Pages

Khamis, 29 April 2010

Saya Super Sibuk dan Peperiksaan



1. Maaf pada geng yang follow citer rumah sewa pasal dah lama tak update, betul-betul super busy nak sambung cerita.


2. Ampun pada geng dongeng BITS, saya buat-buat super sibuk lah sekarang ni. Idea pun asyik tersekat je sebab asyik dibelengu misi ketam dan kelancaran sesi melancarkan our new muslim search engine.


3. Kepada kedua-dua geng di atas, insyaAllah saya akan kembali ke alam normal saya selepas selesai peperiksaan pertengahan penggal (midterm exam) yang akan bermula lusa 1st May dan pada 8th May. Doakan saya berjaya menjawab dengan mudah dan cerah hati untuk mengingati apa-apa yang patut saya ingat ∩_∩ 


P/S: Saya dah lama tak tengok naruto shippuuden dan bleach (╥_╥)



Selasa, 27 April 2010

Garlic bread with pumpkin soup

Ahad lepas (25 April), saya ke pasar malam Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konon-konon nak beli buah. Sebab biasanya buah-buah kat pasar malam ni segar. Sedang mengintai buah untuk dibeli, saya terpandang gerai sayur. Berhenti kat situ nak beli cili. Mata dah tertangkap kat buah labu. Dalam hati terdetik, dah lama tak makan sayur lemak labu yang mak buat. Saya pun beli lah separuh yang kecil, konon-konon nak masak untuk diri sendiri dan housemate.

Keesokan harinya sewaktu di tempat mencari rezeki, saya tanya housemate saya dia makan labu masak lemak ke tidak. Maklumlah, dia ni tak makan sayur. Saya ni kalau orang tak makan saya agak malas nak masak. Macam kurang best nak makan sorang-sorang. Dia jawab tak makan, if saya masak dia akan ambil kuah aje. Aduh, kesian lah pula. Tak kan dia nak makan kuah aje kan?

Saya pun sambung buat programming saya yang dah berapa hari tak settle tu. Sedang duk stress dengan part url validation, saya teringat dalam rancangan Oprah; ada satu episod tu dia panggil chef masakkan sup labu kat dalam show. Ape lagi, terus lah saya dengan pantas bertanya pada pak menakan saya iaitu pakcik Google (◠‿◠).  Duk usha-usha tu, rupa-rupanya mudah je nak buat sup labu ni. 

Saya segera tanya pada housemate, dia nak makan tak sup labu. Makan dengan garlic bread, dia terus cakap mahu-mahu-mahu. Alhamdulillah, nasib baik dia mahu. Dengan teruja saya terus salin resepi dan bercita-cita untuk ke pasaraya Giant on the way nak balik rumah petang nanti. Sebelum saya lupa, source resepi ni dapat dari sini yang di post oleh Encik Mat Gebu. Tapi saya ubah suai ikut suka hati saya selera tekak Melayu saya. Ok, saya pun tak tahu dah nak bebel apa lagi. Kite move to the recipe lah ye. Selamat mencuba kawan-kawan. (◕‿-)

Pumpkin soup with garlic bread


Roti bawang putih

Roti perancis / roti putih biasa pun boleh
5 ulas bawang putih dihancurkan
3 sudu mentega

Cara-cara:

Campurkan bawang putih dengan mentega; gaulkan
sapu pada roti perancis yang telah dipotong
bakar didalam oven atau di atas kuali hingga bau wangi atau garing bukan hangit ye. ∩_∩


pane all'aglio con zuppa di zucca




Bahan-bahan:

1. Separuh buah labu kuning kecil, kupas dan potong kecil supaya  cepat masak
2. Separuh lobak, kupas dan potong kecil supaya cepat masak
3. 1 kelopak/batang (don't know exactly nak panggil apa) celery, dipotong kecil
4. Bawang besar, didadu
5. Bawang putih 2 ulas
6. 1 sudu mentega untuk menumis
7. 50 g tepung gandum
8. 100 ml UHT Whipping Cream / susu segar / susu sejat
9. 800 ml air
10. cili padi 3 biji dicincang, nak pedas sila lebihkan

Sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, dan serbuk lada hitam


Cara-cara:

1. Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan cili; goreng hingga layu. Kemudian masukkan saleri, lobak, dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
2. Tepung dibancuh dengan sebahagian dari 800ml air. Lebih kurang 400ml. Masukkan bancuhan tepung kedalam periuk dan kacau hingga rata. 3. Tuang air yang selebihnya dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu serta lobak empuk, sambil terus mengacau. 
4. Padamkan api dan biarkan suam.
5. Apabilah dah agak suam, kisar hingga halus. Sewaktu mengisar masukkan susu.
6. Tuang dalam tapis dan tekan dengan spatula hingga menghasilkan puri yg halus. 
7. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
8. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah dan lada hitam, masak hingga pekat sedikit. 
9. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. 
10. dah boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti bawang putih yang garing (bunyi dia kruk-kruk sedap)

Note: Hidangan untuk 4-5 orang yang berperut kecil seperti saya, hahaha...layannnn je(✿◠‿◠)






Ahad, 25 April 2010

Balasan Syurga Bagi Para Wanita #2

[4]
Wanita yang suaminya meninggal dan meninggal sebelum sempat menikah, maka saat di syurga ia untuk suaminya yang dahulu.

