Pages

Khamis, 8 Mac 2012

swedish meat balls a.k.a ikea meat balls

 [gambar dari google: nah, siap dengan bendera sweden ok!]

ni semua gara-gara teringin sangat nak makan IKEA meat balls - tak pernah makan ok!
tapi belum ada masa nak ke sana
aku ni dah la jenis malas nak berjalan kalau tak ada hal penting
bagi aku
kalau hari cuti harus lah duduk memerap kat rumah terbaring depan tv sambil berpelukan dengan kucing
...apa? fikir bukan bukan lah tewwww

actually kan, miho tu tak adanya suka di peluk-peluk
time dia high ni aje dia suka aku peluk
gedik sungguh..
tiba-tiba je datang angin gersang dia
jenuh aku duk tanya kawan-kawan yang ada bela kucing jantan
nak kasik kawin dengan miho
elok lepas dia matting
ada rezeki si miho tu pregnant laa
dapat anak buah baru la aku.. kah kah
lepas dia dah beranak sekali aku mahu zass dia punya tut...
sekali je miho ek...kakak say sorry again ok! - sumpah aku nangis sambil say sorry kat miho sebab sedih tengok dia ke-high-an terlampau tu - jiwa yang tulus murni serta lembut gemalai kan aku ni...haha

eh, tadi cerita pasal swedish meatballss...
tiba-tiba cerita pasal kucing gersang...
sorry ye adik adik kakak kakak abang abang yek

ok, resepi Swedish meatballs ni aku cilok kat web ikea-friends , dan web ni
resepi asal dia pakai pork ok!

aku sebenarnya tak ada la gigih nak buat meatballs sendiri
aku gigih google sebab nak resepi sauce dia aje
banyak version aku jumpa
jadi aku main combine recipe dan alter-alter ikut sedap rasa tekak aku


[ni gambar bento aku... rajin kan bawak bento pergi kerja..ada orang nak amik buat menantewww tak??]


resepi dia setelah aku alter

  1. meat balls - boleh beli kat pasaraya di seluruh malaysia, pastikan halal tau. tapi kalau nak pure, boleh beli meatballs dari pakcik penjual daging lembu kat pasar tani / malam.. kalau nak buat bakso aku prefer yang ni. dia lebih rasa daging dan manis daging tu masih ada
  2. olive oil untuk saute the meatballs
  3. black pepper, white pepper, oregano - optional, aku je pandai-pandai tambah
  4. kentang di potong kecil-kecil dan direbus
resepi sauce
  1. tepung jagung 2 sudu besar
  2. kicap 2 sudu besar
  3. 100 ml susu - boleh guna full cream milk / bancuh susu tepung penuh berkrim, aku pakai anlene creamy
  4. 200 ml stock lembu - aku rebus meatball, air rebusan tu aku jadikan stock lembu, pandai kan sayeeee ^.^
  5. serbuk lada hitam, serbuk lada putih

cara-cara
  1. rebus meatballs untuk dapatkan stock, rebus hingga masak atau halfcooked, ikut suka la
  2. letak olive oil dalam non stick pan
  3. saute the meatballs, masa ni tabur blackpepper, white pepper, oregano. saute until the balls turn brown
  4. bila dah brown boleh angkat letak dalam pinggan
  5. untuk kentang tu, korang boleh  buat macam-macam style sebenarnya. nak rebus begitu je. nak buat mash ke, nak buat wedges ke, nak buat fries ke.. terpulang kepada selera..since aku masak ni pagi-pagi lepas subuh. harus lah aku rebus je kan... 
  6. untuk sayur pun sama.. aku prefer rebus sekejap nak bagi dia tender sikit je.. sebab aku tak lalu nak telan mentah-mentah. dah la kawan aku cakap aku macam kambing sebab makan sayur hijau-hijau je
hoh?? jelita jugak kambing ni..haha

