Pages

Ahad, 14 Mei 2023

Tips sejukkan rumah dimusim panas



Tadi ada terbaca org share tips nk sejukkan udara dlm rumah..saya cnp kat bawah ni tips dia 👇🏻
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingat lagi.. Dulu saya pernah tinggal
Di sebuah rumah sewa...
Semuanya selesa di situ
Tapi panas yg amat..
Setiap petang balik kerja
Mcm masuk dalam oven 😅
Seriously panas yg amat.
.
.
Satu pagi yg rushing 
Anak saya tertumpah kan 1 jag air
Atas lantai...
Saya biarkan saja
Sebab dah lambat nak pergi kerja
Lampu dan kipas pun
Tak sempat nak tutup 
.
.
Bila balik rumah?
Eh pelik sangat sangat
Rumah rasa nyaman..
.
.
Diringkaskan cerita
Rupanya air yg ditumpahkan tu
Tersejat dek kerana kipas
setiap masa terbuka dan
Wap air berkumpul di sekeliling
Ruang tertutup rumah
.
.
Oh begitu...
Simple sangat ni.
.
.
Maka esok nya..
Saya ambil lah talam
Letakkan air di dalam nya
Dan buka kipas.
.
.
1 talam di ruang tamu
1 talam di dalam bilik tidur.
.
.
Sungguh benar. 
Rumah jadi sejuk.
.
.
Saya buat lah mcm tu
Setiap hari...
Wahhh selesa nya...
Rasa nyaman sangat rumah tau
Simple saja..
.
.
Sampai satu peringkat
Saya cuma buat waktu malam saja
Sebab memang tidur pakai kipas kan.
Waktu siang dah tak buat.
Alhamdulillah maintain sejuk juga rumah.
Selepas air circulation dah mula stabil.
.
.
Oh ya...
Nak guna talam boleh
Besen pun boleh
Asalkan luas permukaan nya luas.
.
.
Simple sangat..
.
.
Air
Talam
Kipas
.
.

.
.
Nota 1 :
Salin air setiap hari. Supaya tiada pembiakan jentik jentik. Atau letakkan garam juga supaya jentik jentik tak boleh hidup
.
.
Nota 2 :
Utk permulaan, jangan buka tingkap rumah ya.
.
Nota 3 :
Sekiranya rumah anda menghadap matahari jatuh, sila lah beli bidal /pokok utk kurangkan cahaya panas tu.

Kredit: FB Husna Haron

Ahad, 30 April 2023

Nasi Kerabu di Kuala Lumpur

Tempat makan sarapan pagi the Best Nasi Kerabu Kambing Bakar dan Dagang dekat KL Ini lah dia port kalau nak makan Nasi Kerabu Kambing Bakar yang terletak di Jalan sungai,kampung Puah, Kuala Lumpur. Terkenal dengan kambing dan ayam bakar. Bakar stesen bermula pada 8 pagi dan jual habis pada 12 pagi. Terdapat banyak menu makanan dan kuih-muih untuk memuaskan keinginan kalian. Nasi Kerabu Kambing Bakar Jalan Gombak Lokasi : 📍326-320 , Jalan Sungai, Kampung Puah, Kuala Lumpur Masa Beroperasi : Isnin- Ahad( Cuti pada Hari Jumaat ) 8.00 am - 3.00 pm





Nasi kerabu memang sedap sekali makan dengan kambing bakar. Kenyal dan beraroma rasanya! Jika ingin cuba menu lain, bolehlah try Nasi Dagang di sini. Kami suka suasana, layanan mesra and makanan yang sedap dihidangi, seperti di rumah sendiri. Must-try!



Terdapat banyak menu makanan dan kuih-muih untuk memuaskan keinginan kalian



Source: Twitter Food Porn Malaysia







Khamis, 20 April 2023

Selamat Menyambut Hari Raya Sabtu 22 April 2023

Hari ini adalah harinya umat Islam melihat anak bulan untuk menentukan ketibaan bulan Syawal.



Masyarakat Arab sejak sebelum kedatangan Islam lagi sudah menyukat masa mengikut kitaran bulan & tradisi itu diteruskan apabila Islam mula menyinari bumi disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Di tahun ke-2 selepas Baginda & umat Islam berhijrah ke Madinah dari Mekah, Rasulullah SAW mendapat perintah supaya umatnya berpuasa di bulan Ramadan. Bulan itu juga, umat Islam diheret ke Perang Badar pada 17 Ramadan.

Menurut hadis riwayat Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW mendapat tahu bahawa rakyat Madinah menyambut hari Nowruz & Mahrajan, 2 perayaan tradisi yang diterap daripada amalan penganut Majusi/Zoroastrian.

Maka sejak itu, aktiviti menanti ketibaan anak bulan baharu selepas berlalunya bulan Ramadan menjadi sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Pada asalnya penentuan ketibaan Syawal dibuat secara rukhyah, iaitu melihat anak bulan dengan mata. Apabila zaman berganti & berkembangnya teknologi, ia dipermudahkan dengan penggunaan teleskop.

Kemudian apabila berkembang ilmu hisab, ia ditentukan dengan perkiraan matematik & astronomi. Di Malaysia, kita menerapkan kedua-dua cara sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh sambutan Aidilfitri.

Sumber: Tzkrh, Fountain Mag, Nusa Daily

Isnin, 20 Mac 2023

Tips untuk kali pertama ke Jepun

Pergi ke Jepun ni macam pergi ke alam lain sebab Jepun memang lain dari Korea, China dan lain-lain.

Kalau first time pergi Jepun, memang banyak benda kita akan terkejut.

Ini adalah tips untuk travel kali pertama ke Jepun:

Perkongsian ini ialah dari Encik Yamin yang telah ke Jepun sebanyak 5-6 kali.

1- Visa

Tak perlu. Korang boleh stay di Jepun sampai 90 hari.

2- Duit Yen

Tukar siap-siap di Malaysia sebab kadar tukaran di Malaysia lebih baik. Boleh je tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.


3- Talian internet

Bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

4- Pengangkutan

Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.


5- Makanan halal

Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.

6- Kalau lapar sangat

Masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

7- Penginapan

Bergantung kepada bajet korang. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses & dengan stesen bas atau stesen keretapi.

8- Berjalan Kaki
Korang kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau korang sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. 

Kalau korang baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up had laju jalan kaki mereka.

9- Tempat menarik kat Jepun?

Boleh cuba Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, Gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.

70 peratus muka bumi Jepun adalah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. 

Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

10- Bahasa Jepun

Elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. 

Contoh: Selamat pagi – Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.


11- Vending machine

Teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. Ia ada di mana-mana. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.



Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la adakan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. 

Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12- Tandas

Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.



Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan korang akan ada pilihan water pressure, suhu air, & cara pancuran pembersihan. 

When in Japan, do as the Japanese do.


13- Surau

Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau.

Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang.

Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

14- Makan ramen

Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi.



Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi pelanggan yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. 

Only in Japan.

15- Duit syiling Jepun

Ada banyak dominasi seperti 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) kecuali kalau korang takn nak simpan sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Selamat melawat Jepun.

Credit: Facebook Yamin Ismail

12 Hard Truths of Psychology and Life


But i'm not patient.


I do agree with this, the smaller your circle the better for mental health.



True indeed


Yes, definitely!


Oh, I can't be alone. 

Yes and no, depends on situation and who.


For some problems, I can deal with patientce. But for some other, I dont have any.


Someday, they will get it back.


Yep, everything and everyhuman has a limit.


Denial, right?


Why bother?