Pages

Sabtu, 20 Ogos 2011

Homemade Cendol Pulut

hari tu balik kampung terus request kat mak nak cendol
mak mestila memenuhi hajat anak perempuan dia yang merantau jauh ni
jauh lah sangat... 3 jam perjalanan dengan kancil je pun... hahah

hari tu mak ajar cara-cara buat cendol
before ni kalau mak ajar saya tak adalah nak ambil tahu sangat pun...
sekadar...ohhh...ahhhh...hmmmm camtu je
kali ni belajar betul-betul dah
kan dah nak kawen...teheheheh
(●*∩_∩*●)


cendol dan pulut...sangat tempting dimakan waktu cuaca panas terik...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Puding Caramel Jagung


[tak reti potong lawa-lawa]

Resepi ambil dari myresepi, tapi dah lupa siapa yang post
sebab salin laju-laju kat office

bahan-bahan
10 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 tin krim jagung
*5-7 sudu besar gula

  1. cairkan gula didalam loyang sehingga nampak keemasan / coklat / perang kemudian ketepikan
  2. campurkan semua bahan-bahan lain kacau sebati dengan 1 arah putaran, jangan kacau sehingga telur kembang
  3. masukkan adunan kedalam loyang yang berisi gula caramel tadi
  4. kukus 15-20 minit, jangan terlalu lama supaya puding tak keras
puding ni rasa dia sedap dan tak berbau hanyir macam puding caramel yang biasa

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ikan Ubi Masak Stim Tempoyak

ini namanya ikan ubi
abang ngah saya yang pancing
dia pancing sehari sebelum saya balik kampung
dia simpan untuk saya

ni masa bulan 5 hari tu
baru terasa nak upload

ikan ni memang sedap kalau masak stim
isi dia putih macam ubi kayu

manis je, segar pun ye



ramuan nak stim pun tak susah
saya main lumur je apa yang ada kat dapur mak saya






nampak tak isi dia tu...
bertambah-tambah nasik 

malas nak bercerita
nak share resepi mudah ni aje
boleh apply kat ikan lain yang sedap dimasak stim

ramuan:
ikan dicuci bersih dan perap dengan limau nipis
*kulit limau dihiris halus
*bawang merah 2 ulas dihiris halus
*bawang putih 3 ulas dihiris halus
*cili api 10 biji dihiris halus, nak pedas bubuh lebih
*cili kering kisar 1 sudu besar
*garam secukup rasa
*tempoyak secukupnya
daun kunyit

cara-cara
gaul bahan-bahan (*) bersama ikan, lumur seluruh badan ikan dan celah-celah ikan
perap sekejap
balut ikan dengan daun kunyit
stim selama 20 minit atau hingga masak

Rabu, 10 Ogos 2011

Wordless Wednesday #2: Meja IFTAR

kagum tak tengok gambar ni?
meja penuh dengan makanan
gambar ramadhan tahun 1430 / 2009
Iftar kat hotel singgahsana
sponsored by office laaa
kiranya staff treat la...
makan memang best
lebih-lebih kambing cincang dia...
kalau ada yang terliur tengok gambar ni
hamba mintak maaf la.. 
jangan marah yeee...

Rabu, 27 Julai 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #6

Day 3

hari ke -3 kami decide ke kedai kek lapis dayang salhah
memandangkan kawan saya asyik sebut-sebut
tak pergi karang kempunan pulak

jadi sekali lagi kami ke waterfront sebab nak naik bot ke kampung boyan
seronok pula naik bot pagi-pagi


pemandangan kampun boyan dari waterfront

kedai kek lapis dayang salhah

kek lapis dan tester - ulang makan lapis cheese cadbury 
>> serious ini je yang sedap. bayang kan cheesecake dimakan dengan cadbury - heaven!

saya beli 1 aja kek lapis cheese cadbury tu - yang ni bukan untuk adik ipar okeh!
kakak ipar mu kedekut sikit kalau makanan itu sedap! 
wakakakakakakakakakak (annoying tak?) >> ditujukan pada adik ipar ku yang membaca blog ini


dah siap beli kek lapis kami pulang ke hotel untuk berkemas - actually dah kemas pun
tinggal nak angkut je
tapi sebelum tu singgah makan tengah hari dulu walaupun masih pagi
perut memang sebu sebab masuk nasi diwaktu yang tak sepatutnya
kesan dia 2-3 hari perut saya meragam rasa tak sedap

lepas dah lunch semua kami gerak ke hotel untuk berkemas 
then suruh budak hotel call teksi untuk ke airport
rasa macam tak puas bercuti
sebab banyak tempat tak dapat pergi gara-gara salah pilih hari
tapi tak pe
next time before beli tiket kena kaji dulu tempat yang bakal pergi tu

dah habis dah entry jalan-jalan sweet escape.. 
layan lah gambar awan-awan dari dalam kapal terbang

boleh nampak darat dan laut...cantik