Pages

Jumaat, 10 Mac 2023

Tempat Makan Best Penang

1. Kapitan
2. Kopa Arena
3. Rojak tonggek dan popia basah Butterworth
4. Medan Selera Padang Brown. Dia punya makanan, mee udang, char kuey tiaw, pasemboq & laksa.
5. Kampung Agong
6. Jawi House Cafe Gallery. Makanan style Jawi peranakan.
7. Pasemboq Baru Feringghi . Berdesup dia punya pasemboq. Better than food court Padang Kota.
8. Makan ikan bawal goreng panas kedai kelapa sawit dekat Juru.
9. Sarapan kat Bee Hwa. Char Kuey Teow and White curry mee is must try.

Isnin, 13 Februari 2023

Nasi Kandar suggestion in Ipoh

 1. Nasi ganja yong suan

Fav orang ramai yg melancong ke ipoh 


2. Nasi kandar pekan lama

Ini lain sikit sebab ada kari pelam/mangga


3. Rahamath dekat masjid negeri perak 


4. Nasi kandar dato sagor


5. Nasi kandar rahmatha 

Ini ayam goreng dia laku keras


6. M salim kepala ikan

Atau nasi kandar pokok


7. Majeedia 


8. Nasi kandar royale tok ayah

Simpang pulai


Credit:twitter/Hunain_


Ahad, 12 Februari 2023

Best kopitiam in Muar?

 1. Sam Kee

2. Best satay = Renney's

Kopitiam maybe Sin Juan Heng (434 more commercial but also pretty good coffee)

3. Depan pejabat TNB Muar sila try, kedai kat corner, tapi datang pagi.



Isnin, 2 Disember 2013

makna hujan


suram
sejuk
ubi kayu rebus
kopi panas
warm blanket
&
my mom
 

Khamis, 25 Julai 2013

Daging Masak Kicap

Amboi, daging masak kicap pun nak share ke?
of course lah, sebab masa saya duduk rumah bujang dulu, selalu je saya google resepi-resepi yang kedengaran mudah tapi untuk orang-orang yang tak pandai masak macam saya ni tetap rasa macam susah. heheh

daging masak kicap ni favourite adik bongsu saya, dia yang request berhari-hari dah. tapi saya ignore je sampai lah dia start merajuk. alahai adik bongsu, merajuk dia sebab nak daging kicap. saya bukan saja nak ignore, sebab saya ni tak suka campur-campur lauk darat dan laut. kalau boleh saya nak elak untuk campur. sebab saya dengar ceramah ustaz kat surau, Nabi SAW tidak mencampurkan/memakan secara serentak makanan laut dan darat, contohnya daging lembu (haiwan darat) dan ikan (haiwan laut). untuk penjelasan lanjut boleh lah tanya ustaz ustazah dikawasan anda. jangan lah tanya ustaz google je ye. hehehe

jadi, kalau hari tu saya masak seafood (ikan, udang, kerang, ketam) saya tak akan masak lauk ayam atau daging. macam tu lah lebih kurang. selagi boleh elak, saya akan elak. kadang-kadang termasak juga. sebab bukan masak untuk satu mulut je ni. ^_^



bahan-bahan dia tak sukar mana pun. senang je, nak buat pun senang

bahan-bahan

daging lembu dipotong nipis
kicap secukupnya
serai
cili padi dipotong
bawang besar dipotong
serbuk kunyit
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

cara-cara
gaulkan daging dengan serbuk kunyit,garam, dan serbuk perasa
masukkan kedalam kuali yang telah diletak sedikit minyak, tutup kuali. tungguh sehingga air daging kering dan agak-agak daging dah empuk.
kemudian masukkan bawang besar, cili, dan serai. kacau rata. biarkan hingga bawang layu. masukkan kicap secukupnya. kacau rata dah boleh tutup api.

boleh dihidangkan dengan nasi panas, bubur nasi, nasi impit


tips: guna kuali non stick untuk minimalkan penggunaan minyak dan supaya daging tak melekat dan berkerak :)