Pages

Sabtu, 9 April 2011

JJCM: Nasi Ayam Hainan SOGO


nasi ayam yang sedap
korang shoping kat SOGO, jangan tak cuba nasi ayam ni
sedap
ada 3 jenis sambal + kicap.. semua cedok sendiri
kalau tamak haloba boleh lah cecok bebanyak
yang dari kanan
sambal halia ~ aku suke halia, jadi aku cakap sedap
sambal cili nasi ayam ~ tak pedas sangat & cukup rasa
kicap ~ rasa kicap
sambal cili hijau ~ pedas bagi orang yang tak tahan pedas macam aku, tapi hmmmmmm...wallaaa~~~
harga?
tak sampai RM5 pun...
lokasi?
foodcourt SOGO, keluar dari lif korang belok kanan





Jumaat, 8 April 2011

My Girlfriend is a Gumiho #2

ni gambar terbaru miho, takde lah baru sangat.. sebab amik dalam 1 minggu lebih dah. cuma tak de masa nak upload.. so, consider baru lah eh

selepas mandi, miho suka tido atas peha kakak

kalau kakak main fesbuk, miho suka baring camni... 
kakak, jom lah main bola sepak

bosan ah kakak nih, asik main fesbuk je. miho main kira-kira  lagi bes

miho suka teman kakak baca jurnal, sebab nanti kakak suka jerit-jerit
ape ni susah sangat nak faham.. apa jurnal ni membebel nih.. arghhhh
hmmm, begitulah keadaan kakak kalau dia dah start membaca jurnal

miho dah penat lah tunggu kakak baca, miho golek-golek dulu lah

gudnite kakak, selamat meneruskan pembacaan. miho nak tido dulu. bayi mana boleh tido lewat...zzzzzzz






Selasa, 5 April 2011

7575


pagi tadi my gumiho nyaris nak hilang.
dengan pantas dia menyelinap dari celah-celah kaki ke luar rumah
dengan kunci rumah tak de ditangan masa tu.
memang nyaris menangis dah takut my miho tu hilang
alhamdulillah jumpa atas tangga
tu pun macam nak lari-lari
ingat orang ajak dia main bola sepak kot (FYI, i selalu main bola sepak dengan miho)
malam ni siap dia kena mandi, denda! ehehehehe



Isnin, 28 Mac 2011

My Girlfriend is a Gumiho

OMG.. lame gile tak update belog kan
banyak hutang entry (entry IPOH) (-'_'-)
entry ni tak ada kaitan dengan jalan-jalan cari pasal makan kat ipoh nun
tapi pasal my new girlfriend
her name is GUMIHO... siapa-siapa peminat cerita korea mesti tahu menatang gapo lah si Gumiho tu kan... hehehe

jom kite tengok my cutey GUMIHO i la biu... muankkks


ini hampir sehari Miho hidup dengan saya, si Miho ni pemberian my very close buddy.. cik cookeyHeart
masa ni 6 march, umur Miho baru 2 bulan setengah kata tuan asal dia lah.. masa dapat Miho dia agak comot, so saya kurung dia 1 hari T__T... tak pernah kurung binatang kucing actually, binatang puyuh dan ayam pernah lah. kawan saya hantar Miho dah lewat malam. saya masa tu baru je pulang dari Melaka. 

kiranya saya kurung dari malam sampai petang esok hari, sebab saya ni bekerja. tinggal makanan dengan air siap-siap. memang hari tu tak sabar nak balik. sebab nak mandikan MIHO. serius, asyik teringat jek. dah makan ke.. ok ke kena kurung (ofkos la  tak hokeyyy T__T) lepas je mandikan Miho, lap dia kering-kering.. pastu amik gambo.. hehe 

ni antara fav pose miho kalau dia penat bermain

^_^, time saya sunyi-sunyi, miho ada teman.. leh dengar saya sembang & luahkan apa yang terbuku kat hati ini.. itu bukan kategori mengumpat kan?? ;p suami masa depan (insyaAllah) pun suka dengan Miho, siap mintak nak bela.. mana boleh! hehehhe

Rabu, 16 Mac 2011

saya suka belajar

syukur alhamdulillah,
mana-mana syarikat yang saya join, sure saya akan diberi pendedahan baru dalam bidang yang saya ceburi.
walaupun sukar kerana saya bukan lah seorang yang super fast learner.. tapi alhamdulillah saya boleh! Mungkin kerana saya selalu berdoa agar Allah memberi saya otak yang bijak & cerdas.. Syukran Ya Rabbi.

kadang-kadang motivasi untuk bekerja memang agak down, terutamanya once asyik kena hadap benda sama. kita dah siap kan, tiba-tiba nak tukar. contohnya, asalnya mahu background color yellow, tiba-tiba nak change to green pulak. bukannya boleh nak main tukar macam tu aja. nanti abih keseluruhan kena tukar. yelah, certain benda dah fix color.

2-3 minggu ni, saat-saat motivasi saya down, saya terpaksa melajukan tahap kerja saya (biasanya bila motivasi low, saya kuat berfacebooking, blog-hopping, baca jurnal, chatting jadi kerja-kerja saya menjadi agak slow). tapi once semua kerja dibeban atas batu jemala, and semuanya nak by today. WTH kan? i am not a robot eventhough saya ada belajar pasal robot... (-'_'-)

tiba-tiba 2-3 minggu lepas saya dipanggil meeting. rupa-rupanya nak handover task baru. sebab tulah seperti yang saya dah bebel kat atas saya terpaksa buat kerja laju-laju. suppose benda dah siap dalam seminggu je, tiba-tiba dapat ad-hoc task.. mannn. bila mau siap kerja i kan? benda yang patut siap seminggu dah delay jadi 2 minggu. tak best lah kalau tengok rekod kerja saya kan? tapi apa boleh buat, saya ni pekerja. tak leh nak marah kalau diberi task. (-'_'-)

sebaik sahaja saya siap ad-hoc task dengan task yang dah terdelay tu, semalam saya mula dengan task baru. which is suatu benda baru dalam hidup saya. maybe untuk certai kamu.. alahh... mudah & senang je tu.
saya kena develop web yang sangat simple dengan database yang menggunakan SQLite

selama 1 tahun 4 bulan 14 hari saya kerja kat sini, hidup saya bergelumang dengan smarty & MySQL je. tiba-tiba semalam kena buat SQLite, agak biolite gak lah otak saya semalam. benda mudah dah jadi sukar, ahaks.. nak kena tune otak betul-betul.. asyik nak tercode in smarty way aje. heheh

moga saya cepat faham & belajar SQLite nih.. saya nak jadi pekerja bijak.. bukan pekerja yang layak untuk dapat surat cinta.. InsyaAllah saya start task baru ni semalam, nak deliver this friday.. 4 hari je masa dia.... ohhhwohhhh..FIGHTY OHH!!