Pages

Jumaat, 27 Mei 2011

KONGSI

selasa
saya sms ex-officemate
ajak tengok wayang
cerita kongsi
dia reply ok, kita tengok khamis malam kat bukit tinggi
saya reply, orait knisa book dulu
bukak tgv online
nak tempah kongsi
tengok-tengok tak boleh pulak
tempahan available untuk hari semasa dan hari esok sahaja
hari lusa tak boleh

rabu
cepat-cepat book tiket kongsi
hope dapatlah
alhamdulillah
dah siap bayar semua
menanti hari khamis tiba


bukan apa
stress lah semester ni
subjek ada dua je
tapi beban dia macam 5 subjek
phewwwww...
duk baca review
ramai cakap kongsi bagus
komedi gangstah
nur kasih?
nahhhhhh
cerita sedih
saya nak hilang stress
bukan tambah stress
karang tak pasal-pasal dapat ubat relax agi

khamis
masa yang dinanti tiba
saya dan 2 kawan gerak ke bukit tinggi
tak sabar gak nak tengok wayang ni
maklumlah
last wayang saya tengok
cerita hantu kak limah
tahun lepas tu...
hehehe
sampai kat bukit tinggi
cepat-cepat ke kaunter tiket
sampai turn
orang tgv cakap
kongsi dah close!
saya pun what!!!
saya dah bayar ni
tempah hari rabu
kenapa close pulak??

datang supervisor suku hensem
kitorang tanya lah
apasal kongsi dah close?
dia jawab dah masuk astro first
so dah tak tayang kat wayang
akak tengok movie lain lah
saya dengan kawan-kawan berpandangan dah
nak tengok cerita ape ni?

dua je yang kawan saya bagi pilihan
either priest or karak?
karak?? no way man!!!
aku duduk sorang-sorang kat rumah
penakut!!!
jadi kitorang decide tengok priest
dah dapat refund
dan tiket FREE
sebab
kesilapan teknikal pihak tgv
hehehe...


maka kami layan la priest
cerita not bad
hero separa hensem
ada part buat saya terjerit-jerit takut (-'_'-)
ada part yang buat saya hanya berani intai-intai dari celah jari
ada juga part yang buat saya gelak
tapi ending anti klimax
senang sungguh orang jahat tu mati
tak thrill...heh

p/s: saya baru tahu, bukit tinggi tu dekat je. dulu pergi dari shah alam..rasa macam sangat lah jauh bukit tinggi tu..heheh

Selasa, 24 Mei 2011

lirik lagu yang tak masuk akal

tadi saya merayau-rayau dari 1 blog ke 1 blog
maklumlah,
sejak dah jadi halim munah ni
hah? apa halim munah?
halim munah tu macam ni
hantar resignation letter
notice 1 bulan
selama 1 bulan tu datang office tanpa buat apa-apa
tiada siapa yang hiraukan
semua kerja-kerja onhand diserah pada orang lain
boleh anggap makan gaji buta tak?
tak kan? dah mereka tak nak kasi task kat saya
bila tanya, ohh.. you study je apa-apa yang patut
jadi, hari-hari pun saya menjelajah blog umpama menjelajah duniah (kalau benar memang syok!)


ok, kembali pada tajuk asal
tadi saya terjelajah kat blog cursingmalay
dia post entry pasal weirdo lyrics...yang totally not make sense
jom kita tengok apa yang weirdo tuh..cekidaud


1. Aerosmith : I Don't Want to Miss Thing


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping



jarang sungguh nak jumpa orang tidur senyum ni
tidur muka berkerut-kerut
tak pun dengan air liur basi meleleh-leleh...
one of my friend, tidur dengan mata terbuka..scary!


2. Lifehouse : You and Me


Everything she does is beautiful
Everything she does is right



nobody's perfect! LOL
cinta buta hati pun mati
kentut pun wangi ye? heh!


3. Lionel Richie : Hello


I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

Sometimes I feel my heart will overflow

Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you



lelaki ni cakap awek tu selalu lalu lalang depan pintu dia...rajin dia usha pintu
pastu dia rasa jantung dia duk overflow..sakitnya pendam rasa (ceh, macam berpengalaman pula)
pastu nak suruh awek tu bagitau camne nak ngorat dia...kiranya bagi hints lah..(usaha lah woi! nak awek kena macho ok!)
dah lah blur blur...tiba-tiba cakap i love u...heh??