cara-cara masak sauce
  1. bekas goreng meatballs tadi jangan terus cuci, gunakan untuk buat sauce
  2. masukkan stock lembu, susu, kicap, black pepper, white pepper
  3. kacau sampai sebati dan pekat
  4. boleh letak garam kalau suka, tapi aku tak letak sebab stock lembu dah masin-masin dan kicap pun dah ada perasa
  5. dah siap
kalau tengok ikea meatballs / swedish meatballs ni kan, diaorang hidang dengan lingonberry jam, aku tak ada pulak beli jem ni. jadi aku tak masuk sama la..  aku tak tahu nak imaginasi macam mana cicah bola daging dengan jem. memang kena pergi ikea try sendiri la gamaknya..haha

Selasa, 6 Mac 2012

Patin tempoyak dan bayam goreng belacan

hari ni chef kay nak masuk dapur
resepi ni mana-mana blog pun dah ada
tapi saja nak letak sebab senang untuk future reference
sebab saya jenis tak hafal resepi
kecuali masakan tu memang saya dah buat hari-hari

patin tempoyak ni dikategorikan jenisan masakan yang saya akan masak setahun sekali barangkali
walaupun saya suka sangat makan patin tempoyak

seumur hidup saya
masakan patin tempoyak yang saya masih teringat-ingat hanya dari 2 orang je
iaitu kakak saya yang duduk nun kat temerloh
dan juga mak kawan saya yang juga duduk kat temerloh

last week entah macam mana tiba-tiba tekak ni nak sangat makan patin tempoyak
kebetulan saya ada buat tempoyak - kes tamak beli durian banyak-banyak lepas tu tak habis makan ^__^
kebetulan juga time saya shopping barang dapur kat mydin usj
tengok-tengok ada patin fresh
selama ni tak pernah nampak pun....haha
saya beli la seekor

dalam hati dah berkira-kira nak call tanya kakak saya
tapi sumpah saya tak berani nak call
saya kind of tak biasa sangat dengan kakak saya yang kat temerloh ni - apa punya adik la...huhu
saya pun tanya la anak kakak saya iaitu mama rafzique
dapat la resepinye

disamping tu saya mintak juga resepi dengan kawan saya tu
tapi sayang mak dia pergi umrah pulak
so, dia bagi resepi yang dia agak-agak je
tak pe, next time try resepi versi dia pulak

kali ni saya try resepi anak buah saya dulu

~~ patin tempoyak resepi temerloh tapi dimasak oleh orang kemaman ~~
bahan-bahan
1 ekor ikan patin
1 bekas tempoyak - saiz bekas tau fu fa
*bawang kecil 3 ulas
*cili api 7 biji
*kunyit hidup 3 inci
daun kesum
bunga kantan 1 kuntum
timun cina - optional
garam dan bahan perasa yang dibenarkan
air secukupnya
asam keping 1 keping
limau nipis 3 biji
asam jawa 3 sudu

cara-cara
1. ikan patin dipotong dan dibasuh dengan asam jawa dan limau nipis untuk buang lendir dan hilangkan rasa hanyir
2. bahan bertanda * ditumbuk lumat
3. masukkan air kedalam periuk
4. masukkan bahan yang ditumbuk
5. masukkan tempoyak dan kacau rata
6. agak-agak dah merenih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, timun cina,  garam dan serbuk perasa
7. masukkan asam keping jika kurang masam, kalau dah cukup masam tak perlu dimasukkan lagi
8. kacau perlahan supaya ikan tak hancur
9. tutup api setelah masak dan cukup rasa


ok, next resepi is bayam goreng belacan
saja nak letak
sebab saya gigih cari resepi bayam
asyik-asyik keluar bayam masak air - boring dah
tak pun keluar resepi quiche bayam
orang putih sungguh resepi itewww

disebabkan saya suka makan kangkung belacan
maka dengan suka jiwa saya
saya tukar jadi bayam goreng belacan
saya percaya orang lain pun pernah buat kan? kan? kan?

