Pages

Sabtu, 31 Disember 2011

ombak rindu memang buat saya menangis


1. kata mila emylia : redha tu ikhlas... pasrah itu menyerah
kata nisa: tak redha mahupun pasrah...hanya tuhan yang membalas
2. aku kesian kat watak wafi (julia ziegler): 6 tahun bercinta dengan lelaki yang rupa-rupanya suami orang, hampehh

sekian komen aku lepas tengok ombak rindu...

Ahad, 25 Disember 2011

Peach Cobbler Sedap dan Mudah


saya ambil resepi dari sini

teringin nak makan peach cobbler ni gara-gara baca novel 5 tahun 5 bulan karya hlovate
dah berapa kali ulang baca dah
tengok kat dapur ada 1 tin peach in syrup
apa lagi google recipe lah
lagi pun di waktu petang nan indah dihiasi hujan dan guruh kilat sabung menyabung ni
perut mudah terasa lapar
craving nak makan sesuatu yang sedap (asyik craving aje, sebab tu badan pun makin chomelll)
tapi tak tahu nak makan apa

bila tengok resepi peach cobbler mudah macam makan kacang goreng aje
jom lah kite ke dapur sambil bergurau senda dengan my gumiho yang gomok

resepi dan cara-cara:

panaskan oven 180C

1/4 cawan butter cairkan kemudian tuangkan butter cair kedalam baking pan sederhana besarnya

*1/2 cawan tepung gandum
*1 ts baking powder
*1/3 cawan gula
*pinch of salt
*1/2 cawan full cream milk

campurkan bahan * dan kacau sebati, kemudian tuang kedalam butter cair.
tuang je, tak perlu kacau-kacau dah.

1 tin besar buah peach
sudukan buah peach perlahan-lahan kedalam adunan tadi, susun cantik-cantik (saya susun tak cantik pun .. heheh)
tak perlu gaul atau kacau, hanya letakkan sahaja buah peach tersebut dan sedikit sirap peach

bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 minit

hidang panas atau sejuk. sedap juga makan dengan aiskrim

Ahad, 18 Disember 2011

Kek Pisang Coklat a.k.a Kek Coklat Pisang

Hari selasa lepas
konon berangan nak buat muffin pisang
then after kerja, pergi lah mydin usj beli pisang
konon nak buat time cuti minggu la
beli pisang yang hijau-hijau sikit
so sempat lah dia nak ranum by the time kan
tapi hari ni, which is on weekend lah
tiba-tiba tak jadi lak nak buat muffin
sebab terjumpa resepi kek pisang yang mudah
tak perlu pakai mixer, just kacau pakai sudip atau whisk je
saya ni suka kalau buat kek yang tak susah payah ni.. hehe
bahan-bahan dia pun mudah je
jom tengok resepi
sumber resepi ambil kat sini
bahan
2 cawan gula (saya guna 1 3/4 cawan gula perang)*
1 3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan cocoa powder*
1 1/2 teaspoons baking powder*
1 1/2 teaspoons baking soda*
1/2 teaspoons garam halus*
2 biji telur saiz besar
1 cawan pisang yang telah dilecek - dalam 2 biji pisang saiz besar (saya pakai 4 biji saiz kecil, betul-betul rasa pisang)
1 cawan air suam
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak masak - kes kehabisan minyak jagung
1/2 teaspoons vanilla essence

cara
- panaskan oven 180 °C, dan letakkan rak di kedudukan tengah 
- gris loyang yang bersaiz 8" x 8"
- campurkan semua bahan-bahan kering di dalam mangkuk besar dan sebatikan (yang bertanda *)
- di dalam mangkuk lain, campurkan bahan-bahan basah dan gaul dengan sudip pun boleh, tak perlu guna mixer (saya gaul pakai garfu dalam jug, senang nak tuang nanti)
- kemudian masukkan bahan basah kedalam bahan kering, kacau sebati
- batter memang kelihatan cair
- masukkan kedalam loyang yang telah di gris tadi
- bakar dalam oven selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dimasukkan di tengah kek tidak melekat / bersih bila ditarik
- sejukkan sebelum dipotong

Khamis, 15 Disember 2011

Puding Kiwi tak letak susu - kes modify resepi orang ^^


sangatlah senang nak sediakan pudding ni
saya siapkan pudding ni sambil-sambil buat karangan
karangan apa jangan tanya, stress ok. haha
resepi asal saya kutip kat sini, sini, dan sini..
macam sama je resepi dorang ni,
sebab dorang pun ambil dari source yang sama iaitu sini

bahan-bahan:
serbuk konnyaku jelly 10g
gula 200g
air 650ml
* air 300ml
* buah kiwi - boleh tukar buah-buah lain juga
kisar kasar bahan-bahan bertanda *

cara-cara
1. campurkan sebuk konnyaku jelly dan gula, gaul sebati
2. masukkan air 650ml
3. masak api perlahan sampai mendidih
4. masukkan buah yang dikisar
5. kacau sebati dan tutup api
6. masukkan ke dalam jelly mould
7. sejukkan

[keratan rentas pudding]