Pages

Isnin, 25 April 2011

Kerabu Daging Ala Nyonya

beberapa hari yang lalu dengan gatal tangan nya saya jalan-jalan kat blog pakcik mat gebu
seperti biasa agak meleleh lah kalau tengok blog pakcik mat tu... 
duk merayau-rayau kat blog PCM tu, terbuka entry kerabu daging ala nyonya
alamak... saya memang suka kerabu nih
tapi tak pernah pula makan kerabu daging
kerabu perut pernah lah kan
lain-lain tu kerabu pucuk paku, kerabu tauge, kerabu timun, kerabu mangga...nyam-nyam.. sedapnya.. leleh dah nih
lepas tengok entry kerabu daging tu, saya memasang cita-cita ~ amboi, cita-cita tu.. heheh
cita-cita nak buat kerabu daging jugak


kebetulan stock daging korban masih ada.. hehehe.. memang dah jadi seketul batu dah dalam peti es tu
harap-harap tak bertukar rasa lagi daging tu


akhirnya semalam baru terlaksana nak buat kerabu daging tu
balik dari pesta buku terus singgah giant mencari santan serbuk
bahan-bahan lain dah ada


pukul nak maghrib baru start merebus daging sebab terlalu kepenatan berpesta  buku... sebabnya sepanjang petang duk membuta bersama my gumiho (◕‿-)
lagi pun penat merayau cari lokasi nak pergi interview hari ni ~ doakan kesuksesan saya ya..◠‿◠


ok, malas nak cerita panjang-panjang
jom tengok resepinya


*amaran: seperti biasa saya telah sesuka hati saya merubah resepi asal, buat ikut bahan yang ada dan selera tekak saya dan selera tekak makhluk tuhan rajin mengemas


bahan-bahan
1. 1/2 kg daging salai ~ dah salai siap-siap kat kampung masa raya korban yang lalu
2. 5 biji cili padi di hiris halus
3. bawang merah 2 ulas di hiris halus
4. sepaket santan serbuk ~ boleh tukar santan perah mahupun santan kotak
5. 1 biji limau nipis saiz besar diambil jus
6. cuka secukup rasa
7. garam secukup rasa
8. kacang botor dihiris halus
9. 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
10. 1 batang serai dihiris halus


bahan untuk ditumbuk
1. cili padi 5 biji
2. belacan 1 inci dibakar


cara-cara
1. daging salai dipotong nipis kemudian direbus, dalam air rebusan tambah garam dan sedikit perahan limau nipis. rebus hingga empuk
2. setelah daging empuk, toskan air rebusan. jangan buang air rebusan tu
3. bancuh santan serbuk dengan menggunakan air rebusan daging yang masih hot. kuantiti air yang nak guna ikut citarasa, jika nak kerabu ni agak berkuah lebihkan air
4. campurkan santan yang telah siap dibancuh bersama daging, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan lain-lain bahan kemudian gaul rata. rasakan, jika dah cukup rasa boleh lah dihidang


hmmm, amacam? agak-agak pakcik mat marah tak saya dah buat RnD terhadap resepi beliau? silalah jamu mata dengan gambar-gambar dibawah











Khamis, 21 April 2011

burger apple

siapa-siapa yang pernah bermastautin di melaka
pasti tahu akan kewujudan burger apple
gerai dia kat tepi pantai klebang
last saya dapat makan tahun 2006
sebab lepas habis study, ada juga pergi cari
tapi dah tak ada
sebab pantai klebang dah kena korek
tak tahu nak buat apa
nak bagi lagi cantik kot???

nak kata terlampau sedap tak de pun
sedap lagi burger black pepper bukit beruang ~ ini pun dah tak wujud

maybe mereka ni pinda lokasi
huhu


burger nya biasa-biasa je
ada letak telur goyang
fries
tomato & timun
kepingan-kepinngan apple hijau nipis

dia jadi sedap kalau makan time stress dengan final project (maklumlah student lagi masa tu)
juga makin sedap kalau orang belanja ~ thanks jaja 


