Pages

Isnin, 27 Disember 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

semalam aku ada presentation untuk pre-proposal thesis aku. alhamdulillah ok. still ada penambahbaikan. maklum lah aku tak pernah tulis thesis nye proposal. dulu waktu degree, memang totally diberi format untuk siapkan dissertation.content pun biasa lah, cilok sana sini... sekarang dah matang, mana boleh main cilok-cilok. karang kantoi plagiat artikel orang tak pasal-pasal kena reject proposal.. ye dak?

selepas aku berhempas pulas menyiapkan slide untuk presentation,, aku nak release tension lah kira nya. 1 sem ni aku tak enjoy mana. berhempas pulas menuntut ilmu, esaimen bertimbun-timbun. kalu yang subjek automata tu kebanyakannya aku kopi pes. serius aku kurang pandai subjek tu. hope final exam aku boleh jawab. ada 19 hari lagi nak seat paper tu. risau..risau..

sebelum aku start pulun membaca buku untuk final exam revision, aku nak pergi lapang kan otak aku yang sarat ni dengan menonton wayang. adik manja aku asyik ajak tengok hantu kak limah.. susah siot nak dapat tiket kak limah nih. bukak web wayang semua fully booked. damn!! kami pun try & error redah jugak pergi one utama. sampai sana, tengok-tengok hanya ada beberapa seat yang terpisah jauh-jauh. tak mau aku. nanti kalau ada babak seram kak limah, aku nak peluk siapa? i penakut hokeyyyy!

aku pun ajak adik aku blah dari one utama. kitorang try e@curve / cineleisure. pergi sana alhamdulillah ada gak seat paling depan tayangan 9.40 pm. ambil je, sebab jarak screen dengan seat sejauh 10meter. so tak de lah mendongak sangat kan. hehehehe

sebelum tayangan bermula, ada lah 2 trailer cerita seram iaitu khurafat by skop production dengan damping malam by metrowealth... perghhhh... citer khurafat serius seram waktu hantu tu tunjuk muka dari celah lobang keranda... dah la aku penakut ya rabbi. memang terjerit-jerit ayu sekejap aku masa tu... siapa-siapa minat cerita seram. nanti pergilah tengok khurafat jan 2011 nanti. damping malam, bagi aku biasa je kot. kalau dah ahmad idham dan metrowealth.. kite dah boleh agak macam mana style dia kan??

sumber: google

balik pada cerita kak limah, part aku rasa seram masa kak imah tidur sebelah usin. walaupun aku dah tengok babak tu dalam trailer, tapi aku still rasa takut...babak paling lawak lak masa dorang pakat lari selepas terjumpa rangka mayat dalam rumah kak limah. si usop yang lumpuh pun boleh lari.. memang hampeh. heheh

siapa-siapa yang minat tengok wayang, p lah tengok. karya mamat khalid memang best. dari rock ke man laksa, kemudian keluar pulak zombie kampung pisang di kala malam bulan mengambang, sekarang keluar pulak hantu kak limah balik rumah...memang aku suka!! hehehe..


Ahad, 26 Disember 2010

Piala AFF-Suzuki 2010

semua duk bercerita pasal piala suzuki aff sekarang. malam ni penentu segalanya. hope harimau malaya berjaya menumpaskan garuda (betul ke ni maskot indon???) Malaysia Boleh!! Malaysia Ku Gemilang!!!

1Malaysia =  Malaysia#1

sahih jalan seremban-kl jem esok. aku tak mau guna jalan tu balik dari kelas esok. serik dah terkena waktu N9 lawan Kelantan tahun lepas. jem berapa kilometer aku pun tak tahu. 



proposal

pukul 2pm nanti aku ade presentation. sekarang aku tak tido lagi sebab aku tak tahu kenapa slide presentation aku kelihatan pelik. aku ada miss some point ke?? duuhhhhh, takut pulak. tak tahu ape nak letak. reference pun tak membantu. betul-betul buat ikut kepala aku je ni. hope tak kena tembak dengan meriam buluh le esok. ameen.. serius semester ni aku stress berganda. every week ada esaimen. sampai esaimen untuk lagi 1 subjek aku tak sempat tengok. asyik tengok esaimen dari prof tu aje... tak pe... dont worry.. bak kate prof. it is very simple..

wish me goodluck eh.. thanks 

Rabu, 22 Disember 2010

Kebaikan Berbengkung

disebabkan sekarang musim orang berkahwin, tak lama lagi mesti akan ada musim orang beranak pula bagi yang murah rezeki tu. saja nak share artikel bagus pasal pantang 44 hari. banyak info berguna boleh di ambil.


