Pages

Selasa, 19 Julai 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #2

Day 1 Part 1

gerak ke LCCT
adik member hantar
memang laju sampai kecut perut masa dalam perjalanan tu
flight pukul 0945
sampai sana dalam 0830
sampai je cepat-cepat self check-in
check-in luggage
kat sini luggage dah kena caj RM45
lesson learn, even masa pergi beg tak berat
harus buat pre-purchase baggage atleast for 20kg
masa nak pergi tak kan beg dah berat kot kan
so, pre-purchase for 20kg dah memadai
heheh..

lepas dah settle dengan hal-hal check-in
saya dan member ke mcd untuk mencari sarapan (mencari kah..hahah)
actually dah breakfast kat rumah member
mak dia masak roti bom segera
tapi disebabkan member nak breakfast - dia mudah gastric
jadi perut harus dipenuhi makanan sebelum berlepas
sebab penerbangan mengambil masa 1 jam 45 minit
lama tu.. hahaha

[gaya orang yang pertama kali makan big breakfast]

[dia ni serious je manjang, muka kasi manis la sikit...jangan marah aaaaa]

[saya makan sausage McMuffin with egg dengan tea aje, perut masih full dengan roti bom]

[haaaa, ni baru comel...kita senyum-senyum sebelum nak sweet escape...heheh]

nanti sambung lagi untuk day 1 part 2, saja je nak kasi banyak entry... hahaha

Isnin, 18 Julai 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #1


11th – 13th July 2011 lepas saya dan kawan saya cuti-cuti malaysia ke kuching
saja-saja nak sweet escape after berpenat lelah struggle semester lepas
maklumlah, budak tua bila sambung belajar.. penat dia lain macam sikit
tambah dengan beban kerja lagi
orang kata, kerja pakai otak ni lebih penat berbanding kerja guna tenaga
tak tahu la betul ke tak
wallahualam... 

Kuching bagi saya bandar dia bersih
tak sibuk macam Puchong, USJ, KL (sekadar menyebut beberapa tempat yang selalu sesak)
tak banyak tempat pun saya pergi
sebab tersalah pilih hari
most of tempat menarik yang patut dilawati (untuk kaki shopping)
kebanyakannya buka hari sabtu dah ahad je (contoh pasar satok, sarikin di sempadan indonesia)
kami pergi sana isnin sampai rabu
so tak banyak tempat la nak lawat
nak pergi jauh-jauh macam taman negara bako tu
rasa macam tak cukup time lak
kami pergi 3 hari 2 malam je

so, kami cuma explore area waterfront, little india, main bazar , kampung boyan & sekitar satok
nanti entry seterusnya saya cerita apa yang saya buat, makan, jalan-jalan mana, apa yang saya beli
kedai-kedai yang patut dilawati.. heheh

mari mengenal ketam jantan dan ketam betina

saya suka makan ketam
tapi tak boleh banyak-banyak
sat g pening ya amat
tak tahu la pasal apa
seafood lain ok je saya makan
bila makan ketam saya boleh jadi pening-pening lalat gitu

saya jarang beli ketam
sebab tak reti nak masak ketam
tahu rebus je
tapi saya suka sangat makan ketam masak bercili yang mak saya buat
suka sangat-sangat

korang kalau nak beli ketam
mesti nak yang banyak isi bukan?
meh saya nak share, ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan

macam manusia jugak la
perempuan lebih banyak lemak/isi berbanding lelaki kat certain part
heheh

ok, tengok gambar kat bawah ni untuk kenal mana ketam jantan dan mana ketam betina
lepas dah kenal
boleh la pergi pasar beli ketam..


nanti saya update dengan tips-tips lain untuk membeli ketam yang bagus.

Sabtu, 16 Julai 2011

Wedding Al-Amin & Waheeda

10th July 2011, saya pergi wedding one of kenalan saya
kenal dia sebab dia MPP waktu di universiti dulu
kebetulan kawan saya juga MPP 1 batch dengan dia
so, kami dijemput untuk ke majlis walimah beliau

konsep majlis memang betul-betul indian concept
kenalan saya ni india muslim from kelantan
wife dia saya tak sure pulak asal mana
sepanjang kenal dia memang tak pernah dengar dia cakap bahasa dia
kiranya 1st time dapat dengar dia cakap bahasa ibunda dia waktu wedding dia ni lah
majlis buat kat dewan sri siantan kompleks perbadanan putrajaya
makanan not bad
nak nak lauk kambing dia
perghhhh... 
alamak, tak ada lak gambar makanan nak tayang kat sini
later try check kat the other camera

ape-ape pun, tahniah untuk Al-Amin Al-Sultan & Waheeda Mohas

pasangan mempelai dalam busana tradisi india
tetapi masih menutup aurat!

tak sure ni apa, tak silap aku janji.. tak sempat nak tanya pengantin

bergambar dengan mempelai... 
wife dia lawa.. hihi