~~ bayam goreng belacan - masa bila bayam tu terel menggoreng belacan tak tahu la , ok tak lawak ^^

bahan-bahan
1 ikat bayam
1 inci carrot di potong halus
1 biji tomato dipotong 6
*1 ulas bawang putih di ketuk dan di cincang
*1 ulas bawang merah di mayam
*3 biji cili padi
belacan secukup rasa
minyak
kicap

panaskan minyak
masukkan belacan
goreng sampai naik bau dan hancur bersebati dengan minyak
masukkan bahan bertanda *, tumis sampai layu
masukkan carrot dan tomato, kacau rata
masukkan bayam dan kicap , tak letak garam sebab belacan dan kicap dah cukup perasa
tutup kuali dengan penutup kuali sehingga bayam layu-layu manja - jangan layu sangat nanti overcooked dah habis semua zat zat dalam bayam
kacau hingga sebati dan tutup api

Isnin, 5 Mac 2012

risau tapi malas....apakah?

aku kan
ada laporan ber bab bab nak hantar next month
due dia 30 april
aku kena siapkan 5 bab
aku baru siap 2 bab
suppose sekarang aku dah hantar bab 3 kat supervisor aku
tapi 2-3 bari ayat je baru aku taip

dengan nak mula buat experimen lagi
sumpah aku malas sangat dah
dalam hati ada angan nak sambung phd konon... (memarahi diri sendiri)
syndrome jenis malas apakah yang melanda aku ni

tak sabar sungguh aku nak habis
dah habis
dah viva
lepas viva maybe ada sikit-sikit pembetulan kot
lepas tu dah tamat semuanya
tunggu konvo

boleh lah aku teruskan niat murni aku nak melancong kah
melencong kah
berhenti kerja duduk rumah goyang kaki tunggu orang pinang kah...
nak menjahit kah
nak bisnes online kah
macam macam lagi lah

sikit je lagi
sabar ok
sabar itu sabariah bak kata my friend jaja


p/s: sempat lagi tu post entry kat blog....kering idea nak mengarang weh, dah la aku dah 1 minggu duk bermain dengan linux ni...tensen-tensen... rambut pun dah kerinting macam mark zuckerberg dah. mujur tak bertukar kaler blonde je...

p/s: ni kata  kata semangat untuk diri sendiri: kalau awak siap dulu dari dia.. awak hebat..!! (kataku dengan penuh semangat berkobar-kobar)

Rabu, 29 Februari 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kampar - Rawang - Sentul - Setapak

* amaran: entry ni panjang *

weekend baru-baru aku jalan-jalan lagi
kiranya bulan february ni kerja aku berjalan je on weekend
dari awal bulan aku ke negeri sembilan dan melaka , lepas tu balik kampung kat terengganu, lepas tu ke kedah pulak, now ke kampar, perak dan sekitar negeri selangor dan juga wilayah persekutuan kuala lumpur..
lengkap selatan-timur-utara-barat-tengah
nasib baik aku tak terbang ke nun sarawak atau sabah (tak sampai lagi negeri sabah nih)
kiranya bulan february 2012 ni bulan cuti-cuti semenanjung malaysia untuk aku lah (walaupun tesis tak siap lagi Y_____Y , berjalan tak ingat dunia)

journey aku lebih kurang macam ni

1. puchong - bandar baru sentul - kampar

dari puchong iaitu rumah sewa aku
aku ke bandar baru sentul which is rumah kawan aku iaitu kak dhila, dah mention dalam entry previous
kes nak ke kampar ni sebab nak attend wedding ex-colleague kak dhila
aku ni kira peneman kak dhila lah
aku on aja
pantang orang ajak berjalan
dah hobi dari lahir.. hewhewhew
aku pernah menggelupur nak ikut pakcik aku balik kampung sebab dia ajak tapi ayah aku tak izin
korang rasa hasil penggelupuran tu aku dapat ikut pakcik aku tak??

dari bandar baru sentul tu gerak lah ke kampar
mula-mula aku ingat ipoh
rupa-rupanya kampar
pekan dia macam pekan koboi bagi aku
aku suka suasana macam tu
nampak tradisional
tak terlalu moden macam KL dan Puchong (aku cakap puchong pasal now aku stay kat puchong)
udara pun bersih je aku rasa (rasa je lah, sebab dalam kereta pasang aircond je)

kenduri kawan kak dhila tu kat kampung kuala dipang
tak banyak gambar pun aku ambil
pasal perut aku seronok berkeroncong (errr..negeri perak nak letak apa ye, melaka tahu la dondang sayang)
kak dhila lak dia jumpa kawan-kawan dia
mesti la bersembang-sembang
aku lak asyik pandang meja tempat letak nasi dan lauk je
dia buat style buffet




menu dia nasi minyak lauk dalca, ayam masak merah sedap nyam nyam, daging masak hitam sedap juga
minuman dia air hijau, tak tahu la air perasa apa
aku minum je
untuk desert pulak pihak pengantin dah letak booth (consider booth lah, ke nak letak gerai?) cendol dan gerai ais krim
aku ambil cendol je
tak larat nak beratur kat booth ais krim
nanti aku sorang je dewasa
lain-lain semua kanak-kanak

chendor, bukan cendol.. heheh

terliur pulak tengok gambar cendol ni
tapi kan, lepas makan cendol ni aku dengan kak dhila jadi pening-pening lalat
aku tak syak apa-apa.. betul ni, tak syak apa-apa (hewhewhew)

lepas dah siap semua
kak dhila dah siap bergambar dengan kawan-kawan dia
dah dapat goodie bag cantik yang ada buku surah amalan - i like, saya punya dulu dah tinggal kat surau matrix
lepas tu kak dhila tanya nak pergi mana?
saya memang tak tahu nak pergi mana
mulut asyik sebut cameron highland
tapi tak pergi pun pasal dua-dua belum gaji dan hujung bulan - thehehehe
last-last kami decide balik je



2. kampar - rawang

masa on the way ke kampar tu
kak dhila ada mention pasal kedai makan kat rawang sentral yang masuk jjcm
kami pun decide nak try makan kat situ
walaupun perut saya dah penuh
perut kak dhila belum penuh pasal kat kenduri tadi dia makan sikit


singgah kat hentian rehat rawang
tukar pakaian - sebab dah rimas dari pagi pakai baju sama je
kak dhila cakap dia pernah tengok dalam JJCM ada kedai sup tulang merah sedap kat rawang sentral
aku pulak memang lama dah teringin nak makan sup tulang merah since pernah tengok kat blog linda onn
merah menyala kot kuah sup dia

kami pun ke rawang
ni 1st time aku sampai kat rawang
kak dhila tak ingat nama kedai tu
google lah dengan keyword sup tulang merah rawang sentral
terus keluar jam's kitchen dan antara search result memang ada mention pernah masuk JJCM pun
teruslah bukak google map
serius google map bawa kami ke kawasan kedai yang teramat lah sunyi
apa la google map
search lagi sekali
nasib baik ada 1 bloggers tu mention kedudukan jam's kitchen
selepas giant baru kat rawang central tu
berhampiran petronas
berhadapan bengkel hankook tire, tak la depan sangat.. sebab yang betul-betul depan tu salon rambut


sign board jam's kitchen
nah, siap ada logo halal seketul kat situ kepada siapa-siapa yang nak tahu halal ke tak
dalam kedai dia pun ada gantung sijil halal
beserta gred kebersihan kedai iaitu gred A
hiasan dalaman kedai dia ok
cantik dan santai

