Pages

Selasa, 4 Februari 2025

Tips Untuk Parent First Time Hantar Anak Asrama

Tips Untuk Parent First Time Hantar Anak Asrama

1. JANGAN MENANGIS! yes, you heard me right. Jangan menangis depan anak. Sebab kita kena kuat dan redhakan dia ke asrama. Itu adalah tempat dia untuk belajar tentang hidup.

2. SIMPAN SPARE KEY KUNCI LOCKER ANAK. Sekiranya locker anak berkunci, simpan spare key satu kat kita in casee tengah jalan dia cakap.. "alamakkk!". benda lain tinggal takpe, jangan kunci locker.
Beli kat sini kunci locker yang high safety: https://s.shopee.com.my/3foZlHGI1G


3. KENAL DORM MATE / CLASS MATE ANAK. 
Masa hantar tu, berkenalan dengan parent dia sekali. Kalau boleh, ambik contact number. Berkawanlah dengan mereka. Sebab sama² besarkan anak di sekolah dan dorm yang sama. Apa² hal, kita perlukan mereka dan mereka perlukan kita. Keep boundaries. 

4. 3-6 BULAN
Masa untuk adapt tinggal di asrama ialah 3-6 bulan. So, stay strong untuk 3-6 bulan tu. Parent kena strong dengar anak² homesick, call nangis² kata gayung / selipar tandas hilang. Kena kuat! 

Beli collapsible gayung di sini: https://s.shopee.com.my/5KwnkT73ac

5. KENAL WARDEN / CIKGU
Pastikan kita ada nombor telefon warden / guru tingkatan anak. Sebabnya, apa² hal senang. Anak demam ke, mudah untuk kita maklumkan apa² hal. 

6. NIAT & DOA
Kita hantar anak ke asrama bukan sebab nak show off anak kita bagus. Tapi sebab kita nak anak kita belajar slowly hidup berdikari. Doa dan redhalah pada anak utk belajar dan tinggal di asrama.

7. PANTAU SELALU
Ni dah usia kita perlu jadi kawan pada anak. Tegur macam member. Dengar cerita dia dan luahan hati dia. Guna prinsip, "we listen we don't judge" dengan anak pada usia ni. And please, sekadar buli lisan tu, selagi not harmful. kita tanya, "do you need me to masuk campur?", if dia kata boleh settle. Biar dia settle. then tanya how dia settle. Pantau juga fizikal anak, lebam ke, luka ke, itu penting. Once it get physical, kena dah report pada sekolah. 

Good luck parent! Ukenduit!

Source: Thread @/adibah.latif

Khamis, 9 Januari 2025

Bacaan Tahiyyat Akhir

Bacaan Tahiyat Akhir

Bacaan Tahiyat Akhir Beserta Maksudnya - Panduan Rumi & Bahasa Melayu
Maksud Tahiyat Akhir: 
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Ahad, 29 Disember 2024

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama ✅

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta. Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.

7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih

9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

11 PERLU ADA SATU PENGIMBAS /SCAN KEROSAKAN KERETA. 
THINKCAR THINKSAFE  ialah pengimbas kereta paling kos efektif pada tahun 2024, sesuai untuk DIY, pemilik kereta dan bengkel.  Kaedah diagnostik bluetooth baharu lebih selaras dengan trend popular.  Selepas dimasukkan ke dalam soket diagnostik kereta, Thinksafe VCI boleh berkomunikasi secara wayarles dengan telefon pintar atau tablet melalui bluetooth, supaya kereta itu boleh didiagnosis pada telefon pintar atau tablet. Mudah mengetauhi adakah masalah aircond, waterpump dll. Kereta yang banyak sensor wajib ada scan ini untuk mengelak tukar barang berganda. 

Maintenance Schedule 👌

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.
.

