lokasi: gerai nasi lemak ayam halia, puchong jaya
situasi: hujan
saya: nasi lemak nak 1, ayam kasi potong ye abang
kawan saya: saya pun sama, ayam kasi potong
abang nasi lemak kemudiannya letak nasi 1 tempurung, potong-potong ayam dengan pisau besar serta tajam (serius awesome!)
saya: sambal lebih ye (leleh dah dengan bau ayam time ni, perut bunyi kruk..kruk..kruk.., hujan lak manja-manja membasahi bumi)
abang nasi lemak: mengangguk seraya bertanya kawan saya, nak sambal lebih? sambil-sambil tangan dia mencedok sambal ke atas nasi lemak kawan saya.
kawan saya: tak nak (sambil menggeleng kepala)
abang nasi lemak: dia pun mencedok lagi 1 senduk sambal tambahan ke nasi lemak kawan saya...
saya dan kawan saya: saling berpandangan, masing-masing menganggap abang nasi lemak tak dengar kot
beberapa saat kemudian sewaktu nak bayar
abang nasi lemak: asing ke sekali?
saya dan kawan saya: asing!
abang nasi lemak: yang getah ada dua ni untuk awak (saya). dia pun masukkan kedua-dua nasi lemak dalam 1 plastik. saya menghulurkan duit konon nak bayar nasi lemak saya. tetapi abang nasi lemak pulang baki seolah-olah saya membayar untuk kedua-duanya.
kawan saya: baru nak hulur duit
saya: takpe, dia dah kira.. kasi duit tu kat akak
saya dan kawan saya: terpinga-pinga sambil kaki melangkah ke kereta...
saya: sahih abang ni salah faham. yang kita cakap tak dia faham ya. yang kita cakap ya dia faham tak...
kawan saya: cakap tak nak sambal lebih dia kasi lebih, cakap bayar asing dia kira sekali pulak... pelik abang tu.
saya dan kawan saya: pulang kerumah dengan penuh tanda tanya....
Pages
Sabtu, 18 Disember 2010
Khamis, 16 Disember 2010
cantik
tapi bengap....
kesian
sekian
kesian
sekian
Rabu, 15 Disember 2010
Selasa, 14 Disember 2010
Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)
Dirty Bit
A bit in a memory cache or virtual memory page that has been modified by the CPU, but not yet written back to storage.
A bit in a memory cache or virtual memory page that has been modified by the CPU, but not yet written back to storage.
Isnin, 13 Disember 2010
Mari Menghias Kek Hantaran Kahwin
uhuk..uhuk..terbatuk-batuk den waktu nak taip entry ni. almaklumlah, kepenatan berkenduri kendara serta berombongan majlis nikah kahwin adik lelaki nan satu. den dah tuo, cepat benar kepenatan dan kejatuhan kesakitan. demam. mc. fuhhhh, encik supervisor mesti curious, benarkah dia ni demam. cuti lama nih.. kerja kat office berlambak tu... huuuu (╥_╥)
ni saje nak cerita pasal menghias kek hantaran kahwin adik saya tu. kitorang guna konsep do it yourself (DIY) je, dari hantaran, hiasan dalam bilik, pelamin, kek, doorgift, semuanya DIY. safe budget weh..
jom kita lihat gambar-gambar dari kek belum terhias hingga menjadi terhias jelita (。❤‿❤。)
ni saje nak cerita pasal menghias kek hantaran kahwin adik saya tu. kitorang guna konsep do it yourself (DIY) je, dari hantaran, hiasan dalam bilik, pelamin, kek, doorgift, semuanya DIY. safe budget weh..
jom kita lihat gambar-gambar dari kek belum terhias hingga menjadi terhias jelita (。❤‿❤。)
ini namanya moist choc cake atau kek coklat basah. digemari termata teramat sangat oleh adik lelaki nan satu. dia yang request.. hehe, biasanya kalau saya nak buat kek ni untuk raya, dia mesti sebok nak buat juga. kakak-kakak ipar yang ramai (8 orang semuanya) bila merasakan kek ini, kebanyakannya tanya beli kat mana? hello, i buat sendiri hokeyyy... hihihi...disebabkan kesedapan, mereka menapaukan kek ini.. resepi? insyaAllah kalau rajin i nak menaip.. sumber resepi dari kedai kek cina mana entah, member kerja part time kat kedai tu dia kongsikan resepinya. hehe..
sudah di topping kan
tet, sekuntum bunga
nah, berkuntum-kuntum lagi kami letak ( cekde, along, angah, acik, mirul) ... cuba teka, saya yang mana satu?? cekde kah? along kah? angah kah? atau acik kah?? mirul of course lah bukan.. ◠‿◠
yang kelihatan bajunya, itulah yang men deco kan kek ini.. saya tukang topping n bagi arahan jek.. hakhak
selamat pengantin baru khairul ❤umi
❤❤❤❤❤❤
selamat
pengantin
baru...
khairul
❤
umi
letak dalam peti ais, beratnya 1.7 kg.. kalau kat kedai berapa hengget ek?
nah, telah siap letak atas dulang. sedia untuk ke rombongan kahwin...
Langgan:
Catatan (Atom)