Pages

Isnin, 21 Februari 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Ipoh #1

last week saya ada beritahu korang saya pergi jalan-jalan ke ipoh kan? memang sangat wow & nak sangat share dengan korang yang nak ada merancang nak ke ipoh. tapi korang perlu keep in mind, ini jalan-jalan cari makan ok! bukan jalan-jalan tengok alam & lawat tempat bersejarah.. hehehe

so kat sini saya nak list tempat makan korang patut pergi:

1. breakfast di jalan dato sagor - telur goyang sangat best kat sini
2. mee rebus ramlee
3. mi banjir udang di kuala sepetang
4. mi kicap di jalan dato onn jaafar
5. dinner di the original white coffee - old town white coffee




sini pulak list tempat yang boleh pergi untuk beli barang-barang atau cuci mata
1. gerbang malam - ala-ala uptown (ada pertunjukan ular)
2. flea market - hari ahad pagi

next entry i will share with korang gambar-gambar best.. masa kat ipoh ye... actually pergi sampai ke taiping.. hehehe

Ahad, 20 Februari 2011

Kek Lobak Merah Lembap

kek lobak merah again? saya buat atas permintaan kawan yang berada di ipoh. sekarang ni saya berada di ipoh bersama dia jalan-jalan cari makan.. sekitar ipoh dan taiping hingga ke kuala sepetang. alang-alang cuti sem ni, baik saya melawat kawan-kawan yang berada di negeri lain. lagipun saya tak pernah sampai ke ipoh. sampai pun sekadar singgah diperhentian R n  R. tak pun sebab pergi majlis wedding kawan. tak sempat nak berjalan. kali ni saya pergi memang khas untuk berjalan-jalan.

oleh sebab itu, makan saya buat kek lobak merah lembap ni sebagai buah tangan untuk kawan saya di ipoh iaitu kak Dhila

jom tengok gambar kek. baru keluar dari oven ni, later saya update dengan gambar yang dah dipotong.




kenapa ada tag nisaShoppe?? sebab kek ni bakal menjadi produk terbaru di kedai online saya. siapa-siapa nak tempah boleh hubungi saya ye. 

nak resepi?? boleh.. sila rujuk entry saya sebelum ni >> kek loba-loba



Sabtu, 19 Februari 2011

Mari Menaiki Bullet Train

hari ni sabtu kan? insyaAllah aku dah selamat sampai kat Ipoh beberapa jam yang lalu... cehhh ipoh je. ingat kan pergi mana sampai tajuk letak bullet train.. ∩_∩


naik ETS je lah. saje je nak try keretapi baru ETS iaitu electric train service. aku pernah naik keretapi express biasa. alor star - kl fuhhh, lama subhanallah. 12 jam duk dalam keretapi.


kali ni nak try ETS pulak, sebab hari tu kawan housemate bagi tahu 55minit je. sekali pergi tanya kat kaunter 2 jam lahh. pandai-pandai je reka. mesti dia bukan kl-ipoh.. kl-seremban lah tu.. heheh


siapa-siapa yang teringin nak rasa naik ets ni boleh ke laman web mereka, tengok destinasi mana yang ets cover. klik here


khabarnya ada coach crew... ala-ala cabin crew tu.... hemmm


 tiket kl sentral - ipoh

ipoh - kl sentral

note: semoga kami selamat pergi dan pulang 


p/s: pergi ipoh sebab nak jalan-jalan cari makan
- mi kicap mat jasak
- mi banjir udang kuala sepetang
- breakfast di Hollywood canning garden
- popia basah taman kanak-kanak
- minum original ipoh white coffee
- melawat kak dhila yang baru dapat kerja kat sana

Jumaat, 18 Februari 2011

saya seorang guru

amboi tajuk, macam tajuk karangan sekolah rendah. ∩_∩
ni nak cerita pasal saya jadi guru walaupun saya tak pernah masuk maktab atau amik diploma guru or master in education..haaa, misti kamu hairan.. macam mana saya buleh jadi guru kan? kan? kan? 


selain dari menjadi seorang cikgu coklat buatan rumah (homemade) profesional part-time saya juga menjadi cikgu memandu tak bertauliah. dah 4 orang anak murid saya... haaa, jangan main-main eh.. (hek ellehhhh, 4 orang je pun.. itu pun mau sembang)






antara yang pernah jadi murid memandu saya (saya tak guna nama sebenar):


1. biskut lemau - waktu dia masih belajar memandu dan belum ada kereta, kadang-kadang saya ajar dia slow-slow bawa kereta. nak bagi mahir. kereta baru dia, saya yang rasmi.. heh, sebab dia belum berani nak bawa masa tu. so saya ajar lah dia macam mana nak bawa kereta dia. kawan saya ni agak ganas bawa kereta, tapi saya truth pada dia akan keselamatan nyawa saya. sebab, bagi saya tidak terlalu membahayakan. sekarang dia dah jadi kaki rempit. jangan marah beb ∩_∩.


