend kasar 3/4 tin isi laici bersama airnya dengan 3/4 tin susu cair.
apabila agar-agar sudah mendidih masukkan gula, kacau hingga gula melarut
kecilkan api dan masukkan bahan yang diblend tadi. kacau rata dan tutup api.
susun aturkan lebihan laici tadi dalam acuan
tuangkan larutan agar-agar kedalam acuan
sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti ais - kalau bubuh panas-panas nanti rosak peti ais. ;)

cara-cara masak kuah puding
masak 1/4 lebihan susu cair tadi dengan 3/4 tin air - sukat pakai tin yang sama
masak dalam periuk yang guna untuk masak agar-agar tadi, sebab bagi saya lebihan agar-agar yang masih melekat pada periuk tadi akan membantu untuk memekatkan kuah. masukkan 1sudu gula. masak hingga merenih. sejukkan sebelum masukkan kedalam peti ais.

cara menghidang
bubuh puding dalam bekas, tuang kuah dia. dah boleh ngap.

selamat mencuba. :)

tips: kalau guna buah laici fresh lagi sedap, sebab rasa masam manis tu lagi mengancam :)

Jumaat, 19 Julai 2013

Kebab Roti Arab Simple Yet Delicious

Ini satu lagi resepi sihat lagi mengenyangkan yang saya nak kongsi
mak dan ayah pun suka
ada karbohidrat, protein, vitamin - complete meal orang kata




bahan-bahan
roti arab
daging cincang cap ramli - nak pakai cap lain pun boleh, nak guna daging burger pun boleh
bawang besar dicincang
cherry tomato di belah 4 - tomato biasa pun boleh, tapi potong dadu 
sayur kobis potong halus
carrot di parut halus
* boleh tambah/tukar sayur-sayur lain juga
sos cili
sos cheese - saya beli yang serbuk yang orang guna untuk makan dengan cheesy wedges tu, tak ada tak apa
serbuk lada hitam - saya blend lada hitam biasa then bubuh dalam botol. senang bila nak guna.
garam dan bahan perasa secukupnya
olive oil untuk menumis

cara-cara
masukkan minyak zaitun, tak perlu panaskan terus masukkan bawang besar yang dicincang - kalau guna minyak zaitun memang tak perlu dipanaskan, boleh google kenapa :)
tumis sampai naik bau, masukkan cherry tomato dan daging cincang
taburkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
masak sehingga air daging kering. dah boleh tutup api.

roti arab di kerat 2, belah bahagian tengah sebab nanti senang nak sumbat inti. buat macam poket.
goreng tanpa minyak dalam kuali.
isikan inti daging, bubuh sayur-sayur
bubuh sos kegemaran

dah siap dan boleh dimakan. 2 biji roti arab boleh dimakan untuk 4 orang. 1/2 tu dah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah dan insyaAllah :)

Selamat mencuba.

Khamis, 18 Julai 2013

Roti Jala Sambal Sardin

nak share resepi je
sebab in future senang saya nak buat reference
mana-mana yang saya letak dalam blog ni insyaAllah yang saya dah try dan menjadi dan sedap dan dimakan sampai bertambah-tambah oleh mak dan ayah. sebab mak ayah saya jenis tak makan benda-benda pelik, bagi mereka.. berbuka dengan nasi putih dan lauk pauk biasa sudah memadai. tetapi since saya dah ada kat rumah ni.. ofcourse la saya nak masak ikut tekak saya juga kan, sambil-sambil tu memperkenalkan makanan-makanan lain yang jarang mak ayah saya makan.

untuk resepi roti jala ni, memang mudah je nak buat. sambil-sambil masak kari ayam / sambal sardin atau buat benda-benda lain pun. sebab memang simple sangat.
mak saya tak pernah buat roti jala, kalau makan pun sebab ada jiran bagi atau makan di jamuan-jamuan kat surau.  disebabkan saya ni spesis suka cuba resepi baru, jadi tak salah pun memecah tradisi mak ayah saya dengan berbuka dengan roti jala. ayah duk ulang-ulang tanya. nasi tak ada ke? saya diam je. sebab bagi orang-orang veteran ni. hanya nasi yang mengenyangkan. saya nak provekan pada mak ayah, makan selain nasi di waktu berbuka pun boleh kenyang. InsyaAllah :)


resepi roti jala mudah dan senang:

bahan-bahan
*2 cawan metrik tepung gandum
*2 cawan metrik air
*1 biji telur gred A (tak ada gred A pun tak apa)
*1/2 sudu teh garam halus
*sedikit pewarna kuning kalau suka
minyak untuk sapu pada kuali
daun pandan untuk menyapu minyak pada kuali

cara-cara
campurkan semua bahan bertanda (*)
gaul sebati
boleh blend pakai blender untuk sebatikan
cara saya tak guna blender, tapi saya tuangkan dalam penapis santan dan lenyek-lenyek pakai senduk mana-mana yang berketul tu. insyaAllah akan sebati :)

panaskan kuali
masukkan adunan dalam acuan roti jala atau dalam botol sos bermuncung 1 atau botol sos bermuncung 3.
tuangkan dalam kuali
biar sampai masak, tak perlu dibalik-balikkan. angkat dan gulung. dah siap


tips: untuk lebih menarik, buat dua warna.. nanti roti jala nampak macam anyaman tikar. cantik dan menarik untuk budak-budak kecik. orang dewasa pun suka kot. 

 
note: botol muncung 3 tu saya beli kat kedai barangan jepun 100yen kat bandar puteri puchong. tapi ada juga jual kat daiso kalau tak silap. harga dia bawah rm5 / rm5 je rasanya. 

 



resepi sambal sardin pekat dan sedap

1 tin sardin mackerel (saya suka mackerel sebab isi lebih pejal dan sedap)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
1 sudu lada kering yang telah diblend
air asam jawa
1 ulas bawang merah - dimayang / potong nipis
2 biji cili padi - potong nipis
minyak untuk menumis
garam dan bahan perasa

cara-cara

kisar bahan (*)
tumis bahan kisar dan lada kering hingga garing
kemudian masukkan air asam jawa
biar sampai kering sikit, sebab nak makesure bahan kisar betul-betul masak, kalau tidak waktu makan nanti akan terasa lagi bawang tu mentah.
masukkan sos sardin (asingkan ikan dan sos)
bila dah merenih masukkan bawang dan cili potong
masukkan garam dan serbuk perasa kalau suka
bila bawang dan cili potong dah layu baru lah masukkan isi ikan sardin. kacau rata dah siap.

selamat mencuba :)

Selasa, 5 Mac 2013

Kerabu Sotong

mari menyotong ^^

dari minggu lepas kat rumah ni asyik makan sotong
entah hantu sotong mana rasuk ayah saya
dia asyik beli sotong je
hari tu dia beli seekor sotong yang saiz dia besar nya
seekor pun dah seberat hampir 2 kilo
dalam rumah ni ada tiga orang je
bukan 13 orang wahai ayah ku
dan pagi tadi dia beli lagi sekilo sotong yang panjang sejengkal tu sekilo lagi

saya dan mak dah naik pening nak masak apa dengan sotong ni
layan kan je ayah saya yang comel tu...
kalau mak saya, tak ada masakan lain dah - sotong rebus letak serai dan lada hitam. tu aje - naik boring dah saya makan sotong rebus ni
kalau saya pulak, akan masak sotong goreng kunyit + sayur-sayur - mak ayah tak suka
tak pun sambal sotong - pun mak ayah saya tak suka
mereka cuma suka - sotong rebus letak serai dan lada hitam tu... arghhhhhhh

sampai lah suatu hari, saya bertandang kat rumah abang ngah saya (sebelah rumah je pun)
nampak kakak ipar tengah buat kerabu sotong - dia dapat resepi ni dari customer kat kedai runcit dia. customer dia tu tak tahu la pula saya mana dia dapat resepi ni
lepas tu kak ngah saya bagi lah sepiring untuk mak ayah rasa, saya dah rasa dah kat rumah dia - sedap!