My Girlfriend is a Gumiho #5 ~ Fav place to nap




Rabu, 20 April 2011

ice cream goreng

dah lama tak pergi pantai batu buruk
kat mana?
terengganu lah
dulu masa kecil-kecil (ye, sekarang saya sudah besarrr)
selalu mandi laut kat pantai batu buruk
seronok


yang rupa cekodok tu buka cekodok
dalam nya ada ice-cream yang sedap
tak macam ice-cream goreng kat sini yang macam bantuk karipap tu
versi foodcourt pantai batu buruk lagi best
siap bagi 1 scoop ice-cream
1 slice orange
best!!


LAT Kampung Boy The Musical

1. ok, tayangan LAT Kampung Boy The Musical (LATKBTM) dah lama berlalu, last tayangan pada 5 april 2011 tapi hari ni baru nak cerita.. basi pun basi lah. apa boleh buat, baru dapat gambar.. macam tak syok buat entry bagus tanpa gambar bukan?

2. tayangan LAT di Istana Budaya telah lama digembar-gemburkan, sejak tahun 2010. akhirnya menemui penonton pada 16 March 2011 – 5 April 2011

3. pada mulanya saya tak nak tengok pun LATKBTM, tapi setelah mendengar interview di stesen radio paling hot tak lain tak bukan HotFM.. saya terus teruja dan beritahu kawan supaya tempah tiket untuk saya 1

4. nak tahu kenapa saya tiba-tiba gedik nak pergi? sewaktu interview di radio, atilia nyanyi lagu time dia marah Lat. sangat catchy dan comel...mereka tak nak buat OST album ke?

5. pada mulanya kawan-kawan merancang nak tengok bulan march, tapi saya ni bergaji kecil. tak seperti mereka yang bergaji besar. mampu tengok teater 2-3 kali sebulan ~ sila rujuk disini

6. saya dengan sesuka hati mengguna kuasa yang ada, minta mereka tukar terikh ke 3 April

7. disebabkan tarikh 3 April pilihan saya, maka kami semua bertuah sama-sama menonton LATKBTM bersama  DYMM Sultan Selangor. rasa hebat disitu! kamu pernah tengok wayang atau teater bersama-sama sultan? rare bukan?? 

8. menambah lagi ke-best-an menonton LATKBTM, the real Mrs. Hu yang rambut tinggi tu ada datang menonton sama. tapi rambut dia pendek dah.. tak tinggi macam dalam komik LAT.. heheh

9. Datuk Lat dan isteri juga menonton sama pada hari tersebut

10. hans isac handsome ok. dalam tv tak pun. 

11. saya baru tahu awie tak tinggi mana... kenapa? sebab bila dia berdiri dekat-dekat dengan atilia, mereka hampir sama tinggi. tak tahu lah kalau mata saya rabun


12. Yasmin Yusoff jadi emcee sebelum persembahan dimulakan


13. kalau mata ni tak salah, afdlin shawki jadi cameo dalam teater ni.. sebagai jurugambar

14. ni je kot.... jom tengok gambar. jangan terkejut kalau masa loading page ni anda rasa macam agak terkejung-kejung sikit. banyak gambar daaa... hikhik


poster

komik lat ~ bazar bulat, ipoh, perak

agak lampi ketika membaca kartun ni. lama-lama baru faham dan kemudian gelak sorang-sorang


boleh dikatakan fullhouse compare to previous theater

Puspa Narayan (Guru Muzik) ~ Douglas Lim  (Franky, kawan baik Lat) Sandra (Mrs Hu)

Jalil Hamid ~ bapa Lat

nampak tak kanak-kanak antara douglas lim & jalil hamid? dia memegang watak Lat kanak-kanak
Omar Abdullah ~ Pak Samad

Atilia ~ kekasih & isteri Lat


Awie ~ Lat


The real Lat & Mrs Hu


Harith Iskander ~ Awie ~ Hans Isac



Mrs 'Hu' & Mrs Hu