Pages

Ahad, 18 Disember 2011

Kek Pisang Coklat a.k.a Kek Coklat Pisang

Hari selasa lepas
konon berangan nak buat muffin pisang
then after kerja, pergi lah mydin usj beli pisang
konon nak buat time cuti minggu la
beli pisang yang hijau-hijau sikit
so sempat lah dia nak ranum by the time kan
tapi hari ni, which is on weekend lah
tiba-tiba tak jadi lak nak buat muffin
sebab terjumpa resepi kek pisang yang mudah
tak perlu pakai mixer, just kacau pakai sudip atau whisk je
saya ni suka kalau buat kek yang tak susah payah ni.. hehe
bahan-bahan dia pun mudah je
jom tengok resepi
sumber resepi ambil kat sini
bahan
2 cawan gula (saya guna 1 3/4 cawan gula perang)*
1 3/4 cawan tepung gandum*
3/4 cawan cocoa powder*
1 1/2 teaspoons baking powder*
1 1/2 teaspoons baking soda*
1/2 teaspoons garam halus*
2 biji telur saiz besar
1 cawan pisang yang telah dilecek - dalam 2 biji pisang saiz besar (saya pakai 4 biji saiz kecil, betul-betul rasa pisang)
1 cawan air suam
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak masak - kes kehabisan minyak jagung
1/2 teaspoons vanilla essence

cara
- panaskan oven 180 °C, dan letakkan rak di kedudukan tengah 
- gris loyang yang bersaiz 8" x 8"
- campurkan semua bahan-bahan kering di dalam mangkuk besar dan sebatikan (yang bertanda *)
- di dalam mangkuk lain, campurkan bahan-bahan basah dan gaul dengan sudip pun boleh, tak perlu guna mixer (saya gaul pakai garfu dalam jug, senang nak tuang nanti)
- kemudian masukkan bahan basah kedalam bahan kering, kacau sebati
- batter memang kelihatan cair
- masukkan kedalam loyang yang telah di gris tadi
- bakar dalam oven selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dimasukkan di tengah kek tidak melekat / bersih bila ditarik
- sejukkan sebelum dipotong

Khamis, 15 Disember 2011

Puding Kiwi tak letak susu - kes modify resepi orang ^^


sangatlah senang nak sediakan pudding ni
saya siapkan pudding ni sambil-sambil buat karangan
karangan apa jangan tanya, stress ok. haha
resepi asal saya kutip kat sini, sini, dan sini..
macam sama je resepi dorang ni,
sebab dorang pun ambil dari source yang sama iaitu sini

bahan-bahan:
serbuk konnyaku jelly 10g
gula 200g
air 650ml
* air 300ml
* buah kiwi - boleh tukar buah-buah lain juga
kisar kasar bahan-bahan bertanda *

cara-cara
1. campurkan sebuk konnyaku jelly dan gula, gaul sebati
2. masukkan air 650ml
3. masak api perlahan sampai mendidih
4. masukkan buah yang dikisar
5. kacau sebati dan tutup api
6. masukkan ke dalam jelly mould
7. sejukkan

[keratan rentas pudding]

Selasa, 13 Disember 2011

entry mana yang buat duit nuffnang saya naik mendadak??

mari kita drum roll....nombor teratas adalah yang paling hot!! ^__^

1. gambar couple islamic - gambar-gambar ni saje je letak, sebab banyak sangat koleksi dalam hardisk. nak delete sayang. jadi saya letak kat sini sebagai backup

2. Resepi Kek Lobak Merah Yang Mudah - ramai peminat carrot cake rupanya.. hehe, lagipun resepi dia memang sangat mudah. saya leh siapkan dalam masa 30 minit je termasuk siap bakar!

3. Puding Koktel Berkuah  -  resepi mudah yang saya modify dari beberapa source ^_^

entry ni aje yang banyak membantu akaun nuffnang saya naik mendadak. tak perlu nak letak entry-entry merepek pun.. hehe

lagi satu yang penting, ejaan dalam entry tu penting. gunakan ejaan penuh, bukan short-form yang pelik-pelik. sebab bila kamu nak google anything, tak kan kamu nak taip short-form kan?

Isnin, 12 Disember 2011

resepi aglio olio cara saya


resepi saya mudah je
thanks to 'mak su' ajarkan resepi ni - siap pm kt facebook semata-mata nak resepi ni.. heheh
resepi saya mudah je, sebab basically aglio olio(garlic & oil) ni memang spaghetti yang basic je penyediaan dia

bahan-bahan
bawang putih di cincang
olive oil
spaghetti - rebus sampai lembut
oregano
* cili padi di cincang
* serbuk lada hitam
* serbuk lada putih
* udang / sotong / ayam (saya tak suka campur, suka letak salah satu sahaja)
* carrot di potong halus

yang bertanda * adalah optional

cara
panaskan olive oil, jangan tunggu sampai panas sangat ( biasanya lepas letak minyak saya terus letak bawang)
masukkan bawang putih , tumis hingga naik bau
masukkan cili padi, oregano, udang, carrot
goreng hingga layu dan udang masak
masukkan spaghetti dan bahan perasa
gaul sebati dan boleh diangkat