Pages

Isnin, 6 Mei 2013

Pasca PRU 13

copy paste untuk rujukan sendiri. ada sedikit perubahan, edit sana sini sikit. copy sana sini sikit. maka jadi lah entry ni.




1)Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12 ;
Penang - Pakatan 30, BN 10 ;
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21


4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah:

i- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
ii- Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
iii- Datuk Seri Chor Chee Heung  (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
iv- Tan Sri Benard Giluk Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi)

7) Timbalan menteri yang kalah ialah:

i-Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
ii-Datuk Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran)
iii-Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Dalam Negeri)

8) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

[Graf perbandingan keputusan PRU 11,12,13]

9) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.



13) Secara keseluruhan 5.5 juta rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan 5.2 juta rakyat Malaysia memilih BN.



p/s: There's none so blind as those who will not see - Englishman proverb.

Selasa, 5 Mac 2013

Kerabu Sotong

mari menyotong ^^

dari minggu lepas kat rumah ni asyik makan sotong
entah hantu sotong mana rasuk ayah saya
dia asyik beli sotong je
hari tu dia beli seekor sotong yang saiz dia besar nya
seekor pun dah seberat hampir 2 kilo
dalam rumah ni ada tiga orang je
bukan 13 orang wahai ayah ku
dan pagi tadi dia beli lagi sekilo sotong yang panjang sejengkal tu sekilo lagi

saya dan mak dah naik pening nak masak apa dengan sotong ni
layan kan je ayah saya yang comel tu...
kalau mak saya, tak ada masakan lain dah - sotong rebus letak serai dan lada hitam. tu aje - naik boring dah saya makan sotong rebus ni
kalau saya pulak, akan masak sotong goreng kunyit + sayur-sayur - mak ayah tak suka
tak pun sambal sotong - pun mak ayah saya tak suka
mereka cuma suka - sotong rebus letak serai dan lada hitam tu... arghhhhhhh

sampai lah suatu hari, saya bertandang kat rumah abang ngah saya (sebelah rumah je pun)
nampak kakak ipar tengah buat kerabu sotong - dia dapat resepi ni dari customer kat kedai runcit dia. customer dia tu tak tahu la pula saya mana dia dapat resepi ni
lepas tu kak ngah saya bagi lah sepiring untuk mak ayah rasa, saya dah rasa dah kat rumah dia - sedap!

bila mak ayah makan - dorang pun kata sedap. maka hari ni saya pun decide nak buat kerabu sotong. disebabkan kerabu sotong tak ada kuah, maka mak saya pun masak lah sotong rebus serai supaya ada kuah T_T 

lets cekidaud the recipe yawww!





bahan-bahan
1kg sotong
5 biji cili padi - nak pedas sila tambah lagi
1 labu bawang besar
2 biji tomato yang besar
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 biji lemon / limau nipis - ambil jus dia
2 pokok daun ketumbar 
garam , gula secukup rasa

cara-cara
1. sotong dibersihkan, buang tulang dan mata sotong supaya tak hanyir
2. potong sotong nipis-nipis dan rebus sampai masak kemudian toskan
3. hiris nipis cili padi, serai, daun limau purut, dan daun ketumbar
4. potong dadu bawang besar dan tomato
5. campurkan semua bahan, perahkan jus lemon / limau nipis. masukkan garam dan gula kemudian gaul sebati. dah siap untuk dimakan. selamat mencuba ^_^

Ahad, 17 Februari 2013

Nyanyian Hati

A CHANCE...

Once,
I used to live in the dark,
A flicker of light,
Came stealing in,
I closed my eyes,
And it’s gone,
I bit my lips,
And moved on.

Then,
I stayed in the dark,
A shot of light,
Came washing in,
Too strong, too bright,
I closed my eyes,
Willed it away,
And it’s gone,
I bit my lips,
And moved on.

Now,
I’m no longer in the dark,
As a stray of light,
Comes shining in,
My eyes refuse to close,
The light stays there,
Shining bright,
Neither hurting,
Nor fading,
And I let it in,
Give it a chance,
‘Cos that’s how I want to move on,
With you.
Bummer!

- RodieR

Jumaat, 15 Februari 2013

Japanese Crispy Cream Puff

cream puff adalah salah satu favourite saya, pernah kat midvalley saya hampir-hampir nak membeli cream puff super mahal. nasib baik tanya harga dulu. seketul beharga rm8. bapak mahal cream puff tersebut. entah apa la dia letak sampai mahal benar.

previously kalau nak makan cream puff, adik bongsu saya yang membuat. cream puff goreng je. tapi rasa dia... hmppppphhh wallahh.. resepi? itu kena tanya adik saya lah. saya tak tahu apa resepinya. kakak dia tahu makan je ^_^. cream puff yang saya nak share resepi ni adalah pertama kali saya membuatnya. jadi, ala-ala berdebar juga lah waktu nak mencubanya. takut tak menjadi. actually memang tak jadi pun.. ada cerita disebalik kejadian kenapa tak jadi :)

saya ambil resepi ni dari blog kak ita, saya follow sebiji-sebiji step dia. untuk pembakaran pertama, saya betul-betul ikut step kak ita. 20 minit pertama bakar pada suhu 210 darjah, untuk 15 minit kedua turunkan suhu ke 100 darjah. dan hasilnya cream puff saya jadi penyek. mula-mula dah cantik menggelembung, bila tukar suhu. dia terus menurun dan jadi penyek. setelah berbincang dengan adik ipar, kami sama-sama buat keputusan. untuk pembakaran adunan kedua kami bakar straight 35min pada suhu 210 darjah. dan hasilnya.... hmppppphhh wallla. cream puff yang rangup di luar, lembut di dalam. 

