Pages

Jumaat, 19 Julai 2013

Kebab Roti Arab Simple Yet Delicious

Ini satu lagi resepi sihat lagi mengenyangkan yang saya nak kongsi
mak dan ayah pun suka
ada karbohidrat, protein, vitamin - complete meal orang kata




bahan-bahan
roti arab
daging cincang cap ramli - nak pakai cap lain pun boleh, nak guna daging burger pun boleh
bawang besar dicincang
cherry tomato di belah 4 - tomato biasa pun boleh, tapi potong dadu 
sayur kobis potong halus
carrot di parut halus
* boleh tambah/tukar sayur-sayur lain juga
sos cili
sos cheese - saya beli yang serbuk yang orang guna untuk makan dengan cheesy wedges tu, tak ada tak apa
serbuk lada hitam - saya blend lada hitam biasa then bubuh dalam botol. senang bila nak guna.
garam dan bahan perasa secukupnya
olive oil untuk menumis

cara-cara
masukkan minyak zaitun, tak perlu panaskan terus masukkan bawang besar yang dicincang - kalau guna minyak zaitun memang tak perlu dipanaskan, boleh google kenapa :)
tumis sampai naik bau, masukkan cherry tomato dan daging cincang
taburkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
masak sehingga air daging kering. dah boleh tutup api.

roti arab di kerat 2, belah bahagian tengah sebab nanti senang nak sumbat inti. buat macam poket.
goreng tanpa minyak dalam kuali.
isikan inti daging, bubuh sayur-sayur
bubuh sos kegemaran

dah siap dan boleh dimakan. 2 biji roti arab boleh dimakan untuk 4 orang. 1/2 tu dah cukup mengenyangkan. Alhamdulillah dan insyaAllah :)

Selamat mencuba.

Khamis, 18 Julai 2013

Roti Jala Sambal Sardin

nak share resepi je
sebab in future senang saya nak buat reference
mana-mana yang saya letak dalam blog ni insyaAllah yang saya dah try dan menjadi dan sedap dan dimakan sampai bertambah-tambah oleh mak dan ayah. sebab mak ayah saya jenis tak makan benda-benda pelik, bagi mereka.. berbuka dengan nasi putih dan lauk pauk biasa sudah memadai. tetapi since saya dah ada kat rumah ni.. ofcourse la saya nak masak ikut tekak saya juga kan, sambil-sambil tu memperkenalkan makanan-makanan lain yang jarang mak ayah saya makan.

untuk resepi roti jala ni, memang mudah je nak buat. sambil-sambil masak kari ayam / sambal sardin atau buat benda-benda lain pun. sebab memang simple sangat.
mak saya tak pernah buat roti jala, kalau makan pun sebab ada jiran bagi atau makan di jamuan-jamuan kat surau.  disebabkan saya ni spesis suka cuba resepi baru, jadi tak salah pun memecah tradisi mak ayah saya dengan berbuka dengan roti jala. ayah duk ulang-ulang tanya. nasi tak ada ke? saya diam je. sebab bagi orang-orang veteran ni. hanya nasi yang mengenyangkan. saya nak provekan pada mak ayah, makan selain nasi di waktu berbuka pun boleh kenyang. InsyaAllah :)


resepi roti jala mudah dan senang:

bahan-bahan
*2 cawan metrik tepung gandum
*2 cawan metrik air
*1 biji telur gred A (tak ada gred A pun tak apa)
*1/2 sudu teh garam halus
*sedikit pewarna kuning kalau suka
minyak untuk sapu pada kuali
daun pandan untuk menyapu minyak pada kuali

cara-cara
campurkan semua bahan bertanda (*)
gaul sebati
boleh blend pakai blender untuk sebatikan
cara saya tak guna blender, tapi saya tuangkan dalam penapis santan dan lenyek-lenyek pakai senduk mana-mana yang berketul tu. insyaAllah akan sebati :)

panaskan kuali
masukkan adunan dalam acuan roti jala atau dalam botol sos bermuncung 1 atau botol sos bermuncung 3.
tuangkan dalam kuali
biar sampai masak, tak perlu dibalik-balikkan. angkat dan gulung. dah siap


tips: untuk lebih menarik, buat dua warna.. nanti roti jala nampak macam anyaman tikar. cantik dan menarik untuk budak-budak kecik. orang dewasa pun suka kot. 

 
note: botol muncung 3 tu saya beli kat kedai barangan jepun 100yen kat bandar puteri puchong. tapi ada juga jual kat daiso kalau tak silap. harga dia bawah rm5 / rm5 je rasanya. 

