Pages

Sabtu, 28 Januari 2012

Easy Peasy Pan Fried Lamb Chop With Rosemary and Garlic

 [yang dah kena siram dengan sauce]

saya memang suka makan lamb
lamb chop, lamb kabsah, grilled lamb, lamb steak...
pendek kata saya memang suka makan lamb
maybe masa kecik-kecik ayah aqiqah biri-biri untuk saya..
sebab tu kot saya suka sangat makan daging biri-biri - ada kaitan kah?

selalu kalau order lamb chop kat kedai..
harga dia boleh buat belanja lunch untuk 2-3 hari

tiba-tiba aje berangan nak makan lamb chop yang sendiri masak
lagi pun tengok member letak gambar bbq... 
leleh dan terasa-rasa lamb dengan kuah sos lada hitam kat tekak
maka laju-laju ke mydin cari lamb
malangnya tak ada yang jual seketul je...
sekali dia jual.....
nah amek kau..

ada 5 slices!!
berat dekat 1 kg
harga rm16.84 je
kalau beli yang dah siap masak kat kedai...
harga dia around tu lah untuk 1 keping...
nah amik 5 keping lantak lah puas-puas... kikiki
saya marinate 3 slice je dulu
lagi 2 slice saya nak guna recipe lain
if sedap saya share kat blog jugak...


[berasap lagi - siap2 bubuh dalam bekal.. nak pergi kerja di hari sabtu nan indah .. *sobs*]

original recipe is here

Lamb chop with rosemary and garlic

Ingredients:
2-3 minced garlic
1 tbs olive oil
1 tbs dried rosemary
white pepper
salt
3 shoulder lamb chops about 3/4 inch thick

mix all together and marinate it atleast 1 hour in refrigerator, longer more tastier  

how to cook:
1/2 tbs olive oil in non stick pan
cook about 3-5 minute per side
once finished serve with mashed potato and sauteed vegetables

[masih dalam kuali]

Blackpepper sauce with mushroom

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
1 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup - larutkan dengan air
700 ml air - digunakan untuk melarutkan serbuk sup cendawan & tepung jagung
7 biji cendawan butang
minyak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan air

note I: 700ml air menyebabkan kuah cair, so boleh kurangkan air atau doublekan mushroom soup atau masak lebih lama untuk dapatkan sos yang pekat
note II : saya tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan minyak ke dalam periuk. tumis bawang besar hingga kekuningan
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu 
3. masukkan mushroom soup yang telah dilarutkan ke dalam periuk 
4. masukkan air, lada hitam yang ditumbuk halus, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7.masukkan tepung jagung kedalam periuk, masak sampai likat
8. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.

[sup segera yang saya guna - pakai 1 paket je, dalam dia ada 3 paket]

Mashed potato with mayonnaise
1 biji kentang - kupas kulit dan potong 6
rebus dalam air letak garam sikit
rebus sampai soft and tender, agak-agak boleh lenyek
toskan dan letak 1 sudu mayonnaise, serbuk lada putih
lenyek dengan garfu sampai sebati, siap!

Sayur-sayur
makan apa-apa kalau tak ada sayur kenyang dia tak best
kalau ada ada sayur kenyang dia best..  ^___^
tapi jangan la makan kek atau ais krim kamu makan dengan sayur pulak.. 

ok, sayur-sayur kamu boleh pilih apa je sayur kamu suka.. better yang senang nak grill dan boleh dibolak-balik dengan mudah dalam pan

saya guna tomato dan sweet peas
tomato di slice
gaul sayur dengan pepper
grill bersama-sama lamb
tak perlu grill lama-lama, cukup agak-agak nampak sayur tu layu-layu manja gitew
bila makan still ada rasa crunchy dan manis sayur.. 

sekian resepi lamb chop yang mudah dari saya, chef kaynisa yang cute lagi comel ^___^

kalau nak buat lamb chop ni rasa sedap..
better marinate dia lama sikit, baru dia serap rasa dan rempah-rempah yang digaul tu
marinate malam, pagi dah boleh grill - pagi-pagi boleh breakfast lambchop.. woha!

