Pages

Isnin, 2 Mei 2011

My Girlfriend is a Gumiho #5 ~ miho suka kek

hari buruh semalam saya buat custard tea cake.... phewww... memang sedap
patut lah otai-otai blogger masak cakap sedap
saya pun try lah buat...
bila dah masak tu terus ngap tanpa toleh kiri kanan ~ tipu je, lepas kek masak saya segera mencuci tools membuat kek (◕‿-)

bila dah selesai ngemas & snap-snap gambar kek, saya dan cik makhluk rajin mengemas rumah duduk-duduk santai sambil makan kek
tiba-tiba datang si miho duk panjat-panjat riba kita nak minta kek tu jugak

bagi lah secubit untuk dia rasa, sebab kadang-kadang nampak je macam mahu, tapi tak makan pun lepas dia hidu
dapat yang secubit tu, dia makan laju je.. panjat lagi riba kita sambil paut-paut tangan kita nak mintak kek lagi

hmmmm... apa lagi, bagi la banyak sikit.. letak atas kertas... laju je makan, macam kelaparan jek
padahal baru je lepas santap biskut dia tuh..haila miho~ comel tau... gerammm

korang nak tengok aksi miho makan kek? jom tengok gambar ala-ala comic strip di bawah... klik gambar untuk pembesaran yang lebih sehat...◠‿◠



p/s: nak resepi? tunggu next entry kay... 


Isnin, 25 April 2011

Kerabu Daging Ala Nyonya

beberapa hari yang lalu dengan gatal tangan nya saya jalan-jalan kat blog pakcik mat gebu
seperti biasa agak meleleh lah kalau tengok blog pakcik mat tu... 
duk merayau-rayau kat blog PCM tu, terbuka entry kerabu daging ala nyonya
alamak... saya memang suka kerabu nih
tapi tak pernah pula makan kerabu daging
kerabu perut pernah lah kan
lain-lain tu kerabu pucuk paku, kerabu tauge, kerabu timun, kerabu mangga...nyam-nyam.. sedapnya.. leleh dah nih
lepas tengok entry kerabu daging tu, saya memasang cita-cita ~ amboi, cita-cita tu.. heheh
cita-cita nak buat kerabu daging jugak


kebetulan stock daging korban masih ada.. hehehe.. memang dah jadi seketul batu dah dalam peti es tu
harap-harap tak bertukar rasa lagi daging tu


akhirnya semalam baru terlaksana nak buat kerabu daging tu
balik dari pesta buku terus singgah giant mencari santan serbuk
bahan-bahan lain dah ada


pukul nak maghrib baru start merebus daging sebab terlalu kepenatan berpesta  buku... sebabnya sepanjang petang duk membuta bersama my gumiho (◕‿-)
lagi pun penat merayau cari lokasi nak pergi interview hari ni ~ doakan kesuksesan saya ya..◠‿◠


ok, malas nak cerita panjang-panjang
jom tengok resepinya


*amaran: seperti biasa saya telah sesuka hati saya merubah resepi asal, buat ikut bahan yang ada dan selera tekak saya dan selera tekak makhluk tuhan rajin mengemas


bahan-bahan
1. 1/2 kg daging salai ~ dah salai siap-siap kat kampung masa raya korban yang lalu
2. 5 biji cili padi di hiris halus
3. bawang merah 2 ulas di hiris halus
4. sepaket santan serbuk ~ boleh tukar santan perah mahupun santan kotak
5. 1 biji limau nipis saiz besar diambil jus
6. cuka secukup rasa
7. garam secukup rasa
8. kacang botor dihiris halus
9. 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
10. 1 batang serai dihiris halus


bahan untuk ditumbuk
1. cili padi 5 biji
2. belacan 1 inci dibakar


cara-cara
1. daging salai dipotong nipis kemudian direbus, dalam air rebusan tambah garam dan sedikit perahan limau nipis. rebus hingga empuk
2. setelah daging empuk, toskan air rebusan. jangan buang air rebusan tu
3. bancuh santan serbuk dengan menggunakan air rebusan daging yang masih hot. kuantiti air yang nak guna ikut citarasa, jika nak kerabu ni agak berkuah lebihkan air
4. campurkan santan yang telah siap dibancuh bersama daging, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan lain-lain bahan kemudian gaul rata. rasakan, jika dah cukup rasa boleh lah dihidang


hmmm, amacam? agak-agak pakcik mat marah tak saya dah buat RnD terhadap resepi beliau? silalah jamu mata dengan gambar-gambar dibawah











Khamis, 21 April 2011

burger apple

siapa-siapa yang pernah bermastautin di melaka
pasti tahu akan kewujudan burger apple
gerai dia kat tepi pantai klebang
last saya dapat makan tahun 2006
sebab lepas habis study, ada juga pergi cari
tapi dah tak ada
sebab pantai klebang dah kena korek
tak tahu nak buat apa
nak bagi lagi cantik kot???

nak kata terlampau sedap tak de pun
sedap lagi burger black pepper bukit beruang ~ ini pun dah tak wujud

maybe mereka ni pinda lokasi
huhu


burger nya biasa-biasa je
ada letak telur goyang
fries
tomato & timun
kepingan-kepinngan apple hijau nipis

dia jadi sedap kalau makan time stress dengan final project (maklumlah student lagi masa tu)
juga makin sedap kalau orang belanja ~ thanks jaja 


My Girlfriend is a Gumiho #5 ~ Fav place to nap




Rabu, 20 April 2011

ice cream goreng

dah lama tak pergi pantai batu buruk
kat mana?
terengganu lah
dulu masa kecil-kecil (ye, sekarang saya sudah besarrr)
selalu mandi laut kat pantai batu buruk
seronok


yang rupa cekodok tu buka cekodok
dalam nya ada ice-cream yang sedap
tak macam ice-cream goreng kat sini yang macam bantuk karipap tu
versi foodcourt pantai batu buruk lagi best
siap bagi 1 scoop ice-cream
1 slice orange
best!!