ni alamat dia, sori dah tertepek cicak atas alamat pulak


waktu kami sampai tu dah pukul 5 suku petang
dah la hujan
usha-usha tak ada orang (pelanggan) pun dalam kedai
tiba-tiba nampak ada perempuan jalan-jalan dalam kedai
aku bukak tingkap lambai-lambai
then dia keluar dengan muka penuh tanda soal - pandai je reka
aku tanya dia kedai buka tak
dia cakap still buka, aku tanya sebab nampak kat notice board kedai tutup pukul 6 petang
aku tanya lagi kami nak masuk makan boleh tak?
dia cakap boleh.. yelah, kedai dah nak tutup
kot kot dia malas dah ke ape ke kan

nama tokey dia hajah jam*** , aku lupa jamaliah or jamilah

kami pun masuk dalam kedai
pilih meja kecil je
yelah berdua je
tak kan tamak nak meja besar
waitress kasi menu
kami pun belek menu

kedai ni buka dari 8am-6pm je, dalam buku tu sampai 11pm..
kedai dibuka setiap hari kecuali hari ahad

disebabkan dah terpengaruh dengan bloggers yang kasi direction yang tepat tu
aku pun order kacang pool dan  mi goreng special
sup tulang merah tu wajib order
kak dhila pulak order nasi goreng seafood
untuk minuman aku ambil hot lemon tea sebab aku dah kesejukan sampai tulang hitam
kak dhila pulak ice lemon tea

manis tahap mengundang diabetes, tapi aroma dia sedap
mungkin kalau kurangkan manis akan rasa lebih sedap..bagi tekak aku la

rasa dia sedap, walaupun manis tapi sebab ada ais so tak la rasa manis sangat



kacang pool / kacang pol - tak tahu mana satu nak eja
puree kacang yang pedas, rasa dia macam acar timun masak mak aku
memang pedas
tapi lebih sedap selepas ditabur dengan bawang besar cincang dan perah asam limau sikit


mi goreng special, sedap..tapi tak habis makan maka aku tapau buat breakfast

nasi goreng seafood - sedap jugak

sup tulang merah singapura - dia punya signature menu, sedap walaupun warna tak merah pun
seronok aku hirup pakai straw.. hehehe
yang putih-putih atas tulang tu kobis
ini mangkuk yang paling small
memang boleh makan untuk 2-3 orang
tak sangka pulak besar betul saiz dia


makan tinggal tulang.. kuah dia tak ada la licin

serius perut aku dah penuh gila
nak solat asar pun dah seksa
mulai dari hari ni, aku dah faham macam mana seksa orang mengandung cukup bulan nak solat
seksa woooo... aku makan macam naga
lepas dah makan singgah sat solat kat surau majlis perbandaran
surau bersih
telekung pun cantik


3. rawang - bandar baru sentul - sri rampai - setapak dan sekitarnya

lepas dah bagi lega sikit saluran pernafasan dek terlampau banyak makan
kami pun gerak pulang
kak dhila try highway baru - LATAR Expressway (KL-Kuala Selangor Expressway)
kalau malam-malam sumpah aku tak nak lalu
serius aku rasa seram

dari rawang kami ke bandar baru sentul
kat sana tiba-tiba terasa nak berkenalan dengan mall baru kat area sana - KL Festival City Mall Setapak
pusing-pusing kat sana
singgah masuk popular bookstore
tapi tak ada buku yang menarik
kak dhila je beli 1 novel
sempat lagi bersembang dengan kakak rock tapi minat baca novel

tengah pusing-pusing kat mall,
cik puan nurul azwa pulak ajak lepak kat oldtown white coffee
lepak lah kat situ sampai kena halau dek tomboy - kami syak dia kekasih pekerja kat situ. kekasih dia tak dapat balik sebab kami ni tak blah-blah lagi
syok sangat bersembang...haha