2. kakak ipar - ni ajar kadang-kadang je, if saya balik kampung. masa tu dia ada lesen tapi belum beli kereta. akak ipar saya ni agak lucu ganas, entah macam mana dia press minyak sampai termasuk kawasan melebihi benteng parking.. ranap no plat kete saya.


3. manja gedik - baru dapat lesen, terus beli kereta. pakwe dia pesan kat saya, dia masih belum layak untuk bawa kereta sendiri. 2 minggu juga saya bawakan kereta dia. lepas dia dah agak yakin, slowly saya ajar dia. 1st time bawak, sampai nyaris masuk selekoh lane bertentangan... puhhh, kami gelak berdekah-dekah sebab lawak & tak ada orang dari arah bertentangan. hmmm, nak kata bahaya tak sangat.. sebab dia cermat juga lah, maybe sebab dah asyik kena marah dengan cikgu memandu dia yang lagi sorang (bf beliau). sekarang dah ok dah, dah berani bawa laju-laju melebihi had tapi selamat. insyaAllah.


4. tegas tapi takut drive - dah lama dapat lesen, since after spm. maybe umur 17 tahun kot. simpan buat pekasam. tahun lepas, dia buat azam tahun baru iaitu nak memandu pada 1 jan 2010. dan memang ye, hanya pada tarikh tu sahaja dia memandu. tahun ni saya desak juga dia memandu, sebab saya agak penat selalu drive sorang-sorang. lagi pun kesihatan saya benar-benar tak mengizinkan, hanya yang mengalami je faham betapa sakit dan lenguh nya tulang lumbar saya setiap kali pulang dari kelas. kawan yang ni paling merbahaya! series, tiap kali dia drive kalau aku tak menjerit memang tak sah. sila berhati-hati ye. mak awak pun pesan suh saya berhati-hati. lagi satu, kuatkan semangat untuk memandu. kalau selalu drive, lama-lama pandai lah. buat-buat pergi isi minyak ke, pergi ambil adik awak ke. benda-benda teknikal memang selalu kena praktis. kereta pun auto. bukan manual. selamat maju jaya ya. saya pun kena dengar nasihat dan larangan encik bakal suami masa depan. hehehe


nota kaki: opsss, ada yang terasa tak? ini cerita jujur saya. sebab apa yang saya cerita ni benar-benar tentang diri kamu. saya tak letak nama sebenar pun. jadikan ini sebagai cabaran untuk terus pandai memandu. saya dulu lagi pahit orang cakap kat saya, akan ingat sampai bila-bila kecuali dengan kuasa Allah.... "ni kancil je, tak ada air bag. buka merz ada airbag kiri kanan"


Khamis, 17 Februari 2011

Mari kait buah dengan udang galah

1. musim-musim hujan ni makin rajin abang ngah saya mengail / memancing
2. selalunya kalau pulang ke kampung tak pernah saya tak dapat rasa hasil dari hobi tegar abang ngah saya
3. kadang-kadang dia bawa balik ikan ubi (tak tahu korang panggil apa) - masak stim sedap, n cina suka beli yang masih hidup. harga 1kg leh cecah RM150.
4. macam-macam ikan sungai saya dapat rasa, sejak dari kanak-kanak lagi
5. paling suka kalau dapat ikan lampam goreng garing-garing... makan dengan nasi panas lawan dengan ulam raja cicah budu.. lapor perut wehh!

ikan baung dari sisi - sedap buat singgang pedas

ikan baung dari depan - juga sedap goreng garing, lepas tu siram dengan sambal cili kering yang pekat..pehhhh

6. selain ikan-ikan, abang ngah saya ada juga dapat udang galah. kadang-kadang besar lengan orang dewasa, kadang-kadang saiz lengan bayi je. ikut rezeki lah kan.

udang galah, anak ikan lampam, anak baung...

1st daya dapat 2 ekor je udang galah, tak pe lah.. rezeki yang ni je, sekali 2nd day abang ngah dapat lagi banyak.. masak sekali harung lah kan.. tapi version hasil masakan  saya tak sempat snap gambar. sebab semua dah lapar... makan je. 

yang ni versi yang adik saya masak, abang ngah dapat dalam 3 ekor kali ni. smua besar-besar compared to the 1st n 2nd hasil.

besar kan? isi dia pejal dan manis... sedap nye... nyum-nyum


penuh 1 pinggan adik bungsu ku... akak dia ngendeng2 suh suap.. hehehe

Note: 
a - sebab tu saya suka balik kampung, dapat makan makanan mahal secara percuma... hehehe *∩_∩*
b - abang ngah suka mancing, tapi kalau dapat ikan sure dia bagi orang sebab dia tak makan
c - mak dan adik lelaki tak makan ikan sungai
d - saya, adik perempuan, ayah .... makan ikan sungai sampai tak sedar ada orang panggil... sodap wooo
e - saya dah ajar mak macam mana nak masak ikan stim yang sedap, sebab raya cina tahun lepas saya buat ayah saya makan sampai bertambah-tambah (◕‿-)