Pages

Isnin, 19 Jun 2023

Resignation letter sample.

Resignation letter. 

24 hours notice
2 weeks notice
1 month notice
Example in bahasa.





Source: @/empayarkerjaya






Khamis, 8 Jun 2023

Musim tengkujuh datang lagi, jom beli mesin pengering baju!

Haa, musim tengkujuh ni salah satu masalah mak-mak semestinya basuh kain jemur tak kering-kering, lepas tu bau hapak. Yewwww Nak beratur kat dobi layan diri memang tak kuasa lah. Bukan orang beratur, bakul yang beratur. dah tu bila tu nak siap keringkan baju? Musim-musim covid19 tak berapa nak reda ni lagi lah nak kena elak sesak-sesak ramai-ramai kan. haa, bagi yang rasa malas nak ke kedai letrik, meh amak bantu korang pilih mesin pengering yang ada dijual kat shopee. Yang penting, rating terbaik, servis bagus, aftersales bagus, barang berfungsi dengan baik. Kalau beli baju tak kering elok, tak tercapai lah matlamat asal kita tadi kan? Jom tengok, dah tengok klik link terus checkout. tak yah fikir lama sangat nanti habis orang beli. heheh 

Toshiba 7Kg Dryer Machine Clothes Dryer Baju
Harga: RM933 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, jenama toshiba kot. Jangan risau 
Kelebihan: Ada pengesan kain dah kering ke belum, if masih ada yang lembab dia terukan kerja nya. Nama canggih dia SenseDry. 
Warranty: 10 Tahun 
Teknologi: Vented Dryer 


Toshiba Sense Dry Tumble Dryer TD-H80SEM
Harga: RM925 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, jenama toshiba kot. Jangan risau 
Kelebihan: Ada SenseDry & antikedut. 
Warranty: 10 Tahun 
Teknologi: Vented Dryer 


Midea Condenser Cloth Dryer 8KG Mesin Pengering Pakaian (MD-C8800 | MDC8800)
Harga: RM1,198.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) ~ Dah murah ni kalau sebab teknology condensor tu biasanya harga dekat 2k atau 2k ke atas. 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Bagus Kelebihan: Ada Temperature Sensor & antikedut. 
Warranty: 2 Tahun 
Teknologi: Condenser Dryer 


Samsung Heat Pump Dryer 9KG / 8KG DV90T6240LH/DV80TA220AE (Delivery Within Klang Valley Only)
Harga: RM2,599.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, Samsung tu. Bukan jenama adik-adik ye. hehhe 
Kelebihan: Ada Moiusture Sensor. 
Warranty: 11 Tahun 
Teknologi: Heat Pump Dryer 

SAMSUNG 8KG Heat Pump Dryer Machine Mesin Dryer Mesin Pengering Baju DV80TA220AE/FQ DV90T6240LH/FQ
Harga: RM2,498.00 (setakat saya tengok pada 4/12/2021) 
Keupayaan mengering: Baju betul-betul kering 
Qualiti: Beb, Samsung tu. Bukan jenama adik-adik ye. hehhe 
Kelebihan: Anti-Bakteria, Kering Eko, Kering Segera, Sensor Kelembapan, Anti-Kedutan 
Warranty: 11 Tahun 
Teknologi: Heat Pump Dryer 

Sabtu, 3 Jun 2023

Cara memohon sijil halal untuk produk homemade

Assalamualaikum sahabat² hebat semua..

Ramai yang minta saya kongsikan cara permohonan sijil halal... Ok saya buat aiskrim hanya dirumah xda premis ...

Jika sahabat² dalam group ni tinggal di Negeri Sembilan permohan untuk dapatkan sijil halal ni mudah sedikit sbb kerajaan Negeri (pihak pengurusan halal, JHEAINS memang mencari peniaga² kecil utk diberikan insentif kotej halal.. permohon insentif y layak akan dpt insentif dan sijil halal.. lebih mudahla untuk Negeri lain sy xpasti mcm mn proses dia.. boleh berhubung dengan jabatan agama..

 ok sy share proses sy maybe lebih kurang je untuk Negeri lain pun sbb semua permohonan perlu melalui sistem app halal.. mohon di apps halal pastikan berdaftar dengan SSM.. dokumen yang diperlukan utk pendaftaran

1. Salinan SSM
2. Carta alir proses makanan/produk
3. peta lokasi
4. Senarai ramuan/bahan yang digunakan

Setiap ramuan perlu di key in dlm sistem app halal.. bila dah settle Dan dpt kelulusan dr pihak pengurusan halal pihak pengurusan halal akan buat lawatan...  kalau xda masalah boleh la dpt sijil halal...Sample produk perlu dihantar kpd pihak pengurusan halal.. 

Syarat tempat kita buat kerja 

1.Tempat proses (kerja) perlu diasingkan dengan dapur rumah (sekiranya bt dirumah)
2. Kawasan kerja perlu dipasang jaring halus
3. Bahan² kegunaan kerja Dan rumah perlu diasingkan
4. Lampu kena guna lampu yang bertutup
5. Kena pasang perangkap nyamuk (boleh beli kt shoppe)





Syarat² ni xperlu risau sy masa memohon buat sikit².. bila diorg datang diorg akan Komen Dr Komen diorg kita boleh tambah baik lg.. sy mula² buat kt dapur rumah je.. bila diorg Komen xboleh.. usahakan buat tempat khas..

Source: Fida Abas

Jumaat, 2 Jun 2023

Sumber elektrik boleh dijual?

Kita di Malaysia ni sebenarnya cukup bertuah. Ada banyak sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Sehingga ada plan nak jual lebihan elektrik ke negara orang lain.

Tapi tahukah anda, ada sebuah negara yg lansung tiada sumber elektrik & bergantung 100% kpd kapal utk elektrik?


Ya. Negara tersebut ialah Guinea-Bissau.  Negara ini merupakan salah satu dari 10 negara termiskin di dunia. 

Seluruh sumber elektrik di negara ini dijana 100% oleh kapal ini, yang telah berlabuh di pelabuhan mereka semenjak tahun 2019.


Betul. Kapal ini milik syarikat dari Turki.

Digelar sebagai KARPOWERSHIP. Sebuah projek "Floating Power Plant" yg diwujudkan untuk membantu negara-negara yang mempunya masalah seperti Guine-Bissau ini. 

Boleh menjana kuasa dari 30 MW sehingga ke 470 MW.


Karpowership ini beroperasi menggunakan minyak diesel. Untuk Guine-Bissau, diesel yang digunakan diimport dari negara jiran, Senegal.

Kehadiran kapal ini adalah sementara, sementara menunggu projek Hidro-Elektrik (fully funded by World Bank) di Gambia siap.
Selain Guine-Bissau, menurut website Karpowership, mereka juga beroperasi di Indonesia. 

Di mana ianya menjana 30% sumber elektrik Sulawesi Utara, 55% Timur Nusa Tenggara, 80% di Ambon dan 10% di Medan. 

Source: https://karpowership.com/en/project-indonesia-asia

Sumber: Twitter Khairul Aqmal @/KhairulAqmal







Rabu, 31 Mei 2023

Keldai dadah melalui penumpang

Berwaspadalah Bila Mengembara Di Ruang Udara 😥

Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah.




Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat. Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas. Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. (Saya tidak terlalu tinggi dan ruang bagasi atas adalah sesuatu yang saya memang elakkan.)

Segera dia duduk dan memulakan perbualan. Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.



Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baik baru saya ni 'mengalami' sakit perut. Saya dengan hati yang baik, menekan butang pramugari, dan pramugari datang untuk menanyakan apa masalahnya. Saya memberitahu beliau tidak sihat.

Dan wanita ini, dia tiba-tiba mula memanggil saya sebagai 'my daughter'. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat. Juruterbang mengumumkan bahawa kami mengalami kecemasan perubatan di atas kapal dan menasihatkan kami semua untuk bertenang. Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila. Dan dia enggan melepaskan tangan saya... semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain.




Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki yang sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya. Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami TIDAK pergi bersama.

Oleh itu, kru kabin datang dan bertanya kepada saya sama ada kami mempunyai pertalian persaudaraan, saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula berlepas dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.

Saya sangat berbelah bagi... tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya.

Jadi saya keluar dari pesawat dan meninggalkan 'kawan baru' saya untuk menunggu kerusi roda dan dikendalikan oleh kru kabin dan berasa sangat bersalah.

Semasa kami menunggu bagasi kami datang, saya mendengar kekecohan ini. 'Kawan baru' saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari krew kabin, dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya! Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia. Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari.

Wanita ini mula memanggil saya.. my daughter... my daughter!.. bagaimana tergamak lakukan ini kepada dia..... baru saya tahu. Dia membawa d_a_d_a_h dan dia cuba mengaitkan saya!

Nasib baik bagi saya, lelaki yang membantunya membawa bagasinya tampil ke hadapan dan memberitahu polis lapangan terbang bahawa saya dan dia baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Polis mengambil pasport saya dan memintanya mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama. Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya! Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Di mana saya bertemu dengannya?... di mana saya board... di mana dia board. Dan lain-lain... Dan bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.

Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya!

Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang. Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri. Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu... masalah kamu.... itu polisi saya. Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin!

Pengajaran untuk semua yang kerap mengembara menggunakan pesawat udara.

Sumber: Learning Petals via Malaysia Chinese News