 



resepi sambal sardin pekat dan sedap

1 tin sardin mackerel (saya suka mackerel sebab isi lebih pejal dan sedap)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
1 sudu lada kering yang telah diblend
air asam jawa
1 ulas bawang merah - dimayang / potong nipis
2 biji cili padi - potong nipis
minyak untuk menumis
garam dan bahan perasa

cara-cara

kisar bahan (*)
tumis bahan kisar dan lada kering hingga garing
kemudian masukkan air asam jawa
biar sampai kering sikit, sebab nak makesure bahan kisar betul-betul masak, kalau tidak waktu makan nanti akan terasa lagi bawang tu mentah.
masukkan sos sardin (asingkan ikan dan sos)
bila dah merenih masukkan bawang dan cili potong
masukkan garam dan serbuk perasa kalau suka
bila bawang dan cili potong dah layu baru lah masukkan isi ikan sardin. kacau rata dah siap.

selamat mencuba :)

Isnin, 6 Mei 2013

Pasca PRU 13

copy paste untuk rujukan sendiri. ada sedikit perubahan, edit sana sini sikit. copy sana sini sikit. maka jadi lah entry ni.




1)Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12 ;
Penang - Pakatan 30, BN 10 ;
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah:

i- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
ii- Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
iii- Datuk Seri Chor Chee Heung  (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
iv- Tan Sri Benard Giluk Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

7) Timbalan menteri yang kalah ialah:

i-Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
ii-Datuk Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
iii-Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

8) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

[Graf perbandingan keputusan PRU 11,12,13]

9) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.



13) Secara keseluruhan 5.5 juta rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan 5.2 juta rakyat Malaysia memilih BN.



p/s: There's none so blind as those who will not see - Englishman proverb.

Selasa, 5 Mac 2013

Kerabu Sotong

mari menyotong ^^

dari minggu lepas kat rumah ni asyik makan sotong
entah hantu sotong mana rasuk ayah saya
dia asyik beli sotong je
hari tu dia beli seekor sotong yang saiz dia besar nya
seekor pun dah seberat hampir 2 kilo
dalam rumah ni ada tiga orang je
bukan 13 orang wahai ayah ku
dan pagi tadi dia beli lagi sekilo sotong yang panjang sejengkal tu sekilo lagi

saya dan mak dah naik pening nak masak apa dengan sotong ni
layan kan je ayah saya yang comel tu...
kalau mak saya, tak ada masakan lain dah - sotong rebus letak serai dan lada hitam. tu aje - naik boring dah saya makan sotong rebus ni
kalau saya pulak, akan masak sotong goreng kunyit + sayur-sayur - mak ayah tak suka
tak pun sambal sotong - pun mak ayah saya tak suka
mereka cuma suka - sotong rebus letak serai dan lada hitam tu... arghhhhhhh

sampai lah suatu hari, saya bertandang kat rumah abang ngah saya (sebelah rumah je pun)
nampak kakak ipar tengah buat kerabu sotong - dia dapat resepi ni dari customer kat kedai runcit dia. customer dia tu tak tahu la pula saya mana dia dapat resepi ni
lepas tu kak ngah saya bagi lah sepiring untuk mak ayah rasa, saya dah rasa dah kat rumah dia - sedap!

bila mak ayah makan - dorang pun kata sedap. maka hari ni saya pun decide nak buat kerabu sotong. disebabkan kerabu sotong tak ada kuah, maka mak saya pun masak lah sotong rebus serai supaya ada kuah T_T 

lets cekidaud the recipe yawww!





bahan-bahan
1kg sotong
5 biji cili padi - nak pedas sila tambah lagi
1 labu bawang besar
2 biji tomato yang besar
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 biji lemon / limau nipis - ambil jus dia
2 pokok daun ketumbar 
garam , gula secukup rasa

cara-cara
1. sotong dibersihkan, buang tulang dan mata sotong supaya tak hanyir
2. potong sotong nipis-nipis dan rebus sampai masak kemudian toskan
3. hiris nipis cili padi, serai, daun limau purut, dan daun ketumbar
4. potong dadu bawang besar dan tomato
5. campurkan semua bahan, perahkan jus lemon / limau nipis. masukkan garam dan gula kemudian gaul sebati. dah siap untuk dimakan. selamat mencuba ^_^

Ahad, 17 Februari 2013

Nyanyian Hati

A CHANCE...

Once,
I used to live in the dark,
A flicker of light,
Came stealing in,
I closed my eyes,
And it’s gone,
I bit my lips,
And moved on.

Then,
I stayed in the dark,
A shot of light,
Came washing in,
Too strong, too bright,
I closed my eyes,
Willed it away,
And it’s gone,
I bit my lips,
And moved on.

Now,
I’m no longer in the dark,
As a stray of light,
Comes shining in,
My eyes refuse to close,
The light stays there,
Shining bright,
Neither hurting,
Nor fading,
And I let it in,
Give it a chance,
‘Cos that’s how I want to move on,
With you.
Bummer!

- RodieR