Pages

Khamis, 20 Julai 2023

Nasi Dagang Terengganu

 


Resipi Nasi Dagang

1. Beras Siam cap serindit- 2kg
2. Beras pulut - 2cwn( nisbah beras Siam dgn beras pulut lebih kurang 6:1)
Note: jika sukar nak dapatkan beras cap serindit boleh terus beli beras nasi dagang di sini.
3. Kelapa 2 biji (parut yg putih shj) bahagikan santan pekat iaitu perahan pertama dan santan cair perahan kedua. ( 700ml santan pekat dan 800ml santan cair)
4. Halba - 1 1/2 sb
5. Bawang merah 5 biji biji(dimayang nipis2)
6. Halia 1 inci (dihiris nipis)
Cara membuatnya:
-Campurkan beras siam dan beras pulut direndam (7 ke 8 jam). 
Kemudian toskan kukus kali pertama dlm 30 minit.
angkat dan arong (gaulkan) dgn santan cair bagi sebati
kukus kali kedua selama 15 minit kemudian angkat dan arong dgn santan pekat (dicampur dgn garam dan gula)
 campurkan terus dgn bwg, halba dan halia yg dihiris atau mayang tadi
tekan2 bagi mampat
tudung dgn daun pisang.
selesai utk nasi.



Resipi Gulai Nasi Dagang

1. Ikan aya 3kg (direbus hingga masak. masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- bawang besar 3 bj
-bawang merah 12 bj
bawang putih 3 ulas
- halia 1 inci
- lengkuas 3 inci
3. Cili giling cap kura 1 pek : boleh beli disini
4. Rempah nasi dagang 8sb ( rempah timbang)+ 1 sb rempah Gulai Cap Bunga Rose + 1 sb Rempah Masak Cap bunga Rose (Rempah nasi dagang ready mix disini)
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. Asam keping 5 keping
8. Nisang/ gula melaka 1 keping besar (ikut citarasa)
9. Cili thai 50 biji
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. Santan kelapa 2 1/2 biji
14. Belimbing buluh( rebus asing supaya keluar getah2 dia..lepas tu baru masuk dlm gulai)
15. Telur rebus ( jika suka)

Cara membuatnya:
Masukkan santan dalam periuk dan masak sampai keluar minyak.
masukkan cili giling masak lagi hingga pecah minyak.
kena selalu kacau supaya santan tidak berketul
memakan masa(40 minit).
bila santan dah pecah minyak.
cantik(warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. kacau biar mendidih.
masukkan bahan kisar dan kacau..masukkan...rempah nasi dagang.. rempah 4 sekawan...kacau lagi..masukkan gula melaka..garam...biar mendidih atas api sederhana dlm 1 jam..kemudian baru masukkan ikan..didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nampak kemerah - merahan...bolehlah tmbah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili.. dan belimbing buluh...didih guna api kecil dlm 1 jam...tutup api.

Resipi Acar Timun
1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula
Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup).
basuh dan toskan.
kemudian campurkan sekali dengan segala bahan di atas
gaul rata
masukkan cuka, garam dan gula. siap.

kredit: Facebook Muliadi Ramli

Isnin, 17 Julai 2023

Senibina Rumah Melayu

Saya rasa orang Melayu dulu cukup genius. Bahkan, pensyarah saya pun cakap Rumah Melayu dinobatkan antara seni bina terbaik di dunia. Hebat bukan? 

Jadi, disebabkan saya sangat suka dengan Rumah Melayu, izikan saya berkongsi sedikit ilmu. Kalau ada yang kurang, mohon tambah ya.



LALUAN ANGIN.

Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

PINTU MASUK LELAKI LAIN, PEREMPUAN LAIN.




Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

RUMAH TINGGI.




Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

KIBLAT LURUS.

Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun.

Manalah tahu kan.

Kredit: Nazia Suhaimi
Pelajar seni bina Politeknik Port Dickson dulu. 
Gambar dari Google dan rumah pusaka Nenek saya.

Jumaat, 14 Julai 2023

Cuci dapur dan kain lap setiap malam



Saya cuba buat ni tiap-tiap malam.

1.  Rendam kain lap dapur dalam air panas lebih kurang 10-15 minit.  Bubuh sabun sikit.  Kalau ada kesan kotor masih tak hilang, berus.  Kemudian bilas dan sidai.  Kain lap tu nampaklah lebih bermaya esoknya, tak adalah kusam je.

2.  Tuang secerek air panas ke lubang singki untuk bersihkan lemak-lemak atau kesan minyak terkumpul.     Walaupun kita tak tuang minyak terpakai ke dalam singki, tapi minyak dari kuah yang kita makan, lemak dari pisau mentega yang kita cuci, tu semua termasuk juga ke singki.  

3.  Lap lantai dapur.  Bila masuk dapur esok pagi, seronok rasa waktu pijak lantai tu.

Sumber: Norleem Mohid
.
.
(Iklan)


Sabun basuh Desans.
Wangi dia melekat kat baju tau. sambil² melipat baju wangi  semerbak bau dia. Ada 6 jenis wangian yang berbeza². Tiada SLS dan Paraben. Menggunakan bahan aktif organik, selamat untuk kulit dan ekosistem.