bila mak ayah makan - dorang pun kata sedap. maka hari ni saya pun decide nak buat kerabu sotong. disebabkan kerabu sotong tak ada kuah, maka mak saya pun masak lah sotong rebus serai supaya ada kuah T_T 

lets cekidaud the recipe yawww!





bahan-bahan
1kg sotong
5 biji cili padi - nak pedas sila tambah lagi
1 labu bawang besar
2 biji tomato yang besar
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 biji lemon / limau nipis - ambil jus dia
2 pokok daun ketumbar 
garam , gula secukup rasa

cara-cara
1. sotong dibersihkan, buang tulang dan mata sotong supaya tak hanyir
2. potong sotong nipis-nipis dan rebus sampai masak kemudian toskan
3. hiris nipis cili padi, serai, daun limau purut, dan daun ketumbar
4. potong dadu bawang besar dan tomato
5. campurkan semua bahan, perahkan jus lemon / limau nipis. masukkan garam dan gula kemudian gaul sebati. dah siap untuk dimakan. selamat mencuba ^_^

Jumaat, 15 Februari 2013

Japanese Crispy Cream Puff

cream puff adalah salah satu favourite saya, pernah kat midvalley saya hampir-hampir nak membeli cream puff super mahal. nasib baik tanya harga dulu. seketul beharga rm8. bapak mahal cream puff tersebut. entah apa la dia letak sampai mahal benar.

previously kalau nak makan cream puff, adik bongsu saya yang membuat. cream puff goreng je. tapi rasa dia... hmppppphhh wallahh.. resepi? itu kena tanya adik saya lah. saya tak tahu apa resepinya. kakak dia tahu makan je ^_^. cream puff yang saya nak share resepi ni adalah pertama kali saya membuatnya. jadi, ala-ala berdebar juga lah waktu nak mencubanya. takut tak menjadi. actually memang tak jadi pun.. ada cerita disebalik kejadian kenapa tak jadi :)

saya ambil resepi ni dari blog kak ita, saya follow sebiji-sebiji step dia. untuk pembakaran pertama, saya betul-betul ikut step kak ita. 20 minit pertama bakar pada suhu 210 darjah, untuk 15 minit kedua turunkan suhu ke 100 darjah. dan hasilnya cream puff saya jadi penyek. mula-mula dah cantik menggelembung, bila tukar suhu. dia terus menurun dan jadi penyek. setelah berbincang dengan adik ipar, kami sama-sama buat keputusan. untuk pembakaran adunan kedua kami bakar straight 35min pada suhu 210 darjah. dan hasilnya.... hmppppphhh wallla. cream puff yang rangup di luar, lembut di dalam. 

bagi saya, dunia masakan adalah satu eksperimen. dengan mencampurkan beberapa bahan. dan menggunakan teknik memasak yang berbeza akan menghasilkan suatu makanan yang sedap dan jika gagal akan menjadi tak sedap. ada juga menghasilkan makanan yang buruk rupa, tapi masih mengekalkan rasa yang sedap. malah ada juga yang hasilnya cantik menawan, tetapi rasa dia faillll. nak telan pun menangis. hahaha :)

resepi yang saya nak kongsikan kali ni, bagi saya amat mudah untuk mereka yang pertama kali nak mencubanya. yang penting, semangat dan kerajinan! tak ada semangat memang tak jadi la.  lagi satu, memasak mestilah ikhlas. baru lah hasilnya berbaloi. InsyaAllah ^_^



Puff Pastry (Choux)