bagi saya, dunia masakan adalah satu eksperimen. dengan mencampurkan beberapa bahan. dan menggunakan teknik memasak yang berbeza akan menghasilkan suatu makanan yang sedap dan jika gagal akan menjadi tak sedap. ada juga menghasilkan makanan yang buruk rupa, tapi masih mengekalkan rasa yang sedap. malah ada juga yang hasilnya cantik menawan, tetapi rasa dia faillll. nak telan pun menangis. hahaha :)

resepi yang saya nak kongsikan kali ni, bagi saya amat mudah untuk mereka yang pertama kali nak mencubanya. yang penting, semangat dan kerajinan! tak ada semangat memang tak jadi la.  lagi satu, memasak mestilah ikhlas. baru lah hasilnya berbaloi. InsyaAllah ^_^



Puff Pastry (Choux)

Bahan-bahan
  • *120 g butter
  • *3/4 cup air
  • 1 1/3 cup (170g) tepung gandum di ayak
  • 5 biji telur gred A (60g/telur) = 300g, jika terlebih buangkan bahagian putih telur. Pukul rata telur menggunakan garfu / whisk.
  • *1/4 tsp garam
  • *1 tsp gula
Cara-cara

  • Dalam satu periuk kecil, satukan bahan bertanda (*).Panaskan atas dapur hingga ia mendidih.Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
  • Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi.Kacau dengan senduk kayu/plastik hingga adunan menjadi doh yang lembut - jangan guna senduk besi!
  • Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
  • Tutup api dan masukkan telur. Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati.
  • Masukkan adunan ini ke dalam piping bag.Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong bucunya anggaran 1cm.'
  • Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar. Suhu 210 - 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
  • Sediakan dulang pembakar. Lapik dulang dengan baking paper / griskan loyang pembakar jika tidak menggunakan baking paper. 
  • Paipkan adunan atas dulang pembakar. Biarkan ia agak meninggi sedikit. Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda. 
  • Dengan segera masukkan ke dalam oven. Bakar selama 35  minit sehingga permukaannya kuning keemasan. Jika puff dah nampak coklat masa pembakaran ke 20 minit, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar sehingga masak (cukup 35minit).
  • Apabila masak, biarkan puff seketika di dalam oven barulah keluarkan agar puff tidak mengelami kejutan suhu. (suhu dalam oven tinggi, luar oven rendah ^__^).
  • Untuk dapatkan puff yang naik membulat tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar dengan segera terus bakar supaya doh tidak turun.

 
Cream
bahan-bahan:
1 cawan non-dairy whip cream yang dah manis, jika terbeli yang tawar, tambahkan gula 1/4 cawan.

cara-cara:
pukul whip cream hingga kental.


Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream di dalamnya
Untuk paipkan Cream , masukkan Cream dalam paiping bag
Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit.
 
boleh juga gunakan lemon curd sebagai inti cream puff, nanti nama dia jadi lemon curd puff. 




note: suhu oven juga bergantung pada saiz oven, jika oven kecil puff lebih cepat hangus. jadi, kena pandai kawal suhu. selamat mencuba!

note II: 1 adunan boleh dapat dalam 30-35 biji

source: puan azlita , little japan mama

Rabu, 13 Februari 2013

Lemon Curd

pokok lemon yang sedang lebat berbuah, tips: mak saya tanam sisa-sisa perut ikan dekat akar pokok lemon. 



Situasi: Kat depan rumah mak di waktu pagi nan indah sambil cabut rumput rampai

Mak: (sambil pandang pokok lemon) buoh lemong ni banyok doh dalam peti, selain buat air tok leh buat benda lain ke?
Saya: buleh, wat sekaya lemong.

lepas siap merumput, aku pun siap-siap untuk masak untuk lunch. dah siap masak bermula lah projek membuat sekaya lemon also known as lemon curd ^_^

bahan-bahan

*3 biji telur gred A
*3/4 cawan gula
*1/3 cawan jus lemon
4 tbsp unsalted butter (suhu bilik)
1 tbsp parutan kulit lemon




cara-cara
1. jerang air hingga merenih
2. dalam mangkuk besi yang tahan karat kacau sebati / rata bahan bertanda (*)
3. masukkan mangkuk dalam air yang merenigh (teknik double boil) , kacau perlahan tanpa henti hinggat pekat. (estimate 10-15 min)
4. apabila telah pekat, keluarkan mangkuk. teruskan mengacau sambil cepat-cepat masukkan butter dan parutan kulit lemon.



kacau rata sampai jadi pekat

apabila dah sejuk akan jadi macam ni


kalau ada ketulan, tapis dahulu baru masukkan parutan kulit lemon.

tips: boleh juga tambah 1/2 cup heavy whip cream, whip kemudian kaup balik ke dalam lemon curd.

note: sedap dimakan dengan roti , cream puff, inti kuih muih dan lain-lain

source: http://www.joyofbaking.com