Pages
Ahad, 19 Disember 2010
petua menurunkan berat badan dengan kos yang murah #1
haaaa, ramai nak kurus kan? ohhh saya pun.. untuk kesihatan diri dan tulang belakang yang ku sayangi... tapi kalau nak kurus atau berdiet ni harus lah cara yang sihat. bukan dengan cara yang memberi efek tak bagus pada badan kelak. kalau kurus tapi pelbagai penyakit pula yang datang tak ada guna kan?
petua saya mudah je:
1. makan jangan melebihi had, kurang kan pengambilan karbohidrat lebihkan protein dan sayuran. protein bagus untuk membina sel manakala sayur bagus untuk sesiapa yang mengalami constipation
2. jangan biar perut lapar! ini penting, once u lapar, nanti u crave nak makan macam-macam lak. tak ke haru, kalau kat ofis tu sediakan biskut oat. nanti bila lapar 2-3 jam before lunch hour tu ada lah juga biskut berkhasiat untuk kasi hilang lapar
3. malam-malam jangan lah ambil nasi. kalau nak makan nasi juga make sure u makan before 7pm. if lapar, cukup sekadar ambil buah atau minum susu. no karbohidrat after 8pm ok!
4. haruslah rajin exercise! kalau tahan makan je tak jadi, kamu haru exercise supaya kalori dan lemak berlebihan terbakar. 30minit setiap sesi 3 kali seminggu. kalau malas nak keluar jogging, kamu download je video bersenam kat youtube. ikut dorang buat. ala, apa nak malu. buat dalam bilik sorang-sorang. siapa nak nampak kan?
5. yang ni penting gak. make sure sehari kamu minum air sebanyak 8 gelas / 3 liter sehari... apabila badan kamu kekontangan, lemak sukar nak dibaurkan.. sebab tu jadi gumuks.. lagi satu, 2 hour before tidur jangan minum air dah. sebab nya, nanti akan jadi water retention. kenapa? if minum air sebelum tidur, nanti waktu tidur air tu tak tahu nak pergi mana. jadi dia bertakung dalam sel badan. sebab tu ada istilah gemuk air.. hehhe... sebab kalau minum siang-siang, air tu nanti akan keluar sebagai peluh/ air kencing.
6. ini lagi 1 tips, lepas makan jangan lah minum air yang berais. kalau boleh, minum teh o panas tanpa gula diperah limau sedikit atau cukup memadai dengan air suam. kenapa? tadi kamu dah makan nasi lauk kari ayam. agak-agak berapa banyak lemak dah masuk dalam badan? air panas atau suam ni akan membantu lemak-lemak tu flush out ke sistem pembuangan kamu dengan mudah. insyaAllah lemak-lemak dari kari ayam tadi tak sempat nak diserap badan.
note: saya dah cuba cara diet macam ni, 5 kg turun dalam masa 2 bulan. FYI, kamu boleh menurunkan berat secara sihat paling tinggi sebanyak 0.5kg-1kg per week. tidak lebih dari itu. lagi satu, berat akan mudah turun jika kamu jenis berat air, suka sangat minum air before tidur... hehehe selamat berdiet yang sihat.
p/s: next petua, saya akan kongsikan petua diet yang lain. tungguuuuu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
nice info..
salam perkenalan..jumpa kt innit td..hehe :)
salam perkenalan juga ;p
Catat Ulasan