Boleh beli bengkung bertali dan berzip disini: https://shope.ee/8UmF0dmgRc


MEMPEROLEH badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan.
Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.


Menurut Pengasas Produk Warisan Mama, Amrah Idris, amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan.
Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.
Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas.
Menurut Amrah, bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.
Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.
sumber: google

"Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
"Selain itu, bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung," katanya yang mengeluarkan produk kelengkapan selepas bersalin ibu dan anak.


Tambah Amrah, bengkung yang baik mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan anda.
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.


"Pakai bermula hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung.


"Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. Sebaik-baiknya anda mempunyai dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya," katanya.
sumber: google

Boleh beli batu tungku sungai di sini: https://shope.ee/3VNZ3nRpL6

Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram.
Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.
Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.



Menurut Amrah, sebelum bertungku besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana.
Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas.
Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.


"Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku," jelasnya.


Tambahnya, bertungku penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.


Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.


"Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi menggunakan minyak angin seperti serai wangi atau kayu putih selama satu jam atau lebih.
"Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran. Berurut juga membantu membanyakkan susu ibu dalam tempoh berpantang," katanya.


Setelah selesai bertungku dan berurut, wanita bersalin digalakkan mandi menggunakan air rebusan daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, capa, inai, bebuas, mengkudu dan rempah halba untuk membuang angin, menyegarkan urat, memulihkan tenaga, menghilangkan bau badan, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu serta mengatasi masalah kebas dan sengal tulang.
Selain amalan di atas, pemakanan juga harus dijaga dengan mengamalkan makanan kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Elakkan minum air batu kerana akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.


"Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
"Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah-ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.


"Ibu harus tahu makanan apa yang boleh dimakan atau tidak kerana ibu yang menyusukan anak harus menitikberatkan makanan berkhasiat dan mengelak makanan berangin supaya bayi tidak kembung selepas disusukan," ujarnya.


Selain amalan berpantang untuk ibu, bayi juga harus dijaga sebaiknya. Amalan memakaikan barut (binder) untuk bayi memberi banyak manfaat antaranya mengelak bayi kembung, perutnya tidak mudah dimasuki angin, sekali gus memberi keselesaan kepada bayi.
Namun, pastikan ikatan barut tidak terlalu ketat. Minyak bayi juga boleh digunakan bersama barut untuk memberi keselesaan dan membuang angin dalam badan.


Bayi juga perlu dibedung supaya sentiasa tidur lena dan dan tidak mudah terkejut. Pemakaian bedung memberi keselesaan kepada bayi seakan seperti berada di dalam perut ibu mengandung.


Menurut Amrah, Warisan Mama adalah produk turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang digunakan untuk ibu dan anak selepas bersalin.
Antaranya bengkung, barut bayi, krim panas yang dipakai bersama bengkung, minyak tradisional yang selamat digunakan untuk bayi, tungku dan mandian herba.
Ia juga didatangkan dalam pakej bersalin dan pakej bayi (bengkung, krim dan tungku di dalam satu set untuk ibu bersalin) serta bedung, barut dan minyak (untuk pakej bayi). Untuk maklumat lanjut, layari www.sarakids.com.


Sumber: Harian Metro

#bertungku
#batutunggku
#batutungkusungai
#berbengkung
#berpantang
#pantangbersalin
#confinementtips


ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

WOW! Samsung Galaxy tab & LG Optimus 7 are up for grabs along with a super duper deal from Celcom. It's going to be my must-have before we usher the new year! #CelcomGreatSale

Jom ke BlueCube sekarang ^_^