Bahan-bahan
  • *120 g butter
  • *3/4 cup air
  • 1 1/3 cup (170g) tepung gandum di ayak
  • 5 biji telur gred A (60g/telur) = 300g, jika terlebih buangkan bahagian putih telur. Pukul rata telur menggunakan garfu / whisk.
  • *1/4 tsp garam
  • *1 tsp gula
Cara-cara

  • Dalam satu periuk kecil, satukan bahan bertanda (*).Panaskan atas dapur hingga ia mendidih.Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
  • Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi.Kacau dengan senduk kayu/plastik hingga adunan menjadi doh yang lembut - jangan guna senduk besi!
  • Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
  • Tutup api dan masukkan telur. Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati.
  • Masukkan adunan ini ke dalam piping bag.Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong bucunya anggaran 1cm.'
  • Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar. Suhu 210 - 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
  • Sediakan dulang pembakar. Lapik dulang dengan baking paper / griskan loyang pembakar jika tidak menggunakan baking paper. 
  • Paipkan adunan atas dulang pembakar. Biarkan ia agak meninggi sedikit. Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda. 
  • Dengan segera masukkan ke dalam oven. Bakar selama 35  minit sehingga permukaannya kuning keemasan. Jika puff dah nampak coklat masa pembakaran ke 20 minit, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar sehingga masak (cukup 35minit).
  • Apabila masak, biarkan puff seketika di dalam oven barulah keluarkan agar puff tidak mengelami kejutan suhu. (suhu dalam oven tinggi, luar oven rendah ^__^).
  • Untuk dapatkan puff yang naik membulat tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar dengan segera terus bakar supaya doh tidak turun.

 
Cream
bahan-bahan:
1 cawan non-dairy whip cream yang dah manis, jika terbeli yang tawar, tambahkan gula 1/4 cawan.

cara-cara:
pukul whip cream hingga kental.


Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream di dalamnya
Untuk paipkan Cream , masukkan Cream dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit.
 
boleh juga gunakan lemon curd sebagai inti cream puff, nanti nama dia jadi lemon curd puff. 




note: suhu oven juga bergantung pada saiz oven, jika oven kecil puff lebih cepat hangus. jadi, kena pandai kawal suhu. selamat mencuba!

note II: 1 adunan boleh dapat dalam 30-35 biji

source: puan azlita , little japan mama

Rabu, 13 Februari 2013

Lemon Curd

pokok lemon yang sedang lebat berbuah, tips: mak saya tanam sisa-sisa perut ikan dekat akar pokok lemon. 



Situasi: Kat depan rumah mak di waktu pagi nan indah sambil cabut rumput rampai

Mak: (sambil pandang pokok lemon) buoh lemong ni banyok doh dalam peti, selain buat air tok leh buat benda lain ke?
Saya: buleh, wat sekaya lemong.

lepas siap merumput, aku pun siap-siap untuk masak untuk lunch. dah siap masak bermula lah projek membuat sekaya lemon also known as lemon curd ^_^

bahan-bahan

*3 biji telur gred A
*3/4 cawan gula
*1/3 cawan jus lemon
4 tbsp unsalted butter (suhu bilik)
1 tbsp parutan kulit lemon




cara-cara
1. jerang air hingga merenih
2. dalam mangkuk besi yang tahan karat kacau sebati / rata bahan bertanda (*)
3. masukkan mangkuk dalam air yang merenigh (teknik double boil) , kacau perlahan tanpa henti hinggat pekat. (estimate 10-15 min)
4. apabila telah pekat, keluarkan mangkuk. teruskan mengacau sambil cepat-cepat masukkan butter dan parutan kulit lemon.



kacau rata sampai jadi pekat

apabila dah sejuk akan jadi macam ni


kalau ada ketulan, tapis dahulu baru masukkan parutan kulit lemon.

tips: boleh juga tambah 1/2 cup heavy whip cream, whip kemudian kaup balik ke dalam lemon curd.