4. Eric Clapton : Wonderful Tonight


It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."



kalau situasi benar camni lah:
suami isteri nak kua tengok wayang
si suami dah siap dah, biasa lah lelaki. sarung je..tetap nampak smart..hahah
si isteri masih terkial-kial nak pilih baju apa (im not like this, sarung je mana yang available.janji tutup aurat & tak nampak weird)
lepas tu si isteri nak mekap-mekap, sikat rambut blonde... kalau yang bertudung tu nak lilit-lilit (trend shawl)
si suami dah duk ulang tengok jam
lepas tu isteri tanya
abang, sayang nampak cantik tak?
suami dengan pantas jawab.. lawa dah jom!!!!!


5. N'Sync - Drive Myself Crazy


Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark

I lay awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby



(ok, yg ni copy bulat circle dari cursingmalay)
Jika ada lelaki yang menyanyikan kepada anda lagu ini,lari jauh2 dari dia.
Dia tak tau mana akal dia,dia tak tau mana hati dia sebab selalu menangis dalam gelap dan bila dia terbaring keseorangan....dia jadi gila...sebab terlalu meminati anda.Jika inginkan kekasih yang tak siuman,silakan.

Isnin, 23 Mei 2011

kenapa AirAsia kadang-kadang failed transaction?





ha, amacam? terjawab tak? Doc Samad tu my lecturer. dia tau pasal ni sebab dah bidang dia. heheh

Kesah Seram #1 : Jin lapar

masa hari ibu awal bulan may
saya balik kampung
rindu mak tak dapat tahan lagi
sambil-sambil hantar cik makhluk rajin mengemas pulang bercuti
lagi pun tempoh foundation di IIUM PJ dah habis
lepas ni dia sambung kat IIUM Kuantan lak ..╥_╥
( sedih, tak de kawan gado dah)

seperti biasa
bila pulang ke kampung saya suka bersembang dengan kak ipar terchenta
kak ngah yang awal-awalnya saya panggil kak nora ~ bila teringat rasa nak gelak guling-guling
sangat tak best panggil kak nora
kurang mesra hokey...

entah macam mana duk syok-syok bersembang
tiba-tiba kak ngah bukak cerita pasal jin dan kedai makan
FYI ~ my kak ngah is super bestes storyteller
citer tak best pun boleh jadi best kalau dia yang cerita
very talented....ngeeeee (am not bodeking her ok!)

kesahnya macam ni
ada lah sebuah kedai makan / restoran tu
kat pinggir bandar yang berhampiran dengan kampung kami
memang laku sangat kedai tu
penuh je orang
tak tahu la apa menu menarik tertarik yang ditawarkan sampai ramai sungguh orang berkunjung

nak dijadikan cerita
pada suatu hari (mode masuk pertandingan bercherita)
ada seorang ustaz tu
dia nak attend majlis ceramah kat sebuah masjid / surau yang berhampiran tempat tu
dek kekalutan melanda ustaz tersebut
dia tak sempat nak makan
jadi dia singgah lah makan kat kedai tu
baru je kaki dia nak melangkah ke dalam kedai makan tu
punya lah ramai ummat kat dalam tu
bukan ummat manusia je
ummat jin pun sama
i suap u
u suap i... erghhhh

setiap pelanggan duk sharing is caring makanan diorang dengan para jin tersebut
tapi ummat manusia tu manalah nak tahu kan
manusia biasa memang Allah dah hijab pandangan mereka dari ternampak makhluk jin/shaiton/iblis dan lain-lain tu
hanya insan-insan terpilih je boleh nampak termasuk ustaz tu
ustaz tu harus lah tak jadi nak masuk makan kat situ
maybe lepas tu dia pergi makan kat tempat lain
sewaktu dia beri ceramah kat masjid/surau tu
dia inform jemaah yang hadir pasal kedai makan ni
atas dasar tanggungjawab sebagai sesama ummat islam

kecohlah kan
lepas tu dengarnya waktu tokey kedai tu nak meninggal
jenazah dia tak dapat nak keluar dari rumah dia
sampai terpaksa buka bumbung rumah
keluarkan pakai kren (kot, tak ingat jenis jentera tu)
family si pengamal langsung tak tahu pengamal ni guna jin untuk lariskan kedai makan dia
kesian kan family dia
tak pasal-pasal tanggung malu

sekian lah kesah seram hari ini... heheh

p/s: sebelum makan make sure baca bismillah, insyaAllah kita makan sorang-sorang. tak perlu nak share dengan "yang lain"...