Pages

Selasa, 1 Mac 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #3

 Minum pagi + lunch di Restoran Mee Rebus Ramlee

ha kalau sebelum ni saya cerita pasal breakfast di jalan dato sagor. kat situ hari ahad tutup tau, lupa nak habaq kat hangpa ◠‿◠.

ha, dalam entry ni nak cerita pasal mi rebus ramlee lak. hari tu before ke ipoh saya dah search tempat-tempat makan yang best kat ipoh. ramai yang suggest mee rebus ramli. jadi saya memang tak nak lepaskan peluang lah untuk merasa mee rebus ni. sebab, dulu kat alor star saya selalu makan mee rebus abu, atau orang sana panggil mee abu. sedappppp....kiranya, setakat ni mee abu memang the best lah yang pernah saya makan.

second, mee rebus tuu dia paktam kat selayang. yang ni pun best. sanggup drive jauh-jauh ke sana semata-mata nak makan mee rebus. yelah, kalau dah kempunan.. mana boleh tahan. nak ke alor star jauh sangat kan.

ok, berbalik pada cerita mee rebus ramlee ni. kalau ikutkan kata dari kawan saya yang asal ipoh, dulu-dulu sedap lah mee rebus ramlee tu. sekarang tak dah. tapi saya nak try gak. yelah, selera orang lain-lain kan.
so saya p lah try dengan kawan-kawan saya. kalau ikut pencarian saya dalam google ada 3 kedai, tapi yang saya jumpa 2 kedai je. 1 dekat jalan yang kalsom bertentangan dengan love signature, lagi 1 berhampiran BSN jalan kuala kangsar..

mula-mula kami try la ke cawangan jalan yang kalsom, tengok-tengok belum buka. so terpaksalah ke cawangan jalan kuala kangsar. malas nak bebel panjang, jom layan gambar


ini namanya cam mee, bihun+mee =  cam mee. 

lychee kang .. biasa je. kurang ummmpppphhh 


bergambar di hadapan restoran mee rebus ramlee, saya tukang snap gambar. masa ni mood agak so-so aja.. hahaha, asalnya happy, because someone condition, suddenly turn not ok.


haaa, ni lah mee rebus nye.. rasanya boleh tahan sedap! tapi bagi yang tak gemas kuah manis.. maybe akan cakap tak sedap  

maaf lah kepada tokey mee rebus ramlee, mee rebus pakcik abu & mee rebus tuu dia pak tam tetap numero uno n dos.. 

restoran ni juga menyajikan makanan lain.. bukan mee rebus aja tau. nasi ayam pun ada. saya tengok ramai juga yang datang makan. termasuk kaum cina. 




Isnin, 28 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul

jom kita pakat banyak-banyak berselawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w




Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #2

 Breakfast Di Medan Selera Dato' Sagor

hari tu ada janji nak cerita pasal jalan-jalan cari makan di ipoh kan. entry ni saya nak share tempat breakfast yang best korang patut pergi.

nama tempatnya, Medan Selera Dato' Sagor.
kat sini, menu yang best & maybe sukar nak dapat ditempat lain (kalau ada tempat lain, korang sila beritahu ye) ialah roti telur goyang.

roti yang dia guna, roti yang tebal, ala-ala roti yang zaman dulu-dulu punye.
telurnya pulak cantik bergoyang dangdut atas roti
dia punya isi putih menyaluti telur kuning

rasa dia memang sangat .... hmmmppppppp dan nak lagi lagi dan lagi
lokasi dia mudah je, korang cari masjid negeri iaitu Masjid Sultan Idris Shah II Perak. lokasi dia kat pintu masuk masjid.

menu lain yang kelihatan sedap tapi kami tak try, bihun sup. sebab ramai customer lain order.. kami memang dah kemaruk nak roti goyang tu. sebab tu tak order yang lain. lagi pun next destination nak pergi makan mi rebus ramlee pulak. next entry saya cerita eh.. jom layan gambar yang melaparkan perut dulu.. heheh




kak dhila disebelah kiri, a.k.a pemandu pelancong yang turut sama melancong ^_^


Isnin, 21 Februari 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #1

last week saya ada beritahu korang saya pergi jalan-jalan ke ipoh kan? memang sangat wow & nak sangat share dengan korang yang nak ada merancang nak ke ipoh. tapi korang perlu keep in mind, ini jalan-jalan cari makan ok! bukan jalan-jalan tengok alam & lawat tempat bersejarah.. hehehe

so kat sini saya nak list tempat makan korang patut pergi:

1. breakfast di jalan dato sagor - telur goyang sangat best kat sini
2. mee rebus ramlee
3. mi banjir udang di kuala sepetang
4. mi kicap di jalan dato onn jaafar
5. dinner di the original white coffee - old town white coffee




sini pulak list tempat yang boleh pergi untuk beli barang-barang atau cuci mata
1. gerbang malam - ala-ala uptown (ada pertunjukan ular)
2. flea market - hari ahad pagi

next entry i will share with korang gambar-gambar best.. masa kat ipoh ye... actually pergi sampai ke taiping.. hehehe

Ahad, 20 Februari 2011

Kek Lobak Merah Lembap

kek lobak merah again? saya buat atas permintaan kawan yang berada di ipoh. sekarang ni saya berada di ipoh bersama dia jalan-jalan cari makan.. sekitar ipoh dan taiping hingga ke kuala sepetang. alang-alang cuti sem ni, baik saya melawat kawan-kawan yang berada di negeri lain. lagipun saya tak pernah sampai ke ipoh. sampai pun sekadar singgah diperhentian R n  R. tak pun sebab pergi majlis wedding kawan. tak sempat nak berjalan. kali ni saya pergi memang khas untuk berjalan-jalan.

oleh sebab itu, makan saya buat kek lobak merah lembap ni sebagai buah tangan untuk kawan saya di ipoh iaitu kak Dhila

jom tengok gambar kek. baru keluar dari oven ni, later saya update dengan gambar yang dah dipotong.




kenapa ada tag nisaShoppe?? sebab kek ni bakal menjadi produk terbaru di kedai online saya. siapa-siapa nak tempah boleh hubungi saya ye. 

nak resepi?? boleh.. sila rujuk entry saya sebelum ni >> kek loba-loba