Pages

Rabu, 18 Mei 2011

busy + sibuk = no entry



sibuknye
busynye
banyak nye assignment
1 subjek sampai 6  assignment

lagi 1 subjek, walaupun 1 assignment je
tapi skala dia macam 6 assignment gak

huwaaaaaaaa......

Rabu, 11 Mei 2011

export entry lama dari blog lama... huhu..

tak ada idea nak tulis pape
banyak sebenarnya nak tulis
tapi adapter lappy makhluk tuhan rajin mengemas dah rosak

sebagai seorang kakak yang baik
saya kasi adapter saya pada dia

sekarang saya kegabraan disebabkan ketiadaan adaptor untuk pasang lappy sendiri
assignment banyak bertimbun ni...huwaaaa T___T
pinjam laptop kampeni lah nampak gaya
nasib baik memang awal-awal lagi dah diberi izin untuk dibawa pulang
cuma saya je malas nak bawa pulang laptop office
berat macam batu laptop office nih

Jumaat, 6 Mei 2011

ujian dari Allah

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)




bila baca hadis ni, saya rasa tenang dan lapang..
dulu
saya terima pelbagai ujian dan dugaan
sampai satu tahap
dimana iman terlalu lemah
aqidah saya nyaris terbabas
syukur Allah masih sayang saya
Nisa pun sayang Allah
I Love Allah!


sewaktu ditimpa ujian dan musibah berganda tu
saya rasa down sangat-sangat
rasa macam terlalu dibenci Allah
terasa macam Allah murka sangat
terfikir-fikir apa dosa saya
apa salah saya
menangis-nangis
meraung-raung 
dengan soalan kenapa saya?
kenapa Nisa yang diuji?
masa tu memang dah tak tahan dah
dah rasa tak cukup kuat sangat
lemah
nak layu
nak terkulai
syaitan mula tersenyum


waktu tu, tiba-tiba saya seolah-olah mendengar bisikan
bisikan naluri mungkin
bisikan hati
mengatakan Allah sayang saya
sebab tu Allah bagi banyak ujian dan dugaan yang bertimpa-timpa


serius! sangat bertimpa-timpa
rasa aib pun ada
sebab sampai menimbulkan rasa rendah diri
dan dipandang enteng oleh segelintir manusia yang kononnya teman
malah pernah ada cakap kat saya
kenapa eh kau selalu di uji dengan pelbagai ujian?? 
aku tak pernah kena pun
(air muka dia tergambar seolah-olah saya ni banyak dosa sangat-sangat)


remuk hati saya
sebab dia kawan saya
saya baca buku la tahzan
sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang terluka ni


saya tahu Allah kirim Malaikat Jibril untuk uji saya
ya
saya merintih
menangis sorang-sorang
saya bercakap dan berbual dengan Allah


betul lah hadis tu cakap
Allah bagi hamba Dia dengan ujian
kerana dengan ujian
hamba-Nya datang pada-Nya
mengadu dan merintih
kerana Allah rindu nak dengar suara hamba-Nya 
memanggil dan menyeru nama-Nya


syukran Ya Allah
Nisa redha dengan segalanya
moga ada sinar dihujungnya
insyaAllah

Selasa, 3 Mei 2011

Corn-Custard Teacake ~ sedap!!

saya ni kalau dah tak ada kerja kat office, memang akan buang masa dengan membaca blog..
lompat sana lompat sini
terjenguk blog dapurcomel nampak la 1 kek cantik dan menyelerakan serta mudah lak cara-cara nak buat tu
telur pun guna sebiji je ~ i loiiikkkeee u know (◕‿-)


saya dah try buat kek ni masa cuti buruh, memang sedap.. rasa dia macam rangup-rangup sket sebab letak tepung custard.. tapi bukan lah rangup macam makan biskut ye.. nak tahu macam mana rasa kena lah cuba buat.. ye tak? jangan tak tahu, my gumiho pun suka makan kek ni, tak caya? boleh tengok entry ni


tak nak sembang panjang jom kita tengok resepi..


kalau nak tengok resepi asal boleh refer pada geng-geng otai masak kat sini, sini, sini, dan sini (boleh tengok cara-cara)


Amaran: saya dah modified resepi ni ikut ketersediaan bahan-bahan saya (◕‿-)


bahan kek
125g butter
1/3 cawan gula castor ~ boleh kurang kan sebab manis sangat dah ni
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard


bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu ~ saya guna creamer Nestlé® Coffee-mate® sebab tak ada susu, caranya saya bancuh creamer dengan 2/3 cawan air, creative kan? (◕‿-)
15g butter
2 sudu teh vanilla
4 sudu cream style sweet corn ~ resepi asal tak letak, pandai-pandai je derhaka resepi orang...ngeee


penyediaan kastard:
  1. larutkan tepung kastard , sweet corn, dan gula kedalam susu
  2. masukkan butter dan vanilla
  3. panaskan hingga mendidih dan pekat ~ saya guna kaedah double boil 
  4. sejukkan
penyediaan kek:
  1. panaskan oven
  2. pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur, gaul rata kemudian masukkan tepung dan gaul rata
  3. alaskan acuan kek dengan kertas minyak supaya kek tak melekat nanti ~ saya cadang sila guna acuan bersaiz 6 inci, sebab acuan saya bersaiz 8 inci, kek jadi nipis. so, agak kurang cantik disitu...tapi rasa still sodapppp
  4. letakkan sebahagian adunan kek, buat lubang sikit kat tengah dan ratakan
  5. kemudian tuangkan kastard dan kemudian tuang baki adunan kek tadi, ratakan dan bakar selama 30 minit pada suhu 175 darjah celcius
  6. keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing untuk hiasan ~ saya tak letak










p/s: kek kelihatan pecah-pecah sebab baru kuar oven dah kasi keluar dari acuan, hasil dari keterujaan melampau membatasi kesabaran... heheheh


Isnin, 2 Mei 2011

My Girlfriend is a Gumiho #5 ~ miho suka kek

hari buruh semalam saya buat custard tea cake.... phewww... memang sedap
patut lah otai-otai blogger masak cakap sedap
saya pun try lah buat...
bila dah masak tu terus ngap tanpa toleh kiri kanan ~ tipu je, lepas kek masak saya segera mencuci tools membuat kek (◕‿-)

bila dah selesai ngemas & snap-snap gambar kek, saya dan cik makhluk rajin mengemas rumah duduk-duduk santai sambil makan kek
tiba-tiba datang si miho duk panjat-panjat riba kita nak minta kek tu jugak

bagi lah secubit untuk dia rasa, sebab kadang-kadang nampak je macam mahu, tapi tak makan pun lepas dia hidu
dapat yang secubit tu, dia makan laju je.. panjat lagi riba kita sambil paut-paut tangan kita nak mintak kek lagi

hmmmm... apa lagi, bagi la banyak sikit.. letak atas kertas... laju je makan, macam kelaparan jek
padahal baru je lepas santap biskut dia tuh..haila miho~ comel tau... gerammm

korang nak tengok aksi miho makan kek? jom tengok gambar ala-ala comic strip di bawah... klik gambar untuk pembesaran yang lebih sehat...◠‿◠



p/s: nak resepi? tunggu next entry kay...