Pages

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bob Seger - Old time Rock and Roll





Just take those old records off the shelf
I sit and listen to 'em by m'self
Today's music ain't got the same soul
I like that old time rock and roll

Don't try to take me to a Disco
You'll never even get me out on the floor
In 10 minutes I'll be late for the door
I like that old time rock and roll

(Chorus)
Still like that old time rock and roll
The kinda music just soothes the soul
I reminisce about the days of old
With that old time rock and roll

Don't wanna hear 'em play a Tango
I'd rather hear some blues or funky old soul
There's only one sure way to get me to go
Start playin' old time rock and roll

Call me a relic call me what'cha will
Say I'm old fashioned say I'm over the hill
Today's music ain't got the same soul
I like that old time rock and roll

(Chorus)

(Chorus)

(Chorus)

(Chorus)

Still like that old time rock and roll



P/S: I lllikeee this song...heeeeee risky business thingy..

Selasa, 20 Oktober 2009

Meatball Spaghetti

Bahan-bahan:

1. Tomato puree 1 tin
2. lobak 1 batang
3. celery 1 pokok (macam tu ke panggil dia)
4. tomato 4 biji
5. Cili kering secukup rasa (nak pedas sila lebihkan)
6. bawang besar yang putih (kulit dia kaler oren, bukan merah)
7. spaghetti 1 paket
8. daging cincang
7. meatball(kat hypermarket seperti giant, tesco, carrefour banyak jual)
8. cendawan butang (yang dalam tin)
9. minyak untuk digaul dengan spaghetti serta untuk menumis
10. daun ketumbar sedikit (optional)
11. keju yang diparut ( saya guna keju serbuk sebab malas nak parut)

Cara-cara:

1. Celurkan spaghetti, apabila dah lembut gaulkan dengan 1 sudu besar minyak (kalau ada minyak zaitun/bijan lagi bagus) serta daun ketumbar yang dicincang halus
2. bahan 2-6 dikisar bersama-sama
3. selesai mengisar, masukkan dalam kuali masak sampai mendidih, masukkan daging cincang, tomato puree biar sampai kuah nampak agak likat, lepas tu masukkan bahan perasa seperti garam, ajinomoto (saya tak guna tok aji)
4. Masukkan meatball dan cendawan butang. bila meatball dah masak dah sedia untuk dimakan

Cadangan hidangan:

Masukkan spaghetti dalam pinggan, letak kuah, tabur keju. Sedia untuk dimakan..

Sabtu, 17 Oktober 2009

Mimpi Seram




Kamu pernah mimpi seram tak? Lepas tu, dia ada continuous. Dan setiap kali kamu mimpi seram, kamu akan terjaga pada waktu yang sama. Aku selalu je mimpi macam tu. Siap ada episod 1, episod 2, finale season (tipu je tu)...hehehe

Mimpi 1
Situasi dalam nissan vannete

Dalam mimpi ni, ada seorang hantu(hantu adalah orang ke) muka cantik tapi pucat tumpang naik van. Aku penumpang van tu. Dia tenung aku, aku tenung dia. Dalam van tu aku duduk bertentangan dengan cik hantu. Dia macam nak bagi tahu sesuatu kat aku. Lepas tu aku macam nampak satu visual satu kemalangan yang dasyat. Maka aku faham, cik hantu tu meninggal dalam kemalangan tu. Van terus bergerak dengan kelajuan normal. Sampai di satu kawasan, cik hantu hilang betul-betul di kawasan Rehat dan Rawat yang kami singgah. Aku teringat dalam visual tadi, kawasan kemalangan tu adalah dihadapan kawasan rehat dan rawat ni. Dalam 2 minit, tiba-tiba ada satu kereta laju terbabas dan berlaku satu letupan yang maha kuat sebelum ia tercampak di dalam sungai berhampiran. Tiba-tiba cik hantu muncul kembali betul-betul dikawasan kereta tu terbabas. Dia mengilai kuat. Lepas tu aku terjaga..berdebar-debar. Sebab mimpi tu macam real. Tengok jam, baru pukul 5.59 am. Tapi yang pelik, watak-watak lain sorang pun aku tak kenal.


