Pages

Jumaat, 8 September 2023

3 perkataan yang tidak boleh di sebut dalam penerbangan



Ini adaah 3 perkataan terlarang, diharamkan sama sekali untuk disebut dalam sesebuah penerbangan.

Anda boleh dihalau / dikeluarkan dari penerbangan itu jika menyebut perkataan ini walau hanya sekadar bergurau.




1. Bom
Saya ada bom, saya bawa bom, dalam beg saya ada bom. 

2. Pisau/parang
Saya ada pisau, saya bawa pisau, saya bawa parang, dalam bag saya ada parang.

3. Rampas kapal terbang / hijack
Saya nak hijack kapal terbang ni sebab lambat sangat beri kacang.

Big NO walau hanya bergurau. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Rabu, 6 September 2023

Perth, 5 tahun

5 tahun lepas, 2-8 september 2018
Amak, hana, dan Idris yang baru sahaja berusia 12 minggu dalam kandungan buat pertama kali jejak kaki ke australia.

Amak doakan, semoga pada ulang tahun ke 10 nanti. Amak, Hana, dan Idris sekali lagi dapat jejak kaki ke Australia. InsyaAllah.



Cara kongsi lokasi terkini (live location) melalui aplikasi whatsapl

Tahun lepas kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang. 

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan sebelum itu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.



Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. 

Kes kehilangan individu melibatkan kemlangan seumpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.


2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). Rujuk gambar ke-3. 




3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). Rujuk gambar ke-4.


4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak). Rujuk gambar ke-5.



5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar ke-6.



6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi. 




Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.

Credit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Isnin, 4 September 2023


Ini ialah catheter untuk pesakit CKD5 (Chronic Kidney Disease 5) yang membuat dialysis.

Satu tube untuk keluarkan darah supaya masuk ke dalam penapis mesin dialisis dan sesudah itu darah dimasukkan semula ke dalam badan melalui tube satu lagi.

Proses ini berlaku selama 4 jam dalam keadaan pesakit tidak boleh bergerak. Dan ia dibuat sebanyak 3x seminggu, sepanjang hayat.

Manakala untuk mereka yang sihat pula, buah pinggang kita menapis hampir 200 litre darah setiap 24 jam.

Sejumlah 1-2 litre urine dikeluarkan setiap 24 jam (dengan andaian anda minum 2 litre sehari. Jumlahnya kurang sedikit jika anda kurang minum).

Pesakit CKD serta caregiver mereka tahu kehidupan yang dilalui.

Health is truly a great wealth.

Invest lah.

Bukan dalam membeli produk.
Tapi investlah dalam belajar.

Mulakan dengan belajar; 
- Identifying causes of illnesses 
- Interprete correctly berlandaskan AQ&AS

Moga kita semua terbimbing.

Kredit: Dr. Razin Jaafar

Isnin, 28 Ogos 2023

Perayau di bulan berjaya di hantar.


Tahniah kepada India kerana berjaya mendaratkan perayau Pragyan di Bulan di bawah misi Chandrayaan-3. Menariknya perayau ini mendarat di kutub selatan Bulan, kawasan yang mampu mengembangkan pengetahuan mengenai ais di Bulan.

Jika ais yang berada Bulan cukup banyak, banyak benda manusia boleh buat sebab ia dapat jadi sumber tenaga untuk aktiviti pelombongan di Bulan,  sumber air untuk penerokaan Bulan dan mungkin mendirikan koloni di masa depan.

Rusia dan Amerika Syarikat dah lama sasarkan perayaunya ke kutub selatan Bulan tapi tak berjaya lagi. India negara pertama yang berjaya. Setakat ini, empat negara berjaya mendaratkan perayau ke Bulan — Amerika Syarikat, China, Rusia dan India.

Sumber: Telegram Zamir Mohyedin