Pages

Memaparkan catatan dengan label Syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawal. Papar semua catatan

Khamis, 20 April 2023

Selamat Menyambut Hari Raya Sabtu 22 April 2023

Hari ini adalah harinya umat Islam melihat anak bulan untuk menentukan ketibaan bulan Syawal.



Masyarakat Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi sudah menyukat masa mengikut kitaran bulan & tradisi itu diteruskan apabila Islam mula menyinari bumi disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Di tahun ke-2 selepas Baginda & umat Islam berhijrah ke Madinah dari Mekah, Rasulullah SAW mendapat perintah supaya umatnya berpuasa di bulan Ramadan. Bulan itu juga, umat Islam diheret ke Perang Badar pada 17 Ramadan.

Menurut hadis riwayat Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW mendapat tahu bahawa rakyat Madinah menyambut hari Nowruz & Mahrajan, 2 perayaan tradisi yang diterap daripada amalan penganut Majusi/Zoroastrian.

Maka sejak itu, aktiviti menanti ketibaan anak bulan baharu selepas berlalunya bulan Ramadan menjadi sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Pada asalnya penentuan ketibaan Syawal dibuat secara rukhyah, iaitu melihat anak bulan dengan mata. Apabila zaman berganti & berkembangnya teknologi, ia dipermudahkan dengan penggunaan teleskop.

Kemudian apabila berkembang ilmu hisab, ia ditentukan dengan perkiraan matematik & astronomi. Di Malaysia, kita menerapkan kedua-dua cara sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh sambutan Aidilfitri.

Sumber: Tzkrh, Fountain Mag, Nusa Daily

Rabu, 7 September 2011

9 Syawal 1432

Salam Eid Mubarak to all my blog readers (ade ke? ^_^)
hope masih tak terlewat wish
maklum lah before raya hari tu i'm quite busy with all my things


nah, sila lah jamu ketupat palas ni
tahun ni mak i tak buat sebab tak ada daun palas
ketupat dalam gambar tu orang bagi

tahun ni adik lelaki i terlebih rajin nak menyate.. so layan kan je
maka tahun ni menu pagi syawal lain dari tahun-tahun lepas
kalau tahun-tahun dulu menu dia sama je
nasi dagang, ketupat palas

tahun ni, satay, nasi impit, kuah kacang, serunding daging..
satay menjadi, next raya boleh buat lagi...

Ahad, 3 Oktober 2010

Open House #2

kali ni open house ke kampung teluk panglima garang pulak. ni rumah customer tetap saya. selalu order chocolate kat nisashoppe. thanks kak ila. kak ila ni saya kenal masa satu office dengan dia dulu. waktu nak pergi interview, macam garang je suara dia dalam phone. hehehe...tapi dia baik sangat. dari zaman anak dara, dah jadi isteri orang, sekarang dah jadi mak orang dah. kak ila tetap maintain.. i jealous tau... heheheh

tadi kat open house kak ila, banyak juga makanan yang sedap-sedap. antaranya, laksam (i loiikeeeeee), nasi dagang, bihun sup, nasi lemak, lontong, jelly kelapa, air sirap, kuih raya, buah duku, dan tak lupa carrot cake yang sangat sedap. tapi banyak-banyak ni, tak semua saya bedal. 3 menu utama, yang lain tu sekadar untuk pencuci mulut je. nasi lemak dan lontong memang saya tak sempat rasa. gara-gara perut dah full dengan kuah sup dan air sirap. pedas betul sambal kicap tu.. memang makan berulam air le jawabnya. mana tak kembung perut i.. heeheheh.. ramai betul tetamu kak ila tadi. maklum lah, dia buat kat rumah mak ayah dia. senang kan, sekali harung je buat open house.

ada laksam, lontong, kuah kacang, nasi lemak, sambal sotong super pedas, carrot cake

bihun sup, air sirap, serta bayi yang baru pandai meniarap...hehehe ◠‿◠

jelly kelapa di model kan oleh Gee

jelly kelapa yang nyaman jika sedang kepedasan

biskut gajus berkeju yang sedap (tahun depan boleh tempah ◠‿◠)

ada rendang ayam dan kuah lodeh juga

dhia dan aunty G yang sentiasa perasan kakak ∩_∩

inilah kak ila... 

dhia yang bermata bulat dan kak g bermata coklat

dhia & aunty nisa

thanks kak ila atas jemputan ye. tahun depan if buat open house jangan segan-segan jemput saya ye.. hehehe


Ahad, 26 September 2010

Open House #1

semalam ada pergi open house, ada buat potluck juga. dah terjanji dengan u all nak share gambar potluck kan? minta maaf lah. saya lupa ingatan masa tu. tengok lauk sedap-sedap yang kawan-kawan bawa, terus teruja nak makan sampai lupa nak ambil gambar.

tapi untuk open house ada 2-3 picas yang saya sempat snap. open house pertama yang saya pergi syawal kali ni, iaitu rumah kak haiza. menu kat rumah dia ialah kuih raya, satay sedap, bihun sup sedap (psttt, kak haiza jangan lupa kasi resepi sambal tu ye??).

the makanan

the buddy

tuan rumah yang sibuk

me and kak haiza

Note: hari ni i pergi raya kat rumah kawan dan kenduri kahwin coursemate, later i'll share with u the picas. kena tunggu my buddy email the picas 1st.



Jumaat, 17 September 2010

salam syawal


salam syawal dari saya, pohon kemaafan andai ada tulisan saya yang telah mencuit hati kamu semua. blog dah bersawang, sekarang dah nak kena kemas-kemas lah sikit. kot-kot ada orang nak datang bertandang. bukan kena kemas rumah untuk openhouse je, eheheh.

last update belog ni last 4 september which is 25 ramadhan, sekarang dah 8 syawal baru ada kelapangan nak update. maklum lah, sebelum raya terlalu sibuk nak update. balik kampung, harus tak update langsung. sebab kat kampung memang tak ada internet connection. kalau boleh pun setakat dial up.

pulang dari kampung, saya pulak demam. nak teruskan MC rasa serba salah pula, sebab project dah hampir due. actually delay dah pun.. ehehehehe maknanya hari ni baru saya dapat update. sebenarnya banyak cerita nak beritahu, tapi kepala masih agak tingtong hasil demam yang tak berapa nak kebah. tapi dek kerana risau ada yang rindu nak baca coretan saya, saya gagah diri juga mengupdate belog (perasan-nya kau ◠‿◠). ok lah, sampai di sini sahaja. nanti saya update lagi. nak pergi kerja dah.. karang lewat pula saya sampai ke office. salam lebaran dari saya. pergi open house makan berpada-pada. karang tak pasal-pasal membesar bagai johan..daaa