note: sedap dimakan dengan roti , cream puff, inti kuih muih dan lain-lain

source: http://www.joyofbaking.com

Selasa, 11 September 2012

Sotong Goreng Tepung a.k.a Sotong Celup Tepung

masa pergi janda baik hari tu
selain BBQ
ada menu sotong celup tepung juga
memang sedap resepi yang aku belajar dengan kawan aku ni
aku belajar 4 resepi rahsia dari kawan aku masa kat janda baik, kini tidak lagi menjadi rahsia..hoho
later aku share resepi lain pulak (modal untuk blogging..hehehe)

mudah je resepi dia
korang pun boleh try
aku letak resepi ni kat sini supaya in future aku yang cepat lupa ni leh refer kat sini



bahan-bahan
sotong jenis besar panjang bulat-bulat - segar
telur
*tepung gandum
*tepung jagung
*tepung beras
*garam
*lada sulah
minyak untuk menggoreng


cara-cara
1. potong sotong bulat-bulat
2. pukul sebiji telur / ikut kuantiti sotong, letak sedikit garam dan lada sulah
3. campurkan bahan kering bertanda *, gaul bagi rata
ni ada tips, untuk tepung gunakan ratio / nisbah 1:1:1, contohnya, 1 sudu tepung gandum, 1 sudu tepung beras, 1 sudu tepung jagung, kalau nak letak 2 sudu, semuanya jadi 2 sudu.
4. celup sotong dalam telur, kemudian gaul dalam tepung, masukkan dalam minyak yang panas
5. goreng hingga kekuningan atau masak atau garing
6. sedap dimakan panas-panas, cicah sambal kicap.. perghh, kecur lak tiba-tiba ^__~

Jumaat, 7 September 2012

Lempeng Ikan

ha, pernah makan lempeng ikan tak?
raya hari tu
mak aku ada buat lempeng ikan
mula-mula dengar tu aku pelik la jugak
macam mana la rupa si lempeng ikan ni
bila dah buat, dah siap.. baru la..
ooooo, benda ni namanya lempeng ikan rupanya
selama ni tahu makan je
hehehe

kalau dah orang terengganu kan
semua benda pun mesti nak ikan / berasaskan ikan
keropok lekor
sorok lada
satar
otak-otak
bebola ikan - sedap ni, masak tumis pedas dengan sayur sawi letak suun
kuah rojak betik pun guna kuah ikan tau...sedapppp
kuah jeruk buah star pun kami guna ikan ... pun sedap juga
agaknya sebab terengganu ni negeri pesisir laut
jadi, most of our food mesti guna ikan
mudah diperolehi lah kot

bahan-bahan untuk buat lempeng ikan ni tak susah pun
cara nak buat pun senang
hari tu aku tak join pun buat
sebab aku busy buat benda lain
tapi sempat la usha cara-cara mak aku buat

yang ni belum goreng / mentah

bahan-bahan
ikan selayang / ikan sadin - ambil isi, buang tulang
kelapa parut - kelapa yang tak berapa tua
cili kering tumbuk
cili padi tumbuk
bawang merah
lengkuas
halia
gula dan garam secukup rasa

yang ni dah digoreng

cara-cara
tumbuk semua bahan
gaul sebati
bentuk-bentuk kan seperti begedil (maybe boleh panggil begedil ikan juga kot)
lepas dah bentuk boleh lah digoreng / kukus / bakar
tapi yang paling sedap yang goreng punya
sebab dia rasa crunchy sikit


note: bahan-bahan tak ada measurement sebab main letak ikut kuantiti ikan. agak-agak je.

boleh diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi, selamat mencuba :)

Rabu, 15 Ogos 2012

Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw

[lihatlah kegebuan kepak ayam itewwwww]

semalam walaupun ala-ala terkejut sebab tetamu tak diundang datang melawat
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto


ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil

ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis

1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)


mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy


coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati

kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)

Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung

note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.



lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll

Isnin, 13 Ogos 2012

Pavlova lova lova

weekend baru-baru ni otak aku agak keserabutan
banyak gangguan mental lately
bila aku stress
aku suka makan dessert
maka aku buat pavlova
lagipun housemate aku beria-ria suruh aku buat banyak kali dah
since belum puasa lagi..
maka terjadilah pavlova lova lova .. hehehe

pavlova ni banyak kali dah aku buat
tapi kali ni baru terasa nak snap gambar
baru terasa nak letak resepi dalam blog
sebab kali ni baru aku rasa rajin nak snap gambar
yang dulu-dulu tu tak sempat snap dah ngap makan
lepas makan semulut dua..baru cakap..alaaa, lupa ambil gambar.. hehehe

pertama kali aku tengok pavlova is dari blog kak LG nun di OZ
senior aku kat matrix kulim nih... super duper senior dah.. hehehe
resepi pun aku ambil dari blog dia
tapi aku combine dengan resepi dari blog pokcik mat gebu



bahan-bahan base
3 biji putih telur - pastikan putih telur aje, tak ada benda-benda lain, or else meringue tak akan menjadi
1/2 cawan gula kastor
2 sudu tepung jagung
2 sudu cuka makan yang warna putih macam air tu
1 sudu teh esen vanilla

bahan-bahan whip cream
1 kotak kecil - anggaran 250ml-300ml whip cream yang khas untuk topping, jangan tersilap ambil or else dia tak akan mengembang macam krim, tetap jadi cair :)
gula kastor 1/4 cawan
* pastikan whip cream duduk dalam peti ais paling kurang 24 jam :)

buah-buahan masam seperti strawbery, adik beradik berry, anggur, kiwi dan lain-lain

cara-cara buat base
1.bersihkan mixbowl dari sebarang bendasing seperti air / minyak, make sure betul-betul kering
2.pukul telur putih  dengan gula sehingga kembang, ada orang cakap sampai bertanduk.. stail aku, terbalikkan mangkuk, kalau tak tumpah tu dah siap lah tu :p
3. masukkan tepung jagung, cuka, dan esen vanilla. kaup balik dengan spatula je.
4. ambil baking paper, alas atas dulang pembakar.. lletakkan meringue tadi atas baking paper, rata kan
pastikan kat tepi-tepi tu ada tebing sebab nanti nak letak whip cream.
5. cara bakar ada dua cara:
a.bakar pada suhu 140-150 darjah selama 50 minit, 
b.atau panaskan oven pada suhu 150 darjah, bila nak masukkan pavlova turunkan suhu ke 120 darjah, bakar selama 1jam 20 minit
6. apabila dah masak, sejukkan dalam oven. jangan bawa keluar terus.. bagi dia duduk diam-diam dalam oven

cara-cara topping
pukul whip cream dan gula hingga kembang
ratakan atas base
aturkan buah-buahan

dah boleh ngap :)


Isnin, 30 Julai 2012

Puding Roti Buah Prune dan Nasi Goreng Tuna

dulu pernah ada entry puding roti ni
tapi versi masak pakai microwave
kali ni aku masak pakai oven pulak

ada roti cap masimo tak terusik atas rak pinggan
aku yang beli
pastu tak makan

daripada duk membazir berkulat
baik aku buat puding roti
sebab aku suka sangat makan puding roti ni
samada makan dengan sos kastard
atau makan dengan ais krim vanilla... memang syok la
tapi awas, puding roti sangat high calorie.. hehehe


puding roti

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius

*250ml susu cair
*1 biji telur
*1 sudu butter dicairkan
*esen vanila 1 sudu teh
*1/8 cawan gula - aku kurangkan gula sebab sos dh manis, prune pun manis
pukul hingga sebati bahan (*), pukul pakai garfu je

carikkan / gunting roti kecil-kecil, ikut banyak mana korang suka. aku buat cukup-cukup dengan adunan bahan (*). sebab resepi asal pakai 4 keping roti je.

