Pages

Khamis, 17 Ogos 2023

Review KDrama: Encounter

Cerita ni awal-awal slow sangat.
Percubaan kali pertama mampu tengok few episode je. Lepas tu terbiar je macam tu.

After few month baru cuba tengok balik.
Cerita dia best, kadang-kadang buat tersenyum malu sebab watak Kim Jin-hyuk sangat-sangat lah sweet. 

Song Hye-kyo macam biasa lah, sangat cantik. Pandai membawakan watak yang diberi.

Sangat berbaloi menonton drama ni. 
Mengisahkan seorang CEO hotel yang berjuang mempertahankan hotelnya disamping mempertahankan cintanya. Kim Jin-hyuk adalah satu watak idaman para gadis dan wanita, akan buat apa sahaja demi mempertahankan cinta walau pelbagai ancaman datang.

Happy ending.


Rabu, 16 Ogos 2023

Kesan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki



Gambar ini diambil pada September 1945, sejurus selepas bom nuklear plutonium digugurkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 (ulang tahunnya hari ini).

Semasa jurugambar lihat budak lelaki yang berumur sekitar 10 tahun ini, dia ingat adiknya di belakang itu sedang tidur. Apabila ada sekumpulan orang memakai pelitup muka angkut adik itu, rupanya adik itu telah meninggal dunia.

Cerita sebenarnya, budak lelaki ini sedang menunggu gilirannya untuk membakar mayat adiknya. Sewaktu mayat adiknya dibakar, budak lelaki itu berdiri lama, tidak bergerak. Dia mengetam bibir bawahnya sampai berdarah. Apabila api semakin reda, budak itu berlalu pergi.

Gambar ini merupakan antara gambar ikonik mangsa pengeboman di Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Ada yang cuba untuk mencari identiti budak ini, tetapi sampai sekarang tak jumpa.

Sumber: Zamir Mohyedin

Jumaat, 28 Julai 2023

Persiapan untuk hari kematian

Cetak gambar di bawah dan letakkan pada muka depan Fail Faraid Peribadi / Fail Pewarisan Individu anda.

Kemudian masukkan gambar anda di tengah tu, sebagai peringatan mengingati mati.

Sumber: Ahmad Termizi bin Abdullah


Apa kandungan didalam fail?

Contoh kandungan didalam fail ialah seperti berikut:

- Salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak
- Salinan surat nikah isteri-isteri
- Salinan sijil lahir anak-anak
- Salinan sijil mati ibu ayah

- Salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda)
- Polisi asal takaful
- Maklumat tentang Akaun Bank, Akaun Tabung Haji, Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Akaun Amanah Saham Bumiputera, Akaun Saham Bursa dan lain-lain.

- Maklumat tentang E-Dompet
- maklumat tentang Wang Kripto
- Wang kertas lama
- Geran kereta
- Geran rumah
- Sijil pemberitahuan hak cipta
- Maklumat tentang hutang

Satu sahaja yang belum ada iaitu sijil mati saya.


Add on a note too; 
-simpan set kain kafan (boleh beli disini)
-simpan 3 kain batik lepas(tetas jika sudah berjahit - beli kain batik lepas
-2 tuala
-sabun &shampoo kesukaan
-minyak wangi kesukaan
-bedak bayi kesukaan 

Sumber:
@/aisukayam
@/iRaesmee

Khamis, 20 Julai 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli