Pages

Isnin, 13 Disember 2010

Mari Menghias Kek Hantaran Kahwin

uhuk..uhuk..terbatuk-batuk den waktu nak taip entry ni. almaklumlah, kepenatan berkenduri kendara serta berombongan majlis nikah kahwin adik lelaki nan satu. den dah tuo, cepat benar kepenatan dan kejatuhan kesakitan. demam. mc. fuhhhh, encik supervisor mesti curious, benarkah dia ni demam. cuti lama nih.. kerja kat office berlambak tu... huuuu (_)


ni saje nak cerita pasal menghias kek hantaran kahwin adik saya tu. kitorang guna konsep do it yourself (DIY) je, dari hantaran, hiasan dalam bilik, pelamin, kek, doorgift, semuanya DIY. safe budget weh..

jom kita lihat gambar-gambar dari kek belum terhias hingga menjadi terhias jelita (❤‿❤)

 ini namanya moist choc cake atau kek coklat basah. digemari termata teramat sangat oleh adik lelaki nan satu. dia yang request.. hehe, biasanya kalau saya nak buat kek ni untuk raya, dia mesti sebok nak buat juga. kakak-kakak ipar yang ramai (8 orang semuanya) bila merasakan kek ini, kebanyakannya tanya beli kat mana? hello, i buat sendiri hokeyyy... hihihi...disebabkan kesedapan, mereka menapaukan kek ini.. resepi? insyaAllah kalau rajin i nak menaip.. sumber resepi dari kedai kek cina mana entah, member kerja part time kat kedai tu dia kongsikan resepinya. hehe..
 sudah di topping kan

 tet, sekuntum bunga
 nah, berkuntum-kuntum lagi kami letak ( cekde, along, angah, acik, mirul) ... cuba teka, saya yang mana satu?? cekde kah? along kah? angah kah? atau acik kah?? mirul of course lah bukan.. ◠‿◠
 yang kelihatan bajunya, itulah yang men deco kan kek ini.. saya tukang topping n bagi arahan jek.. hakhak
 selamat pengantin baru khairul umi
selamat 
pengantin 
baru...
 khairul 
umi
 letak dalam peti ais, beratnya 1.7 kg.. kalau kat kedai berapa hengget ek? 
nah, telah siap letak atas dulang. sedia untuk ke rombongan kahwin...



Khamis, 9 Disember 2010

Serius awesome : Scala & Kolacny Brothers

Scala & Kolacny Brothers Performing 'Creep' live on the MaDiWoDoVrijdagShow 










Smells like teen spirit - Scala & Kolacny Brothers











Note: semuanya gara-gara encik bunga-bunga cinta tiba-tiba nyanyi lagu creep malam tadi (7 dec 2010)... (*^-^*).. lepas tu terus mabuk dengar choir from Scala & Kolanchi Brothers nih...

Rabu, 8 Disember 2010

Elevator

  Elevator 2 by *lesogard

meaningful chorus..

Elevator goes up
Elevator come down
And you just go with the flow
Until your feet are back on the ground
It's an endless ride
Sometimes it takes you up
Sometimes it tears you down inside
But it's the butterflies
That keep you feeling so alive, so alive
You gotta get back that high

click to view full lyric


Selasa, 7 Disember 2010

mari belajar menutup aurat

update: ohhh, ini entry ke 200 ^_~

wahhh, macam orang lain tak reti tutup aurat sampai nak ajak orang belajar pulak.. hehe
ala, saje je nak share gambar kesalahan-kesalahan dalam pemakaain tudung dan pakaian
maklumlah, sekarang ni pelbagai jenis bentuk dan rupa tudung dijual dipasaran
pakaian seperti baju dan seluar serta skirt dan lain-lain apatah lagi kan? macam-macam fesyen dah ada sekarang.. kalau dulu-dulu kebaya, baju kurung je. sekarang ni macam-macam dah, terbelah sana.. terbuka sini.. kain nipis ada, kain tebal ada.. hak memilih terletak pada kita, tepuk dada tanya iman.. betul tak?
gambar-gambar yang saya nak share nanti saya dapat dari email. kalau google perkataan aurat pun akan keluar gambar tu..insyaAllah.. ehehe apa lagi, jom kita layan gambar








Ok, jom kita renung-renungkan dan selamat beramal. hari baru tahun baru, mari sama-sama kita bermuhasabah diri. mana yang tak elok kita buang/tinggalkan. mana yang baik kita sama-sama amalkan. salam maal hijrah 1432 dari saya 



Isnin, 6 Disember 2010

Analytic

jom tengok hari ni para pelawat blog saya datang dari mana?


i) malaysia
ii) brunei darussalam
iii) united states
iv) united kingdom

now, jom tengok keyword apa yang menyebabkan mereka singgah kat blog alam maya fantasi reality (panjang nye nama blog aku nih... (-'_'-))


b) salam maal hijrah 1432
c) salam ma (kenapa salam ma??? salam mama? salam maaf? ohhh, salam maal hijrah kot...(◕‿-))
f) salam maal hijrah
g) salam maal hijrah 1432 quote
h) cari rumah sewa penang (maaf ye, ini bukan entry iklan cari rumah sewa (-'_'-))
j) maal hijrah1432


korang boleh klik pada certain list tu untuk tengok atau baca entrynya, tak semua list saya hyperlinkkan sebab keyword hampir sama ... heheh
korang punya blog mesti lagi canggih kan dia punya analytic, share lah boleh lah kita tahu apa yang user suka taip kat search engine kan... (✿◠‿◠)