[5]
Wanita yang suaminya meninggal kemudian tetap tidak menikah setelah kematian suaminya hingga ia pun meninggal, maka ia akan tetap menjadi isterinya di surga.

[6]
Wanita yang suaminya meninggal dan kemudian menikah dengan lekaki lain, maka ia untuk suami yang paling terakhir, walaupun sempat menikah berkali-kali, berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Wanita adalah untuk suami terakhirnya." (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah lial-Albani, 1281).

Dan berdasarkan perkataan Hudzaifah r.a. kepada isterinya: "Jika kamu tetap ingin menjadi isteriku di syurga, maka janganlah menikah dengan siapapun sepeninggalku. Sesungguhnya wanita saat di syurga adalah untuk suami terakhirnya di dunia kerena itulah Allah SWT pun mengharamkan isteri-isteri Nabi untuk dinikahi oleh orang lain sepeninggalnya, karena mereka itu kelak akan menjadi isteri-isteri baginda di syurga." (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah lial-Albani, 1281).


Pertanyaan

Bila ada yang berkata: "Sesungguhnya tersebut dalam do'a jenazah kita membaca:

"Dan gantikanlah (untuknya) suami yang lebih baik dari suaminya (yang terdahulu)." (Hadis riwayat Muslim)

Maka jika ia telah bersuami, bagaimana kita mendo'akan untuknya dengan do'a seperti itu dan kita mengetahui bahwa suami di dunia akan menjadi suami di surga, akan tetapi bila ia belum mempunyai suami dimanakah suaminya ?

Jawapan

Adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ibn 'Utsaimin yaitu: "Jika dia belum menikah, maka yang dimaksudkan adalah suami yang lebih baik dari suami yang ditakdirkan untuknya jika dia tetap hidup. Adapun jika dia sudah menikah, maka yang dimaksud dengan suami yang lebih baik adalah yang lebih baik sifat-sifatnya di dunia, kerana yang disebut dengan menggantikan adalah bisa dengan menggantikan orangnya seperti bila kita menukar kambing dengan unta, atau bisa dengan mengganti sifat-sifatnya seperti bilamana kita berkata: semoga Allah menggantikan kekufuran orang itu dengan keimanan, atau seperti pada firman Allah SWT:

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit,. (QS. Ibrahim:48). Dimana buminya adalah tetap bumi ini akan tetapi diratakan dan langitnya adalah tetap langit ini akan tetapi terbelah." (Al-Bab al-Maftuh, 3/23-24).

Nota kaki: Jika tidak faham dengan penerangan dalam entry ni, sila rujuk pada yang pakar. Jangan biarkan anda diselubungi misteri pertanyaan. Malu bertanya sesat jalan. Jangan lah kita menjadi orang yang tergolong dalam golongan yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Allah. InsyaAllah





Balasan Syurga Bagi Para Wanita #1

Jika wanita itu:

1. Meninggal sebelum sempat menikah
2. Mereka meninggal setelah diceraikan suaminya, dan belum sempat menikah dengan yang lain
3. Mereka telah menikah, akan tetapi suaminya tidak bersamanya di syurga, semoga Allah SWT melindungi kita dari hal ini
4. Mereka meninggal setelah suaminya meninggal
5. Suaminya meninggal dan mereka tetap tidak bersuami baru hingga dia juga meninggal
6. Suaminya meninggal kemudian merekapun dinikahi oleh lelaki lain.

Keadaan di atas masing-masing kelak akan mempunyai balasan tersendiri saat mereka di syurga seperti berikut:

[1]
Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah saw.:

"Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan." (hadis riwayat Muslim)

Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Apabila seseorang belum menikah, iaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan lelaki yang ia sukai di syurga. Kerana kenikmatan syurga tidaklah hanya khusus untuk lelaki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk lelaki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (syurga) adalah perkahwinan."(Al-Majmu' al-Tsamin, 1/175).

[2 & 3]
Dan juga seperti mereka yang meninggal setelah diceraikan, wanita yang suaminya tidak masuk syurga. Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata: "Seorang apabila termasuk ahli surga dan belum menikah atau suaminya tidak termasuk ahli syurga, maka sesungguhnya bila ia masuk syurga, di sana akan ada lelaki ahli syurga yang akan memperisterinya." (Al-Majmu' al-Tsamin, 1/173) Maksudnya akan menikah dengan salah seorang dari mereka.


Note: Pautan diberi oleh kawan YM & FB: Encik Muhammad Hazmin Wardi



Jumaat, 23 April 2010

Making 1 Muslim World


Kali ni tak ada nak sembang apa sangat, tapi just announce kat you all InsyaAllah nextWeek tempat saya mencari rezeki akan melancarkan new search engine, to be precise The Muslim World Search Engine: MuslimSE.Com.

Search engine ni akan filter any taboo keyword in Islam like a porno keyword. Lain-lain kelebihan tu you all explore lah sendiri.

MuslimSe ni pun dah ada fanpage dia kat facebook. Kalau you all berminat nak jadi kipas MuslimSe ni, sila ke Laman Kipas MuslimSE (FanPage MuslimSE) .

Kepada geng yang nak ke Isketambola tu, jangan lupa bawa balik buah hati buah tangan untuk kami ye(◠‿◠). Mereka akan terbang esok. 


Kepada Hani, pergi umrah tu jangan lupa doa kat kita sekali ye. Doa supaya kita dapat peluang pergi sana pun jadilah.