Pages

Selasa, 8 Mac 2011

Ujian Kesihatan Jantung

korang dah buat ujian kesihatan jantung? 
bagi mereka yang kurang rajin untuk ke klinik atau farmasi untuk buat heart health test, anda boleh buat secara online.

kat mana? ohh, anda boleh klik sini => Quaker Oats
langkah-langkahnya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. 
kemudian jawab beberapa soalan mudah. 
jawapan haruslah jujur, kalau tak jujur macam mana nak dapat result yang betul kan?

saya punya result macam mana? lihat di bawah

low-risk je tau. kenapa? adalah beberapa point yang menyebabkan saya low risk. walaupun saya berbadan besar, alhamdulillah setiap hari saya melakukan senaman ringan.
 tak boleh berat-berat dah, tulang belakang tak sihat ^_^ 

Korang kalau nak beli oat, saya ada senaraikan beberapa jenis oat yang bagus untuk menyerap kolesterol dan baik untuk jantung.

Rolled Oat: 

Beli rolled oat disini: https://shope.ee/AKDtB7bJhZ



Sabtu, 5 Mac 2011

Teater Terima Kasih Cinta

ok, hari tu saya cerita kat korang saya pergi tengok teater muzikal tun dr mahathir kan? haaa, kali ni saya pergi lagi, teater muzikal terima kasih cinta pulak.

membariskan pelakon handalan seperti safura, latiff ibrahim, norish karman, shajiri, vince, diddy, nadia luscious, deja moss, anding, leya hotfm dan ramai lagi.

FYI, teater terima kasih cinta ni diadaptasi dari filem cinta. jalan cerita memang sama cuma ada sedikit perubahan lah. bagi saya yang pernah tengok filem cinta, sepanjang pementasan saya asyik fikir what's next what's next.. pendapat jujur saya, 1 part from my thought say filem cinta lebih menarik, 1 part mengatakan teater lebih menarik. maybe sebab banyak lagu kot. lagi satu, persembahan vince tidak dapat mengabui lakonan piere andre yang memegang watak taufiq. gaya piere yang agak lurus sangat mengesankan hingga saya tak nampak yang sedang buat pementasan hari tu adalah vince.  bukan nak kata saya ni peminat fanatic piere... no no no.. hehehe

saya suka suara safura!

bagi yang minat teater muzikal, sila lah pergi menonton sekarang sementara tayangan masih ada sehingga esok last (6 march 2011). tiket boleh di tempah di ticket2u.biz








FYI, sepanjang cerita ni saya duk ternanti-nantikan lagu terima kasih cinta yang dipopularkan afgan, tapi tak ada pun. hehehe, untuk kasi  hilang kempunan saya nak letak video terima kasih cinta by afgan here... layanzzz




Selasa, 1 Mac 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #3

 Minum pagi + lunch di Restoran Mee Rebus Ramlee

ha kalau sebelum ni saya cerita pasal breakfast di jalan dato sagor. kat situ hari ahad tutup tau, lupa nak habaq kat hangpa ◠‿◠.

ha, dalam entry ni nak cerita pasal mi rebus ramlee lak. hari tu before ke ipoh saya dah search tempat-tempat makan yang best kat ipoh. ramai yang suggest mee rebus ramli. jadi saya memang tak nak lepaskan peluang lah untuk merasa mee rebus ni. sebab, dulu kat alor star saya selalu makan mee rebus abu, atau orang sana panggil mee abu. sedappppp....kiranya, setakat ni mee abu memang the best lah yang pernah saya makan.

second, mee rebus tuu dia paktam kat selayang. yang ni pun best. sanggup drive jauh-jauh ke sana semata-mata nak makan mee rebus. yelah, kalau dah kempunan.. mana boleh tahan. nak ke alor star jauh sangat kan.

ok, berbalik pada cerita mee rebus ramlee ni. kalau ikutkan kata dari kawan saya yang asal ipoh, dulu-dulu sedap lah mee rebus ramlee tu. sekarang tak dah. tapi saya nak try gak. yelah, selera orang lain-lain kan.
so saya p lah try dengan kawan-kawan saya. kalau ikut pencarian saya dalam google ada 3 kedai, tapi yang saya jumpa 2 kedai je. 1 dekat jalan yang kalsom bertentangan dengan love signature, lagi 1 berhampiran BSN jalan kuala kangsar..

mula-mula kami try la ke cawangan jalan yang kalsom, tengok-tengok belum buka. so terpaksalah ke cawangan jalan kuala kangsar. malas nak bebel panjang, jom layan gambar


ini namanya cam mee, bihun+mee =  cam mee. 

lychee kang .. biasa je. kurang ummmpppphhh 


bergambar di hadapan restoran mee rebus ramlee, saya tukang snap gambar. masa ni mood agak so-so aja.. hahaha, asalnya happy, because someone condition, suddenly turn not ok.


haaa, ni lah mee rebus nye.. rasanya boleh tahan sedap! tapi bagi yang tak gemas kuah manis.. maybe akan cakap tak sedap  

maaf lah kepada tokey mee rebus ramlee, mee rebus pakcik abu & mee rebus tuu dia pak tam tetap numero uno n dos.. 

restoran ni juga menyajikan makanan lain.. bukan mee rebus aja tau. nasi ayam pun ada. saya tengok ramai juga yang datang makan. termasuk kaum cina. 




Isnin, 28 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

jom kita pakat banyak-banyak berselawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w




Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #2

 Breakfast Di Medan Selera Dato' Sagor

hari tu ada janji nak cerita pasal jalan-jalan cari makan di ipoh kan. entry ni saya nak share tempat breakfast yang best korang patut pergi.

nama tempatnya, Medan Selera Dato' Sagor.
kat sini, menu yang best & maybe sukar nak dapat ditempat lain (kalau ada tempat lain, korang sila beritahu ye) ialah roti telur goyang.

roti yang dia guna, roti yang tebal, ala-ala roti yang zaman dulu-dulu punye.
telurnya pulak cantik bergoyang dangdut atas roti
dia punya isi putih menyaluti telur kuning

rasa dia memang sangat .... hmmmppppppp dan nak lagi lagi dan lagi
lokasi dia mudah je, korang cari masjid negeri iaitu Masjid Sultan Idris Shah II Perak. lokasi dia kat pintu masuk masjid.

menu lain yang kelihatan sedap tapi kami tak try, bihun sup. sebab ramai customer lain order.. kami memang dah kemaruk nak roti goyang tu. sebab tu tak order yang lain. lagi pun next destination nak pergi makan mi rebus ramlee pulak. next entry saya cerita eh.. jom layan gambar yang melaparkan perut dulu.. heheh




kak dhila disebelah kiri, a.k.a pemandu pelancong yang turut sama melancong ^_^