buah prune kering digunting/hiris halus, nak guna buah kering lain pun boleh

gaulkan roti bersama separuh buah prune, dan bahan (*) hingga rata
kemudian taburkan lebihan buah prune di atas sebatian tadi

bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit atau hingga nampak keperangan

dah siap

sos kastard
bahan untuk sos kastard
3 sudu besar susu pekat manis
500ml air
2 1/2 sudu besar tepung kastard

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. masak hingga nak pekat, tak ada la pekat sangat. kalau terlampau pekat dia jadi koleh kastard pulak
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p
4. makan masa sejuk-sejuk peti ais bes! ;)




nasi goreng tuna

*5 tangkai cili kering
*bawang putih
*bawang besar
tumbuk bahan (*)

1 tin ikan tuna cap ayam, aku guna Tuna Chunks in Olive Oil light
3 ekor sotong dipotong bulat-bulat
nasi putih secukup rasa
garam secukup rasa
carrot dipotong halus
sedikit kobis dipotong halus

tumis bahan tumbuk hingga naik bau wangi
masukkan tuna & sotong, kacau rata hingga sotong masak
masukkan garam, kacau rata
masukkan nasi dan sayur
boleh letak kicap kalau tak nak nasi tu nampak pucat
kacau rata
dah siap!

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi Nasi Carrot Mudah

petang semalam sembang dengan member dalam skype
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#

lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..




nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan

butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.

panaskan butter, tumis  (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan

ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak

bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti

1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam

panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap


acar timun / jelatah

*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih

potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)


semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)

miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)

Sabtu, 7 Julai 2012

ayam masak sos plum

lama tak buat entry resepi
aku ada beli beberapa ketul ayam
rasanya dah seminggu ayam tu bertapa dalam peti ais
tiap kali balik kerja aku bukak peti ais
pandang ayam yang beku kejung macam batu
pastu aku tutup peti
amik biskut
buat oligo koko
om nom nom nom
tu je dinner aku
tak pun aku makan yogurt
tak pun aku makan anggur - sentiasa ada dalam peti ais, beli sebab kat mydin murah, seedles dan manis pulak tu
mesti ada orang syak aku diet
tak lah
aku malas masak!
tu je alasan - makcik-makcik yang ada anak teruna kalau tahu, soheh tak berminat ambil aku buat menantu. jangan begitu makcik, saya rajin masak kalau ada orang tolong makan sama, tapi sorang-sorang ni.. berat jiwa sikit nak pegang sudip pisau kuali nih..
hahaha .. dan-dan promote diri ^__^

dihari minggu yang heaven ni aku teringin nak makan nasi
lama dah tak makan nasi masakan sendiri
asyik beli tapau je untuk lunch kat office tu
alang-alang hari tu masa shoping makanan miho dengan pasir tempat beliau beristinjak ;p
aku ada sambar sebotol sos plum cap life - main ambil je, tak tahu pun nak masak apa dengan sos tu
maka hari ni setelah aku berhempas pulas berfikir nak masak lauk apa (fikir dari pagi, tapi masak pukul 6) akhirnya aku decide nak masak ayam masak sos plum

google resepi dapatlah resepi - semuanya pakai resepi dari sumber yang sama iaitu blog Sky Blue's Kitchen
resepi asal guna nenas, ada orang lain olah resepi guna mangga muda / mangga masak, ada yang guna kentang, basic yang lain semua sama
aku pulak oter lagi resepi ni letak anggur dan cili kering
hasil dia yummmmehhhhhh
sebab buah anggur tu rasa macam makan acar buah - kalau kenduri kawin ada serve acar ni.. konfem aku ambil.. sedap!