Selasa, 24 Januari 2012

antara IKEA dan aku kau pilih IKEA??????

tajuk tak agak-agak..
kesahnye macam ni
ajak si miho main-main
biasanya malam-malam di suka main-main
tak pun lepak kat meja study sambil tengok kakak dia surf tenet study
kadang-kadang malam-malam dia suka duk atas riba... comel je tidur

tapi sejak akhir-akhir ni dia tak mahu
dia dah ada tempat best
lagi nyaman
suasana pun biru je
romantik gitu....

sekarang ni miho suka tidur dalam plastik IKEA...
dari hari pertama plastik tu wujud kat situ dia memang suka masuk main
so aku biar je plastik tu kat lantai
sebab nampak seronok je dia duduk dalam tu...
dari dia duk tidur kat tempat yang bukan-bukan seperti lantai jamban misalnya.. haha
atau belakang tv ---> susah aku nak amik kalau dia lepak belakang tv


ni gambar semalam
aku cari dia tak keluar
panggil pun tak menyahut...bajet kucing pandai menyahut kah??
pastu terdengar sok sek sok sek....

pergi kat plastik ikea tengok macam tak ada benda



bila pergi dekat & selak sikit maka ternampak la seekor miho tengah tidur dalam tu
mata stim je tu... lepas tutup je kamera dia sambung tidur...
cam-whore sungguh kucing aku nan seekor nih..pantang nampak kamera



yang ni gambar terbaru... dia lepak dalam tu
bukan tidur pun... aku pandang dia..
dia pandang aku... nak ajak aku join dalam plastik tu kah???

Jumaat, 20 Januari 2012

flashmob

ecececece... orang buat entry flashmob
kau pun nak buat eh... hehehe
tapi aku memang suka tengok.. paling awesome yang aku tengok sekarang ni yang oprah life from chicago
masa tu dia jemput kumpulan Black Eye Peas...
masa aku tergolek depan tv tengok kat astro chanel Hallmark masa tu..
aku tak tahu pun benda tu dipanggil flashmob
tapi memang best lah...

kat malaysia pun ada flashmob gak..
yang terbaru yang buat kat KLIA tu..
produced by kitkatclub and enfinity vision media (tiara jaquelina punye kan.. if yes no wonder lah)

meh aku nak senaraikan flashmob yang aku kira best di mata aku..
setiap orang taste lain-lain kan?
maybe korang tak suka apa yang aku suka ni... bak kata chef wan.. ada aku kesah... ahaks...jangan sentap nok!! ^^ ... gurau-gurau je...

[Oprah at Chicago - Black Eyed Peas]


[Flashmob from korean drama - dream high]


[Flashmob kat bukit bintang by budak-budak malay - background song Again again by 2PM, terfikir gak sape coreographer budak-budak ni... lama dah yang ni]


[Flashmob Born This Way by Lady Gaga at France]


[Ni yang latest, yang sedang hangat diperkatakan... hoheh, paling best part makcik-makcik nyanyi lagu Rindu minit 3.11 ]

Khamis, 19 Januari 2012

sambal pedas pedal ayam berkentang berkunyit...berapa banyak ber daaaa

source resepi ni tak ada
pasal aku pakai hentam saja lah labu
konon nak makan pedal masak goreng kunyit
dah siap gaul-gaul kunyit
kebetulan pulak hari ni aku buat chili paste
ada sisa-sisa chili paste kat blender tu aku bantai masuk salam masakan pedal masak goreng kunyit aku nih
hasil dia... pehhhh... walllaaaa.. baru rasa seketul
pasal ni bukan untuk makan malam
untuk bekal pergi kerja esok
mak tak rajin nak bangun pagi-pagi nak hadap dapur nyah... ^^

[gambar dari dalam kuali aku snap...malas nak bubuh dalam pinggan bagai... pakai kamera henpon je.. malas nak pakai digicam]

bahan-bahan dia
pedal 1 paket - aku beli kat mydin dia dah packet siap-siap (aku masak untuk 3 hari terus, rajin kan?)
cuci bersih dan potong kecil-kecil
potong besar-besar nanti susah pulak nak makan kat office.. nampak kurang sopan gitew ^^
dah basuh bersih, gaulkan dengan serbuk kunyit.. ada kunyit hidup lagi power then ketepikan

kentang sebiji di belah 2 dan dikerat-kerat tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal..sedang-sedang aja
air asam jawa
air belacan (air + belacan)
* bawang putih 2 ulas dicincang
* bawang besar 1 biji di hiris halus (aku panggil mayang)
* halia 1/2 inch di potong nipis-nipis (ape je masakan aku suke letak halia...dalam kek tak letak la..agak-agak la korang)
* chili paste 1-2 sudu besar, ikut tahap pedas korang..

cara-cara
masukkan minyak - aku pakai olive oil..konon nak lebih sehat kekdahnye ^^
tumis bahan-bahan bertanda * agak-agak sampai naik bau
kemudian masukkan kentang, goreng sekejap agak-agak dah bersebati dengan bawang
masukkan pedal.. gaul sebati
masukkan air asam jawa, air belacan dan bahan perasa secukupnya
tutup kuali / periuk.. renih sampai kuah nampak pekat / kentang dah empuk...
dah siap dan boleh dimakan begitu sahaja , dengan roti, lempeng, peknga, pancake, nasi putih , nasi beras perang.. hahaha... aku merapu je lebih ni.. stress nak mengarang thesis aku p mengarang entry resepi.. woha!