Mimpi 2
Situasi di kawasan pangsapuri mana pun aku tak tahu

Mimpi bermula dengan adengan aku berlari-lari naik tangga ke rumah sorang kakak ranggi yang aku kenal. Aku nak warn dia ada hantu berkeliaran(aku macam ghost hunter dalam mimpi ni). Lepas aku jumpa kakak tu tiba-tiba aku jatuh, kakak tu nak menghempap aku. Hantu tu dah menyerupai kakak ranggi tu. Aku sedaya upaya baca ayat suci yang mudah. Aku baca al-fatihah masa ni (biasa orang baca ayat kursi). Then hantu tu kalah. Lepas tu aku berkejar ke tempat lain. Aku ternampak sepasang suami isteri nak naik kereta. Entah macam mana aku dapat tahu si suami adalah hantu. Si isteri sedang mengandung. Aku cuba kejar, then si hantu dapat tahu aku kejar. Hantu serang aku, aku cuba baca ayat suci lagi. Al-fatihah, ayat kursi..gagahnye hantu ni. Aku dah mati kutu dan makin lemah, then aku cuba azan. Baru lah hantu kalah..then aku terjaga. Berpeluh-peluh macam betul-betul berlawan dengan hantu. Bila tengok jam, pukul 5.59 am jugak.


Ade lagi satu mimpi, tapi aku kurang ingat. tapi waktu terjaga tu 5.59 am jugak. Tapi aku fikir positif je. Allah nak kejut aku solat subuh awal tu. biasenye subuh dah nak habis baru bangun.

Jika Aku Jatuh Hati

Tengok video ni kat youtube, betul-betul menyentuh kalbu. Rasa nak kembali ke zaman naif, zaman belum mengenal cinta, kerana aku pun mendambakan cinta yang seperti ini. Semoga Allah memberkati cinta aku dan dia.

Selasa, 11 Ogos 2009

Buku Baru

Data Structures and Algorithm Analysis in C++

Roadmap to the e-Factory


  1. Buku yang pertama untuk subject TTTK6434 Alkhwarizmi dan Stuktur Data.
  2. Buku yang kedua untuk subject TTTR6564 Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pembuatan
  3. 8 Ogos 2009 daftar di UKM untuk Semester 1 Sesi Akademik 2009/2010 untuk Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Komputer)
  4. Jadi buku-buku kat atas tu akan jadi rujukan untuk semester ni juga semester depan-depan (tak kan nak guna untuk sem ni je kot)

  • 2 tahun lepas, 5 Ogos 2007 konvo untuk degree di UTEM

  • Setelah 2 tahun berlalu, sambung belajar untuk master. Rasa macam otak dah agak lemah. Sekarang ni kena makan kismis banyak-banyak nak bagi kuat ingatan macam dulu

  • Ada yang tahu ape petua untuk kuatkan ingatan, cerdaskan minda selain makan kismis, tak makan asam

  • Hmm, bila dah sambung belajar ni, maknanya kena buka buku baru lah kan dalam hidup ni?

  • Hmm, 15 Syaaban baru berlalu. 15 Syaaban juga menandakan buku amalan tahun lepas dah dibawa ke langit, sekarang dah guna buku baru untuk catat amalan seharian, setiap jam, setiap detik, setiap nafas

  • 6 Ogos 2009 baru berlalu, umur pun dah bertambah, rasanya dah 24 buku amalan ke diangkat ke langit? Atau buku tu di buka start dari kita mula akil baligh? Kalau macam tu kena kira dari umur 12 tahun lah. 12 buku dah lah ye agak-agaknya.


  • Haih, takutnye sebab destinasi seterusnya makin dekat. Sebab buku-buku amalan tu akan dinilai. Dapat A ke, B+ ke, jangan dapat fail dah la.


  • Kenapa tiba-tiba cakap pasal ni? Adakah ianya ada kaitan dengan BUKU BARU???