hoi mana resepinya...bercerita cerekarama pulak dah..
jangan marah noh... aku memang suka bercerita baru lah share resepi
insyaAllah bulan romadhon nanti boleh try buat lauk sahur
sebab penyediaan dia pantas, mudah dan lazat

nampak memang macam buruk rupa, tapi sila rasa dahulu ye baru komen, hehe

bahan-bahan:
A
ayam potong kecil - kalau part peha tu potong dua, saiz ala-ala macam tu lah
tepung beras - resepi asal pakai tepung jagung
serbuk lada hitam - ada yang guna sos lada hitam, bergantung pada cita rasa

B
*3 ulas bawang putih
*5 biji lada kering digunting dan dibuang biji
*1 inci halia
1 biji bawang besar - dimayang / potong bulat
tumbuk yang bertanda *

C
6 sudu besar sos plum - aku tak sukat pun, main tuang ikut sedap rasa
2 sudu sos tomato - aku bubuh sos tomato kfc 2 peket
1 sudu sos cili - aku bubuh sos cili McD 1 peket
1 sudu sos tiram, jangan lebih-lebih nanti masin
air untuk kuah
garam secukup rasa

D
buah anggur


cara-cara
1. ayam yang dah cuci bersih masuk dalam 1 bekas
2. tepung beras dalam 2 sudu tabur atas ayam
3. masukkan serbuk lada hitam sebanyak mana yang anda suka
4. gaul sebati bahan A, kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan / ayam masak
5. ambil sedikit minyak goreng ayam untuk tumis bahan B
6. tumis bahan B hingga naik bau wangi
7. masukkan air - kalau nak kuah cair banyakkan air, kalau nak kuah pekat bubuh sedikit je
8. masukkan bahan C, garam secukup rasa, kacau rata hingga mendidih atau kuah jadi pekat
9. masukkan ayam dan buah anggur
10. kacau rata dan siap boleh di makan

note: rasa dia macam kuah sweet sour, jadi boleh guna resepi ni untuk masak ikan sweet sour. orang yang tak suka manis akan cakap lauk ni tak sedap. sebab dah rasa dia SWEET sour..

Selasa, 12 Jun 2012

ketupat sotong terengganu


aku letak nama terengganu sebab
kalau ketupat sotong kelantan lain kaedah pembuatan dia
rasa pun lain
versi kelantan manis yawwwww

aku kan orang terengganu
mesti la suka resepi terengganu kan
hehe

actually senang je nak buat ketupat sotong ni
bahan-bahan dia pun senang
meh aku tunjuk resepi
nanti buat lah
serius sedap!

bahan-bahan
1. sotong bulat, bukan yang runcing tajam dan panjang tu..antara may-ogos sotong macam ni banyak
sebab tu belah-belah terengganu kalau time macam ni orang giat mencandat sotong, tips pilih sotong pulak, pilih yang gemuk-gemuk sebab kat dalam dia mesti ada telur.. ^__^
2. santan kelapa 1 biji
3. beras pulut yang dicuci bersih dan toskan
4. halia di hiris halus
5. bawang merah / bawang besar di hiris halus
6. halba
7. garam secukup rasa
8. lidi untuk mencucuk


cara-cara
1. bersihkan sotong, buang tulang, buang dakwat, buang kotoran, buang gigi sotong, buang kulit dia. basuh bersih
2. masukkan beras pulut memenuhi separuh badan sotong, kalau sotong dah ada telur, pulut tu sikit je lah, kemudian masukkan kepala sotong, cucuk dengan lidi supaya tak tertanggal
3. buat sampai habis sotong
4. masukkan santan dalam periuk, bawang, halia, halba, garam secukup rasa dan sotong
5. sentiasa kacau supaya santan tak berketul
6. api mesti perlahan
7. walaupun santan dah mendidih, pulut dalam sotong belum masak. mesti make sure pulut dalam sotong benar-benar masak. agak-agak dalam 15-20 minit tu boleh test makan sekor. tengok pulut kat dalam dah masak ke tak. kalau dah yakin masak.. tutup api dan sila lah makan.