Pages

Rabu, 8 Jun 2011

nuffnang analytic

Ada negara unknown?? 

keyword lain memang best, tapi ada jugak yang search gambar kartun perempuan sakit hati? anda sakit hati kah? maaf, anda tersalah landing.. kat sini tempat perempuan baik hati jek.. hahaha, boleh gitu?

bila saya mengidam saya upload gambar #1 ~ durian pancake

inilah yang dikatakan wordless wednesday untuk saya! ohhhsemmmm!!

Isnin, 6 Jun 2011

asam pedas ayam bujang

jangan gelak dengan nama resepi tu eh
saje je nak letak perkataan bujang kat belakang tu
yelah, rasa macam tak adil je
ada makanan tu namanya roti kahwin
bakso pengantin baru lah
sambal telur pengantin lah
yang bujang-bujang pun nak juga nama... hehehe

dah lama saya tak buat asam pedas ayam ni
kali terakhir buat masa saya duduk kat kota damansara dulu
phewwww... lama tu
last duduk sana mac 2009
menu ni memang antara fav saya
tapi dah lama tak buat
sebabnya tak tahu kenapa tak buat..hahah, boleh gitu?

bahan-bahan
  • ayam
  • cili kering blend
  • air asam jawa secukupnya
  • *bawang merah
  • *bawang putih
  • *halia (blend yang bertanda *)
  •  kunyit hidup ditumbuk halus
  • garam
  • belacan
  • daun kesum
  • serbuk lada hitam
  • daun limau purut
  • tomato belah 4
  • asam jawa untuk ayam 
  • minyak untuk menumis

cara-cara
  1. potong ayam kecil-kecil dan cuci bersih 
  2. kemudian gaulkan ayam dengan asam jawa dan kunyit yang ditumbuk, ketepikan
  3. panaskan minyak, kemudian goreng belacan sampai naik bau
  4. kemudian masukkan bahan-bahan yang di blend sampai naik bau
  5. masuk kan cili kering blend, tumis sampai pecah minyak
  6. kemudian masukkan ayam, daun kesum, daun limau purut, serbuk lada hitam dan gaul sebati, biarkan sampai air ayam hampir kering
  7. kemudian barulah masukkan air asam jawa, tomato dan masak hingga mendidih
  8. masukkan garam secukupnya kemudian boleh lah tutup api
  9. makan bersama nasi panas, telur masin, ulam timun batang...phewww terangkat dengan peluh meleleh-leleh.. hehehe
note: tak letak sukatan sebab saya pun main letak agak-agak ikut kecukupan bahan..maklumlah orang bujang.. ^_^


Sabtu, 4 Jun 2011

persamaan the vampire diaries dengan nora elena

lately rata-rata status kat facebook cakap pasal nora elena dan seth tan
hari ni saya pun nak cakap jugak lah
tapi nak cakap pasal persamaan antara the vampire diaries dengan drama nora elena
kenapa nak compare kedua-dua drama ni?
sebab sepanjang tengok nora elena dari semalam
saya asyik fikir,  kat mana aku dengar nama elena ni ek?
tak kan maria elena si pemilik blog peliks tu kot, rasa macam bukan
saya fikir lagi pagi ni
sambil-sambil cuci baju (mesin yang cuci)
sambil-sambil potong sayur
sambil-sambil gigit tangan miho
hah!!! dah tau dah, dengar dalam drama the vampire diaries (baru je selesai khatam season 2)

so, dari situ saya nak buat la sikit analisis pasal persamaan kedua-dua drama ni
(kekdah orang tak ada kerja pi cari kerja..hahah)


  1. nama awek ~ elena
  2. kedua-duanya adaptasi dari novel : the vampire diaries by  L. J. Smith, manakala kasih yang suci by Meen Zulaikha
  3. dua lelaki nak 1 awek yang sama
  4. dalam gambar promo, si awek pakai baju merah


ha, tu je pun persamaan dia...
mesti korang rasa menyesal baca entry ni kan?
hahah, dah saya tengah rasa boring...
saya buat la entry ni. jangan la marah ek...ek..ek..
walau apa pun, saya lebih suka the vampire diaries lah, tak bias okeh!
sebabnya si damon salvatore tu handsome...heheheh...

Jumaat, 3 Jun 2011

My Girlfriend is a Gumiho #6 ~ bila miho pandai memanjat

di sebalik langsir, nampak tak apakah itewwwww? 

selak sikittt, nampak dah ekor dia.. kaki dia..
miho: iyah...iyah... nak panjat..nak panjat

miho: yeay, dah sampai dah. 

miho: cak!!!

kakak: oi miho, tercabut langsir kakak kau jahit baru eh!!!!


p/s: mak call, terus tanya soalan. "michiko sehat??" .. dapat nama baru lagi si miho. hahah