Pages

Khamis, 28 September 2023

Part 1: KISAH KELAHIRAN SAYIDINA MUHAMMAD ﷺ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ  وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ  نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ  وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ  وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Sayidah Aminah berkata, “Ketika aku mengandungkan “Kekasihku” Muhammad ﷺ, diawal masa kehamilanku, iaitu bulan Rajab.

Suatu malam, ketika aku dalam kenikmatan tidur, tiba tiba masuk seorang lelaki yang sangat elok parasnya, wangi aromanya, dan tampak sekali pancaran cahayanya.

Dia berkata, “Marhaban bika Ya Muhammad (Selamat datang untukmu Wahai Muhammad)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab “Aku Adam, ayah sekalian manusia”
“Apa yang engkau inginkan?”
“Aku ingin membawa khabar gembira. Bahagialah engkau wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Sayyidil Basyar” (Pemimpin Manusia)”.

Pada bulan kedua datang seorang lelaki seraya berkata, “Assalamu’alaika Ya Rasulallah (Salam untukmu wahai utusan Allah ﷻ)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Tsits”
“Apa yang engkau inginkan”
“Aku ingin menggembirakanmu, bergembiralah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibut Ta’wil wal Hadits” (Pemilik Ta’wil dan Hadits)”

Pada bulan ketiga datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Nabiyallah (Salam untukmu wahai Nabi Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Idris”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyir Ro-iis” (Nabi Pemimpin)”.

Pada bulan keempat datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Habiballah (Salam untukmu wahai Kekasih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Nuh”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Sohibun Nasri wal Futuh” (Pemilik Pertolongan dan Kemenangan)”.

Pada bulan kelima datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya safwatallah (Salam untukmu wahai Sahabat Karib Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Hud”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bergembiralah wahai ibu Aminah, engkau sedang mengandung “Sohibus Syafa’ah fil yawmil Masyhud” (Pemilik Syafaat di Hari persaksian/ Hari kiamat)”.

Pada bulan keenam datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Rohmatallah (Salam untukmu wahai kasih sayang Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Ibrahim AlKholil”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Jalil” (Nabi yang Agung)”.

Pada bulan ketujuh datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya manikhtaarohullah” (Salam untukmu wahai orang yang telah dipilih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isma’il Adz-Dzabih (Yang disembelih)”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Malih” (Nabi yang Elok)”.

Pada bulan lapan datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Khirotallah” (Salam untukmu wahai pilihan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Musa putra Imran”
“Apa yang engkau inginkan”
“Khabar gembira Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Man Yunzalu ‘alaihil Qur’an” (Orang yang akan diuturunkan padanya Al-Qur’an)”.

Pada bulan kesembilan, yakni bulan Robi’ul Awwal, datang seorang lelaki yang berkata, “Assalamu’alaika ya Rosulallah” (Salam untukmu wahai utusan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isa putra Maryam”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Mukarrom wa rosulil mu’adhom” (Nabi yang dimuliakan dan Rasul yang diagungkan)”.

Syaikh Nawawi Banten, Maulid Ibriz, hlm 17-19.

Detik-detik Kelahiran Nabi Muhammad ﷺ

Source: Telegram Neelofa

Jumaat, 8 September 2023

3 perkataan yang tidak boleh di sebut dalam penerbangan



Ini adaah 3 perkataan terlarang, diharamkan sama sekali untuk disebut dalam sesebuah penerbangan.

Anda boleh dihalau / dikeluarkan dari penerbangan itu jika menyebut perkataan ini walau hanya sekadar bergurau.




1. Bom
Saya ada bom, saya bawa bom, dalam beg saya ada bom. 

2. Pisau/parang
Saya ada pisau, saya bawa pisau, saya bawa parang, dalam bag saya ada parang.

3. Rampas kapal terbang / hijack
Saya nak hijack kapal terbang ni sebab lambat sangat beri kacang.

Big NO walau hanya bergurau. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Rabu, 6 September 2023

Perth, 5 tahun

5 tahun lepas, 2-8 september 2018
Amak, hana, dan Idris yang baru sahaja berusia 12 minggu dalam kandungan buat pertama kali jejak kaki ke australia.

Amak doakan, semoga pada ulang tahun ke 10 nanti. Amak, Hana, dan Idris sekali lagi dapat jejak kaki ke Australia. InsyaAllah.



Cara kongsi lokasi terkini (live location) melalui aplikasi whatsapl

Tahun lepas kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang. 

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan sebelum itu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.



Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. 

Kes kehilangan individu melibatkan kemlangan seumpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.


2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3. 




3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.


4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.



5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.



6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi. 




Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Credit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Isnin, 4 September 2023


Ini ialah catheter untuk pesakit CKD5 (Chronic Kidney Disease 5) yang membuat dialysis.

Satu tube untuk keluarkan darah supaya masuk ke dalam penapis mesin dialisis dan sesudah itu darah dimasukkan semula ke dalam badan melalui tube satu lagi.

Proses ini berlaku selama 4 jam dalam keadaan pesakit tidak boleh bergerak. Dan ia dibuat sebanyak 3x seminggu, sepanjang hayat.

Manakala untuk mereka yang sihat pula, buah pinggang kita menapis hampir 200 litre darah setiap 24 jam.

Sejumlah 1-2 litre urine dikeluarkan setiap 24 jam (dengan andaian anda minum 2 litre sehari. Jumlahnya kurang sedikit jika anda kurang minum).

Pesakit CKD serta caregiver mereka tahu kehidupan yang dilalui.

Health is truly a great wealth.

Invest lah.

Bukan dalam membeli produk.
Tapi investlah dalam belajar.

Mulakan dengan belajar; 
- Identifying causes of illnesses 
- Interprete correctly berlandaskan AQ&AS

Moga kita semua terbimbing.

Kredit: Dr. Razin Jaafar