Pages

Sabtu, 16 April 2011

My Girlfriend is a Gumiho #3 ~ Miho kena mandi

entry ditulis pada: 14/4/2011 21:28 pm
miho yang comel dah rupa landak kalau mandi... jom tengok gambar
tapi kena baca cerita dulu.. kenapa dan bila miho akan dimandikan...


lokasi: depan pintu bilik air

tadi kaki miho terkepit kat pintu... 
miho jerit kuat-kuat supaya kakak dengar

lokasi: dalam bilik

eh, nape miho bunyi gitu? 
dengan semerta menerpa ke pintu mencari miho
buka je pintu, miho meluru masuk bilik ketakutan / kesakitan
cuba menangkap miho
dia lari nyorok-nyorok
dapat tangkap cuba tanya-tanya dia kenapa (bajet miho boleh cakap lah...hikhik)
tanya housemate kenapa dia bunyi? (housemate sedang nak tutup pintu bilik mandi)

housemate: tak tahu...

kakak bermonolog: terkepit ni, fav lepak place depan pintu bilik air tu

kakak cakap kat miho:
miho ni bucuk lah
berguling dalam tahi ke?
miho geleng-geleng, 
sebab tahu dah apa tindakan kakak seterusnya kalau bau miho busuk

kakak: jom kakak mandi kan miho
miho: nyiaaaaaaaaaa..... nyiaaaaaaaaaaa...nyiaaaaa
kakak: ala, mandikan sikit je... sambil gosok-gosok badan miho dengan shampoo cap kurma (miho dah well behave, tak menggelupur dah...)


dah siap mandi, miho kena balut dengan towel... masa ni suhu badan miho dah jatuh mendadak.. sebab tu kucing takut air... hehehe

silau lah kakak... apa flash-flash ni..

jilat-jilat badan untuk keringkan dan gebukan bulu..

p/s: miho akan dimandikan kalau dia dah busuk atau tiba-tiba najis dia lekat-lekat kat ekor, kes najis lekat kat ekor kalau tersalah bagi makan... kakak minta maap le miho

p/s/s: petua nak bagi kucing tak terlalu menggelupur dan mencakar-cakar waktu mandi, pegang dia dengan lemah lembut tapi kuat, sambil tu berbual-bual dengan dia sambil memujuk-mujuk.. insyaAllah kucing akan berperangai baik sepanjang pemandian....


Jumaat, 15 April 2011

JJCM: Ikan Bakar Fend

saya berkenalan dengan ikan bakar fend sejak tahun 2008
waktu tu saya kerja di kelana jaya
paling melekat diingatan adalah lai chi kang manggo & lai chi kang biru (lupa nama betul)
selepas tak bekerja di kelana jaya
saya memang tak ke sana dah, kecuali jika ada urusan di tabung haji kelana jaya
ada satu kali dalam tahun 2009
saya ke sana mencari lai chi kang special ni
tengok-tengok dah tak ada
sebab mereka ni meniaga atas lori putih tu aja
hairan lah jugak
sebab, kalau ikut pengalaman
tiap kali nak beli pasti kena beratur panjang
pasrah juga waktu tu
telan liur je menahan keinginan, nasib tak pregnant
kalau tak, meleleh kot air liur anak... hehehe

semalam entah firasat mana tiba-tiba mendatang
saya google perkataan 'ais kisar jelly biru'
tengok-tengok keluar pasal ikan bakar fend ni
rupa-rupanya dah buka restoran
patut lah dah tak niaga di lori... hehehe
mereka meniaga kat kelana jaya juga
kat dataran glomac tu

bagi siapa-siapa yang minat ikan bakar
boleh try makan di sana
bagi saya lebih sedap dari ikan bakar umbai
dia punya sambal cicah tu memang melekat
tapi tak lah pedas sangat