Jumaat, 27 Disember 2024

Lets Travel: Suriname

17 Facts You Didn't Know About Suriname: 

1. Suriname is the smallest country by land area on the continent, with just about 163,820 square kilometers.
2. The official language of Suriname is Dutch, making it the only country in South America where Dutch is the official language.
3. Suriname is incredibly diverse ethnically, with significant populations of Hindustani, Javanese, Maroons, Creoles, Chinese, Indigenous peoples, and Europeans.
4. The country has a rich tapestry of religions including Christianity, Hinduism, Islam, and indigenous beliefs. The large Hindu and Muslim populations are particularly notable in a predominantly Christian continent.
5. Suriname is home to one of the few water villages in South America, called Nieuw Amsterdam, which is reminiscent of Venice, with houses built on stilts over water.
6. The currency is the Surinamese dollar (SRD), introduced in 2004 to replace the Surinamese guilder.
7. The Suriname River runs through the heart of the country and is crucial for transportation, agriculture, and hydroelectric power.
8. Around 80% of Suriname is covered by tropical rainforest, part of the Amazon biome, making it one of the most forested countries in the world.
9. The Central Suriname Nature Reserve, a vast protected area, is a UNESCO World Heritage Site known for its rich biodiversity and pristine ecosystems.
10. The highest point in Suriname is Julianatop in the Wilhelmina Mountains, standing at 1,280 meters (4,199 feet).
11. Suriname was once one of the world's largest bauxite producers, which is a key raw material for aluminum.
12. Besides Dutch, many people in Suriname speak Sranan Tongo, an English-based creole, as well as other languages like Hindi, Javanese, and various Maroon and Indigenous languages.
13. The capital city, Paramaribo, is known for its colonial Dutch architecture, with many wooden buildings that have earned it the nickname "the wooden city."
14. Suriname is home to one of the oldest synagogues in the Americas, and it stands adjacent to a historic mosque in Paramaribo, symbolizing the country's religious tolerance.
15. Suriname has a unique genre of music called Kaseko, which blends African, European, and Indigenous influences, characterized by its rhythmic complexity and vibrant sound.
16. The Maroons, descendants of escaped African slaves, have maintained autonomous communities in the interior, preserving African traditions and languages.
17. Suriname hosts numerous cultural festivals throughout the year, such as the Hindu Diwali and Holi festivals, Islamic Eid celebrations, and the indigenous Owru Yari (New Year’s) celebration.

Source: FB Travel Fact

Isnin, 23 Disember 2024

Waktu Terbaik untuk Post di Media Sosial: Panduan Lengkap untuk Meningkatkan Engagement

 


Cadangan Waktu Terbaik untuk Post di Media Sosial

1. Facebook

  • Hari Terbaik: Rabu, Khamis
  • Waktu Terbaik:
    • 9 pagi – 10 pagi (untuk engagement tinggi)
    • 1 tengah hari – 3 petang (sesuai untuk post berbentuk santai atau promosi ringan)
    • 8 malam – 9 malam (waktu santai sebelum tidur)

2. Instagram

  • Hari Terbaik: Selasa, Khamis, Ahad
  • Waktu Terbaik:
    • 6 pagi – 8 pagi (untuk pengguna awal pagi)
    • 12 tengah hari – 1 petang (lunch break)
    • 8 malam – 10 malam (waktu puncak untuk reels)

3. Twitter/X

  • Hari Terbaik: Selasa, Khamis
  • Waktu Terbaik:
    • 7 pagi – 9 pagi (untuk berita/trending topics)
    • 12 tengah hari – 1 petang
    • 5 petang – 7 malam

4. LinkedIn

  • Hari Terbaik: Selasa, Rabu, Khamis
  • Waktu Terbaik:
    • 8 pagi – 10 pagi
    • 12 tengah hari – 1 petang (sesuai untuk post profesional pendek)
    • 6 petang – 7 malam

5. TikTok

  • Hari Terbaik: Isnin, Jumaat, Sabtu
  • Waktu Terbaik:
    • 6 pagi – 9 pagi (untuk pengguna awal)
    • 12 tengah hari – 1 petang
    • 7 malam – 10 malam (waktu viral)

6. YouTube

  • Hari Terbaik: Khamis, Jumaat, Sabtu
  • Waktu Terbaik:
    • 12 tengah hari – 3 petang (waktu rehat)
    • 7 malam – 9 malam (prime time untuk tontonan video panjang)

Tip Penting:

  1. Kenali Audiens Anda
    Analisis demografi audiens anda untuk tentukan waktu mereka paling aktif.

  2. Uji dan Jejak Data
    Gunakan analitik pada setiap platform untuk tahu waktu engagement terbaik.

  3. Konsisten
    Posting pada waktu yang konsisten dapat membantu algoritma dan membina audiens setia.