Pages

Isnin, 6 Disember 2010

salam maal hijrah 1432

salam maal hijrah dari saya buat blogger dan pembaca blog seantero dunia.. hehehe 
apa azam anda untuk tahun baru?
azam saya? saya nak yang terbaik dalam setiap apa yang saya buat dan ceburi.. semoga penghasilan thesis saya berjalan lancar demi keagungan masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang... insyaAllah
kahwin?? itu azam juga ke?? insyaAllah, ada jodoh saya menikah le.. hehehe...
moga tahun baru yang bakal menjelma, kita penuhi dengan amal soleh..bukan dicemari dengan dosa hitam yang terkutuk..nauzubillah..


Ahad, 5 Disember 2010

Sayur Campur Goreng Tomyam Mudah

ini pula resepi campak-campak by adik bungsu ku nan satu... hehe
saja nak suruh dia masak, sebab dia pandai masak.. kakak dia ni tak reti sangat... heheh



jom tengok resepi:

baby corn 5 pcs
teenage carrot 1 pcs
tomato besar 1 pcs
sotong 4 ekor
bawang putih 2 ulas diketuk
kiub tomyam 1 pcs
daun limau purut sehelai
1/2 cawan air
garam secukupnya
minyak untuk menumis


1. baby corn, teenage carrot, tomato di cuci dan dipotong
2. sotong dipotong juga, nak letak sekor-sekor pun boleh jugak. ikut citarasa ◠‿◠
3. panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
4. masukkan daun limau purut
5. masukkan sotong dan sayur
6. masukkan kiub tomyam dan air
7. masukkan garam
8. kacau rata kemudian tutup kuali. pastikan api perlahan.
9. apabila bahan-bahan dah kelihatan masak boleh lah angkat dan hidang

senang kan? selamat mencuba... (~ ̄▽ ̄)~


Daging Salai Masak Lemak Cili Api

dah lama tak santai-santai di hujung minggu kat rumah sendiri. asyik merayap je kerja. rumah pun tak ada rupa rumah dah. jadi hari ni dah bertukar jadi hari mengemas rumah..

sambil-sambil kemas tu sempat gak memasak. kira multitasking lah.. heheh

raya korban hari tu dapat banyak daging, mak kita pun kasik lah 3-4kg. fuhh, penuh esbox dengan daging. hari ni baru ada masa nak masak daging tu.

adik saya balik minggu ni, dia pun request lah daging salai masak lemak cili api seperti yang telah dijanjikan oleh saya. sebagai kakak yang prihatin, haruslah saya memenuhi kehendak adik bungsu ku nan satu tu. hehehe




jom kita tengok resepi:

500g daging salai (dah salai siap-siap kat kampung ◠‿◠)
kunyit hidup 4inci
cili padi 2 genggam  (ikut suka lah nak letak berapa, lagi manyak lagi berasap woooo)
daun kunyit sehelai dihiris halus (50sen sehelai, mahalnyeeee)
serai 2 batang dititik
santan 1 paket dibancuh dengan air suam
kiub ayam 1/2 ketul
garam secukupnya

cara-cara

1. daging salai dihiris nipis kemudian rebus untuk bagi dia empuk, air rebusan jangan buang ye!
2. blend kunyit dan cili padi kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan daging. didihkan.
3. masukkan santan kacau rata
4. masukkan serai dan daun kuyit, kacau rata
5. masukkan bahan perasa (kiun ayam & garam)
6. kacau sentiasa agar santan tak berketul, dah mendidih rasakan. dah cukup rasa tu, boleh tutup api.
7. hidangkan bersama nasi panas, ikan masin, sayur goreng... fuhhhhh. boyfriend call pun tak layan...huahuahua


macam mana nak buat daging salai?? sonang jooo

daging dicuci bersih
perap 30 min - 1jam bersama garam dan kunyit hidup yang ditumbuk campur asam limau sikit
salai hingga masak, bukan bakar ye...salai... ◠‿◠


video klip iklan siti nurhaliza

saya suka tengok iklan lakonan siti zaman muda belia dulu. jom layan... ^_^

Iklan Hotlink..ada lisa surihani zaman remaja & sazzy falak




Iklan Hotlink juga, tapi Siti featuring Farid Kamil pulak...

Jumaat, 3 Disember 2010

mahu salin kulit

jeles lah tengok template blog orang lain lawa-lawa
i nak tukar kulit jugak lah...
nantikannnnnnnn