tu cik puan nurul azwa dan suami beliau

lepas dah kena halau we ols decide nak ke uptown danau kota
sebab aku tak pernah pergi
jalan-jalan lepak sana sampai pukul 2 lebih atau 3 lebih
entah lah dah lupa
balik tidur kat rumah kak dhila
pasal dah tak larat nak pulang
kalau pulang gak harus aku sampai negeri lain

esok nya iaitu hari ahad, aku breakfast dengan mee goreng special yang aku tapau tu
lepas tu keluar brunch kat de asian cafe
kat sini suasana dia macam kopitiam pun ada
lokasi tak sure pulak
pasal aku bukan kakak kawasan area ni
kena tanya kak dhila, beliau kakak kawasan


aku order char koay teow, dalam gambar dia nampak menarik je hiasan dia

yang aku dapat macam ni je hiasan dia
tapi rasa dia still sedap
cuma agak kering
sebab biasanya aku makan char kuay teow mesti basah
tapi tak apa lah
sebab rasa dia sedap
sekrang pun aku duk teringin nak pergi makan ni
tapi jauh sungguh kedai dia
aku kan kat puchong
jauh tau puchong - setapak
macam nak balik kuantan jauh dia....hahahahahahaha


kak dhila pulak order dry kuay teow foo chook
sedap rasa dia
aku cakap patutnya wet kuay teow foo chook
pasal kuah kicap dia banjir betul
tapi dah dia cakap dalam menu tu dry, aku terima je lah dengan hati yang rela
paling sedap foo chook dia, foo chook membaluti isi ikan kot, digoreng garing
memang sedap


steam homemade fish otak-otak dia pun sedap
serius sedap
dalam dia ada something yang chunky
aku syak tu isi udang
sedap bila kunyah-kunyah ada something yang chunky

untuk desert kak dhila order american cheesecake sebab tiramisu cake dah habis
kesian beliau kempunan
yang ni aku tak ingat aku rasa ke tak


aku pulak order sago gula melaka
bagi aku tak sedap
sebab dia guna susu cair
aku prefer santan
boleh lah untuk tekak orang KL - istilah kak dhila bagi


aku order soya cincau with cendol untuk minuman
rasa dia sedapppppppp
macam nak lagi je
hehe


lepas dah kekenyangan makan kat de asian cafe
kami ke rumah puan azwa
beliau jemput makan nasi ayam resepi baru
perut dah penuh ni
tapi tak nak hampakan jemputan orang
mesti lah memenuhi kan?

gambar nasi ayam tak ada pulak
puan azwa serve dengan air jus timun batang - sedap, boleh la mintak resepi
ayam goreng dia pun sedap - boleh lah mintak resepi juga

lepas tu lepak-lepak bersembang kay rumah puan azwa
hujan pun turun
kak dhila pun teringin nak makan cendol
aku follow je
dorang decide nak makan cendol wahab yang popular masuk surat khabar tu


ini lah cendolnya
aku ambil cendol pulut
rasa dia ok la untuk tekak orang KL - again
lepas dan puas makan cendol kami pun pulang
hantar puan azwa ke rumah beliau
ambil kereta aku kat rumah kak dhila
then aku pulang ke miho's territory which is kat puchong nan indah ni
sekian journey aku kali ni....


p/s: tak ada idea sangat nak bercerita sebab post entry kat office kes tak ada idea untuk settle bugs kat programming aku, pendek kata hari ni hari tak ada idea. anyway selamat 29 february . 4 tahun sekali je weh.. hehe. ade sapa-sapa kawen tak tarikh ni??

p/s II: aku re-read balik entry ni... lucu betul, kejap saya kejap aku.. conflict identity jap, korang perasan tak berapa kali aku makan cendol dalam entry nih.. betapa suka benar aku kat cendol.. hewhewhew , korang boleh tengok entry ini, tu cendol yang memang tak pernah tak sedap..sebab cendol tu mak aku yang buat. aku pun terel buat cendol tau... tak caya?? percaya lah.. hehehe

Wordless Wednesday #5 : What a Selfish Driver!!