tadi
pulang je interview kat pay-point(m) sdn bhd di bandar utama
saya singgah makan sana
kebetulan bawa makhluk tuhan rajin mengemas
berbaloi-baloi
saya ambil set ikan pari bakar RM6.50
set ikan tilapia bakar RM8.50
add-on sotong bakar...superb sebab ada telur kat dalam - RM8.00 (ikut saiz)
2 lai chi kang biru ~ lai chi kang RM3.5/container ~ container dia macam yang letak tau fu fah
2 lai chi kang mango - tapau
tak mahal pun
total semua RM 37 je
murah kan?
sana ada kerang masak pedas, saya tak try tadi.. perut 2 orang je tu.. tak muat kot
tu pun lai chi kang biru tak sempat nak habis kan
sebab perut dah full sangat-sangat

bagi saya lai chi kang dia special sebab tak macam lai chi kang biasa
dalam dia ada ais kisar, jelly, buah peach, durian belanda, laici, nenas, biji selasih, perahan limau kasturi
rasa dia memang masam-masam manis
sedap dimakan kala cuaca panas terik...
fuuuuuuu.... laju je masuk tekak...nyamannnnn

ok, tak nak sembang panjang jom tengok gambar

cik makhluk tuhan rajin mengemas
restoran nasi lemak cikgu betul-betul berhadapan restoran ikan bakar fend


nahhh... itu dia Fend IKAN BAKAR

lai chi kang biru ~ ais kisar, jelly, isi durian belanda, buah peach, nenas, laici, gula buah kabung, perahan jus limau kasturi

nampak tak dia punya jelly? tempting ok!

ikan pari + sotong + tilapia ~ sedap

nasi putih + kicap + kuah asam pedas + sambal cicah

tinggal tulang jeeeee

lai chi kang mango ~ yang ni versi tapau... lama mencari beb.. last makan tahun 2008!





ha? peta... ok kat bawah ni saya letak.. hope faham lah.. lukis pakai mspaint...hehehe



boleh klik untuk pembesaran yang lebih jelas

Isnin, 11 April 2011

nangis

aku ingat perempuan je nangis bengkak mata kalau broke-up dengan awek
lelaki pun sama! awesome!!





Sabtu, 9 April 2011

JJCM: Nasi Ayam Hainan SOGO


nasi ayam yang sedap
korang shoping kat SOGO, jangan tak cuba nasi ayam ni
sedap
ada 3 jenis sambal + kicap.. semua cedok sendiri
kalau tamak haloba boleh lah cecok bebanyak
yang dari kanan
sambal halia ~ aku suke halia, jadi aku cakap sedap
sambal cili nasi ayam ~ tak pedas sangat & cukup rasa
kicap ~ rasa kicap
sambal cili hijau ~ pedas bagi orang yang tak tahan pedas macam aku, tapi hmmmmmm...wallaaa~~~
harga?
tak sampai RM5 pun...
lokasi?
foodcourt SOGO, keluar dari lif korang belok kanan





Jumaat, 8 April 2011

My Girlfriend is a Gumiho #2

ni gambar terbaru miho, takde lah baru sangat.. sebab amik dalam 1 minggu lebih dah. cuma tak de masa nak upload.. so, consider baru lah eh

selepas mandi, miho suka tido atas peha kakak

kalau kakak main fesbuk, miho suka baring camni... 
kakak, jom lah main bola sepak

bosan ah kakak nih, asik main fesbuk je. miho main kira-kira  lagi bes

miho suka teman kakak baca jurnal, sebab nanti kakak suka jerit-jerit
ape ni susah sangat nak faham.. apa jurnal ni membebel nih.. arghhhh
hmmm, begitulah keadaan kakak kalau dia dah start membaca jurnal

miho dah penat lah tunggu kakak baca, miho golek-golek dulu lah

gudnite kakak, selamat meneruskan pembacaan. miho nak tido dulu. bayi mana boleh tido lewat...zzzzzzz