Pages

Memaparkan catatan dengan label NisaShoppe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NisaShoppe. Papar semua catatan

Isnin, 13 Disember 2010

Mari Menghias Kek Hantaran Kahwin

uhuk..uhuk..terbatuk-batuk den waktu nak taip entry ni. almaklumlah, kepenatan berkenduri kendara serta berombongan majlis nikah kahwin adik lelaki nan satu. den dah tuo, cepat benar kepenatan dan kejatuhan kesakitan. demam. mc. fuhhhh, encik supervisor mesti curious, benarkah dia ni demam. cuti lama nih.. kerja kat office berlambak tu... huuuu (_)


ni saje nak cerita pasal menghias kek hantaran kahwin adik saya tu. kitorang guna konsep do it yourself (DIY) je, dari hantaran, hiasan dalam bilik, pelamin, kek, doorgift, semuanya DIY. safe budget weh..

jom kita lihat gambar-gambar dari kek belum terhias hingga menjadi terhias jelita (❤‿❤)

 ini namanya moist choc cake atau kek coklat basah. digemari termata teramat sangat oleh adik lelaki nan satu. dia yang request.. hehe, biasanya kalau saya nak buat kek ni untuk raya, dia mesti sebok nak buat juga. kakak-kakak ipar yang ramai (8 orang semuanya) bila merasakan kek ini, kebanyakannya tanya beli kat mana? hello, i buat sendiri hokeyyy... hihihi...disebabkan kesedapan, mereka menapaukan kek ini.. resepi? insyaAllah kalau rajin i nak menaip.. sumber resepi dari kedai kek cina mana entah, member kerja part time kat kedai tu dia kongsikan resepinya. hehe..
 sudah di topping kan

 tet, sekuntum bunga
 nah, berkuntum-kuntum lagi kami letak ( cekde, along, angah, acik, mirul) ... cuba teka, saya yang mana satu?? cekde kah? along kah? angah kah? atau acik kah?? mirul of course lah bukan.. ◠‿◠
 yang kelihatan bajunya, itulah yang men deco kan kek ini.. saya tukang topping n bagi arahan jek.. hakhak
 selamat pengantin baru khairul umi
selamat 
pengantin 
baru...
 khairul 
umi
 letak dalam peti ais, beratnya 1.7 kg.. kalau kat kedai berapa hengget ek? 
nah, telah siap letak atas dulang. sedia untuk ke rombongan kahwin...



Selasa, 29 Jun 2010

Chocolate Gembira

Ha, entry kali ni saya nak buat promosi mengenai blog perniagaan saya iaitu NisaShoppe. Setakat ini, NisaShoppe hanya menjual homeMade chocolate dan jika sesiapa berminat untuk belajar buat coklat pun saya boleh ajar dengan harga yang berpatutan.

Sesuai untuk hadiah kepada yang tersayang

Sebenarnya NisaShoppe dah lama wujud. Awal tahun 2009 kalau tak silap, masa tu saya dalam keadaan kecewa dengan pekerjaan saya yang entah apa-apa. Kerja penat-penat tak dapat gaji. Sampai fikir nak buat kerja berniaga online & buat freelance sahaja. Tetapi tak jadi nak teruskan niat murni sebab dapat offer kerja dari kampeni yang lebih bagus.

Awal April 2010 hari tu, kawan saya Cik Nadhilah ajak saya join kelas membuat homeMade chocolate.
Mula-mula berat hati juga memandangkan kos yang perlu dikeluarkan agak tinggi pada saya. Saya pula agak kesuntukan duit sejak sambung belajar. Maklumlah, 2 semester pertama saya tanggung sendiri perbelanjaan. Tak minta mak ayah pun (ohh bangganya... hehehe). Lepas saya attend kelas tu, agak lama juga saya nak mula buat coklat ni. Memandangkan saya terlalu sibuk dengan kerja dan pelajaran memang tak ada masa pun nak praktis ilmu yang dipelajari tu.

Untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan


Entah macam mana mungkin rezeki Allah nak bagi, saya bagi tuan rumah saya rasa coklat buatan saya dan dia cakap sedap. Dia tempah 2 kotak. Alhamdulillah. Syukur. Lepas tu hasil berchating dengan niat asal nak tanya khabar ex-colleague yang baru sahaja habis pantang melahirkan anak, rezeki datang lagi. Dia menempah untuk majlis pertunangan adik ipar dia. Mula dari itu baru lah saya berani nak expose pada kawan-kawan lain mengenai perniagaan coklat saya ni.


Kak Ila dah banyak kali tempah untuk majlis pertunangan adik ipar dan kawan-kawan dia.

Saya ni agak low self esteem sebenarnya, malu dan segan nak expose dengan sesuatu yang saya buat. Sekarang pun masih berani-berani takut nak promo pada kawan-kawan pasal bisnes saya ni.


pakej doorgift pun ada


InsyaAllah, jika rezeki itu milik saya, Allah akan berinya pada saya. Yang penting usaha tangga kejayaan. Kawan-kawan yang sedang baca ni, rajin-rajin lah jenguk NisaShoppe. Amacam? (◕‿-)

Note: Dulu saya tak suka HomeMade chocolate selepas terkena dengan yang sangat-sangat tak sedap. Saya beli pada kawan masa tu. Tetapi selepas cikgu coklat saya beri rasa coklat yang dia nak ajar saya buat, huuuuuu... saya memang sukakannya. Saya memang choc lover, kalau saya sedih, choc lah yang saya makan untuk beri rasa sedikit ketenangan. Sebab itu saya panggil Chocolate Gembira.