Pages

Ahad, 5 Disember 2010

Sayur Campur Goreng Tomyam Mudah

ini pula resepi campak-campak by adik bungsu ku nan satu... hehe
saja nak suruh dia masak, sebab dia pandai masak.. kakak dia ni tak reti sangat... heheh



jom tengok resepi:

baby corn 5 pcs
teenage carrot 1 pcs
tomato besar 1 pcs
sotong 4 ekor
bawang putih 2 ulas diketuk
kiub tomyam 1 pcs
daun limau purut sehelai
1/2 cawan air
garam secukupnya
minyak untuk menumis


1. baby corn, teenage carrot, tomato di cuci dan dipotong
2. sotong dipotong juga, nak letak sekor-sekor pun boleh jugak. ikut citarasa ◠‿◠
3. panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
4. masukkan daun limau purut
5. masukkan sotong dan sayur
6. masukkan kiub tomyam dan air
7. masukkan garam
8. kacau rata kemudian tutup kuali. pastikan api perlahan.
9. apabila bahan-bahan dah kelihatan masak boleh lah angkat dan hidang

senang kan? selamat mencuba... (~ ̄▽ ̄)~


Tiada ulasan: