Pages

Rabu, 9 Februari 2011

Menu untuk yang berdiet: Dong Fun Mee & Kari Sayur ala Thai

dah lama tak post entry resepi. hmmmmm, 2-3 hari ni asyik terbayang-bayang kari sayur yang saya makan masa majlis sambutan xmas kat office last year. sedap sangat. 

saya pun segera lah google the recipe kan. maklumlah, walaupun dah gatal benor nak kahwen.. tapi masak nye idak nak lulus lagi pung. hehehe resepi yang saya dapat ni dari laman web orang puteh. tapi saya tolong translate kan untuk korang ye. lagi satu saya dah modified (as usual) resepi ni ikut kesesuaian bahan yang ada & selera tekak saya yang tak tahan pedas ni. hehehe

saya cakap menu ni sesuai untuk yang berdiet sebab saya guna santan cair, tauhu kering, sayur-sayur. makan pula dengan dong fun atau pun mi sua. menu ni buat kita rasa cepat kenyang kerana kandungan kuah yang banyak. tapi ingat, makan semangkuk bersaiz sederhana sahaja. jangan bermangkuk-mangkuk. tak ada guna nya nak berdiet kalau dah makan rupa itu. ◠‿◠


jom kita tengok resepi kari sayur:

1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
1 batang serai *


kisar bahan-bahan bertanda *


3 biji cili padi di hiris
1 sudu besar serbuk kari daging + 1 sudu kecil serbuk kari ikan
1 paket santan segera + 500ml air
sedikit air asam jawa
garam
1 sudu kicap
2 sudu minyak untuk menumis
1 mangkuk terung yang dipotong
1/2 mangkuk carot yang di potong
1 mangkuk tauhu kering / tauhu goreng
daun kari
daun limau purut

cara-cara:

1. panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. tumis hingga naik bau. kemudian masukkan serbuk kari, cili yang telah dihiris, daun kari & daun limau purut. tumis hingga naik bau dan rempah pecah minyak
2. masukkan air asam jawa. biarkan seketika, kemudian masukkan carrot. gaul rata dan biarkan sebentar.
3. masukkan santan dan terung. kacau sentiasa agar santan tidak berketul. bila dah mendidih boleh lah dimasukkan tauhu kering / tauhu goreng.
4. masukkan garam dan kicap serta bahan perasa yang anda suka. gaul rata... setelah sayur sudah masak boleh lah dihidangkan bersama mee kuning , bihun, mee dong foon.



Jumaat, 28 Januari 2011

Raya bersama sate arnab (∩_∩)

waaaa, dah nak chinese new year lah. tahun ni tahun arnab..
angpau pun dah dapat.. berapa?? mana boleh beritahu, rahsia.. heheh
limau mandarin dah dapat 3 butir
biskut kurma sedap 1 balang pun dapat gak
tengkiu terima kasih lah bosss
tahun depan kasik bonus pulak ye ∩_∩

kalau tahun lepas cuti sebanyak 11 hari dihabiskan dengan penuh bermakna.
tahun ni pula insyaAllah akan dihabiskan dengan lebih bermakna lagi, yang bakal diingati sehingga akhir hayat insyaAllah. mudah-mudahan Allah memudahkan segala yang telah dirancang.. ameen ∩_∩
tahun ni cuti 10 hari saja. kurang sehari dari tahun lepas..
tapi kan, cuti tahun ni rasa macam tak cuti sangat la,
sebab nya setiap hari ada event yang perlu dipenuhi.. insyaAllah


sabtu - baking red velvet cake, ke bangi ambil tudung mahal macam jin, potluckdi rumah puan azwa bersama sahabat handai kak dhila & nadh, siapkan tempahan coklat untuk aina
ahad - ehem ehem hem hem uhuk uhuk ahak ahak... bling bling bling
isnin - balik kampung, gebang2 dengan mak ayah sampai lebam
selasa - menjahit, makan tepung bungkus.., pergi bandor kemaman/kuantan
rabu - mengemas, hias-hias, menggubah-gubah, baking pandan cake, bawa mak pergi pasar minggu (wajib ni, moga menjadi kenangan sepanjang hayat)
khamis - insyaAllah tersenyum malu-malu simau (tak sabor dalam berdebor).. moga segalanya berjalan lancar.. mohon pada MU ya Rabbi...ameen
jumaat - balik puchong
sabtu - makan2 time at umah andak
ahad - kerja sekolah
isnin - submit kerja sekolah + jumpe supervisor
selasa - dah abih cuti, koje dah....

waaaa... nak mandi sungai macam tahun lepas T____T

Selasa, 25 Januari 2011

abalone & seeham

sv: what u guys want for annual lunch?
g: nisa u can eat abalone?
n: that one seafood rite?
g: yeah
n: so can eat loh..
g: hv u ever eat abalone?
n: oo.. yep, once. abalone porridge. my friend gave me.
g: waa, >< so rich, eat abalone poridge
n: delicious, now im hungry T__T
sv: itu seeham laaa, not abalone
n: oo, lain ka?
sv & g: gelak..
n: (-'_'-)

Isnin, 24 Januari 2011

Teater Muzikal Tun Dr Mahathir 2



malam tadi saya dibelanja oleh mak kawan saya tengok teater muzikal Tun Dr M... thanks makcik... ∩_∩

komen saya:

1. makan lah sardine cap king cup mana tahu kot-kot nanti boleh jadi perdana menteri...◠‿◠
2. cerita terlalu meleret sehingga saya kebosanan.. bukan saya je, kawan saya, adik kawan saya, dan mak kawan saya juga cakap macam tu. hampir 3 jam.. 8.30 - 11.30, rehat 15 minit
3. plot cerita tidak kemas, saya lebih suka persembahan natrah
4. saya suka seluar batik yang dipakai para penari..
5. kak mah (sarimah ibrahim) membuatkan persembahan menjadi agak terhibur
6. babak Tun Dr M meletakkan jawatan buat saya bergenang air mata, serta merta saya terimbau kenangan pada tahun 2002. saya di matrikulasi waktu itu, rata-rata kawan-kawan saya dari kalangan parti PAS turut bersedih (walaupun masih muda remaja, kami sudah minat dengan dunia politik. cuba lihat Tun, dia sendiri pada zaman remaja sudah menjebak diri diarena politik). Tun Dr M sangat hebat di mata kami anak-anak remaja yang menuju ke alam dewasa kala itu.
7. kanak-kanak yang berlakon jadi kawan Che Det sewaktu kecil sangat comel.. serius!
8. saya teringin nak tengok erra fazira secara nyata..untuk versi kedua watak Tun Dr Siti Hasmah dilakonkan oleh elly mazlein

ini sahaja kot komen saya..

Jumaat, 21 Januari 2011

Selamat Pagi Dunia


tahu tak aku baca apa??











selamat meninggal dunia

(-'_'-)

sedihnya.. makin cronic kebolehan membaca aku nih.. last week masa exam pun tersalah baca.. alhamdulillah 30 min terakhir aku cek balik jawapan baru perasan dah salah baca soaan n salah jawab ...