Pages

Khamis, 30 Jun 2011

jalan pulang ke rumah dari tempat kerja

tanggal 16 jun 2011
dengan rasmi saya tidak lagi bekerja dia syarikat asia (nama palsu)
tanggal ni juga, saya dengan rasminya menjadi pekerja dia syarikat nautica (juga nama palsu)

jika dulu, saya perjalanan pulang kerja
jalan dia memang boring
tak ada tempat menarik untuk disinggah
tak mencabar minda langsung
kalau ada pun
pasar malam hari jumaat
dan pasaraya giant - hampir setiap hari pergi
beli barang basah
tak suka stock banyak-banyak
nanti busuk dan tak fresh walaupun ada peti ais

sekarang
jalan pulang memang seronok dan tersangat mencabar minda
nak tahu kenapa?
sebab ada ini

ada ini juga

then ada ni

oh mannnn, ni pun ada okeh

ni pun...sedap-sedap pulak tu

ini pun, dari tak pernah boleh termakan dah

ha, mencabar minda bukan? dah tak boring dah.
tiap kali pulang kerja hati mesti girang
walaupun tak singgah selalu
tapi tak ada la boring sangat

Sabtu, 25 Jun 2011

JJCM: Nasi Arab Damsyik

tadi final paper untuk subject advance artificial intelligence
memang intelligence lah saya mengarang hikayat tadi
most of my friends agak kecewa dengan paper hari ni
seperti yang dah dijanjikan
kami pergi meronggeng
nak bagi lega hati duka cita lara

ronggeng bukan ronggeng cik kiah
ronggeng ni ronggeng makan sampai tak larat nak gerak dah

kami pergi try makan nasi arab kat restoran baru kat bangi
My Rice, My Healthy ~ panjang betul nama restaurant
yang lagi hairan
logo dia seekor ayam
mati-mati ingat jual nasi ayam atau masakan ayam
alih-alih jual nasi arab
haha...

tadi saya cuma order nasi arab damsyik kambing
dah itu menu yang gah terpampang kat signboard restoran ni
haruslah yang cheff recommended kan?


daging kambing tersorok bawah nasik - banyak! sedap!
sambal, kuah kari? acar jelatah pun sedap!! tapi manis sikit lah, saya ok je. 
nasi dia sedap, tapi a bit oily and basah-basah gitu..dan nasi dia tak panjang..
normally saya makan nasi arab, nasi dia panjang-panjang dan kering...tapi sedap


ni kawan saya, nama dia nadhilah... (makcik, aku promote hang lagi kat sini...haha)
dia tak suka kuah-kuah manis
sambal manis
acar jelatah manis
sebab dia tak suka benda yang manis-manis... hehehe


ini namanya ruz bin laban
macam dadih
tapi ada nasi
saya conclude dia sebagai dadih nasi / dadih tapai.... haha
puding nasi pun boleh
sedap kalau makan sejuk-sejuk peti ais..
nak nak di cuaca panas terik nan rembang...perghhh...nyaman

harga untuk nasi damsyik tu RM12
ruz bin laban tak tahu sebab tauke kedai kasi kami try untuk testimonial...

Jumaat, 24 Jun 2011

JJCM: Ole Ole Bali

sebenarnya saya jalan-jalan tolong makan je
tak ada la jalan-jalan cari makan
sebabnya vendor belanja kami 1 office makan kat Ole-Ole Bali
saya serious tak tahu mana lokasi
yang saya confirm berhampiran Subang Parade
dari dalam restaurant boleh dengar laungan azan tanda masuk waktu zuhur dari masjid darul ehsan subang jaya
ohhh, baru ingat
kat Subang Empire
memang kawasan shopping orang-orang kaya
orang-orang kebanyakan jarang nak ke situ
tadi memang tak snap gambar apa pun
yelah
tak kan saya nak buat aksi kanak-kanak dihadapan otai-otai office tu
malu lah dorang kat vendor nanti
hahah
saya search la beberapa gambar yang saya ambil dari beberapa blog
gambar apa yang saya makan je
yang saya tak makan taku kuasa nak cari
sebab tak tahu nama... nama makanan kat sana memang pelik

[alpukat + yogurt = sedap!!! , tapi waroeng penyet punya lagi sedap ]

[barley lime = manis mengundang diabetes]

[beef nasi campur - ada grill cumi-cumi, sate lilit, rendag beef, rempeyek, sambal cili merah, sambal cili hijau mix serai, grill fish, kangkung goreng, grill udang, oseng tempe kacang panjang]

[cumi-cumi, ikan]

[buku menu]

[interior design - kalau ribut datang jangan la benda alah ni hempap kepala]

[rempeyek]

[sate lilit - ikan mix with spice balut sebatang serai yang gemuk, lepas tu bakar]


komen:
harga - gila mahal
keselesaan - ok dan cantik, boleh apply kat rumah masa depan
kesedapan - ada yang sedap, ada yang tak sedap - berbaloi orang belanja. beli sendiri?? nehi kabi nehi
kesihatan - tak bagus! too oily, and some more seafood mix with landfood (ade ke landfood...haahaha), kan dalam islam..Nabi S.A.W dah cakap jangan campur makanan laut dan darat. kalau nak makan lauk seafood.. biar semua sumber protein terdiri dari seafood. kalau nak makan daratan punya, biar lauk tu dari jenis darat je. sebab musabab sila google. malas lah nak cerita. nak sambung ulang kaji pelajaran ni. good luck untu saya. challlloooo beteyyy.


note: all picture i've got from this and this. thank you arigatouuu

Selasa, 14 Jun 2011

kenapa selalu tak sihat?

dulu masa kecik mak selalu bagi minum air glucolin.
sedap
selalu dapat yang grape flavour....
apesal dah besar tak minum dah eh?




note: minyak ikan kod sedap tak? lately asyik tak sihat.